SHUHADA - Penulisan Reflektif

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 5)

PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR


(LASS 3013)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: NURUL SHUHADA BINTI MOHD HARON

NO. KAD 980821-02-5712


PENGENALAN:

ANGKA GILIRAN: 2017192340109

KUMPULAN: PISMP C6

NAMA PENSYARAH Dr. SITI HALIMAH BINTI MD YASSIN


AKADEMIK:

TAJUK TUGASAN : TUGASAN : PENULISAN REFLEKTIF

TARIKH SERAHAN: 23 SEPTEMBER 2019


1.0 PENGENALAN

Dalam usaha untuk menjayakan alam sekitar lestari, pembangunan lestari mula
diperkenalkan (Nur Nabillah Abdullah, 2008). Konsep pembangunan lestari ini
memperlihatkan usaha pembangunan ekonomi yang menuntut kepada keseimbangan
penjagaan alam sekitar terutama berkaitan dengan eksploitasi sumber dan penjagaan alam
sekitar setelah sumber diekploitasi. Malah, pembangunan lestari ini turut menuntut bagi
mendapatkan kesejahteraan penduduk dan negara. Menurut Mariani Hmbug, 2008 dan Abdul
Samad Hadi et al., (2004), pembangunan ekonomi masih boleh dilaksanakan dengan syarat
penjagaan alam sekitar turut ditekankan pada masa yang sama. Konsep pembangunan lestari
ini merupakan satu usaha untuk menjaga kesejahteraan persekitaran fizikal yang mana
persekitaran fizikal ini dihuni oleh sekumpulan manusia yang akan berusaha untuk
memastikan persekitaran fizikal tersebut berada dalam keadaan yang baik serta mampu
memenuhi keperluan untuk hidup. Usaha ke arah pencapaian kualiti hidup yang baik bukan
sahaja dilihat dari segi persekitaraan binaan yang memberi keselesaan kepada penduduk
malah keupayaan persekitaran tersebut menyediakan peluang ekonomi kepada penduduk.
Sejajar dengan konsep pembangunan lestari, kehidupan yang berkualiti juga menuntut
kepada keseimbangan ekonomi dan juga penjagaan alam sekitar.
Ahmad Syahir Sarani (2008) telah menjelaskan bahawa kehidupan berkualiti
melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem sosial yang bermula daripada
kesedaran setiap individu tersebut untuk mengamalkan cara hidup yang sihat, berupaya
mengecapi segala keperluan untuk kelangsungan hidup dan bebas untuk mengembangkan
potensi yang ada pada diri individu tersebut. Setiap individu yang mempunyai matlamat yang
sama akan membentuk satu komuniti yang saling bekerjasama dan menghormati antara satu
sama lain dalam persekitaran alam sekitar yang sama (Ibrahim Ngah 2009). Hal ini sejajar
dengan kajian Siti Khatijah Zamhari (2016) yang memperjelaskan bahawa amalan pelestarian
mengambil kira keseimbangan persekitaran, ekonomi dan sosial dalam merancang
pembangunan dan peningkatan kualiti hidup bagi menjamin kesejahteraan dan kelangsungan
alam sekitar.

2.0 AMALAN GAYA HIDUP LESTARI

Gaya hidup lestari adalah gaya hidup mesra alam yang perlu diaplikasi dalam semua aktiviti
seharian kita. Ini bermakna, kehidupan lestari diasaskan kepada amalan dan gaya hidup
sesuai dengan keperluan generasi sekarang dan akan datang.
Gaya hidup yang lestari harus dijadikan struktur hidup baru bagi semua golongan
terdiri daripada individu, komuniti, negara dan dunia. Amalan hidup dan perubahan sikap
manusia amatlah diperlukan bagi merealisasikan gaya hidup lestari.

Plastik

Amalan
Gaya
Hidup
Lestari

Kertas Kotak

2.1 PLASTIK

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), plastik bermaksud benda seperti damar yang
dibuat daripada campuran bahan kimia dan digunakan untuk membuat pinggan, mangkuk dan
lain-lain.

Plastik adalah polimer rantai panjang atom mengikat satu sama lain. Rantai ini
membentuk banyak unit molekul berulang, atau “monomer”. Plastik yang umum terdiri dari
polimer karbon saja atau dengan oksigen, nitrogen, klorin atau belerang di tulang belakang.
Tulang belakang adalah bahagian daripada rantai di jalur utama yang menghubungkan unit
monomer menjadi satu. Untuk mengetahui ciri-ciri plastik kumpulan molekul berlainan
bergantung daripada tulang belakang (biasanya “digantung” sebagai bahagian dari monomer
sebelum menyambungkan monomer bersama untuk membentuk rantai polimer). Penghasilan
oleh kumpulan rantaian ini telah membuat plastik menjadi bahagian tidak dapat dipisahkan
dalam kehidupanabad ke-21 dengan memperbaiki ciri daripada polimer tersebut.

Pengembangan plastik berasal daripada penggunaan bahan semula jadi seperti karat,
“shellac” hingga ke bahan yang diubahsuai secara kimia seperti karat semula jadi,
“nitrocellulose” dan akhirnya ke molekul buatan-manusia seperti epoksi, polivinil klorida –
PVC, polietilen).

Plastik merupakan bahan yang mengambil masa yang amat panjang untuk terlerai
atau degradasi sepenuhnya secara semulajadi. Justeru, kita haruslah mengitar semula bahan
plastik. Platik terbahagi kepada beberapa kelas, setiap kelas plastik tersebut dapat dikitar
semula menjadi pelbagai bahan baharu. Sebagai contoh, botol plastik boleh dijadikan pasu
tanaman seperti rajah berikut.

Rajah 1: Botol plastik dijadikan pasu tanaman.

Langkah untuk menukarkan botol plastik kepada pasu tanaman amat mudah untuk
dilaksanakan. Langkah pertama, botol plastik perlu diporong pada bahagian tengah untuk
mendapatkan dua bahagian bekas, iaitu bahagian atas dan bahagian bawah. Seterusnya,
kedua-dua bekas tersebut diisi dengan tanah yang secukupnya serta tanamkan benih yang
sesuai seperti benih kacang atau taugeh. Pada bahagian atas botol yang mempunyai
pemegang, potongan kecil perlu dibuat supaya pemegang tersebut boleh dijadikan sebagai
penyangkut pada mana-mana kayu gegantung. Pasu yang dihasilkan juga boleh dihias
mengikut kreativiti masing-masing menggunakan tali, batang aiskrim dan sebagainya.

2.2 KERTAS

Kertas dalah salah satu bahan yang cukup banyak digunakan dan boleh dilihat hampir
dimana-mana sahaja. Didalam rumah, pejabat, sekolah, kedai, hotel, kereta, tandas dan
dimana-mana sahaja pasti akan ada kertas atau produk yang diperbuat dari kertas.
Penggunaan yang banyak juga menyumbang kepada banyaknya bahan buangan daripada
kertas. Walaupun sehelai kertas senipis 0.01mm tetapi apabila jumlahnya banyak ia akan
menjadi satu beban yang sangat berat.
Rajah 2: Kertas surat khabar yang belum dikitar semula.

Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti
suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak
boleh dikitar semula. Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari
seluruh negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai.

Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan di mana pada


mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan untuk membantu
dalam proses penghancuran sebelum dibersihkan daripada kotoran yang nyata. Kertas yang
dihancurkan tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya, sebelum menjalani proses
pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan pencerahan.

Rajah 3: Kertas surat khabar yang telah dikitar semula.

Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air lalu
dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya diratakan
oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi satu gulungan kertas yang besar.
Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz, bergantung kepada
kehendak pelanggan.
3.3 KOTAK

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) melalui
Laman Web Rasmi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, kitar semula kertas dapat
mengurangkan bilangan pokok yang ditebang. Sebelum ini, kuantiti untuk menebang pokok
adalah sebanyak 17 batang pokok untuk menghasilkan satu tan kertas. Dengan pengumpulan
kertas-kertas terpakai untuk dikitar semula dapat membantu mengurangkan penebangan
pokok bagi menghasilkan kertas, sekali gus menyelamatkan hutan, menjimatkan tenaga dan
mengurangkan keluasan kawasan pelupusan sampah.
Norhusna, (2014) menyatakan bahawa pentingnya amalan kitar semula dalam
kalangan masyarakat di sekolah. Oleh itu, sebagai bakal guru, kita mestilah memupuk
semangat cintakan alam sekitar dan mengamalkan amalan kitar semula. Kitar semula bahan-
bahan berunsur kertas seperti kotak merupakan salah satu amalan gaya hidup lestari yang
sesuai untuk diaplikasikan supaya kelestarian alam dapat dipelihara dengan efektif dan dapat
menjimatkan kos perbelanjaan seharian. Terdapat pelbagai produk yang dapat dihasilkan
melalui amalan kitar semula kotak. Contohnya seperti :

3.3.1 Membuat tong kitar semula


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tong kitar semula ialah kotak
tebal, pembaris, pisau dan hot glue gun. Label pada kotak tersebut pula boleh
dibuat menggunakan kertas A4 menggunakan warna yang berbeza mengikut
jenis seperti biru untuk bahan kertas, jingga untuk plastik dan coklat untuk kaca
dan lain-lain bahan.

Rajah 4: Tong kitar semula daripada kotak terpakai


3.3.2 Membuat Rak Buku
Selain itu, kotak bijirin seperti Cornflakes dan Koko Crunch boleh dijadikan
sebagai rak buku bagi memudahkan individu menyimpan buku dengan kemas.
Bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan rak buku ini ialah kotak
bijirin, pisau atau gunting, gam dan pembalut bercorak. Rak buku yang
dihasilkan dapat dihias mengikut kreativiti sendiri seperti yang ditunjukkan
dalam rajah di bawah.

Rajah 5: Rak buku dihasilkan daripada kotak bijirin

4.0 PENUTUP

Konklusinya, dapat dirumuskan bahawa aktiviti megitar semula bahan-bahan terpakai seperti
bahan daripada plastik, kertas dan kotak merupakan suatu amalan gaya hidup lestari yang
amat baik untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Hal ini bagi mengurangkan
penggunaan sumber semula jadi yang perlu kita pelihara sepeti pokok yang menghasilkan
kertas dan megurangkan penggunaan plastik yang sukar dilupuskan. Sesungguhnya, amalan
mengitar semula bahan-bahan terpakai boleh dianggap sebagai suatu amalan gaya hidup
lestari terbaik kerana pembaziran bahan dapat diminimakan.
RUJUKAN

Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus & Abdul Hadi Harman Shah (2004) Persekitaran bandar
lestari untuk kesejahteraan komuniti. Malaysian Journal of Environmental
Management5: 3-29.

Ahmad Syahir Sarani. 2009. Kehidupan Berkualiti. In: Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid et al.
Pendekatan pembangunan peradaban, pp. 375-467. Yayasan Dakwah Islamiah, Kuala
Lumpur.

Ibrahim Ngah (2009) Ke arah pembentukan komuniti lestari. In: Yahaya Ibrahim (eds)
Komuniti, Pembangunan &Transformasi, pp. 267-274. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.

Mariani Hmbug (2008) Kesedaran pembangunan lestari di peringkat awal umur kanak-
kanak. Tesis, Falkuti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia.

Norhusna Mohamad, (2014). Penglibatan dalam aktiviti kitar semula kertas terpakai dalam
kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Nur Nabillah Abdullah (2008) Kajian terhadap kehidupan lestari penempatan kejiranan
industri: kajian kes di pasir gudang.Tesis, Falkuti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Khatijah Zamhari. (2016). Cabaran dan strategi ke arah pembentukan komuniti lestari.
Bangi: Fakulti Sains UKM.

Anda mungkin juga menyukai