Novel Destinasi Impian (Novel Tingkatan 1)

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

Novel Destinasi Impian (Novel Tingkatan 1)

Sinopsis

Johari, Azlina, dan Firdaus telah menyahut cabaran datuk mereka untuk melakukan
ekspedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Mereka ingin membuktikan kepada datuk mereka
bahawa mereka juga boleh berbasikal ke Morib seperti yang pernah dilakukan oleh datuk
mereka suatu ketika dahulu. Azlina dan Johari yang sememangnya gemar akan sukan lasak ini
kelihatan gembira menyahut cabaran datuk mereka berbanding dengan Firdaus yang bersifat
agak manja.

Firdaus menganggap bahawa ekspedisi berbasikal itu sebagai kerja gila. Azlina dan Johari
ingin melakukan ekspedisi berbasikal tersebut supaya Firdaus menjadi seorang lelaki yang
tahan lasak berbanding dengan perwatakannya yang agak lembut dan gemar akan kerja-kerja
yang dilakukan oleh orang perempuan. Oleh itu, Azlina kerap mencabar dan menyakiti hati
Firdaus agar Firdaus menyahut cabaran mereka. Sepanjang perjalanan sejauh lebih 50
kilometer itu, pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh mereka termasuk kerenah Firdaus yang
kerap merungut kerana keletihan. Sikap Firdaus yang tidak sabar itu menyebabkan kerap
berlakunya konflik antara dia dengan adiknya, Azlina. Walau bagaimanapun, Johari sepupu
kepada Azlina dan Firdaus yang lebih dewasa lebih bersikap sabar dan bijak dalam
menghadapi kerenah mereka.

Setelah hampir lapan jam berkayuh dan berhenti rehat beberapa kali, mereka pun tiba di
pantai Morib dengan didahului oleh Firdaus. Ketibaan Firdaus disambut oleh rakan-rakannya.
Dia berasa amat bangga tambahan pula Mazlinda turut berada di situ. Mereka tidak jadi
menonton wayang kerana mahu menyambut ketibaan Firdaus. Hari jadi Mazlinda juga telah
ditunda memandangkan ibu bapanya terpaksa keluar daerah. Firdaus juga membohongi
kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa perjalanan mereka mengambil masa yang lama
kerana adiknya Azlina sering berhenti rehat. Firdaus juga tidak mempedulikan ketibaan Azlina
dan Johari. Sementara itu, Johari dan Azlina disambut oleh rakan-rakan kolej Johari dan
mereka menginap di khemah yang berlainan dan agak jauh dari khemah Firdaus. Dua orang
rakan Firdaus, iaitu Sazali dan Moksin yang tidak mempercayai cerita Firdaus berjumpa dengan
Azlina. Mereka bertanyakan kebenaran cerita Firdaus, iaitu kelewatan mereka tiba di Pantai
Morib kerana Azlian ketihan dan sering berhenti rehat.

Azlina menceritakan perkara yang sebenar kepada mereka. Sazali dan Mohsin bertekad
untuk memaksa Firdaus mengakui perbuatannya. Pada malamnya, Firdaus bermimpi dirinya
lemas setelah dihumban ke dalam laut oleh Sazali dan Moksin kerana berbohong. Mimpi
tersebut telah menyedarkan Firdaus akan kesalahannya berbohong dan mula berasa takut.
Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina ingin bertolak pulang tetapi Firdaus tidak mahu
menyertai mereka. Pada mulanya, Azlina tidak sampai hati hendak meninggalkan abangnya
tetapi setelah dipujuk oleh Johari, akhirnya mereka berbasikal pulang berdua sahaja.
Sementara itu, Firdaus dan rakan-rakannya bergembira mandi-manda di laut. Dalam
kegembiraan itu, Mazlina lemas dan cuba dibantu oleh Firdaus, tetapi dia hampir lemas kerana
tidak pandai berenang. Sebaik sahaja sedar, Firdaus susah berada di hospital. Sebenarnya,
Mazlinda berpura-pura lemas kerana ingin menguji Firdaus. Firdaus berasa malu dan sedar
akan sikapnya yang angkuh. Firdaus juga menerima teguran Johari secara positif.

Tema

Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran
dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar.
Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus
seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

1. Jiwa remaja yang mudah memberontak

Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran.
Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.

2. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.

Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat
datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

3. Keberanian mengharungi rintangan

Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima
cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai
daya juang yang tinggi dan penyabar.

4. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan

Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang
yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia
mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

5. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan

Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai
Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam
perjalanan.

Contoh Persoalan:
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa
persoalan dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, ialah Jiwa remaja yang mudah
memberontak

Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran.
Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan. Selain
itu, Keberanian mengharungi rintangan juga salah satu persoalan dalam novel ini. Azlina
seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk
mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang
yang tinggi dan penyabar. Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari kesilapan.
Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas
baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan
insaf dari kesalahannya.

Watak dan Perwatakan

Firdaus (Watak Utama)

Tingkah laku agak keperempuanan.- seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya
dia seorang anak lelaki dalam keluarganya
Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar-Firdaus beria-
ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke
Morib.
Selalu dimanjakan-Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya
memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan
sebelum memiliki Firdaus.
Suka berdendam-Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia langsung tidak membantu Azlina
yang tercedera.

Contoh watak utama :

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak utama dalam novel
ini ialah Firdaus. Dia merupakan seorang yang bertingkah laku agak keperempuanan. Dia
seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam
keluarganya. Dia juga seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan
aktiviti luar. Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan
mereka untuk berbasikal ke Morib. Selain itu dia seorang yang selalu dimanjakan,Dia dimanjai
dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa
mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus. Akhirnya, dia
seorang yang suka berdendam,Firdaus mendendami adiknya, Azlina.Dia langsung tidak
membantu Azlina yang tercedera.
Watak Sampingan

Azlina ( Watak Sampingan)

Olahragawati Sekolah Menengah Kapar– Azlina yang merupakan olahragawati Sekolah


Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan

Suka mengejek Firdaus-Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk
berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang
abang yang sememangnya seorang lelaki.

Seorang yang kuat semangat-Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka
telah mengayuh selama empat jam setengah.

Suka akan cabaran– Azlina dan Firdaus


menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.

Contoh watak sampingan / kegemaran :

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak sampingan/watak
kegemaran saya dalam novel ini ialah Azlina. Dia merupakan seorang atlek sukan, Azlina
merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan
kayuhan. Dia seorang yang suka mengejek Firdaus, Azlina selalu menyindir Firdaus bagi
merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana
dia mahukan seorang abang yang sememangnya seorang lelaki.Bukan itu shaja, dia juga
seorang yang kuat semangat.Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah
mengayuh selama empat jam setengah.Akhirnya dia seorang yang suka akan cabaran.Azlina
dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.

Latar Masa, Latar Tempat dan Latar Masyarakat

Latar masa

(a) Pukul 7:00 pagi


(b) Pukul 2:30 petang
(c) Pukul 3:00 petang
(d) Pukul 3:30 petang
(e) Hari Sabtu bulan Jun

Latar masyarakat

(a) Masyarakat yang gemar membaca


(b) Masyarakat yang tidak mempercayai kata-kata orang lain melainkan melihat dengan sendiri.
(c) Masyarakat lelaki yang bertingkah laku lembut.
(d) Masyarakat yang sentiasa menjadi bahan usikan.
(e) Masyarakat yang tegas.
(f) Masyarakat yang prihatin.

Latar tempat

(a) Gerai air tebu


(b) Tepi jalan
(c) Tapak perkhemahan
(d) Di bawah pokok ru

Plot / Binaan Plot dan Teknik Plot

Plot / Binaan Plot

(a) Permulaan – Permulaan novel Destinasi Impian ialah Johari, Azlina, dan Firdaus menyahut
cabaran datuk mereka untuk membuat kayuhan sehingga ke Pantai Morib.
(b) Perkembangan – Peringkat perkembangan cerita apabila terdapat pelbagai halangan
semasa kayuhan contohnya sikap Firdaus yang mudah berputus asa dan ingin menamatkan
kayuhan.
(c) Klimaks – Peringkat Klimaks novel ini ialah apabila Firdaus berjaya menamatkan kayuhan
dan disambut oleh rakanrakan. Di sana, dia berjaya mendekati Mazlinda dan rahsia Firdaus
diketahui oleh Mokhsin dan Sazali.
(d) Peleraian – Peringkat peleraian novel ini ialah Firdaus kelemasan di lautan dan insaf dengan
sikapnya terhadap adik dan rakan-rakannya.

Teknik Plot

(a) Teknik pemerian


(b) Teknik dialog
(c) Teknik imbas kembali
(d) Teknik monolog
(e) Teknik monolog dalaman

Nilai
Cinta akan bahasa kebangsaan– Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup
memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai
kesalahan bahasa.

Keberanian – Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.

Keprihatinan – Johari prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat
terjatuh dari basikalnya.
Bertanggungjawab – Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku
dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.

Semangat setia kawan – Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib
bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

Contoh Nilai :

Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa
nilai dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, nilai cinta akan bahasa kebangsaan .Azlina
cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil
gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa. Seterusnya, nilai kedua
ialah nilaibertanggungjawab. Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah
tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati. Nilai terakhir dalam movel ini
ialah nilai semangat setia kawan . Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai
Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

Pengajaran

Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.


Kita janganlah menghina sesama sendiri.
Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
Kita janganlah bercakap bohong.

Contoh Pengajaran:

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa
pengajaran dipaparkan dalam novel ini. Diantaranya ialah kita hendaklah berani menyahut
cabaran. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima
cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai
daya juang yang tinggi dan penyabar. Selain itu, kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah
kita lakukan.Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau
seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai,
dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya. Pengajaran terakhir dalam novel ini ialah kita
hendaklah prihatin dan murah hati terhadap insan lain. Johari sentiasa membantu sepupunya
apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan
Azlina ketika jatuh dari basikal.

Anda mungkin juga menyukai