Asgmnt Linguistik
Asgmnt Linguistik
Asgmnt Linguistik
SOALAN 1 : (LINGUISTIK)
1.1.PENGENALAN
Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya
ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan
objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi
oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan
ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu
seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu,
contohnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu.
Kita mesti mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu
dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam
bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh agak-agakan,
ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian ini pula boleh diuji kebenarannya.
(Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, 2007:2).
Menurut Verhaar (1985:1),kata linguistik berasal daripada kata Latin iaitu lingua
yang bermaksud bahasa.Manakala Langacker (1987) pula berpendapat linguistik adalah
kajian terhadap bahasa manusia.Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang
dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna.
Menurut Selo Sumardjan, masyarakat adalah orang-orang yang hidup bersama dan
menghasilkan kebudayaan. Karl Marx pula menyatakan bahawa masyarakat adalah suatu
struktur yang menderita suatu ketegangan organisasi atau perkembangan akibat adanya
pertentangan antara kelompok-kelompok yang terbagi secara ekonomi.Sementara Emile
Durkheim berpendapat bahawa masyarakat merupakan suatu kenyataan objektif peribadi-
peribadi yang merupakan anggotanya. Menurut Paul B. Horton & C. Hunt masyarakat
merupakan kumpulan manusia yang relatif mandiri, hidup bersama-sama dalam waktu yang
cukup lama, tinggal di suatu wilayah tertentu, mempunyai kebudayaan sama serta melakukan
sebahagian besar kegiatan di dalam kelompok atau kumpulan manusia tersebut.
Kesimpulannya kehidupan masyarakat adalah satu cara hidup manusia yang terdiri
daripada satu komuniti yang ramai yang mengamalkan cara hidup bersosial sesama sendiri
dan saling bekerjasama di dalam menjalankan sesuatu kegiatan .
Menurut Kamus Linguistik (1997:27), bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang
berupa satu system lambang bunyi suara arbitrary yang dipersetujui bersama oleh kelompok
social dan digunakan sebagai alat komunikasi.Dalam komunikasi seharian, salah satu alat
yang sering digunakan adalah bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan.Bahasa
menjadi alat komunikasi yang paling efektif di dalam memastikan proses komunikasi
berjalan lancar.
Linguistik merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia kerana dengan ilmu
linguistik kita dapat mengetahui maklumat yang kita perlukan. Selain itu kita dapat
menyampaikan idea dan gagasan kita melalui bahasa. Oleh sebab itu, kita perlu menguasai
bahasa dan elemen – elemennya, seperti kosa kata, struktur dan lain sebagainya. Ilmu
linguistik muncul dan berkembang kerana interaksi antara individu dalam suatu masyarakat.
sistem arbitary dari symbol suara yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk
berkomunikasi dan mengenali satu sama lain.
Bahasa adalah unsure kebudayaan yang telah member manfaat kepada pengalaman
manusia.Melaluinya,manusia mempelajari dan mengambil bahagian dalam pengalaman
tersebut.Dalam keadaan ini,bahasa telah berfungsi sebagai alat integrasi dan adaptasi social
atau kemasyarakatan. Anggota-anggota masyarakat hanya dapat dipersatukan secara efisien
melalui bahasa. Bahasa sebagai alat komunikasi, lebih jauh memungkinkan tiap orang untuk
merasa dirinya terikat dengan kelompok sosial yang dimasukinya, serta dapat melakukan
semua kegiatan kemasyarakatan dengan menghindari sejauh mungkin bentrokan-bentrokan
untuk memperoleh efisiensi yang setinggi-tingginya. Ia memungkinkan integrasi
(pembauran) yang sempurna bagi tiap individu dengan masyarakatnya.
Sebagai contoh lainnya, tulisan kita dalam sebuah buku, merupakan hasil ekspresi
diri kita. Pada saat kita menulis, kita tidak memikirkan siapa pembaca kita. Kita hanya
menuangkan isi hati dan perasaan kita tanpa memikirkan apakah tulisan itu dipahami orang
lain atau tidak. Akan tetapi, pada saat kita menulis surat kepada orang lain, kita mulai
berpikir kepada siapakah surat itu akan ditujukan. Kita memilih cara berbahasa yang berbeza
kepada orang yang kita hormati dibandingkan dengan cara berbahasa kita kepada teman kita.
1.2.4. Bahasa sebagai Alat Kontrol Sosial.
Sebagai alat kontrol sosial, bahasa sangat efektif. Kontrol sosial ini dapat diterapkan
pada diri kita sendiri atau kepada masyarakat. Berbagai penerangan, informasi, maupun
pendidikan disampaikan melalui bahasa. Buku-buku pelajaran dan buku-buku instruksi
adalah salah satu contoh penggunaan bahasa sebagai alat kontrol sosial.
Ceramah agama atau dakwah merupakan contoh penggunaan bahasa sebagai alat
kontrol sosial. Lebih jauh lagi, orasi ilmiah atau politik merupakan alat kontrol sosial. Kita
juga sering mengikuti diskusi atau acara bincang-bincang (talk show) di televisi dan radio.
Iklan layanan masyarakat atau layanan sosial merupakan salah satu wujud penerapan bahasa
sebagai alat kontrol sosial. Semua itu merupakan kegiatan berbahasa yang memberikan
kepada kita cara untuk memperoleh pandangan baru, sikap baru, perilaku dan tindakan yang
baik. Di samping itu, kita belajar untuk menyemak dan mendengarkan pandangan orang lain
mengenai sesuatu hal.
Contoh fungsi bahasa sebagai alat kontrol sosial yang sangat mudah kita terapkan
adalah sebagai alat peredam rasa marah. Menulis merupakan salah satu cara yang sangat
efektif untuk meredakan rasa marah kita. Tuangkanlah rasa dongkol dan marah kita ke dalam
bentuk tulisan. Biasanya, pada akhirnya, rasa marah kita berangsur-angsur menghilang dan
kita dapat melihat persoalan secara lebih jelas dan tenang.
Dalam erti kata lain apabila seseorang itu melihat sesuatu objek dalam gambar atau
melihat sesuatu symbol,dia akan merakam apa yang dilihatnya itu dalam kotak
fikirannya.Manusia bukan kamera tetapi berfungsi seperti kamera.Fikiran manusia yang telah
merakam apa yang dilihat akan menceritakan semula dalam bentuk cerita.Ungkapan cerita itu
akan dilakukan dengan bantuan bahasa yang dipertuturkan.
Selain daripada kepentingan kepada kehidupan masyarakat umum,ilmu linguistic juga amat
penting kepada individu-individu tertentu seperti berikut:
SOALAN 2
2.1. Pengenalan
Bahasa Malaysia telah menjadi alat bahasa pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya
di dalam system pendidikan Negara.Keadaan ini berterusan apabila Bahasa Malaysia
dijadikan sebagai mata pelajaran teras dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2.2. Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keprihatinan pelajar Sekolah Kebangsaan
Guar Lobak,Padang Serai terhadap penggunaan Bahasa Malaysia.Secara khususnya, objektif
kajian ini adalah untuk :
2.2.1. Mengukur tahap keprihatinan murid Sekolah Kebangsaan Guar Lobak terhadap
penggunaan Bahasa Malaysia
2.2.3. Memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar.
2.3. Metodologi
Bagi mencapai objektif kajian,pengkaji telah memilih secara rawak seramai 20 orang
murid yang terdiri daripada 10 orang murid yang tinggal di kawasan kampung berhampiran
dan 10 orang murid yang tinggal di taman perumahan.
Pengkaji yang dipilih terdiri daripada 20 orang murid Tahun 5 .Mereka merupakan
murid Tahun 5 yang telah menerima pendidikan formal selama hampir lima tahun di sekolah
kebangsaan.
Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini melibatkan soal selidik dan
analisis kandungan dalam ujian penulisan karangan.Soal selidik dan ujian ini diberikan
kepada 20 orang murid Tahun 5.Soal selidik dijalankan dengan tujuan untuk mencungkil
maklumat mengenai latar belakang murid,sikap murid dan ibu bapa.
Menurut Mohd Majid (1990), terdapat beberapa kelebihan menggunakan soal selidik
sebagai alat kajian.Antaranya ialah arahan dan soalan-soalan yang dikemukakan dalam soal
selidik adalah piawai dan seragam untuk semua responden.Soalan-soalan yang terkandung
dalam soal selidik ini adalah merupakan soalan-soalan tertutup yang memerlukan gerak balas
kategori dimana responden dikehendaki memilih antara dua kategori jawapan, iaitu sama ada
‘ya’ atau ‘tidak’.
Kaedah kedua ialah kaedah analisis kandungan.Satu ujian karangan diberikan kepada
murid yang terlibat.Dalam hal ini, murid dikehendaki menulis karangan berdasarkan tajuk-
tajuk yang telah diberikan.Panjang karangan tersebut ialah 80 patah perkataan mengikut
syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Kertas karangan yang ditulis oleh responden kajian diperiksa berdasarkan penentuan
kesalahan.Setiap karangan yang ditulis oleh responden tersebut dikumpul dan
dianalisis.Analisis kualitatif digunakan, iaitu menganalisis setiap karangan secara satu persatu
bagi mencari kesalahan bahasa yang dilakukan.Analisis telah dilakukan daripada aspek ejaan
dan aspek morfologi iaitu aspek pembentukan kata.Data-data yang dikumpul kemudiannya
digunakan untuk mengenal pasti perbezaan yang dikehendaki dan membuat perbandingan
tahap pencapaian yang diperolehi.
Pengkaji juga menyemak dan mengkaji soal selidik yang telah diberikan dan
membuat analisis jawapan-jawapan yang telah ditanda oleh responden yang terdiri daripada
soalan-soalan seperti nama responden,tahun belajar,jantina,alamat dan ulasan responden.Soal
selidik ini juga meliputi soalan-soalan lain seperti jadual 1 di bawah.
BIL ITEM YA TIDAK
1. Bapa bekerja sebagai kakitangan kerajaan
2. Ibu bekerja sebagai kakitangan kerajaan
3. Saya bertutur dalam Bahasa Malaysia semasa di rumah
4. Saya suka membaca bahan bacaan Bahasa Malaysia di rumah
5. Saya suka menonton rancangan berbahasa Malaysia di television
6. Hubungan saya dengan guru Bahasa Malaysia adalah baik di
sekolah
Dapatan kajian ini diperoleh melalui dua cara iaitu melalui soal selidik dan ujian
penulisan karangan Bahasa Malaysia yang diedarkan kepada 20 orang murid Tahun 5 yang
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Guar Lobak.
Aspek latar belakang,bahan bacaan dan persekitaran bahasa telah diajukan kepada
responden.Berdasarkan Jadual 3, terdapat 3/20 bapa responden yang bekerja dengan kerajaan,
manakala selebihnya bekerja dengan pihak swasta dan sendiri.Kesemua ibu responden tidak
bekerja dengan kerajaan.Kemungkinan seramai 20 orang ibu responden tersebut tidak bekerja
ataupun bekerja dengan swasta atau sendiri.Dari segi pertuturan di rumah,kebanyakkan
responden tidak menggunakan bahasa yang betul .Mereka menggunakan bahasa pasar atau
dialek daerah.
JADUAL 3. Latar belakang keluarga dan bahan bacaan dan persekitaran bahasa
BIL ITEM
YA TIDAK
KEKERAPAN KEKERAPAN
1. Bapa bekerja sebagai kakitangan kerajaan 3 17
2. Ibu bekerja sebagai kakitangan kerajaan 0 20
3. Saya bertutur dalam Bahasa Malaysia semasa 5 15
di rumah
4. Saya suka membaca bahan bacaan Bahasa 7 13
Malaysia di rumah
5. Saya suka menonton rancangan berbahasa 19 1
Malaysia di television
6. Hubungan saya dengan guru Bahasa Malaysia 19 1
adalah baik di sekolah
7. Guru Bahasa Malaysia saya adalah seorang 20 0
yang bertanggungjawab
8. Guru Bahasa Malaysia saya memeriksa buku 18 2
latihan dengan teliti.
9. Ibu bapa saya selalu prihatin terhadap 4 16
penggunaan Bahasa Malaysia yang betul
semasa bertutur.
10. Faktor persekitaran dan rakan sebaya banyak 8 12
mempengaruhi penggunaan Bahasa Malaysia
yang betul.
Dari segi persekitaran responden ,tidak banyak yang memberi sumbangan kepada
responden bagi menggalakkan responden menggunakan Bahasa Malaysia dengan
betul.Keadaan ini menyumbang kepada salah satu factor kelemahan responden dalam
penulisan karangan.
Pihak kerajaan juga perlu menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan
tanpa mengira di Negara mana kita berada.Sekiranya keadaan ini berlaku,maka tiada lagi
sikap berlumba-lumba ingin menguasai bahasa lain selain Bahasa Malaysia di kalangan
rakyat Malaysia khasnya golongan terpelajar.
2.5. Rumusan
Rakyat Malaysia yang lain juga perlu sensitive terhadap kepentingan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa Kebangsaan Negara kita.Keprihatinan rakyat Malaysia akan menjadikan
Bahasa Malaysia gah di mata dunia suatu hari kelak.
Keunggulan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi Negara harus terus dipelihara
terutamanya dalam zaman pembinaan teknologi maklumat ini.Oleh yang demikian,penerbitan
perisian dalam Bahasa Malaysia harus diperbanyakkan.
Bibliografi
community.gunadarma.ac.id/.../title_fungsi-bahasa-sebagai-alat-komunikasi/
organisasi.org/pengertian-masyarakat-unsur-dan-kriteria-masyarakat-dalam-kehidupan-sosial-
antar-manusia
www.radarsulteng.com/berita/index.asp?Berita.
www.ppl.upm.edu.my/index2.php?option=com.
dwisugiyanto.blogspot.com/.../bahasa-sebagai-alat-komunikasi.html
www.scribd.com/.../Linguistik-Sosiolinguistik-Dan-Ruang-Lingkupnya