Teks MC Karnival Inovasi 2019

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

TEKS PENGACARAAN PERHIMPUNAN 2015

TARIKH : 11 OKTOBER 2015

HARI : AHAD

TEMPAT : DEWAN AL-FARABI, INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL INOVASI 2019

TARIKH :

10 APRIL 2019

HARI :

RABU

TEMPAT :

DEWAN AL-FARABI
IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
BIL CUE ANN CATATAN
1.
Mengumumkan ketibaan yang berbahagia Dr Mohd
Nasrudin bin Basar, Pengarah Pusat Penyelidikan,
Ketibaan Pembangunan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru
pengarah dan dif Malaysia, Wakil Rasmi kepada Rektor Institut Pendidikan M
jemputan Guru Malaysia ke majlis.

Nyanyian lagu Hadirin dipersilakan untuk terus berdiri bagi menyanyikan M


Negaraku lagu Negaraku / Hadirin dipersilakan duduk.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam


sejahtera dan salam negaraku Malaysia.

1. Yang Berbahagia Dr. Mohd Nasrudin bin Basar,


Pengarah Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan
Inovasi Institut Pendidikan Guru Malaysia Wakil
Rasmi kepada Rektor Institut Pendidikan Guru
Malaysia,

2. Yang berusaha Dr Azman Bin Jusoh, Pengarah


Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.
Salutasi dan A
ucapan alu-aluan 3. Yang Berusaha Tuan Haji Ngah bin Bidin, Wakil
Rasmi kepada Pengarah Pendidikan Negeri
Terengganu,

4. Yang Berusaha Tuan Haji Rasid bin Chik, Timbalan


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato
Razali Ismail

5. Yang Berusaha Puan Hajah Norma binti Bajuria,


Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik,

Pengarah-pengarah IPGK dan wakil,


Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu, Pensyarah-pensyarah kanan, Ketua-
ketua kluster, ketua-ketua jabatan, para pensyarah,
guru-guru, siswa siswi guru Institut

Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail


seterusnya para peserta karnival yang dikasihi
sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka bicara.

Kompang bergema pusaka bangsa,


Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan meriah suasana, A
Kami menyambut penuh gembira.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat illahi kerana


dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama
meraikan Majlis Penutupan Karnival Inovasi 4IR 2019.

Hadirin,

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini,


marilah kita sama-sama menadahkan tangan
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh saudara
Mohd Ezuan bin Wan Abdul Rahman.
Bacaan doa
M
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan


kepada saudara Mohd Ezuan bin Wan Abdul Rahman
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dirahmati sekalian,

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini,


marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan dan
tayangan montaj daripada siswa-siswi guru Institut
Tayangan Montaj Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
dan Persembahan
Pelajar
Terima kasih diucapkan atas persembahan dan
tayangan montaj sebentar tadi.
M
Untuk makluman semua, persembahan itu tadi
dianggotai oleh siswa-siswi guru Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail dan pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Mahmud.

Persembahan itu tadi dipimpin oleh En Wahi bin Sanusi,


pensyarah muzik Institut Pendidikan Guru Kampus Dato
Razali Ismail
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Karnival inovasi 4IR 2019 telah diadakan sejak 8 Mac


iaitu pada hari isnin yang lalu. Karnival ini diadakan untuk
Ucapan Aluan
Emcee memupuk pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan
siswa-siswi dari Institut Pendidikan Guru, IPTA/IPTS,
A
guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah. Antara program
menarik yang diadakan sepanjang karrnival ini ialah
travelog guru, cakna buku, bual bicara tunas penyair,
perbentangan pertandingan strategi pemasaran produk
PdP atas talian dan pertandingan inovasi.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Seterusnya, majlis dengan penuh takzimnya menjemput


dan mempersilakan Yang Berusaha Dr Azman bin M
Ucapan Aluan Jusoh, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’
( Pengarah ) Razali Ismail untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapakan kepada Tuan Pengarah atas


ucapan tuan sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan mandat diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Ucapan
Perasmian Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan
( Rektor IPGM) mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Mohd Nasrudin bin
Basar, Pengarah Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan
Inovasi Institut Pendidikan Guru Malaysia Wakil Rasmi
kepada Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, untuk A
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Penutupan Karnival Inovasi 4IR 2019. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan sekalung ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Dr. Mohd Nasrudin atas
ucapan perasmian sebentar tadi.
Yang Berbahagia Dr Nasrudin diminta untuk terus kekal
di atas pentas bagi menyempurnakan acara
penyampaian hadiah.

Untuk itu, majlis menjemput Yang Berbahagia Dr Azman A


Bin Jusoh, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus +
Penyampaian Dato Razali Ismail dan dif-dif kehormat untuk sama-sama M
Hadiah turut berada di atas pentas.

Hadirin,

Kini, tibalah masanya saya umumkan pemenang-


pemenang pingat emas pertandingan Inovasi 4IR 2019.

Kategori Terbuka Fizikal…….

Kategori Terbuka Digital…….

Kategori Sekolah Fizikal…….

Kategori Sekolah Digital…….

Kategori Pelajar Fizikal……...

Kategori Pelajar Digital……..

Seterusnya, sebagai tanda kenang-kenangan,

Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dr Azman Bin


Penyampaian
Cenderahati Jusoh, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato
Razali Ismail untuk menyampaikan cenderahati kepada
Yang Berbahagia Dr Nashrudin Bin Basar, Pengarah
Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Institut
Pendidikan Guru Malaysia wakil rasmi kepada Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia. A

Terima kasih diucapakan atas penyempurnaan


penyampaian hadiah dan cenderahati sebentar tadi.
Hadirin,

Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah dan


cenderahati sebentar tadi, maka berakhirlah sudah majlis
kita pada hari ini.

Kami mewakili jawatankuasa majlis mengucapkan jutaan


terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
M
menjayakan majlis pada hari ini dan
Penutup
kami memohon ampun dan maaf seandainya terdapat
kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan buat semua,
Di lain masa bersua lagi.

2. Hadirin dipersilakan berdiri bagi menyanyikan


Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Nyanyian Lagu Mengumumkan Yang Berbahagia Dr Mohd Nasrudin bin


IPG Basar, Pengarah Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan M
Inovasi Institut Pendidikan Guru Malaysia, wakil rasmi
kepada Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia
meninggalkan majlis.

Anda mungkin juga menyukai