Doa Perhimpunan Bulanan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Al-Fatihah

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫س ِم‬
ْ ‫ِب‬

‫علَى‬
َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫صالَة َُوال‬ َّ ‫ َوال‬, ‫ب ا ْلعَالَ ِم ْي َن‬ِ ِّ ‫ا َ ْل َح ْم ُد ِ ََّلِلِ َر‬
‫ص َحا ِب ِه أ َ ْج َم ِع ْي َن‬
ْ َ ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬َ ‫س ِيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ

Kami menadah tangan merafa'kan kesyukuran kepada-Mu diatas segala


limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan dihari yang
berbahagia ini dapatlah kami menghadirkan diri bersempena Majlis
Perhimpunan Bulanan _____________________ pada kali ini.

Allahuma Ya Allah..

Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, agar segala pengisian kandungan


perhimpunan kami pada kali ini dapat memberi manafaat bagi
meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami sebagai warga kerja
___________ yang berintegriti, cekap, berdedikasi dan berwibawa serta
berwawasan tinggi dalam menyempurnakan amanah dan tanggungjawab
dengan penuh kejujuran, keikhlasan, ketelusan dan kebijaksanaan bagi
mendaulatkan kesucian agama, memelihara maruah bangsa dan Negara
seterusnya membawa kemajuan dan kejayaan kepada jabatan ________
yang kami kasihi ini.

Allahuma Ya Allah..

Ya Allah, hiasilah sanubari kami dengan sifat-sifat mahmudah yang mulia


lagi terpuji, jauhilah kami dari sifat-sifat mazmumah yang hina lagi dikeji,
tanamkanlah ke dalam diri kami sifat rajin bekerja dalam suasana
semangat bekerjasama dan persaudaraan yang sejati, ke arah mencapai
kecemerlangan dan keredhaanmu Ya Ilahi. Terimalah segala hasil usaha
dan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah seperti mana yang engkau
kehendaki.
Allahumma Ya Rahman..Ya Rahim..Ya Zaljala liwal ikram..

Ya Allah, kami juga memohon jadikanlah diri, keluarga, dan negara kami
ini sentiasa berada di dalam keadaan aman dan damai, makmur dan
bahagia, sentiasa dianugerahi kebaikan dan kebajikan, pemeliharaan dan
penjagaan, perlindungan dan pengawasan, doa yang dimakbulkan dan dosa
yang diampunkan serta dijauhkan daripada segala kekacauan dan huru
hara, musibah dan penyakit. Semoga kami dapat hidup tenteram dan
bahagia di dunia dan akhirat..

Ya Allah, Engkau jadikanlah pertemuan ini pertemuan yang dirahmati, dan


perpisahan kami selepas ini, perpisahan yang diberkati dan dilindungi..

‫سنَة ًَوقِنَا‬
َ ‫األخ َرةِ َح‬
ِ ‫سنَة ً َوفِي‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
َ ‫ع َذ‬
ِ ‫اب النَّار‬ َ
، ‫سلَّ َم‬ َ ‫علَى َءا ِل ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫علَى ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ُ‫صلَّى هللا‬
َ ‫َو‬
‫ب العَالَ ِم ْي َن‬ ِ َّ ِ ‫َوا ْل َح ْمد‬
ِ ِّ ‫َُلِل َر‬

Anda mungkin juga menyukai