HBEC3603
HBEC3603
HBEC3603
HBEC3603
NAMA :
NOMBOR MATRIK :
NO KAD PENGENALAN :
NOMBOR TELEFON :
September 2019
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1
1.0 PENGENANALAN
2.0 JUSTIFIKASI CERITA HAIWAN
3.0 KESIMPULAN
BAHAGIAN 2
1.0 PENGENANALAN
Kesusasteraan, dari sudut estatika, adalah satu bentuk seni. la merupakan penggambaran hidup dan
pemikiran yang imaginatif terjalin di dalam bentuk-bentuk struktur yang terkawal dan bahasa yang
indah. Bidang kesusasteraan merangkumi segala keadaan manusia itu sendiri seperti hidup dengan
penuh perasaan, pemikiran dan pengertian yang mendalam. Pengalaman kesusasteraan itu pula
selalunya mempunyai dua dimensi kerana ia melibatkan pihak penulis pengilustrasi buku dan
pihak pembaca.
Kesusasteraan untuk kanak-kanak bukanlah sebagai pengganti kepada hubungan hidup manusia,
tetapi adalah untuk menambahkan manfaat yang tidak terhingga kepada kekayaan hidup, keutuhan
peribadi dan pengalaman rohani kanak-kanak itu. Mereka akan lebih mengaprisiasikan alam
sekitamya, masyarakatnya, tamadun dunianya yang bakal mempengaruhi masa hadapan mereka,
dan memperkembangkan serta mempertajamkan daya keintelektualan mereka. Pemberian yang
berharga lagi bermanfaat yang dapat disumbangkan oleh kesusasteraan kepada kanak-kanak
meliputi ciptaan-ciptaan sastera kreatif yang dapat mengikatkan minat dan menghidupkan
kegemaran mereka.
Aripin Said (1996: 15) berpendapat bahawa, sastera rakyat atau cerita rakyat adalah sastera lisan
yang diwarisi oleh masyarakat Melayu daripada satu generasi ke satu generasi yang lain. Harun
Mat Piah, et al., (2006: 85) menyatakan bahawa sastera rakyat ialah hasil sastera milik sesuatu
kumpulan masyarakat yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi yang lain secara
lisan. Menurut Halimah Badioze Zaman (1992), cerita rakyat kanak-kanak tidak dapat dipisahkan
Seperti bentuk-bentuk seni yang lain, dongeng-dongeng rakyat juga bertujuan untuk menghibur,
mengajar dan membentuk moral kanak-kanak. Cerita-cerita yang berbentuk epik, ballada, lagenda,
lagu-Iagu rakyat, metos dan dongeng tauladan digubah dalam gaya yang sesuai dan sesuai dengan
cara kanak-kanak berfikir dan mengalami keadaan alarn sekitar mereka. Cerita-cerita ini
menitikberatkan kepada fantasi dan imaginasi kanak-kanak di samping memuaskan kerinduan
mereka kepada perkara-perkara yang ajaib.
Cerita binatang dipanggil juga dengan pangggilan cerita-cerita mergastua. Ia merupakan
sebahagian daripada cerita rakyat (sastera rakyat) yang sifatnya universal dan terdapat di seluruh
dunia. Cerita binatang menggunakan binatang sebagai watak utama dalam cerita tersebut dan hutan
rimba sebagai latar tempat. Jalan ceritanya adalah seperti kehidupan manusia belaka. Mereka
berperanan sepertimana manusia ; bercakap, berfikir, dan bertindak. Ada kalanya manusia kalah
oleh kepintarannya.
Sebahagian dari cerita-cerita binatang itu bercorak metos yang membicarakan tentang asal usul
binatang. Terdapat juga cerita binatang mengisahkan tentang konflik antara binatang dengan
binatang dan antara binatang dengan manusia.,
Corak atau Jenis Cerita Binatang : cerita binatang Melayu tergolong dalam tiga corak, iaitu;
1. Cerita Asal Usul : ialah cerita mengisahkan mengenai asal usul kejadian binatang atau
kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu seperti mengapa anjing
bermusuhan dengan kucing, kenapa kepala katak mendongkak ke atas, kenapa belakang
kura-kura menjadi retak dan kenapa burung puyu tidak berekor. Selain daripada
menerangkan sifat yang wujud pada binatang itu, cerita jenis ini juga mengisahkan tentang
asal usul kejadian jenis binatang yang tertentu seperti asal usul kejadian gajah, helang dan
sebagainya.
2. Cerita jenis Fabel : dari kumpulan cerita binatang ini ada yang dikategorikan sebagai cerita
fable, iaitu bercorak memberi teladan atau dinamakan cerita perumpanaan. Cerita jenis ini
mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiran terhadap tingkahlaku
manusia. Oleh sebab cerita-cerita jenis ini mencerminkan falsafah atau pemikiran yang
tingggi, gaya penyampaian cerita jenis ini dibuat melalui unsur lucu, gurau senda dan
mengembirakan. Contoh-contoh cerita fable ialah cerita Anjing dengan baying-bayang,
Tikus menolong Harimau, Arnab berlumba dengan kura-kura dan sebagainya.
3. Cerita jenis “Beast Epic” atau Epos binatang : cerita jenis ini merupakan cerita binatang
yang amat popular dalam masyarakat Melayu. Ia juga sejenis cerita yang bermotifkan
kebijaksanaan untuk memperdayakan binatang yang lain. Cerita binatang jenis ini terdapat
di kalangan berbagai-bagai bangsa di dunia. Di kalangan bangsa Red Indian Amaerika
binatang yang dianggap bijak dan pintar ialah anjing serigala, bagi orang Eropah ialah
musang dan arnab. Bagi masyarakat Melayu ialah Sang Kancil, bangsa Sunda pula ialah
kera, di kalangan orang-orang Toroja, Sulawesi watak binatangnya dinamakan Ngasi atau
kera hutan dan sebagainya.
Terdapat pelbagai bentuk kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh para sarjana mengenai
kumpulan cerita binatang. Kajian-kajian tersebut berfokus kepada pelbagai isu dan dirungkai
menerusi pelbagai teori dan kaedah kajian. Contohnya, terdapat kajian terdahulu mengenai cerita
binatang dan hubungannya dengan pendidikan awal kanak-kanak, fungsi cerita binatang dalam
kalangan kanak-kanak, eksplorasi watak dan perwatakan cerita binatang dalam membentuk tabiat
membaca kanak-kanak, cerita binatang serta pembangunan insan serta pelbagai bentuk kajian
lainnya.
Misalnya, Norasiah Abdullah (2012) telah mengkaji dan merungkai cerita binatang di samping
meneliti isu pembangunan insan dalam penceritaan fauna cerita binatang. Beliau telah
mengaplikasi teori Pengkaedahan Melayu dalam analisis teksnya. Kajian oleh Norasiah Abdullah
(2012) menghasilkan dapatan kajian mengenai kesan penceritaan fauna terhadap kanak-kanak.
Berdasarkan kajiannya, daya imaginasi yang tinggi berupaya melatih kanak-kanak berfikir,
memperoleh teladan dan menghargai alam binatang. Dengan itu, cerita binatang bukanlah
berbentuk hiburan semata-mata malah berupaya membangunkan akhlak kanak-kanak, membawa
manfaat dan mempengaruhi pembangunan insan kanakkanak. Manakala Nurhasma Muhamad
Saad dan rakan-rakan (2012) telah menghasilkan kertas kerja bertajuk Fungsi Cerita Binatang
dalam Sastera Kanakkanak Melayu-Arab. Kajian beliau mendapati bahawa cerita binatang
mempunyai pelbagai manfaat, sarat dengan nilai-nilai murni dan mempunyai fungsi tertentu dalam
mendidik kanak-kanak.
Dalam tugasan ini, saya memilih cerita rakyat haiwan Malaysia yang betajuk, “Anjing dengan
bayang-bayangnya”. Berikut merupakan cerita tersebut:
Seekor anjing yang mendapatkan sisa tulang dari tepi jalan, anjing berlari-lari pulang ke
rumahnya secepat mungkin dengan senang hati. Ketika dia melewati sebuah titi yang
sangat kecil, dia menunduk ke bawah dan melihat terdapat bayang-bayang seakan akan
dirinya terpantul jelas dari air di bawah titi itu.
Anjing yang serakah itu merasa seekor anjing yang lain membawa tulang yang lebih besar
daripada tulangnya. Dia menjadi marah dengan bayang-bayang tersebut dan terus
mencampak tulangnya. Dia melompat ke dalam sungai untuk berebut dengan bayang-
bayangnya sendiri.
Anjing yang serakah itu telah lemas dalam sungai dan susah payah berenang menuju ke
tebing sungai. Akhirnya, dia menyesal dengan apa yang terjadi dan sedar betapa ruginya
dia kerana kehilangan tulangnya.
Cerita ini walaupun pendek, tetapi mengandungi mesej penting buat kanak-kanak. Antaranya ialah
kerugian yang kita hadapi akibat daripada ketamakan kita. Seperti anjing yang tamak dalam cerita
ini, akibat mengejar bayang tulang yang di anggapnya lebih besar daripada tulang yang ada
padanya, dia sanggup melepaskan tulang di mulutnya untuk berebut bayang tulang dalam air.
Akhirnya, anjing tidak memperolehi apa-apa malah lemas dalam sungai.
Selain itu, pengajarannya ialah kita haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada pada
hari ini. Hati tidak akan tenang dan hidup tidak akan Bahagia sekiranya kita asyik mengejar apa
yang dimiliki oleh orang lain sehingga apa yang kita miliki, kita tidak hargai. Dan akhirnya, kita
tidak mendapat apa-apa, seperti kata pepatah,”yang dikendong bececeran, yang dikejar tak dapat”.
Saya memilih cerita ini kerana ianya mudah di fahami. Subjek utama iaitu anjing adalah haiwan
yang sering di lihat di mana-mana dan mudah untuk mengajak kanak-kanak berimaginasi tentang
cerita ini. Selain itu, cerita ini juga mempunyai banyak nilai-nilai murni yang sangat baik untuk
perkembangan diri seorang kanak-kanak.
Pada hakikatnya, menerusi cerita rakyat terdapat niai-nilai murni seperti hormat-menghomati,
tolong-menolong, kerajinan, bermuafakat, keberanian, kejujuran, dan kasih sayang. Nilai-nilai
murni ini akan dibincangkan dalam analisis kajian tersebut.
3.0 KESIMPULAN
Kebijaksanaan pengarang dalam menghasilkan sesebuah cerita rakyat yang sarat dengan
pengolahan nilai murni dalam karya mereka mampu mencetuskan suatu khazanah nilai yang
berharga kepada diri kanak-kanak. Melalui Pengkaedahan Melayu, dapat dijadikan asas-asas
pembentukan berdasarkan corak, sifat dan sejarah kesusasteraan Melayu itu sendiri. Justeru itu,
melalui analisis dan kajian telah dilakukan memudahkan pengkaji mencungkil citra nilai murni
masyarakat tradisi dalam cerita rakyat di Malaysia (dunia kanak-kanak). Pengaplikasian teori yang
berkesan akan dapat dijadikan bahan rujukan dan panduan kepada pencipta sastera. Teori ini
mampu menjadi teori sastera tempatan yang bertujuan untuk mengkaji, mengkritik, menganalisis
dan menilai hasil-hasil sastera dengan lebih benar, munasabah, yakin dan lengkap. Oleh itu,
melalui pengekalan elemen yang diceritakan di atas mampu mencorakkan fenomena yang baru
kepada kanak-kanak. Bimbingan dan galakan yang berterusan akan dapat membantu ke arah
pembentukan citra nilai murni dalam cerita rakyat di Malaysia mampu membentuk keperibadian
baik dalam diri kanak-kanak
BAHAGIAN 2
RUJUKAN
Hashim Awang. (2002). Teori Pengkaedahan Melayu dan Prinsip Penerapannya. Bengkel Teori
Sastera, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur di Riviera Bay Resort, Melaka pada
28-29 Jun.
Mohd. Taib Osman. (1991). Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh & Aripin Said. (1995). Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Othman Puteh & Aripin Said. (2011). 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.