Kertas Kerja Hari Graduasi Prasekolah 2018

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

HARI GRADUASI PRASEKOLAH 2018.

TADIKA ANAK EMAS JAYA


SJKT LADANG PRYE.
1.0 PENGENALAN
Tadika Anak Emas Jaya amat mementingkan kecemerlangan murid dari segi akademik dan
bukan akademik. Oleh itu segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafan oleh
pihak Tadika. Hari Graduasi Prasekolah yang diadakan pada setiap tahun adalah satu medium
bagi sekolah meraikan murid-murid yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam
mencapai kecemerlangan diri. Adalah menjadi harapan pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi
kepada setiap murid untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik
pada tahun berikutnya.

2.0 MATLAMAT
Program ini bertujuan memberi pengiktirafan sebagai menghargai kecemerlangan murid serta
secara tidak langsung ianya mampu membuka ruang dan peluang kepada semua murid
melibatkan diri di dalam persembahan yang dilaksanakan secara aktif. Di samping itu juga,
seterusnya memupuk semangat bekerjasama dan setiakawan di kalangan murid-murid. Melalui
program ini murid akan lebih berkeyakinan dalam menonjolkan potensi diri masing-masing.

3.0 OBJEKTIF
Program ini bertujuan untuk :
Menghargai serta memberi pengiktarafan kepada kecemerlangan yang dicapai oleh murid
sepanjang sesi persekolahan. Menyuburkan potensi diri murid dalam pelbagai aspek
perkembangan Memberi peluang kepada semua murid untuk menunjukkan kebolehan masing-
masing . Menjalinkan hubungan yang baik di antara pihak guru dengan waris. Mewujudkan
semangat bekerjasama dan setiakawan

4.0 KUMPULAN SASARAN


Program ini disasarkan kepada semua murid Prasekolah Tadika Anak Emas Jaya bagi tahun
2018.
5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Program ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 21 November 2018

Hari : Rabu

Masa : 5:00 - 7.30 petang

Tempat : Dewan SJKT LADANG PRYE

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HARI GRADUASI 2018

Pengerusi
Pn. L.Vijaya Letchumy
AJK

1.Pn.Anuratha

2.Cik.Srithy

7.0 TENTATIF PROGRAM HARI GRADUASI PRASEKOLAH 2018

Hari : Rabu
Tarikh : 21 November 2018
Tempat : Dewan Sekolah SJKT LDG PRYE
Masa : 6:30 petang – 9:00 mlm

Pendaftaran murid dan waris


06:00 ptg-9:00mlm
Ucapan Pengacara Majlis
Bacaan doa oleh Pn. Anurtha
06.35 – 06.45 Petang
Ucapan aluan oleh Pengerusi LPS
06.45 – 06.50 petang
Persembahan murid
07:00-8:00

Penyampaian Sijil dan Hadiah (Pn.Usha)


8:00 – 8.50 mlm

Penyampaian cenderahati (Pn.Shobana Devi)

Majlis bersurai.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN HARI GRADUASI 2018

PERBELANJAAN

BIL. KATEGORI HADIAH JUMLAH

NILAI

1. Hadiah Umur (4 Tahun-5 Tahun) RM 200.00

2. Hadiah Umur (6 Tahun) RM 200.00

3. Sijil (sponser) RM 50.00

4. Buku Program & Jemputan (Sponser)

5 Perasmian(belon.ribbon, banner,PA System) Sponser

6 Makanan Murid dan Makanan VIP (Sponser)

7 Goodi bag (Sponser)

JUMLAH RM 400.00
9.0 PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar program ini mempunyai kesinambungan pada tahun hadapan dan
seterusnya dapat melahirkan kanak-kanak yang seimbang daripada pelbagai aspek JERI selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Disediakan oleh

……………………………………
( Pn. L.Vijaya Letchumy)
Pengerusi Program,
Tadika Anak Emas Jaya

Disahkan oleh

………………………………….
( En.Nyanasegaran)
N.Pengerusi LPS

Anda mungkin juga menyukai