Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 7

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-61 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SURIA


KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-61
TAHUN 2018

1.0 PENDAHULUAN
Pada tahun ini negara Malaysia bakal menyambut ulang tahun
kemerdekaannya yang ke-61. Sambutan yang diadakan saban tahun ini
adalah sebagai meraikan tarikh bersejarah kemerdekaan negara iaitu 31
Ogos 1957 dan Hari Malaysia pada 16 September 1963. Pelbagai acara
diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan di peringkat sekolah. Selain
dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga SK Taman
Suria, murid-murid juga dapat menonjolkan bakat masing-masing dalam
aktiviti-aktiviti menarik yang akan dijalankan. Semoga sambutan pada kali
ini memberikan impak yang positif kepada seluruh warga SK Taman Suria.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Melahirkan murid yang tinggi semangat patriotik dan rasa cinta akan
negara.
2.2 Mengingati tarikh bersejarah kemerdekaan negara.
2.3 Mendedahkan sejarah kemerdekaan negara kepada murid-murid.
2.4 Memupuk semangat perpaduan antara kaum dalam kalangan murid.
2.5 Mengasah bakat murid-murid untuk lebih berani dan berkeyakinan
tinggi.

3.0 TEMA

Sayangi Malaysiaku
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-61 2018

4.0 NAMA PROGRAM

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-61 TAHUN 2018


SK TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU.

5.0 PENGANJUR BERSAMA

5.1 Pusat Sumber Sekolah


5.2 PSV
5.3 MUZIK
5.4 PJK
5.5 SEJARAH
5.6 MORAL & RBT
5.7 TMK
5.8 AGAMA & BAHASA ARAB

6.0 TARIKH PELAKSANAAN

5.1 Bulan Merdeka : 1 Ogos hingga 13 September 2018


5.2 Majlis Ambang Merdeka : 30 Ogos 2018
5.3 Majlis Penutup : 13 September 2018

7.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bahru.

8.0 SASARAN

Penglibatan Semua Murid SK Taman Suria, Johor Bahru.


SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-61 2018

9.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANG

Bil. Aktiviti Sasaran Masa


1. Pertandingan Kelas Patriotik Prasekolah Sepanjang
Sinar Suria bulan merdeka
Tahun 1 – 6

2. Pertandingan Mendeklamasi Sajak Terbuka Tahap 2 30 Ogos 2018

3. Pertandingan Pakaian Beragam Prasekolah 30 Ogos 2018


Sinar Suria
Tahun 1 – 6
(2 org setiap kelas)

4. Kuiz Merdeka Tahap 1 Sepanjang


Tahap 2 bulan merdeka

5. Pertandingan Mewarna Sinar Suria 29 Ogos 2018


Prasekolah
Tahun 1
Tahun 2

6. Pertandingan Mewarna dan Tahun 3 29 Ogos 2018


Membuat Poster
7. Pertandingan Projek Bahan Kitar Tahun 4 Sebelum
Semula Tahun 5 10 Sept. 2018

8. Pertandingan Suara Merdeka Terbuka Sebelum


Kategori Solo & Duet 13 Sept. 2018

9. Pertandingan Koir Merdeka Tahun 4


(20 murid satu kumpulan) Tahun 5 10 Sept. 2018
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-61 2018

10.0 JAWATAN KUASA


Rujuk LAMPIRAN 1 & LAMPIRAN 2.

JAWATAN KUASA INDUK

PENGERUSI : PN. HJH MARSITA BINTI A HAMID


(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI : (GPK PENTADBIRAN)
EN. MOHD ZARIR BIN GHAZALI
(GPK HAL EHWAL MURID)
PN. SUHANA BINTI SULAIMAN
(GPK KOKURIKULUM)

PENYELARAS PROGRAM : EN. SHAMSUL BAHTIAR BIN ABD AZIZ


SETIAUSAHA : PN. WAN NOR AMIRAH BINTI UMAR

AHLI JAWATAN KUASA

DOKUMENTASI : PN. NOR LIZA BT. OMAR


JURUGAMBAR : EN. MUHD ANIS B. ABD. RAHMAN
PENGELOLA PERTANDINGAN : EN. HAFIZUL SYARAFI B. MOHD NOOR
KAWALAN MURID : CIK NAZIFAH BT. LOKMAN
PENGELOLA HADIAH : PN. SUZANAH BT. SIMBOB
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-61 2018

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


1. PSV: 24 hadiah
2. MUZIK: 6 hamper
3. RBT & MORAL: 26 hadiah(2 1st,2 2nd, 2 3rd,18saguhati + 1 pra 1 pk)
4. BA & AGAMA ISLAM: 5 hadiah x 12
5. SEJARAH: 4 Hamper
- Kelas Paling Patriotik Tahap 1
- Kelas Paling Patriotik Tahap 2
- Kelas Ceria Patriotik Tahap 1
- Kelas Ceria Patriotik Tahap 2
6. TMK: 3 hamper kecil (group 3-4 org)
Bil Aktiviti Sasaran Hadiah & Anggaran Seunit Jumlah
Pertandingan Kategori:
1. Mewarna dan - Tahap 1 dan Johan Kelas : RM 6.24 x 24 RM 149.76
Arca Tahap 2
Pertandingan Kategori:
2. ‘Talent Time’ - Tahap 1 dan Johan Aliran : RM 5 x 6 x 5 RM 150.00
Tahap 2

Pertandingan Kategori:
3. Pakaian - Prasekolah Johan : RM 7 x 4 = RM 28 RM 104.00
Beragam & Sinar Suria Naib Johan : RM 6 x 2 = RM 12
- Tahap 1 Ketiga : RM 5 x 2 = RM 10
- Tahap 2 Saguhati : RM 3 x 18 = RM 54
Pertandingan Kategori:
4. Nyanyian Lagu Tahap 2 Johan : RM 4 x 12 x 5 RM 240.00
Negaraku (Versi
B. Arab)
Pertandingan Kategori:
5. Kelas Patriotik Tahap 1 dan Johan : RM 4 x 4 x 35 RM 560.00
Tahap 2
Pertandingan Kstegori: Johan Aliran: RM 5.48 x 3 x 4 RM 65.48
6. Slaid hari Tahap 2
Kemerdekaan
JUMLAH KESELURUHAN RM 1269.24
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-61 2018

12.0 ANGGARAN SENARAI BARANGAN / HADIAH


Bil Item Harga Kuantiti Jumlah
Seunit
1. Document bag button RM 2.70 40 bag RM 108.00

2. Hard cover file RM 4.00 20 box RM 80.00

3. Stationery set W/Pencil RM 6.25 20 set RM 125.00

4. Drawing Paper A3 RM 4.70 25 pcs RM 117.50

5. Luna Colour Pencil RM 7.50 25 box RM 187.50

6. Story book (Agama Islam, RM 4.00 40 pcs RM 160.00


BM) RM 3.50 40 pcs RM 140.00

7. Eraser RM 15.00 1 box RM 15.00

8 Ball Pen Blue/Black RM 36.00 2 box RM 72.00

9. Ruler 15 cm RM 25.20 1 box RM 24.20

10. Hamper gift plastic roll RM 68.00 1 roll RM 68.00

11. Recycle bag RM 3.80 25 bag RM 95.00

12. Gift Paper RM 1.50 10 pcs RM 15.00

13. Gift Bag RM 6.50 8 set RM 52.00

14. Riben RM 10.04 1 roll RM 10.04

JUMLAH KESELURUHAN RM 1269.24


SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-61 2018

13.0 SUMBER KEWANGAN

13.1 Yuran Khas Sekolah : RM 1269.24

14.0 PENUTUP

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan diharap dapat mencapai objektif di samping


memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan pada kali ini. Semoga dengan
adanya sambutan ini akan dapat melahirkan insan yang berjiwa patriotik dan
memahami erti cinta, taat dan setia kepada negara Malaysia. Harapan yang tinggi
juga agar murid dapat menghayati semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama bersesuaian dengan tema kemerdekaan
“Sayangi Malaysiaku”.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. ……………………………………………….
(SHAMSUL BAHTIAR BIN ABD. AZIZ) (SITI PUSPA BINTI MOHD. KAMSAN)
Penyelaras Program, GPK Pentadbiran,
Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-61, SK Taman Suria, JB
SK Taman Suria, Johor Bahru.

Disahkan oleh,

………………………………………………
(HJH MARSITA BINTI A HAMID )
Guru Besar,
SK Taman Suria, Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai