Dhobtul Quran

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

MOHD NAZMI BIN OSMAN

860522436777
KULIAH 1.03 TAHFIZ

DHOBT AL-QURAN
Tanda baris (harakah) telah diilhamkan oleh Abu al-Aswad al-Du'ali (69H) di awal kerajaan
Muawiyah bin Abl Sufyan (660-680H), iaitu pengasas Kerajaan Bani Umawiyyah. Diceritakan
bahawa Gabenor Basrah, Ziyad mengarah Abu al-Aswad al-Du'ali supaya meletakkan baris
(harakah) pada huruf-huruf al-Quran agar dapat dibaca dengan betul. Pada mulanya, Abu al-
Aswad enggan memberikan kerjasama. Dalam pada itu, Ziyad mencari helah untuk
mengubah pendirian Abu al-Aswad al-Du'ali. Seorang lelaki lalu disuruh membaca firman

Allah SWT (al-Tawbah: 3) (ُ ‫سولُ ۥه‬


ُ ‫َو َر‬ َ‫ء ِمنَ ۡٱل ُم ۡش ِركِين‬ٞ ‫ي‬ َّ ‫)أ َ َّن‬dengan meletakkan baris di bawah
ٓ ‫ٱَّللَ بَ ِر‬
(kasrah) pada lam kalimah (‫ )رسوله‬Setelah mendengar bacaan yang salah itu, Abu Al-Aswad,
merasa terpanggil untuk menunaikan permintaan Gabenor Basrah itu demi menjaga kesucian
al-Qur'an.

Tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Du'ali ini adalah berupa
titik yang dikenali dengan nuqat i’rab(‫)نقاط اإلعراب‬. Ia didapati dalam empat keadaan, iaitu:

1) diletakkan satu titik di atas huruf untuk baris di atas (fathah),

2) diletakkan satu titik di atas huruf menghala ke hadapan untuk baris di hadapan

(clammah),

3) diletakkan satu titik di bawah huruf untuk baris di bawah (kasrah)

4) diletakkan dua titik untuk baris dua (tamwin).

Tanda baris (harakah) berupa titik ini, kemudiannya berubah kepada bentuk huruf
yang dikenali dengan al-shakl al-mutawwal (‫)الشكل المطول‬. sepertimana yang terdapat dalam
mushaf sekarang. Idea ini tercetus apabila huruf al-Qur'an diletakkan titik. Terdapat dua jenis
titik pada satu huruf, iaitu titik huruf dan titik penanda baris (harakah). Ini menyebabkan
sebahagian besar orang Islam, terutama dari kalangan yang bukan berbangsa Arab tidak
dapat membezakan antara titik huruf dengan titik penanda baris (harakah). Dengan itu, ia
perlu diubahsuai untuk mengelak dari timbulnya sebarang kekeliruan di kalangan pembaca

al-Qur'an. Huruf-huruf yang dijadikan penanda baris itu ialah alif(‫)ا‬, waw (‫ )و‬dan ya (‫)ي‬. Huruf

alif dijadikan tanda baris di atas (fathah) kerana ia melahirkan huruf alif apabila dibaca dengan
panjang (mad), sementara huruf waw pula dijadikan tanda baris di hadapan (dammah) kerana
ia melahirkan huruf waw apabila dibaca dengan panjang (mad). Begitu juga huruf ya' dijadikan
tanda baris di bawah (kasrah) kerana ia melahirkan huruf ya'
MOHD NAZMI BIN OSMAN
860522436777
KULIAH 1.03 TAHFIZ

apabila dibaca dengan panjang (mad). Di samping tanda baris, terdapat juga
tandatanda lain termasuk tanda mati (sukun), tanda panjang (mad) dan tanda sabdu (tasydid).
Tanda-tanda tersebut telah diusahakan oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi.

Manakala titik huruf pula telah dipelopori oleh Yahya bin Ya’mar (m. 90H) atas perintah
Gabenor Iraq, al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi sewaktu kerajaan Bani'Umayyah yang diterajui
oleh Khalifah Abd al-Malik bin Marwan (685-705H)." Pada tahun 1887M muncul pula seorang
tokoh ulama al-Azhar yang terkemuka, Syaikh Ridwan bin Muhammad al-Mukhallati, dimana
dengan kepakarannya beliau berusaha menambah eberapa catatan dan tanda-tanda lain
yang sesuai, seperti pembahagian surah kepada makki atau madanl, bilangan ayat bagi setiap
surah, nombor ayat, bilangan juzu', tanda sajdah, tanda saktah, tanda jenis-jenis waqf dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai