DSKP PSV
DSKP PSV
DSKP PSV
2011
DOKUMEN STANDARD
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Rukun Negara v
Pendahuluan 1
Matlamat 1
Objektif 3
Organisasi Kandungan 9
Standard Kandungan 9
Bidang 1 - Menggambar 13
iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara
satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat
yang adil bagi kemakmuran negara yang akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi- berterusan ke arah lebih memperkembangkan
tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai- potensi individu secara menyeluruh dan
bagai corak; membina satu masyarakat progresif bersepadu untuk melahirkan insan yang
yang akan menggunakan sains dan teknologi seimbang dan harmonis dari segi intelek,
moden; rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip- warganegara Malaysia yang berilmu
prinsip yang berikut: pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN mencapai kesejahteraan diri serta
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA memberikan sumbangan terhadap
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN keharmonian dan kemakmuran keluarga,
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG masyarakat dan negara.
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
PENDAHULUAN MATLAMAT
Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahun 2 bertujuan Dunia Seni Visual bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis,
memberi peluang kepada murid memupuk minat, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
memperkembangkan keperibadian, memberikan kesedaran dan Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
kaitannya dengan mata pelajaran lain. keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan
Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
kreatif, ekspresif, dan aktif. Seni Visual memainkan peranan
memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual,
imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan,
dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan
membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.
Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita rasanya
tersendiri.
1
OBJEKTIF
3
FOKUS MATA PELAJARAN
Tumpuan mata pelajaran ini merangkumi empat aspek utama iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Pemerhatian secara aktif adalah aspek perkembangan deria penglihatan, yang merangkumi pemerhatian keseluruhan, berfokus, dan terperinci
untuk menajamkan persepsi murid. Selain itu, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain dalam membantu perkembangan emosi dan imaginasi
melalui kajian perbandingan. Faktor ini, dapat membantu pemahaman murid tentang asas seni visual dalam membuat pemerhatian terhadap
alam benda dan alam semula jadi secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Umumnya secara keseluruhan kegiatan ini akan dapat
membantu murid menyelaraskan idea, imaginasi, dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan
bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan
serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya dengan
objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat
mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.
5
c. Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi seni visual memberikan pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai
kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa-apa yang dilihat dari aspek
seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan,
dan puisi. Murid diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.
Selain diberikan pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek
yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai
kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan pelbagai situasi.
6
PENI LAIAN DALAM SENI VISUAL
Penilaian dalam Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara
keseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. Secara tidak langsung,
penilaian menitikberatkan fokus pada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat
keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di
peringkat sekolah.
Penilaian Seni Visual KSSR mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang
mempunyai akauntabiliti, dan penilaian yang adil.
Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya.
Penilaian yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya pembelajaran
dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan
penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen, serta pelaksanaannya. Selain itu, guru juga harus merekod
pencapaian murid, menganalisis markah tersebut, serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam Seni
Visual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid dinilai dari segi pengetahuan mereka,
cara mereka berfikir, dan kemampuan psikomotor mereka.
Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual secara khususnya,iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, serta penulisan. Kaedah pemerhatian
melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja dikenali
sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasaan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain itu, guru
juga dapat menilai penguasaan kemahiran sosial, amalan murid, serta memerhati pelahiran emosi dan perasaan.
7
Tahap kreativiti murid juga dapat dikesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja
dilakukan dengan melihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan,
interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti, dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja. Kaedah lisan dan interaksi dapat
menolong guru menilai penguasaan murid terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan. Contohnya soal jawab, kuiz, perbincangan,
sumbang saran, puisi, temu bual, bercerita, lakonan, dan nyanyian.
Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensel dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan
instrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk atau tema
Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.
8
ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat
standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni. Standard pembelajaeran digubal dan diperincikan
bagi tujuan pengajaran berasaskan standard pembelajaran.
9
Aktiviti di Tahun 2 bagi kurikulum Dunia Seni – Seni Visual meliputi :
BIDANG KEGIATAN
AKTIVITI
1. Lukisan
2. Catan
MENGGAMBAR 3. Gosokan
4. Resis
Terancang
1. Lipatan dan guntingan
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 2. Cetakan
Tidak Terancang
1. Tiupan
1. Stabail
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2. Topeng
1. Alat Permainan
2. Tembikar
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
11
BIDANG 1 : MENGGAMBAR:
LUKISAN – Tema : Alam Semula Jadi / Objek Buatan Manusia
Menghasilkan gambar menggunakan media kering yang menekankan unsur garisan, bentuk, rupa, dan warna.
Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan.
1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam membuat lukisan.
1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan, pensel dan pensel warna atau pastel
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya
13
1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran media, proses dan teknik serta bahasa seni
visual dalam penghasilan lukisan.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan berasaskan air dan minyak secara kreatif
1.3.3 Menggunakan bahasa seni visual :garisan, rupa, bentuk, warna, kontra, dan harmoni dalam penghasilan
karya
1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni
visual.
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
14
BIDANG 1 : MENGGAMBAR:
CATAN – Tema : Alam Semula Jadi / Objek Buatan Manusia
Menghasilkan catan yang menekankan unsur bentuk, jalinan dan warna.
Menghasilkan catan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada catan.
1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam membuat catan.
1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan cat air / tempera / cat poster
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya
15
1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran media, proses dan teknik serta bahasa seni
visual dalam penghasilan catan.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.3 Menggunakan bahasa seni visual : warna, bentuk, ruang, dan jalinan serta prinsip kesatuan dan
imbangan
1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni
visual.
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
16
BIDANG 1 : MENGGAMBAR
GOSOKAN – Tema : Objek Buatan Manusia
Menghasilkan gambar menggunakan media kering dengan teknik gosokan yang menekankan unsur jalinan.
Menghasilkan gambar teknik gosokan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gambar teknik gosokan.
1.1.1 Unsur Seni
1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan
gambar dengan teknik gosokan.
17
1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran media, proses dan teknik serta bahasa seni
visual dalam penghasilan karya seni.
1.3.3 Menggunakan bahasa seni visual :jalinan, kontra, dan kepelbagaian dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni
visual.
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
18
BIDANG 1: MENGGAMBAR
RESIS – Tema : Alam Semula Jadi
Menghasilkan gambar menggunakan teknik resis dengan menekankan unsur garisan, rupa, bentuk, dan warna serta
prinsip kontra dan harmoni.
Menghasilkan gambar teknik resis dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gambar resis.
1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan
gambar dengan teknik resis.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan, lilin atau oil pastel dan warna berasaskan air
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
1.2.2.1 Teknik – resis
19
1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan
teknik dalam penghasilan resis.
1.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan resis
1.3.3 Menggunakan bahasa seni visual: garisan, rupa, warna, dan kontra dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni
visual.
20
BIDANG 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
LIPATAN & GUNTINGAN – Tema : Objek Buatan Manusia
Menghasilkan corak terancang dengan teknik lipatan dan guntingan dengan menekankan unsur rupa dan warna
serta prinsip imbangan, kontra, dan harmoni.
Menghasilkan corak teknik lipatan dan guntingan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara
kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik lipatan dan
guntingan.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Rupa - motif / corak
2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam membuat corak
teknik lipatan dan guntingan.
21
2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan
teknik dalam penghasilkan corak lipatan dan guntingan.
2.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik lipatan dan guntingan dalam penghasilan corak terancang
2.3.3 Menggunakan bahasa seni visual: rupa, warna, imbangan, kontra, dan harmoni dalam penghasilan karya
2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni
visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
22
BIDANG 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
CETAKAN – Tema : Objek Alam Semula Jadi / Objek Buatan Manusia
Menghasilkan corak terancang menggunakan teknik cetakan dengan menekankan unsur rupa dan warna serta
prinsip harmoni.
Menghasilkan corak teknik cetakan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik cetakan.
2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan
corak teknik cetakan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
2.2.1.1 Alat – bongkah kayu, tali parcel, berus lukisan, palet, surat khabar
2.2.1.2 Bahan – gam UHU, kertas lukisan, dan cat poster atau tempera
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
23
2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan
teknik dalam penghasilan corak cetakan.
2.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik cetakan dalam penghasilan corak teknik cetakan
2.3.3 Menggunakan bahasa seni visual: rupa, warna, dan harmoni dalam penghasilan karya
2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa
seni visual.
2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
24
BIDANG 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
TIUPAN – Tema : Alam Semula Jadi
Menghasilkan corak tidak terancang menggunakan teknik tiupan dengan menekankan unsur garisan, warna, dan
jalinan serta prinsip irama dan pergerakan.
Menghasilkan corak teknik tiupan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik tiupan.
2.2.1.2 Bahan – kertas lukisan, gam, cat poster atau cat air
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
25
2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan
teknik dalam penghasilan corak tiupan.
2.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik tiupan dalam penghasilan corak teknik tiupan
2.3.3 Menggunakan bahasa seni visual: garisan, warna, jalinan, kepelbagaian serta ritma dan pergerakan dalam
penghasilan karya
2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa
seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
26
BIDANG 3 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
STABAIL – Tema : Alam Semula Jadi / Objek Buatan Manusia
Menghasilkan stabail menggunakan keratan gambar dan bahan kutipan dalam penghasilan karya 3D dengan
memberikan penekanan pada unsur bentuk dan ruang serta prinsip imbangan dan harmoni.
Menghasilkan stabail dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada stabail.
3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan
stabail.
3.2.1.2 Bahan – pensel warna, kad manila, gam, straw atau ranting kayu, plastisin, botol plastik, dan
gambar daripada majalah/akhbar/ salinan fotostat.
3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
27
3.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran teknik dan
proses dalam penghasilan stabail dalam bentuk 3D.
3.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan stabail
3.3.3 Menggunakan bahasa seni visual: bentuk, ruang, dan imbangan dalam penghasilan stabail
3.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa
seni visual.
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
28
BIDANG 3 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
TOPENG – Tema : Alam Semula Jadi
Menghasilkan topeng muka menggunakan kad manila dengan memberikan penekanan pada unsur bentuk, warna,
jalinan serta prinsip imbangan dan penegasan.
Menghasilkan topeng muka dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada topeng muka.
3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan
topeng muka.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya.
3.2.1.1 Alat – gunting
3.2.1.2 Bahan – pensel warna atau oil pastel, kad manila, gam, benang, gelang getah atau tali
3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
29
3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran teknik dan
proses dalam penghasilan topeng muka .
3.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan topeng muka
3.3.3 Menggunakan bahasa seni visual: bentuk, warna, jalinan, imbangan, dan penegasan dalam
penghasilan topeng muka
3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa
seni visual.
3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
30
BIDANG 4 : MENGENAL KRAF TRADISIONAL
GASING – Tema : Objek Buatan Manusia
Menghasilkan gasing menggunakan bahan gantian dengan memberikan penekanan pada unsur bentuk, warna, serta
prinsip imbangan.
Menghasilkan gasing dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gasing.
4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan gasing.
4.2.1.2 Bahan – gambar salinan fotostat rupa bulatan pada kertas A4, box board, gam, lidi sate, dan
krayon.
4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
31
4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran teknik dan
proses dalam penghasilan gasing dalam bentuk 3D.
4.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan gasing
4.3.3 Menggunakan bahasa seni visual: bentuk, warna, dan imbangan dalam penghasilan karya
4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa
seni visual.
4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
32
BIDANG 4 : MENGENAL KRAF TRADISIONAL
TEMBIKAR – Tema : Objek Buatan Manusia
Menghasilkan kraf tembikar menggunakan bahan gantian dengan memberikan penekanan pada unsur bentuk dan
jalinan, serta prinsip imbangan.
Menghasilkan tembikar dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada kraf tembikar.
4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan kraf
tembikar menggunakan teknik lingkaran.
4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
33
4.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran teknik dan
proses dalam penghasilan kraf tembikar dalam bentuk 3D.
4.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan kraf tembikar
4.3.3 Menggunakan bahasa seni visual: bentuk, jalinan, dan imbangan dalam penghasilan karya
4.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa
seni visual.
4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
34
Terbitan: