Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidurrasul 2020

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2020

ANJURAN BERSAMA SK AYER HITAM & SA AYER HITAM

MASA CUE PENGUMUMAN        CATATA


N
10.15 Kata alu- Hadirin Diminta berdiri untuk kita sama-sama berselawat
pagi aluan keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

(BERSELAWAT)

Hadirin diminta duduk.

Melayang serindit di atas permatang, 


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang, 
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Yang Berbahagia,
Tuan Haji Muhaizan Bin Hussin
Penceramah Jemputan Sambutan Maulidurrasul peringka
t
SK Ayer Hitam dan Sekolah Agama Ayer Hitam

Yang Berusaha,
Cikgu Haji Zahid Bin Ibrahim
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam

Yang Berusaha,
Cikgu Hajjah Ruslaini Binti M Amir
Guru Besar Sekolah Agama Ayer Hitam

Yang Dihormati,
Cikgu Hajjah Norfajar Binti Sadi
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Ayer Hitam

Yang Dihormati,
Cikgu Haji Abdul Razak Bin Abd Karim
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sek Agama Ayer
Hitam

Yang Dihormati,
Encik Azmi bin Ahmad
YDP PIBG SK Ayer Hitam
Mejar (Bersara) Abdul Razak b. Mohd Shariff
Pengerusi Badan Kebajikan Sek Agama Ayer Hitam

Yang dihormati,
Barisan Guru Penolong Kanan,
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam,
Guru guru Sekolah Agama Ayer Hitam,
Para Hadirin,
dan murid-murid yang dikasihi sekalian…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

10.20 Ucapan Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan


pagi Pengerusi wa marhaban bikum, ke Majlis Sambutan
Majlis Maulidurrasul anjuran bersama Sek Kebangsaan Ayer
Hitam dan Sekolah Agama Ayer Hitam bagi tahun 2019

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana


dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya, sekali lagi
pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan
Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah


untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman
terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Dengan
mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih
kepadanya serta mengenang, menghargai dan mengambil
ikhtibar kisah suka duka perjuangannya.

10.20 Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat, 


pagi Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang


penuh bermakna ini, majlis menjemput Imam Muda adik
Adam Lutfi  untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Aamiin, ya robbal ‘aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Imam


Muda Adik Adam Lutfi atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
10.30 Bacaan Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,
pagi Berzanji
Marilah kita bersama-sama untuk menghayati bacaan
Berzanji yang akan disampaikan oleh adik Ahmad Azhad.
Majlis dengan ini mempersilakan…

Syukran Jazilan dan setinggi-tinggi penghargaan kepada


adik Ahmad Azhad atas bacaan berzanji itu tadi

10.45 Ucapan Dan Sudilah tuan tampil ke depan,


pagi Perasmian Tampil ke depan menyambut salam;
Guru Besar Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan pemanis kalam.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Cikgu Haji Zahid Bin


Ibrahim Guru Besar SK Ayer Hitam untuk menyampaikan
ucapan dan  seterusnya merasmikan Sambutan Maulidur
Rasul bagi tahun ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan


kepada Yang Berusaha Cikgu Haji Zahid Bin Ibrahim atas
ucapan dan kesudian merasmikan majlis sebentar tadi.

10.55 Persembaha Dari Kedah ke Kuala Perlis,


pagi n Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur hati.

Hadirin yang dihormati,

Kita serikan majlis kita pada hari ini dengan


persembahan dari Gabungan murid-murid tahun 5
syakirin dan 3 syakirin dengan lagunya yang bertajuk
“Assalamualaika Ya Rasullallah”
Majlis dengan ini mempersilakan…

Terima kasih atas persembahan nasjid sebentar tadi.


Untuk pengetahuan hadirin sekalian persembahan nasjid
tadi di bawah bimbingan Ustaz Akhmal Bin Abdul Hamid
11.00 Ceramah Berkat rimbunnya si pokok jati,
pagi Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu.

Masa yang ditunggu sudah tiba.


Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Majlis pagi ini akan diteruskan dengan ceramah Maulidur


Rasul yang bertemakan “Negara Rahmah, Ummah
sejahtera” yang akan disampaikan oleh Tuan Haji
Muhaizan Bin Hj Husssin
Majlis dengan penuh ta’zimnya mempersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada  Al-Fadhil Ustaz Tuan


Haji Muhaizan Bin Hj Husssin atas ceramah yang telah
disampaikan sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu yang
telah disampaikan dapat sama-sama kita amal dan
sampaikan kepada orang lain.

12.45 Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,


pagi Cenderahati
Dan Hadiah Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian
cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan Haji
Muhaizan Bin Hj Husssin
Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan
ini  menjemput dan mempersilakan Cikgu Hajjah
Ruslaini Binti M.Amir Guru Besar Sekolah Agama Ayer
Hitam untuk mengiringi Cikgu Haji Zahid Bin Ibrahim
Guru Besar Sekolah Kebangsan Ayer Hitam
menyampaikan cenderahati  kepada Yang Berbahagia Al-
Fadhil Tuan Haji Muhaizan Bin Hj Husssin
Majlis dengan ini mempersilakan…... 

Terima kasih, syukran jazilan yang berbahagia   Tuan


Haji Muhaizan Bin Hj Husssin atas kesudian bertandang
ke SK Ayer Hitam
1.05  PENUTUP Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
tengahar
i Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa


syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini
samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita
semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan
majlis ini.

Sebelum mengundur diri sambutlah salam manis untuk


semua dan disudahi dengan lafaz suci. Wabillah hitaufik
walhidayah wassalamualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh.

Kita akhiri majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah al-
Asr

Anda mungkin juga menyukai