GGGB6012 - P99265 - Yvonne Chua Kertas Konsep

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 14

PENULISAN AKADEMIK

(GGGB 6012)
___________________________________________________________________________

TAJUK KERTAS KONSEP

AMALAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU


BESAR DAN IMPLIKASINYA TERHADAP MOTIVASI GURU

___________________________________________________________________________

NAMA : YVONNE CHUA SIN LEN


MATRIK : P99265
PENSYARAH : PROF. MADYA DR. JAMALUDIN BIN HAJI BADUSAH
AMALAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DAN
IMPLIKASINYA TERHADAP MOTIVASI GURU
Yvonne Chua Sin Len
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Gaya kepimpinan adalah amalan, pemikiran serta sikap seseorang pemimpin dalam
mengurus dan mentadbir satu organisasi. Dalam pendidikan, gaya kepimpinan amat
penting dalam mendorong sesebuah sekolah menuju ke kejayaan. Kertas konsep ini
telah memberi tumpuan kepada gaya kepimpinan transformasi guru besar dan
implikasinya terhadap motivasi guru. Kebanyakkan guru menghadapi masalah beban
tugas ini turut menyebabkan motivasi guru rendah. Selain itu, guru juga tidak
mempunyai motivasi dalam meningkatkan prestasi diri kerana tidak dapat menyahut
cabaran dalam kejayaan ini. Oleh itu, peranan guru besar amat penting dalam
menangani masalah tersebut. Gaya kepimpinan transformasi dibahagikan kepada 4
elemen utama: kepimpinan karismatik, meransang intelek, timbang rasa dan motivasi
inspirasi. 4 elemen dalam gaya kepimpinan transformasi ini dapat membantu guru
besar dalam meningkatkan motivasi di kalangan guru serta membantu guru besar
dalam proses mentadbir sekolah menuju kea rah kejayaan.
Kata Kunci : Gaya Kepimpinan Transformasi, Motivasi Guru

PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan


pembangunan sesebuah negara (Shafinaz, 2017). Ini telah mengambarkan bahawa
pendidikan adalah punca kemajuan serta kejatuhan sesebuah negara. Bagi
menghadapi perubahan dalam zaman globalisasi ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah mengorak langkah proaktif dengan menyediakan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memacu pendidikan negara ke arah
pendidikan bertaraf dunia menjelang tahun 2020 (KPM, 2013). Pendidikan yang
berkualiti melahirkan generasi manusia dan masyarakat yang berkualiti. Dapat lihat
bahawa, semua warga pendidik bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti
pendidikan negara kita. Pihak yang memainkan peranan paling penting ialah Guru
Besar, pemimpin sesebuah sekolah. Hal ini demikian kerana Guru Besar adalah orang
yang berada di tengah antara Kementerian Pendidikan dengan para pendidik.
Guru Besar adalah orang yang merealisasikan PPPM dengan memimpin para
pendidik supaya menuju ke destinasi yang dihasratkan oleh KPM. Bagi merealisasikan
matlamat pendidikan negara, kepimpinan guru besar dilihat sangat penting. Kepimpinan
merupakan suatu faktor pendorong ke arah membina organisasi yang mantap dalam
usaha menuju ke arah matlamat yang ingin dicapai (Aziz, Ahmad Zamri & Gahazali,
2018). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menambahbaik laluan
kerjaya guru dari segi peranan pemimpin, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus
menjelang tahun 2016 (Aziz, Ahmad Zamri & Gahazali, 2018). Menurut Baharuzaini
Baharin et al. (2016), kepimpinan Pengetua atau Guru Besar, efikasi guru juga
mempengaruhi pencapaian murid di sekolah yang mana secara tidak langsung akan
dapat menjayakan dasar dan matlamat pendidikan negara. Guru besar mahu pun
pengetua adalah pemimpin utama di sesebuah sekolah dan memikul tanggungjawab
yang amat penting dalam sistem ekologi persekolahan khususnya dalam keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Davarajoo, 2013).
Menurut Baharuzaini Baharin (2016), gaya kepimpinan dibahagikan kepada 5
jenis, Autokratik, Demokratik, Laissez-Faire, Transformasi, dan Instruksional. Gaya
kepimpinan yang berbeza boleh memberi kesan dan implikasi yang berlainan terhadap
pengikut (guru) dan iklim sekolah. Penyataan ini turut disokong oleh Bragg (2000).
Beliau mendapati bahawa kepimpinan dan pengurusan yang dipraktikkan oleh guru
besar boleh memberi kesan terhadap kerja guru daripada segi kualiti dan keberkesanan
kepimpinan dan pengurusan pentadbiran serta prestasi, komitmen dan kepuasan kerja
guru itu sendiri.
Kajian Button (2003) menjelaskan bahawa perubahan yang dibawa melalui
kepimpinan transformasi ini dilihat lebih demokratik, adil serta mampu meningkatkan
komitmen dan penglibatan individu. Beberapa ciri pemimpin transformasi seperti
berfokus kepada misi akademik, pembinaan visi dan penetapan matlamat, dan
menggalakkan pembangunan berterusan profesionalisme pekerja, dapat memenuhi
kepuasan kerja guru (Windy, Roslee & Soon Singh, 2019). Kepimpinan
transformasional berfokuskan kepada membina matlamat yang dikongsi bersama,
mempertingkatkan komunikasi serta mengambil kata putus secara kolaboratif (Kasturi
Telagam, 2013). Menurut Leithwood, Jantzi, dan Steinbench (1999) telah menegaskan
bahawa gaya kepimpinan transformasi adalah bersesuaian dalam persekitaran
transformasi sekolah kerana memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan tahap
profesionalisme dalam memberi tindak balas terhadap tuntutan persekitaran sekolah.
Oleh itu, gaya kepimpinan transformasi dilihat amat bertepatan dengan transformasi
sekolah di mana ia menggalakkan pembangunan ahli organisasi, memberi hala tuju,
menggalakkan kepimpinan berpenyertaan dan menyuburkan budaya positif di sekolah
(Nursyafina Saffiee, Aida Hanim & Ghazali Darusalam, 2018).
Motivasi adalah keinginan, keperluan, dan harapan sesorang untuk mencapai
tujuan. Motivasi guru dianggap sebagai satu konstruk utama berikutan kesannya
terhadap motivasi pelajar dan fungsi sekolah berkesan (Rufini et al., 2012; Lai &
Crispina, 2017). Ini menunjukkan pentingnya motivasi di kalangan guru di sekolah bagi
merealisasikan matlamat KPM yang dihasratkan.
Kajian Baharuzaini Baharin (2016) mendapati bahawa tahap motivasi yang tinggi
sering kali dikaitkan dengan pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan yang
sesuai dengan para guru. Kajian mengenai motivasi guru yang dijalankan oleh para
pengkaji bersetujui bahawa motivasi guru adalah berhubung kait dengan gaya
kepimpinan secara positif. Oleh itu, para pemimpin hendaklah mengetahui amalan
kepimpinan pemimpin mempunyai hubung kait dengan motivasi guru.

PERNYATAAN MASALAH / LITERATUR


Amalan kepimpinan guru besar memberi impak terhadap pembangunan kendiri,
motivasi individu, akhlak serta intelektual guru (Aziz, Ahmad Zamri & Gahazali, 2018).
Kepimpinan guru besar yang efektif dapat memberi kesan positif kepada guru serta
sesebuah sekolah.
Bagi mecapai hasrat KPM negara kita, beberapa cabaran telah dirangka.
Menurut Aziz, Ahmad Zamri & Gahazali (2018), antaranya cabaran termasuk menimbul
perasaan tidak puas hati di kalangan guru-guru Malaysia. Faktor perasaan tidak puas
hati kebanyakkan datang daripada ketidakseimbangan pengagihan tugas. Ini turut
menyebabkan motivasi guru berada di tahap rendah. Ketidakseimbang pembahagian
tugas turut menyebabkan guru berasa Faktor beban guru kebanyakkan datang
daripada ketidak seimbangan pengagihan tugas. Ini mengakibatkan guru berasa
tekanan, dan ini turut menjejas motivasi guru dalam melaksanakan tugas.
Di samping itu, sebilangan guru menukar kerjaya dan bersara awal disebabkan
bebanan tugas dan sistem pendidikan yang mencabar (Syed Sofian & Rohany Nasir,
2010). Tugasan guru zaman kini bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah, tetapi
terdapat banyak kerja diluar bilik darjah. Munurut Abdull Sukor Shaari, Abd. Rahim
Romle dan Mohamad Yazi Kerya (2006) dalam kajian tugas guru sekolah, beliau telah
menyenaraikan tugasan guru sekolah seperti berikut: tugas akademik terbahagi kepada
dua kategori, iaitu tugas rutin (harian) dan tugas bermusim (berkala). Antara yang
termasuk dalam tugas rutin (harian) ialah mengajar subjek opsyen dan bukan opsyen,
menyediakan rekod mengajar, membuat bahan bantu mengajar, membuat persediaan
mengajar (termasuk membuat rujukan) dan memeriksa buku nota dan latihan murid.
Tugas akademik berkala pula ialah menyediakan soalan ujian, memeriksa kertas ujian
murid, mengajar kelas tambahan, mengadakan mesyuarat panitia dan merekod markah
murid. Tugas bukan akademik juga terbahagi kepada dua kategori, iaitu tugas rutin dan
tugas bermusim. Antaranya termasuk dalam tugas rutin ialah mencatat kedatangan
murid, menyelia dan mencatat rekod Ranganan Makanan Tambahan (RMT),
menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kelab dan persatuan, mengemas kini rekod
profil murid, memastikan kebersihan dan keceriaan kelas. Tugas bukan akademik
bermusim pula termasuk menghubungi ibu bapa, menyediakan resit, mengurus
pinjaman dan pemulangan buku teks, jurulatih sukan, mengurus hari sukan, mengurus
hari khas seperti sukan, kokurikulum, kantin dan penyampaian hadiah dan sebagainya.
Dapat lihat guru mempunyai banyak tugas yang perlu dijalankan di sekolah dan jika
mempunyai tugasan sampingan lagi, memang guru akan rasa tertekan dengan beban
tugasan dan menyebabkan guru menukar kejayaan serta bersara awal.
Terdapat beberapa kajian membuktikan terdapat hubungan antara gaya
kepimpinan transformasi guru besar dan motivasi guru. Pemimpin yang dapat
memimpin dengan berkesan dapat memanfaatkan komuniti sekolah serta mewujudkan
suasana sekolah yang kondusif.
Konsep Gaya Kepimpinan
Menurut Lai & Crispina (2017), pemimpin berfungsi sebagai asas tindakan dalam
kalangan anggota, membimbing kegiatan mereka dan mengarahkannya bagi memenuhi
matlamat tertentu. Kepimpinan pula merupakan proses yang menekankan dinamika
kumpulan dan perhubungan interpersonal antara anggota. Menurut beliau, dengan
menerusi kepimpinan sebegini, secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku
pengikut untuk bersama-sama pemimpin bagi mencapai matlamat organisasi yang
dikehendaki.
Gaya kepimpinan transformasi adalah seseorang pemimpin dapat membuat
keputusan dimana mempunyai sedikit ciri autoriti untuk memelihara kawalan organisasi
yang tinggi dan pada masa yang sama memberi sedikit kebebasan kepada pengikut
dalam membuat keputusan. Ini berbeza dengan gaya kepimpinan autokratik,
demokratik dan laissez-faire. Kepimpinan transformasi yang membuka ruang kepada
pengikutnya untuk membuat keputusan bersama.
Menurut Hishamuddin Shah, Mohd Rizal & Supian (2013), kepimpinan
transformasi dibahagikan kepada empat aspek, karisma, timbang rasa, meransang
intelek dan motivasi inspirasi.

(i) Kepimpinan Karismatik.


Karisma pemimpin transformasi adalah keyakinan dan kepastian yang ditunjukkan
dalam setiap tindakan pemimpin. Pemimpin yang mempunyai ciri karimasma adalah
pemimpin yang sanggup berkorban demi kepentingan organisasi dan bersifat optimis
terhadap visi dan misi yang ingin dicapai. Pemimpin transformasi sebagai role model,
dihormati dan dikagumi oleh pengikutnya. Pemimpin transformasi juga digambarkan
sebagai seorang pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang jelas serta berani
menghadapi risiko.

(ii) Meransang Intelek.


Pemimpin transformasi bertindak balas secara berbeza terutama dalam mencari
penyelesaian masalah dengan dimensi pemikiran yang baru dan inovatif (Nursyafina
Saffiee, Aida Hanim Abdul Hamid & Ghazali Darusalam, 2018). Dengan itu, pemimpin
tranformasi secara tidak langsung menggalakkan pengikutnya berfikir secara kreatif dan
bukan hanya menyalahkan orang lain atau sebagainya dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Pemimpin transformasi ini secara tidak langsung telah melatih pengikutnya
mampu mengenalpasti cabaran dan menjadikan mereka orang yang berani
menghadapinya (Abdullah Hassan & Ainon, 2007).

(iii) Timbang Rasa.


Pemimpin transformasi memberi tumpuan dan perhatian terhadap keperluan dan
potensi tertentu dalam membangunkan pengikut-pengikutnya (Nursyafina Saffiee, Aida
Hanim & Ghazali Darusalam, 2018). Pemimpin transformasi mengganggap setiap
pengikutnya sebagai seorang individu yang perlu dihormati. Pemimpin-pemimpin
seperti ini akan mewujudkan suatu iklim yang amat selesa. Evonne Lai & Crispina
(2017) telah menyatakan bahawa iklim sekolah yang kondusif akan mendorong guru
lebih berprestasi optimal sesuai dengan minat dan kemampuannya. Interaksi di antara
pemimpin ini dengan pengikutnya membina hubungan kerja yang kondusif kerana
pemimpin transformasi peka terhadap pengikutnya sebagai seorang individu.

(iv) Motivasi Inspirasi.


Pemimpin transformasi mempunyai tingkah laku yang mampu memotivasikan
pengikutnya, menaikkan semangat juang serta berupaya untuk menyahut cabaran yang
datang. Dalam kajian Button (2003) telah menyatakan bahawa guru yang berkesan
adalah guru yang bermotivasi tinggi. Guru yang bermotivasi tinggi memepunyai minat
yang tinggi dan sentiasa melibatkan diri dalam penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, sokongan moral serta keperluan dan kemudahan perlu
disediakan bagi meningkatkan dan mengekalkan motivasi guru dalam menjayakan
matlamat organisasi sekolah.

Konsep Motivasi Guru


Abdul Aziz et.al (2004) mendefinisikan motivasi sebagai proses psikologi yang
merangsang dan mendorong individual dalam usaha mencapai sesuatu matlamat.
Menurut Mohd. Sahandri Gani B. Hamzah (1998), motivasi merujuk kepada tindakan,
arah, intensiti dan persistence tingkah laku. Motivasi guru merupakan usaha seorang
guru dalam mencapai sesuatu matlamat dalam kerjaya sebagai pendidik.

IMPLIKASI / ISU / CADANGAN

Gaya kepimpinan merupakan satu tindakan, pemikiran, serta sifat seseorang


pemimpin dalam memimpin pengikutnya. Di sekolah orang yang mempunyai kuasa
penuh adalah guru besar. Beliau juga merupakan orang yang boleh membuat
keputusan bagaimana untuk menjalankan cara memimpin dan membentuk organisasi
sekolah. Motivasi guru dipandang penting dalam menjayakan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Hal ini demikian kerana guru merupakan pendidik dan
ornag yang paling mendekati dengan generasi muda negara kita. Guru hendaklah
mempunyai motivasi yang tinggi dalam kejayaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan
negara kita. Oleh itu, guru besar hendaklah memilih gaya kepimpinan yang dapat
meningkatkan motivasi di kalangan guru.
Menurut Nursyafina Saffiee, Aida Hanim & Ghazali Darusalam (2018), gaya
kepimpinan transformasi dapat meningkatkan dan mengekalkan motivasi guru dalam
menjayakan matlamat organisasi sekolah. Motivasi boleh dilihat melalui beberapa
aspek.
Pemimpin yang berkarisma memerlukan pemimpin-pemimpin yang optimis
dengan visi dan misi yang hendak dicapai. Nursuhaila (2007) menyatakan bahawa
karisma pengetua adalah ciri-ciri personalitinya dan sikap pengetua terhadap
pembangunan intelektual guru dengan memberi sokongan kepada guru-guru dalam
menambah pengetahuan serta mencetus paradigma baru dari kalangan guru dalam
menggunakan kapasiti pemikitan yang lebih kreatif dan inovatif. Guru besar yang
mempunyai ciri dan sikap ini dapat memberi satu keyakinan kepada para guru dalam
melaksanakan tugas serta lebih berusaha kerana guru besar yang sanggup berkorban
untuk organisasi serta dapat memberi tunjuk ajar kepada guru dalam usaha mencapai
matlamat organisasi. Ini turut meningkatkan motivasi guru supaya lebih gigih dalam
melaksanakan tugas kerana mempunyai pemimpin yang sanggup berganding bahu
dalam melaksanakan segala tugas. Menurut Jazmi (2009) dalam kajiannya menyatakan
peranan pengetua amat diperlukan guru sebagai sumber inspirasi mereka dalam
melaksanakan tugas di sekolah. Seorang guru besar atau pengetua yang berkarisma
lebih dihormati kerana meraka mempunyai wawasan, misi, berkeyakinan tinggi dan
mampu untuk meningkatkan rasa optimis guru. Campur tangan, sokongan dan tindakan
susulan pengetua yang secara jelas mempamerkan penghargaannya dapat memajukan
proses pengajaran (Hishamuddin Shah, Mohd Rizal & Supian Bin Hashim, 2016).

Aspek yang seterusnya dalam gaya kepimpinan transformasi ialah meransang


intelek. Guru besar menggalakkan suatu pemikiran baru di kalangan guru dalam
menyediakan mereka bertindak terhadap sebarang masalah dan cabaran yang
dihadapi (Hishamuddin Shah, Mohd Rizal & Supian Bin Hashim, 2016). Ini merupakan
satu aspek yang penting dalam pendidikan zaman ini dimana perlu menghadapi
perubahan dari semasa ke semasa. Guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan
transformasi sentiasa cuba menyelesaikan masalah dengan pemikiran yang baru dan
kreatif. Secara tidak langsung, ini dapat melatih para guru supaya berfikir dengan kreatif
dan inovatif. Ketika menghadapi sebarang perubahan, guru besar telah memberi satu
teladan dalam menyelesaikan masalah dengan kreatif, ini turut memberi satu dorongan
kepada para guru untuk mencontohi guru besar. Ini dapar meningkatkan daya
pemikiran guru serta meningkatkan tahap efikasi guru dalam menyahut sebarang
cabaran.
Gaya kepimpinan transformasi juga melingkumi aspek timbang rasa. Guru besar
yang mengamalkan gaya kepimpinan ini mengambil berat berkaitan ciri-ciri
kemanusiaan para guru yang berada dibawahnya (Hishamuddin Shah, Mohd Rizal &
Supian Bin Hashim, 2016). Aspek kemanusiaan memerlukan seseorang pemimpin itu
menghormati dan memahami sebarang perbezaan antara individu dan menghargai
sumbangan guru-guru walau dengan sekadar pujian di samping sentiasa memberi
perhatian dan sokongan kepada mereka. Guru-guru akan berasa sendiri diambil berat
dan dihormati oleh pemimpin. Isu seperti beban guru dimana guru menghadapi
masalah tekanan dalam kerja boleh berbincangn dengan pemimpin. Pemimpin akan
prihatin dengan masalah yang dihadapi dan cuba untuk mencari cara penyelesaian
seperti memastikan tugas guru adalah seimbang dan tidak jauh berbeza. Ini adalah
kerana pemimpin yang prihatin dan bertimbang rasa akan menjaga keselesaan setiap
guru dan ini turut melahirkan satu suasana kerja yang kondusif. Melalui hasil penemuan
kajian Troy A McCarley, Michelle L Peters and John M Decman (2014) menyatakan
sebahagian besar pendidik menyokong bahawa terdapat hubungan antara faktor-faktor
kepemimpinan transformasi dan iklim sekolah. Terdapat kajian mengenai kepuasan
kerja guru mempengaruhi tekanan kerja dan komitmen kerjaya iaitu apabila seorang
guru puashati dengan kerjayanya makan tahap tekanan semakin rendah dan
sebaliknya apabila seorang guru tidak merasakan kepuasan kerja maka tahap tekanan
juga akan meningkat. Evonne Lai & Crispina (2017) telah mengaitkan bahawa iklim
sekolah yang kondusif dapat meningkatkan motivasi guru. Oleh itu, aspek timbang rasa
dalam gaya kepimpinan transformasi ini dapat meringankan beban tugas guru secara
tidak langsung turut meningkatkan motivasi guru.
Aspek yang terakhir adalah aspek motivasi inspirasi. Aspek tersebut adalah amat
penting dalam kepimpinan guru besar. Hal ini demikian kerana motivasi merupakan
satu pengakuan serta dorongan kepada guru dalam melaksanakan kerja yang
diamanahkan. Sikap guru besar yang positif dalam memberi bimbingandan sokongan
dapat meningkatkan motivasi di kalangan guru-guru. Motivasi inspirasi oleh guru besar
amat penting kerana ini dapat menyemarakkan semangat para guru untuk terus
berusaha dalam menyahut cabaran yang datang. Menurut Hishamuddin Shah, Mohd
Rizal & Supian Bin Hashim (2016) telah menyatakan bahawa guru-guru yang puas hati
akan lebih berusaha dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka yang akan
memberi kesan ke atas pengajaran mereka. Sekiranya tidak mempunyai sebarang
sokongan kepada guru, guru juga akan berasa letih dan ini turut menjejas prestasi guru
dalam pengajaran dan pemudahcaraan, secara tidak langsung, ini akan menjejas tahap
pencapaian sekolah. Motivasi inspirasi guru besar amat penting untuk menyemarakkan
semangat guru dalam kejayaannya dan ini juga dapat meningkatkan rasa dihargai dan
guru akan berasa usahanya tidak sia-sia sahaja tapi amat penting.
Dapat lihat bahawa hubugan gaya kepimpinan transformasi dan meningkatkan
motivasi guru adalah positif dimana menyatakan bahawa keberkesanan seseorang guru
besar dalam memilih gaya kepimpinan akan memberi kesan kepada para pengikut
serta iklim sesebuah sekolah.
KESIMPULAN
Guru Besar perlu fleksibel dan berupaya mengubahsuaikan aspek gaya kepimpinan
transformasi apabila menghadapi situasi yang berlainan. Menurut Nursyafina Saffiee,
Aida Hanim Abdul Hamid & Ghazali Darusalam (2018)menyatakan bahawa guru besar
berupaya menyesuaikan corak dan gaya kepimpinannya mengikut keperluan keadaan
sekolah dan guru-gurunya melalui elemen-elemen yang terdapat dalam kepimpinan
transformasi dapat mendorong sekolah mendapat kejayaan. Amalan kepimpinan
transformasi wajar ditingkatkan dalam kalangan pentadbir sekolah di Malaysia kerana
telah terbukti keberkesanannya kepada peningkatan kepuasan kerja supaya dapat
membawa kemajuan dan kecemerlangan terhadap sesebuah sekolah (Kong Chung
Bing, Mohd Izham Mohd Hamzah, 2017). Seorang guru besar yang sentiasa
memberikan kepimpinan yang berkarismatik, mampu memberikan pengaruh yang
tinggi, mempunyai pertimbangan idividu yang seimbang, memberikan rangsangan
intelektual kepada guru-guru dan kakitangan sekolah dan sentiasa memberikan
inspirasi motivasi yang positif kepada kakitangan dibawah pentadbirannya. Secara tidak
langsung, ini turut merapatkan hubungan di antara pentadbir dan kakitangan untuk
terus bekerjasama dalam keadaan yang selesa, ceria dan harmoni.
RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari, Abd. Rahim Romlee dan Mohamad Yazi Kerya. 2006. Beban
tugas guru sekolah rendah. Seminar kebangsaan kepimpinan dan pengurusan
sekolah.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2007. Komunikasi Untuk Pemimpin. Kuala Lumpur :
PTS Publishing Sdn. Bhd.
Aziz bin Tahir , Ahmad Zamri bin Mansor & Ghazali bin Darusalam. 2018. Amalan
Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Hubungannya Terhadap
Kepuasan Kerja Guru Sekolah Daerah Miri. Jurnal Pendidikan. 12-24.
Baharuzaini Baharin, Muhammad Hisham Adnan, Mohd Hanih Mohd Zin, Mohd
Norhisyam Kamaludin & Azlin Norhaini Mansor. 2016. Gaya Kepimpinan Guru
Besar dan Tahap Efikasi Guru. Journal of Personalized Learning. 2(1). 9-17.
Bragg. 2000. The Manager as Negotiator: Ten Secrets for Success. Dlm Olen @ Ulin
bin Tabor.1998. Gaya Kepimpinan Guru Besar dengan Keberkesanan Sekolah
Kajian di Daerah Saratok. Universiti Malaysia Sabah.
Button, B. 2003. A Study Examining The Use Of Transformational Leadership Practices
For The Teacher Development. Master Thesis. University of Wisconsin Stout.
Diakses pada 30 Mac 2018 dari http://www.uwstout.ed/lib/thesis/2003buttonpdf
Elangkumaran Davarajoo. 2013. Hubungan Antara Kepimpinan Pengajaran Guru Besar
dengan Komitmen Kerjadian Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah di Zon
Tanjung Karang. 1-28.Evonne Lai Eng Fei & Crispina Gregory K. Han. 2017.
Hubungan Iklim Sekolah Dengan Motivasi Guru. Jurnal Pemikir Pendidikan. 8. 1-
26.
Hishamuddin Shah Bin Mokri, Mohd Rizal Bin Atan & Supian Bin Hashim. 2013.
Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar Dengan Kepuasan
Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan Kurang Murid Gemilang Tujuh Segamat,
Johor.
Ismail, I. S. 2019. Ziarah Cakna kukuh hubungan sekolah, ibu bapa dan pelajar.
Putrajaya: Berita Pendidikan.
Jazmi bin Md Isa. 2009. Gaya Kepemimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru:
Kajian Perbandingan Antara SMKA dengan SMK. Universiti Utara Malaysia.
Kasturi Telagam A/P Chinna Thambi. 2013. Hubungan Gaya Kepimpinan
Transformasional Dalam Kalangan Guru Besar Sekolah Rendah Dengan
Keberkesanan Sekolah Di Daerah Kinta Utara. 1-108.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2015.
Kong Chung Bing, Mohd Izham Mohd Hamzah. 2017. Amalan Kepimpinan
Transformasi Dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan
Pentadbir Sekolah Rendah Di Sarawak. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Leithwood, K., Jantzi, D., & Steinbench, R. 1999. Changing leadership for changing
time. Buckingham, Philadelphia, PA: Open University Press.
Mohd. Sahandri Gani Hamzah. 1998. Analisis perbandingan pola komitmen kerja guru
pelatih tesis doktor falsafah, Uni.Kebangsaan Malaysia UKM, Bangi.
Nursuhaila Ghazali. 2007. Tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan
pengetua Sekolah Menengah Bandar Tangkak. Tesis Sarjana. Universiti
Teknologi Malaysia
Nursyafina Saffiee, Aida Hanim Abdul Hamid & Ghazali Darusalam. 2018. Amalan
Kepimpinan Transformasional Dalam Kalangan Guru Besar Terhadap
Keberkesanan Sekolah Di Daerah Subis. Malaysia Online Jurnal Pendidikan.
2(2). 21-28.
Rufini, Sueli Edi, Jose Aloyseo Bzuneck & Katya Luciane de Oliveira. 2012. The Quality
of Motivation Among Elementary Scool Students. Universidade Estadual de
Londrina, Londrina-PR, Brazil.
Shafinaz Bt A. Maulod. 2017. Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kepimpinan
Instruksional Pengetua Dengan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah
Kebangsaan Di Negeri Sembilan. 1-30.
Syed Sofian dan Rohany Nasir. 2010. Kesan kecerdasan emosi ke atas tekanan kerja
dan niat berhenti kerja profesion keguruan. Jurnal e-Bangi. 5(1). 53-68.
Shafinaz Bt A. Maulod. 2017. Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dan Kepimpinan
Instruksional Pengetua Dengan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah
Kebangsaan Di Negeri Sembilan. 1-30.
Troy A McCarley, Michelle L Peters and John M Decman. 2014. Transformational
Leadership Related To School Climate: A Multi-Level Analysis. Educational
Management Administration & Leadership 1–21.
Windy Anjilus, Roslee Talip & Soon Singh Bikar Singh. 2019. Hubungan Gaya
Kepemimpinan Transformasi Dengan Kepuasan Kerja Guru Akademik Tingkatan
Enam. Jurnal Psikologi Dan Pendidikan.1-16.

Anda mungkin juga menyukai