Kertas Kerja Kem Kecemerlangan Sahsiah D

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KEM KECEMERLANGAN SAHSIAH DIRI UNIT BERUNIFORM


SKJALAN RAJA MUDA
2019

PENDAHULUAN

Pembinaan sahsiah dan disiplin merupakan elemen terpenting untuk kejayaan setiap
pelajar.Disiplin merupakan jantung serta kunci sesebuah kejayaan bagi pelajar.Pelajar tanpa
mengira warna kulit dan latar belakang keluarga telah dipilih bagi membentuk golongan pelajar
yang bebas masalah disiplin dan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sama ada
di dalam atau luar sekolah.

Pendedahan kepada pelajar bahawa setiap daripada mereka adalah pemimpin sama
ada memimpin orang lain ataupun memimpin diri sendiri akan diterapkan menerusi aktiviti yang
dijalankan. Nilai-nilai murni ini juga dapat dipupuk bagi meningkatkan kefahaman dan
keperihatinan mereka dlam terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka.

RASIONAL

Pelajar sekolah adalah nadi kehidupan sesebuah Negara. Utuhnya sahsiah pelajar
bermaksud utuhnya Negara. Ini kerana mereka adalah pemimpin pada masa akan
datang.Sehubungan itu,Unit Disiplin dengan Kerjasama Unit KoKurikulum SK Jalan Raja Muda
buat julung-julung kalinya merasakan amat perlu pelajar di SKJRM diberi pendedahan dan
peluang untuk membina sahsiah diri.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dari setiap
sudut sama ada dari segi sahsiah, akademik, dan sebagainya, maka Disiplin dengan kerjasama
Unit KoKurikulum SK Jalan Raja Muda mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus
Kecemerlangan sahsiah diri kepada para pelajar.

Melalui kursus ini pelbagai aktiviti akan dijalankan dan berfokus kepada pembinaan jati
diri yang mantap dalam diri pelajar. Ini kerana, tanpa jati diri yang mantap, para pelajar tidak
mampu menangkis anasir-anasir yang kurang sihat dan sekaligus membantutkan hasrat
kerajaan melahirkan modal insan berkualiti.

Justeru, kami merancang untuk mengadakan kursus ini di sekolah. Kami percaya,
pembinaan modal insan ini akan terus ada kesinambungan dan tidak terhenti di sini sahaja.

MATLAMAT

Melalui kem ini diharap para pelajar SK Jalan Raja Muda yang terlibat akan
menunjukkan ciri-ciri positif terhadap pengurangan statistik pelanggaran disiplin sekolah
seterusnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain.

OBJEKTIF

Mengurangkan kes-kes perlanggaran disiplin sekolah oleh pelajar-pelajar yang berisiko


di samping memberi penekanan kepada aspek pembentukan sahsiah diri dan
sebagainya.Selain itu,kem ini memberi fokus dalam menangani gejala social dan
mengurangkan salah laku disiplin di sekolah.

1
PELAKSANAAN

Tarikh program dan Hari

20 hingga 22 September 2019 (Jumaat - Rabu)

Tempat

Photon Valley Eco-Resort,Hulu Langat, Selangor

Bilangan Peserta

80 orang murid .

Bilangan Guru

10 orang guru

KUMPULAN SASARAN

80 orang pelajar yang terdiri daripada para pelajar mewakili unit beruniform SK Jalan Raja
Muda.

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi :Pn. Hjh.Noraishah binti Zulkifli (Guru Besar)

Naib Pengerusi I :En. Roszi Hj.Rahim (PK Koku)

Naib Pengerusi II :En. Hazizan bin Hussain (PK Tad&Kur)

Naib Pengerusi III :Pn. Zarina binti Mustapa (PK HEM)

Penyelaras :En.Asmadi Mohd.Noor

Pen. Penyelaras :En.Mohd.Arif Mazlan

Setiausaha :Tuan Aznira Tuan Ibrahim (S/U Koko)

Bendahari :Cik Jasmine Low Hui Jean

Ahli Jawatankuasa:

1. Pn. Haninah Othman-(Guru Pengiring)


2. Cik Norfarahida Ahmad Shalih (Guru Pengiring)
3. En. Mohamad Faris Ismail (Keselamatan/Guru Pengiring)
4. Cik Nor Farhana Mohd.Yusof (Urusetia)
5. En.Mohd.Ridhwan Muhamad (Pengangkutan)
6. En Mohd.Nizam Sidek (Guru Pengiring)
7. Pn.Siti Aminah Abd.Halim (Pengurusan Peserta)

2
PENGISIAN PROGRAM

Hari 1 (Jumaat)
3.30-4.30 pm Bertolak ke Lokasi
5.00-6.30 Taklimat & Suai Kenal
6.30-9.00 Skil Membina Disiplin Diri
9.00-12.00 Rehat / Solat / Makan
Aktiviti : Program Kenali Diri Anda
Refleksi.
Kembara Malam

Hari 2 (Sabtu)
6.30-9.00 am Solat/Senaman/Sarapan
9.00-10.30 Ceramah Muhasabah Diri
10.30-12.30 Aktiviti: Survival Diri
12.30-2.00 pm Rehat/Solat /Makan Tengahari
2.30-4.00 Water Confidence
4.30 pm Solat /Minum Petang
6.30-9.00 Skil Membina Disiplin Diri
9.00-12.00 Rehat / Solat / Makan
Aktiviti : Program Kenali Diri Anda
Refleksi.
Kembara Malam

Hari 3 (Ahad)
6.30-9.00 am Solat/Senaman/Sarapan
9.00-10.30 Ceramah Muhasabah Diri
10.30-12.30 Majlis Penutup dan penyampaian hadiah
2.00 pm Bertolak balik ke sekolah

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah Jumlah Bil Perkara Jumlah Jumlah (RM)


(Sumber (unit) x (RM) (Perbelanjaan) (unit)
Kewangan) RM x RM
1. Sumbangan 80 orang RM12000 1. Pengangkutan 2 bas x 1400.00
Peserta x RM150 RM700
2. Bayaran Konsultan
Harga Pakej : 80 orang x 8800.00
Bagi Penginapan, RM110
Makan

3
Minum ,
Pengendalian
Program
3. Harga Pakej
Penginapan dan 20 orang X 2200.00
Makanan bagi guru 110
4.
Hadiah Pertandingan 400.00
8 kumpulan x 1600.00
T-Shirt Perkhemahan RM50
80 x RM20

JUMLAH RM12000.00 JUMLAH RM14400.00

PENUTUP

Adalah besar harapan kami agar program yang dirancang ini akan dapat memberi
manfaat kepada semua pelajar yang terlibat dapat meningkatkan sahsiah diri dan berubah
menjadi pelajar yang berdisiplin.

Disediakan oleh, 15 Julai 2019

……………………………………
(TUAN AZNIRA TUAN IBRAHIM )
S/U KOKURIKULUM
SK Jalan Raja Muda,
Jln. Raja Muda Abdul Aziz, 50300,
Kuala Lumpur.

Disemak oleh :

…………………………………..

(ROSZI HJ.RAHIM)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Jalan Raja Muda,KL

Anda mungkin juga menyukai