Kebersihan Taska
Kebersihan Taska
Kebersihan Taska
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
4.
PENCAPAIAN KOMPETENSI
PENGENALAN
Kebersihan selalunya dikaitan dengan kesihatan. Kebersihan penting untuk semua orang
terutamanya kanak-kanak kerana kesihatan yang sempurna akan menghindarkan mereka dari
jangkitan penyakit. Ini kerana kanak-kanak merupakan golongan yang mudah dijangkiti penyakit
terutama penyakit berjangkit. Oleh disebabkan itu, amalan kebersihan perlu diamalkan setiap
masa terutamanya di TASKA yang mengambil jumlah kanak-kanak yang tertentu. Setiap TASKA
di Malaysia dikehendaki mematuhi Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Pengabaian aspek kebersihan di TASKA menyebabkan
perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan terjejas dari segi fizikal dan juga mental.
3.4.1 KEPENTINGAN PENJAGAAN KEBERSIHAN DI TASKA
Menjamin Mendapat
keselamatan dan keyakinan daripada
kesihatan bayi dan ibu bapa.
kanak-kanak.
Mematuhi standard
operasi prosedur
yang telah
ditetapkan.
Mengelakkan
Kanak-kanak penyakit berjangkit
memperoleh dalam kalangan
pengalaman kanak-kanak dan
pembelajaran yang bayi.
kondusif.
3.4.2 AMALAN PENJAGAAN KEBERSIHAN DI DALAM DAN DI
LUAR BANGUNAN TASKA
DALAM TASKA
LUAR TASKA
TARIKH
PERKARA
1 2 3 4
A. PENJAGAAN KEBERSIHAN PERSEKITARAN
1) Membersihkan lantai premis, tempat tidur dan pakaian
kanak-kanak.
2) Memastikan tandas dalam keadaan bersih.
3) Memastikan dapur dalam keadaan bersih
4) Memastikan tong sampah sentiasa bertutup dan tiada
urungan lalat.
B. PENJAGAAN KEBERSIHAN BAHAN
1) Membersihkan permainan kanak-kanak.
2) Memastikan bahan belajar disusun di tempatnya.
3) Memastikan tempat permainan sentiasa bersih untuk
digunakan.
C. PENJAGAAN KEBERSIHAN KANAK-KANAK
1) Memastikan kanak-kanak sentiasa mencuci tangan/ kaki
selepas bermain/ menjalankan aktiviti bebas.
2) Memastikan kanak-kanak sentiasa mencuci tangan
sebelum dan selepas makan.
LATIHAN