Masuk Dalam Shape Kapal
Masuk Dalam Shape Kapal
Masuk Dalam Shape Kapal
bla)
Nakhoda: Cepat ! laju…. Laju….laju.. Anak kapal laju lagi…laju.. Cepat…Laju lagi… Bahtera
ini, jangan dilabuhkan sauhnya …..selagi kita tidak menemui pulau abadi.
Anak kapal 1: tapi nahkhoda arus ombak semakin tinggi,anak-anak kapal sudah mula keletihan.
Anak kapal 2: sekiranya kita harungi juga,hamba khuatir akan karamlah perjuangan kita ini.
Nakhoda : jangan cepat putus asa,wahai anak-anak kapal semua!.ingat apa yang kita bawa dalam
bahtera ini tiada nilainya.sekiranya permata ini tidak dapat sampai ke anak cucu
kita.maka akan hilanglah segala yang telah bina untuk mereka selama ini.
Anak kapal 3: tapi kapten,adakah kita mampu mengharungi segalanya…. sedangkan bahtera yang
seangkatan dengan kita iaitu bahtera temasek kini sudah tenggelam di dasar laut.
Nakhoda: kekuatan sebuah bahtera, bukan terletak kepada bentuk dan saiznya… akan tetapi
ianya terletak pada semangat kental peneraju bahtera itu.jika demikian pangggilkan
ahli nujum ke mari.
Ahli nujum: niat enson matakaji semar ngiseng….akulah ahli nujummmm! Wahai nakhhoda kapal
yang bijak bestari, apakah gerangan memanggil hamba menghadap ketika hamba
sedang asyik mendengar lagu ini.
Nakhhoda: Ahli nujum, tolong khabarkan kepada hamba,sebelum kita menemui pulau idaman.
Apakah cabaran dan persediaan untuk mengharungi gelombang-gelombang yang
mungkin menyebabkan bahtera ini karam?
(uuuuuuuuuuuu-semua)
Ahli nujum: sekiranya anak kapal ini tidak mempunyai jati diri yang kuat …..maka tenggelamlah ia.
(issshhh..ishhhhh- semua)
Ahli nujum: Gelombang yang pertama ,namanya gelombang …..gelombang materialistik
Ahli nujum: gelombang inilah yang akan menelan segala permata harta yang berharga dari kapal
ini dan ia juga akan membawa penyakit korupsi ,kleptokrasi. Dimana…. sekiranya anak
kapal ini menghidap penyakit ini.maka ….tergadailah diri dan bahtera ini.
Nakhoda: Takutnyaaaa…Selain dengan itu, apa lagi gelombang yang bakal melanda kita wahai
ahli nujum ?
(ahhhh..ahhh ..best?-semua)
Ahli nujum: Gelombang ini akan menghilangkan rasa sopan santun,budi pekerti yang ada pada
anak kapal ini .mereka akan lebih mengemari kehidupan yang seksi,glamour dan
enjoy! Maka pada saat itu seluruh anak kapal ini akan hanyut…dan hanyut…tanpa
arah tuju….
(Haahhhhhhhh-semua)
Nakhoda: maka akan musnahlah segala harta yang berharga di dalam bahtera ini. Dan yang
terakhir apakah gelombang yang akan menodai kita ahli nujum?
Ahli nujum: Gelombang ini akan menghakis minda anak-anak kapal dari perasaan rajin menjadi
malas.keharmonian sebuah keluarga menjadi pincang ,keakraban sesama teman juga
terhapus.yang paling penting gelombang ini akan membawa seberapa banyak virus
dari luar ke dalam minda manusia .maka huru-hara dalam bahtera berlaku.
Nakhoda : jadi apa akan terjadi sekiranya ia melanda dalam bahtera ini.?
Ahli nujum: bahtera ini akan ditenggelami dan karam di lautan dalam.
Nakhoda: sekiranya kita gagal mengharungi segala ombak yang mencabar ini. Maka sia-sialah
segala usaha kita untuk mewariskan harta yang paling berharga kepada anak-anak
cucu kita.wahai anak kapal sekalian,kita harus teruskan pelayaran hingga kita bertemu
destinasi impian.dan peliharalah segala harta yang berharga agar sampai ke anak cucu
kita.sekiranya harta ini hilang ditelan ombak maka tiada ertilah hidup seorang manusia
yang tidak tahu asal usul bangsa dan budaya. Maka dengan ini, kita perlu bersatu
teguh untuk masa depan bangsa dan Negara.
(Ayuhh-semua )