Sadpij, 12ip312

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT

Nama Pelatih : MOHD SYAFIQ BIN SUARDI

Angka Giliran : 2019062340047

Nombor Kad Pengenalan : 000728120487

Program : PISMP BM (Sk) AMBILAN JUN

2019

Kod dan Nama Kursus : SJHK3043 (SEJARAH LISAN DAN

PENDOKUMENTASIAN)

Pensyarah Bimbingan : PUAN RORYNA BINTI A. B

KOMON

TAJUK TUGASAN : PENULISAN ESEI

Tarikh Hantar : 03 APRIL 2020

Markah Kerja Kursus :

1
Penghargaan

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami
menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Kent kerana memberi peluang kepada kami
menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi
memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Pensyarah Kursus yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini .Selain itu juga,
kami mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada kami
dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta
dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan
dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna
seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan
seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga
bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan
kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada
pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam
menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada
masyarakat setempat khususnya.

2
Isi Kandungan
Isi Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan 4
2.0 Latar Belakang dan Asal Usul Nama 6
Kampung
3.0 Tokoh-tokoh 7
4.0 Kejayaan Kampung 9
5.0 Orang Sumber 12
6.0 Dokumen Berkaitan (Gambar-gambar) 13
7.0 Rujukan 16
8.0 Lampiran 17

3
1.0 Pengenalan

Sumber lisan ialah sumber yang didapati daripada pertuturan atau perkhabaran seseorang
tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Sebagaimana sumber sejarah yang lain seperti
sumber bertulis, sumber lisan juga boleh dikategorikan sebagai salah satu sumber sejarah
yang penting dalam pensejarahan, khususnya pensejarahan Malaysia.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (2007), satu
daripada kelemahan yang besar di dalam usaha untuk menulis semula sejarah Malaysia
ialah kekurangan sumber-sumber sejarah yang asal. Hal ini berkait rapat dengan tiadanya
satu tradisi dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk menyimpan catatan harian, menulis
dokumen atau menulis riwayat hidup. Dalam keadaan ini, sumber lisan akan memainkan
peranan penting dalam memelihara dan menambahkan sumber-sumber sejarah yang ada.
Hal ini turut dinyatakan oleh Rozeman Abu Hassan, di mana beliau mengatakan bahawa
pada dasarnya, tujuan sejarah lisan adalah untuk mendapat dan memelihara rekod-rekod
sejarah yang semakin berkurangan dan sudah hilang.1

Begitu juga, kepentingan sumber lisan ini amat terasa dalam keadaan di mana
kurangnya sumber-sumber bertulis bagi sesuatu peristiwa yang dikaji ataupun dalam
keadaan di mana sumber lisan adalah satu-satunya sumber yang boleh diperolehi tentang
sesuatu peristiwa itu). Sebagai contoh, peristiwa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada
1941-1945. Sumber bertulis untuk kita mentafsir dan meneliti peristiwa pendudukan Jepun
ini amatlah terhad. Walau bagaimanapun, kisah-kisah mengenainya masih banyak didapati
dari mulut orang-orang tua yang masih hidup dan telah melalui zaman tersebut. Banyak
cerita yang dapat kita dengar melalui mereka terutamanya mengenai kezaliman dan
kesengsaraan hidup pada zaman tersebut.

Selain itu, maklumat-maklumat yang diperolehi dalam sumber lisan ini sungguh
bernilai dalam kita memahami peristiwa-peristiwa yang saling berkait dari sudut yang luas.
Sesungguhnya, sejarah lisan amat unik kerana ia dapat menghubungkan zaman yang lalu
dan zaman sekarang melalui rakaman pengalaman-pengalaman yang bersejarah. 2 Seperti
yang kita tahu, sejarah mempunyai ruang-ruang kosong yang perlu dipenuhi. Dalam
keadaan ini, sumber lisan boleh membantu memberikan gambaran yang lebih lengkap dan
jelas mengenai sesuatu peristiwa sejarah.

1
Rozeman Abu Hassan. (2004). Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Shah Alam: Karisma Publications
Sdn. Bhd.

2
Universiti Kebangsaan Malaysia. (2007). Sejarah Lisan. Dimuat turun pada 1 Julai 2013, daripada
http://www.ukm.my/sejarah/

4
Disamping itu, sumber lisan juga bertujuan untuk memelihara pengetahuan-
pengetahuan sejarah melalui pengkisahan. Kaedah ini merangkumi proses wawancara dan
merakam ke dalam pita tentang keterangan-keterangan orang yang terlibat secara langsung
atau hanya sekadar menyaksikan peristiwa tersebut.3 Selain itu, sumber lisan juga amat
penting kepada generasi baru, khasnya generasi yang tidak melalui zaman peperangan,
penjajahan dan perjuangan dalam menuntut kemerdekaan. Dengan adanya sumber lisan,
generasi-generasi baru ini akan dapat mengenali dan mendalami peristiwa-peristiwa yang
telah berlaku melalui kaca mata orang yang telah mengalami dan menyaksikan peristiwa
tersebut.

Begitu juga, kita perlu sedar bahawa penulisan sejarah Malaysia tidak seharusnya
berfokuskan kepada tokoh-tokoh ternama dan peristiwa-peristiwa utama yang berlaku di
sesuatu zaman. Walaupun sesungguhnya perkara ini penting, pada masa yang sama, kita
tidak boleh menafikan bahawa sejarah itu turut merangkumi cerita dan peristiwa rakyat
biasa. Sejarah bercorak tempatan dan sejarah negeri juga perlu diberikan fokus yang
sewajarnya dalam pensejarahan Malaysia. Di sinilah sumber lisan amat penting kerana
rakyat biasa tidak meninggalkan sumber-sumber bertulis. Walaupun kurang sumber bertulis,
rakyat amat kaya dengan tradisi lisan. Sumber lisan inilah yang akan digunakan oleh
sejarawan untuk menulis sejarah yang bercorak tempatan4.

Kesimpulannya, sumber lisan mempunyai banyak kepentingan khasnya dalam


pensejarahan Malaysia. Sumber lisan penting untuk memelihara dan menambahkan
sumber-sumber sejarah yang ada, kekurangan sumber-sumber bertulis bagi sesuatu
peristiwa yang dikaji ataupun dalam keadaan di mana sumber lisan adalah satu-satunya
sumber yang boleh diperolehi tentang sesuatu peristiwa itu, membantu memberikan
gambaran yang lebih lengkap dan jelas mengenai sesuatu peristiwa sejarah, memelihara
pengetahuan-pengetahuan sejarah melalui pengkisahan, penting kepada generasi baru,
khasnya generasi yang tidak melalui zaman peperangan, penjajahan dan perjuangan dalam
menuntut kemerdekaan serta menjadi sumber bagi sejarawan untuk menulis sejarah
bercorak tempatan kerana rakyat biasa tidak meninggalkan sumber bertulis.

Penulisan saya ini adalah berkaitan tentang kajian kampung yang telah saya
jalankan di Kampung Tanjung Batu, Tawau. Tempoh bagi saya menjalankan kajian ini ialah
selama 14 hari iaitu bermula daripada 12 Mac sehingga 26 Mac 2020. Melalui kajian yang

3
Muhd. Yusuf Ibrahim. (2009). Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

4
Nadzhan Haron (2012), Panduan Penyelidikan & Pendokumentasian Sejarah Lisan. Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia

5
telah saya lakukan ini telah dibantu oleh orang sumber iaitu Encik Ahmadi dalam
mendapatkan maklumat berkaitan dengan Kampung Tanjung Batu, Tawau.

2.0 Latar Belakang dan Asal Usul Nama Kampung

Kampung Tanjung Batu Darat merupakan sebuah kampung yang terletak di Tawau,
dalam Sabah, iaitu sebuah negeri di Malaysia. Kampung Tanjung Batu mula diwujudkan
pada 1936 dan ia adalah kampung yang paling tertua di Tawau. Kampung ini mempunyai
keluasan seluas 12 Ekar yang terletak di Tawau, Sabah, Malaysia. Kampung ini turut
dilabelkan sebagai sebuah kampung setinggan dalam senarai kampung di Tawau. Nama
Tanjung Batu Ini dipetik dari sebuah tanjung yang berada di sekitar laut Tawau. Jaraknya
dari bandar Tawau adalah kira-kira 8 kilometer, terletak di bawah N59 Tanjung Batu.

Kawasan kampung ini terdapat masjid, tanah perkuburan Islam, kedai runcit,
sekolah, dan sebagainya. Masyarakat di kampung ini begitu ramah mesra dan akrab dan
kebanyakkannya adalah saudara rapat. Tetapi ada juga penduduk yang membeli tanah
rakyat tempatan. Contohnya kaum Bugis, Jawa, Banjar, Toraja dan sebagainya.
Kebanyakan masyarakat kampung ini menganuti agama Islam dan ada juga yang
menganuti agama Toraja, Kristian. Kebanyakan sumber pendapatan masyarakat adalah
penjawat awam, berniaga, pertanian dan bekerja sendiri.

6
3.0 Tokoh-tokoh

i. Ridzwan Bakri

Gambar diperoleh dari:

https://www.semuanyabola.com/ridzwan-bakri-permata-berharga-futsal-negara-kebanggaan-
tawau/

Menurut Meor (2019) Ridzwan Bakri berasal daripada Tanjung Batu, Tawau, Sabah.
Lahir pada 25 Ogos 1994. Merupakan anak kelapan daripada sembilan orang adik beradik
Beliau merupakan seorang pemain Futsal Malaysia yang membuat penampilan pertamanya
pada 2014 dengan skuad kebangsaan. Penampilan pertama Ridzwan bersama skuad
kebangsaan adalah pada Kejohanan Futsal Jemputan Oceania Football Confederation
(OFC) 2014 di Paita, New Caledonia.

Kejohanan tersebut menyaksikan skuad negara muncul juara walaupun tewas 1-4
pada aksi pembukaan bertemu New Zealand. Skuad negara kembali bangkit untuk menang
pada tiga perlawanan berikutnya menentang Tahiti 5-2, Vanuatu 9-5 dan New Caledonia 6-
3. Ridzwan berjaya menjaringkan dua gol iaitu pada perlawanan menentang Tahiti dan
Vanuatu.

Gambar diperoleh dari:

7
https://www.semuanyabola.com/ridzwan-bakri-permata-berharga-futsal-negara-kebanggaan-
tawau/

Antara kejayaan manis yang pernah dikecapi Ridzwan sepanjang pembabitannya


bersama skuad kebangsaan adalah memenangi pingat perak ketika Sukan SEA 2017 di
Kuala Lumpur. Selain itu di peringkat AFF pula, Ridzwan merasai dua aksi final pada edisi
2017 dan 2018 tetapi kedua-duanya ditewaskan oleh Thailand. Manakala dua kali
menduduki tempat ketiga pada tahun 2015 dan 2016.Kejuaraan Futsal AFC 2018 di Chinese
Taipei menjadi pentas tertinggi dalam karier beliau bagi mengubati kedukaan terpaksa
diketepikan pada saat akhir pada saingan 2016 (Uzbekistan) akibat kecederaan tumit.

ii. Firman Bansir

Gambar diperoleh dari:

https://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/04/27/12/31/firman%20mp.ashx?
w=830&h=553&crop=1

Mohd Firman bin Bansir atau lebih dikenali sebagai Firman Bansir merupakan


seorang penyanyi yang lahir dari program hiburan realiti tanah air iaitu Akademi Fantasia
Musim 11 pada tahun 2014. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Tanjung
Batu,Tawau, Sabah. Beliau dinobatkan sebagai juara dalam program tersebut. Firman
gemar bereksperimental dengan genre muzik rock. Dalam masa yang sama, beliau masih
mampu menyanyikan lagu-lagu berentak lain seperti pop dan balada. Graduan jurusan
diploma kewangan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu ini pernah
bekerja pelayan di kafe Starbucks serta menyanyi secara busking di jalanan sebelum
menyertai program realiti Akademi Fantasia. 

Lagu Di Pintumu hasil karya komposer hebat M Nasir berjaya melonjakkan


namanya di persada seni hiburan Malaysia. Lagu ini turut berjaya bertapak di carta-carta
8
radio popular tempatan. Bagi mengukuhkan kerjayanya dalam bidang seni, Firman turut
mengembangkan kariernya dengan mencipta lagu hasil nukilannya sendiri.

Gambar diperoleh dari:

www.hmetro.com.my

Percubaan pertamanya mengikuti ujibakat program nyanyian membuahkan hasil apabila


dia terpilih sebagai salah seorang dari peserta Akademi Fantasia 2014 seterusnya dinobatkan
sebagai Juara. Firman menjadi pilihan tenaga pengajar sebagai Pelajar Terbaik bersama-sama
dengan Ewal Ismail apabila dapat mengalunkan lagu Relakan Jiwa dengan cara tersendiri. Pada
konsert akhir, Firman berjaya menawan hati peminat apabila menyanyikan lagu Kejoraku
Bersatu dengan meletakkan emosi pada lagu tersebut. Selaku juara Firman membawa pulang
wang tunai RM50,000, sebuah kereta Toyota Vios , sebuah trofi serta pakej percutian.(Faiz ,
2015)

4.0 Kejayaan Kampung

i. Membuka kedai makan yang diminati rakyat tempatan

Gambar diperoleh dari:

9
https://yumyumbedtime.blogspot.com/2018/10/lowcost-cafe-tanjung-batu.html

Kejayaan kampung yang pertama sekali saya nyatakan ialah dengan adanya kedai makan
yang diminati masyarakat tempatan di Tawau terdapat di kampung ini. Kedai Makan
tersebut diberi nama LowCost bersempena harga berpatutan yang ditawarkan kepada
pengunjung restoran. Memandangkan Kampung Tanjung Batu ini merupakan jalan utama ke
bandar Tawau, oleh itu penduduk tempatan yang lalu kawasan kedai makan ini sudah tentu
akan singgah ke restoran tersebut bagi menjamu selera. Dengan berlandskapkan makanan
ala western food dengan harga yang berpatutan, ia menarik minat ramai pengunjung yang
datang ke tempat ini. Ketika menjalankan kajian saya tidak berkesempatan untuk berjumpa
dengan pemilik kedai makan sebaliknya hanya berpeluang untuk menemu bual dengan
seorang pekerja dari kedai makan tersebut. Dapatan yang saya peroleh iaitu Kedai makan
ini sudah beroperasi dari tahun 2017 lagi serta kedai ini merupakan sebuah Francais yang
kini sudah membuka sebanyak 3 cawangan di Sabah.

ii. Johan Futsal (Piala Extrajoss 2019)

Gambar diperoleh dari:

https://pikdo.info/location/tawau-futsal-centre_/1243868162348011

Pada tahun 2019 lepas, Extrajoss telah mengadakan satu pertandingan futsal yang
diadakan di Tawau Futsal Centre (Batu 2, Jalan Apas). Pada pertandingan ini, warga
Kampung Tanjung Batu telah menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada pemuda-pemuda
tanjung batu. Pada pertandingan futsal kali ini, ia amat membanggakan pihak kampung
setelah pasukan futsal tersebut telah meraih tempat pertama setelah mengalahkan juara
bertahan iaitu pasukan Sainbara FT yang merupakan tuan rumah bagi pertandingan
tersebut.

Tanjung batu merupakan salah satu kampung yang digeruni dalam mana-mana
penganjuran sukan di tawau. Terdapat pelbagai bakat-bakat yang menarik diasah daripada
10
setahun jagung lagi. Bakat-bakat murid di Kampung ini dikenalpasti sewaktu mereka berada
di Sekolah Rendah. SK Tanjung Batu merupakan tempat di mana mereka dididik dalam
mengenalpasti bakat semulajadi yang terdapat dalam diri mereka sejak kecil.

iii. Johan pertandingan memancing peringkat kampung (Anjuran kelab pancing


Tanjung Batu)

Gambar diperoleh dari:

https://www.facebook.com/photo.php?
fbid=116863202162534&set=g.191786461294217&type=1&theater&ifg=1

Pada tahun 2016, Kelab Pancing Tanjung Batu telah mengadakan satu pertandingan
memancing peringkat Kampung yang diadakan di Laut Tanjung Batu. Pada pertandingan ini,
seramai 25 orang peserta telah menyertai pertandingan ini yang datang dari pelbagai tempat
serta kelab di daerah Tawau. Kelab Pancing Tanjung Batu yang merupakan tuan rumah
bagi pertandingan ini telah meraih johan bagi kategori berkumpulan. Ini telah menaikkan
nama Kelab Pancing kampung ini sebagai sebuah kelab pancing yang unggul di daerah
Tawau.

11
5.0 Orang Sumber

MPKK Kampung Tanjung Batu (En Ahmadi)

Encik Ahmadi Ahmadi merupakan orang lama di kampung Tanjung Batu Tawau. Beliau lahir
pada 9 Januari 1958 yang kini berusia 62 tahun. Beliau merupakan MPKK (Majlis
Pengurusan Komuniti Kampung) bagi kampung Tanjung Batu, Tawau. Beliau meraih
jawatan sebagai ketua kampung bermula daripada tahun 2019 lagi dan perkhidmatan beliau
sebagai ketua kampung atau pengerusi MPKK bagi kampung tanjung batu adalah sehingga
hujung tahun 2020. Beliau telah menetap di Kampung ini sudah lebih daripada 30 tahun.
Beliau sering memberikan maklumat-maklumat terkini kepada penduduk kampung dengan
adanya media sosial kampung di Facebook. Selama menjalankan kajian, beliau banyak
membantu saya dalam memberikan maklumat yang terdapat di kampung melalui
pengalaman serta karier beliau sebagai orang lama di kampung tersebut. Selama menjadi
pengerusi MPKK bagi kampung Tanjung Batu, beliau banyak melakukan aktiviti-aktiviti
sukarelawan serta penambahbaikan bagi kampung yang akan saya nyatakan pada poin
yang ke 6.

12
6.0 Dokument Berkaitan (Gambar-Gambar)

6.1 Fasiliti Kampung

i. Masjid

Masjid Al Aman, Kampung Tanjung Batu.

ii. Dewan Serbaguna

Dewan serbaguna Kampung Tanjung Batu digunakan dalam menjalankan program-program


berskala besar. Selain itu juga Dewan Kampung ini merupakan tapak sukan bola tampar
yang sering dimainkan oleh penduduk kampung setiap petang hujung minggu.

iii. Balai Raya

13
Balai raya Kampung Tanjung Batu digunakan dalam mengadakan mesyuarat kecil-kecilan
kampung, tempat menyambut kedatangan VIP serta tempat mengadakan kenduri kahwin.

6.2 Rumah-rumah di kampung

Rumah-rumah yang terdapat di Kampung Tanjung batu dikategorikan sebagai rumah


setinggan yang berada di atas tanah lapang serta terdapat juga yang berada di atas air.
Kampung ini berdekatan dengan laut, oleh hal yang demikian terdapat penduduk kampung
yang bekerja sebagai nelayan mempunyai kenderaan air sendiri seperti bot dalam
memperoleh mata pencarian mereka. Berikut merupakan gambar-gambar suasana rumah-
rumah yang terdapat di Kampung.

i. Gambar 1

ii. Gambar 2

14
6.3 Aktiviti yang dijalankan di Kampung

Terdapat pelbagai aktiviti serta program yang dijalankan di kampung ini bagi mengeratkan
silaturrahim sesama penduduk Kampung. Antara program yang dijalankan kebanyakkannya
memberikan impak yang besar dalam pengurusan komuniti kampung. Biro-biro yang
terdapat di bawah pengurusan MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) Tanjung Batu
bergiat aktif dalam melakukan kerja serta mencari dana dalam pelaksanaan aktiviti yang
dijalankan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut:

i. Sambutan Maulidur Rasul

ii. Aktiviti Warga Sihat Peringkat Kampung Tanjung Batu

iii. Gotong Royong Peringkat Kampung

15
7.0 Rujukan

i. Sumber Buku

Muhd. Yusuf Ibrahim. (2009). Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nadzhan Haron (2012), Panduan Penyelidikan & Pendokumentasian Sejarah Lisan. Kuala
Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia

Rozeman Abu Hassan. (2004). Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.

ii. Sumber Internet

Universiti Kebangsaan Malaysia. (2007). Sejarah Lisan. Dimuat turun pada 1 Julai 2013,
daripada http://www.ukm.my/sejarah/

16
8.0 Lampiran

8.1 Temu Bual (Dijalankan melalui telefon bimbit)

Transkrip temu bual orang sumber (Sekolah Kebangsaan Kodiang)


Saya : Assalamualaikum Encik Ahmadi. Apa khabar ?

Encik Ahmadi Ahmadi : Waalaikumussalam. Alhamdulillah saya sihat.

Saya : Kalau tak keberatan, saya ingin menemu bual Encik Ahmadi mengenai secara ringkas tentang
kampung ini.

Encik Ahmadi : Insyallah, saya bantu apa yang termampu.

Saya : Baiklah saya mulakan soalan dengan latar belakang dan asal usul kampung ?

Encik Ahmadi : Kampung Tanjung Batu mula diwujudkan pada 1936 dan ia adalah kampung yang
paling tertua di Tawau. Kampung ini mempunyai keluasan seluas 30 Ekar yang terletak di Tawau,
Sabah, Malaysia. Kampung ini turut dilabelkan sebagai sebuah kampung setinggan dalam senarai
kampung di Tawau. Nama Tanjung Batu Ini dipetik dari sebuah tanjung yang berada di sekitar laut
Tawau. Jaraknya dari bandar Tawau adalah kira-kira 8 kilometer, terletak di bawah N59 Tanjung
Batu..

Saya : Apakah Fasiliti yang terdapat di Kampung ini ?

Encik Ahmadi : Kawasan kampung ini terdapat masjid, tanah perkuburan Islam, kedai runcit, balai
raya kecil, dewan serbaguna, sekolah taska, dan sekolah rendah.

Saya : Adakah di Kampung ini terdapat tokoh-tokoh yang telah mengharumkan nama Kampung di
persada yang lebih tinggi ?

Encik Ahmadi : Ridzwan Bakri iaitu pemain futsal Malaysia yang bermain di pertandingan
peringkat tinggi serta Firman yang merupakan seorang artis kebanggaan Sabah yang telah
mengharumkan nama di pentas nyanyian Astro Ria.

Saya : Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang mereka?

Encik Ahmadi : Saya kurang sedikit mengenal mereka, hanya mengetahui serba sedikit biodata
mereka sahaja. Kalau tidak silap, banyak tentang mereka yang boleh diakses di Internet.

Saya : Boleh Encik ceritkan serba sedikit tentang kejayaan yang telah diraih kampung ini dalam masa
yang terdekat?

Encik Ahmadi : Kejayaan kampung yang pertama sekali iatu dengan adanya kedai makan yang
digemari ramai. Kedai makan tersebut digelar lowcost iaitu berkonsepkan makanan dengan harga
yang berpatutan serta mampu milik. Yang kedua sekali iaitu dengan adanya tim futsal daripada
kalangan anak muda yang begitu aktif serta sering mengikuti pertandingan di daerah Tawau.
Mereka baru sahaja bergelar sebagai juara dalam Piala Extrajoss yang diadakan di Tawau Futsal
Centre, Batu 2 Tawau. Kejayaan kampung adalah dengan adanya kelab memancing di kampung ini
yang sering mengadakan pertandingan-pertandingan terbuka serta tertutup kepada penduduk
kampung. Kelab memancing di kampung ini bergelar sebagai kelab memancing yang atkif di
daerah Tawau. Kebanyakan daripada mereka adalah dalam golongan 30an yang minat mengisi
masa mereka dalam

17
Saya : Encik boleh ceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang dijalankan di Kampung ini?

Encik Ahmadi : Terdapat pelbagai aktiviti serta program yang dijalankan di kampung ini bagi
mengeratkan silaturrahim sesama penduduk Kampung. Antara program yang dijalankan
kebanyakkannya memberikan impak yang besar dalam pengurusan komuniti kampung. Biro-biro
yang terdapat di bawah pengurusan MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) Tanjung Batu
bergiat aktif dalam melakukan kerja serta mencari dana dalam pelaksanaan aktiviti yang
dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti sambutan maulidur rasul, aktiviti warga
sihat dan gotong royong membersihkan kampung yang merupakan program wajib tahunan
Kampung ini

Saya : Baiklah terima kasih kepada Encik Ahmadi kerana telah memberi kerjasama dalam berkongsi

maklumat untuk temu bual ini.

Encik Ahmadi : Sama-sama. Alhamdulillah apa yang termampu sahaja saya boleh tolong.

18

Anda mungkin juga menyukai