Kertas Cadangan Kursus Cegah Kebakaran PDF

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN


&
ORIENTASI GURU-GURU PENASIHAT
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
DAERAH PETALING
TAHUN 2018

Tarikh: 28 JULAI 2018

Tempat: SMK BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR.


KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN ORIENTASI GURU PENASIHAT BSMM DAERAH PETALING TAHUN 2018

KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN ORIENTASI GURU-GURU PENASIHAT


BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DAERAH PETALING TAHUN 2018

1. PENDAHULUAN:

Kursus Pencegahan Kebakaran dan Orientasi Guru-guru Penasihat BSMM julung-julung kali
diadakan serentak oleh Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Petaling bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran para murid serta guru setiap sekolah menengah di daerah ini.

Dengan adanya kursus ini, adalah diharapkan ianya akan memberikan pengetahuan dan tambah
nilai kepada peserta dalam menangani situasi kebakaran, kecederaan dan kecemasan serta tidak
panik dalam situasi yang berkenaan.

Guru-guru pula diharapkan dapat memperoleh input yang berkaitan untuk memberi tunjuk ajar
kepada semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah masing-masing bagi menyediakan
semua ahli BSMM dengan pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas asas dalam
mengendalikan pelbagai situasi kecemasan.

2. RASIONAL:

Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah sememangnya sinonim dengan perkhidmatan yang
diberikan semasa Kejohanan Sukan, Kejohanan Merentas Desa dan kecederaan biasa. Namun,
terdapat pelbagai situasi kecemasan lagi yang jarang ditemui tetapi sangat berbahaya dan
mungkin boleh mengancam nyawa. Contohnya, kebakaran. Oleh yang sedemikian, kursus ini
dirancang untuk melatih peserta untuk bertindak dengan betul dan cekap dalam memberikan
bantuan awal sewaktu kebakaran dan kecemasan.

Guru-guru penasihat pula merupakan tulang belakang kepada unit beruniform Bulan Sabit Merah
Malaysia di sekolah. Peranan mereka amatlah penting dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar
yang betul supaya ahli-ahlinya mendapat pengetahuan secukupnya dan berfungsi secara efisien
dan aktif bersesuaian dengan situasi yang dihadapi.

3. LATAR BELAKANG :

Selaras dengan rasional di atas, Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Petaling akan
menganjurkan Kursus Pencegahan Kebakaran dengan hasrat memberi peluang kepada murid
untuk memperoleh ilmu secara terancang dan sejajar dangan cita-cita melahirkan generasi pelajar
dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Program ini juga dapat memberi peluang untuk membina dan memupuk intergrasi dalam
kalangan guru-guru dan murid-murid dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang
berkemahiran membina dan mengembangkan jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai
kaum. Justeru, mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu dalam
melakukan sesuatu perkara.
Page 2 of 7
KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN ORIENTASI GURU PENASIHAT BSMM DAERAH PETALING TAHUN 2018

4. MATLAMAT :
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, program ini dirancang untuk melahirkan individu yang bersatu-padu, berdisiplin
dan terlatih. Program ini juga memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu
dan berakhlak, seimbang dan harmonis, dan boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi
sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Untuk membantu merealisasikan matlamat di atas, kursus ini dipraktikkan bertujuan untuk
melahirkan murid yang berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kemajuan diri, bangsa dan
agama. Para murid dan guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri secara konklusif dan
komprehensif. Di samping itu, program ini juga dapat memupuk kesedaran dan kefahaman
dalam kalangan peserta akan pentingnya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah
mencapai matlamat diri dan organisasi.

5. OBJEKTIF :
5.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek–aspek pencegahan kebakaran serta teknik dan
tatacara penggunaan alat pemadam api dan peralatan pencegahan kebakaran dengan betul
dan berkesan.
5.2 memberikan pengetahuan serta pendedahan kepada peserta dalam menangani situasi
kecemasan sementara menunggu pasukan kesihatan atau paramedik tiba jika berlakunya
kejadian luar biasa.
5.3 Mewujudkan platform untuk guru-guru dan para peserta kursus berkomunikasi dan
mewujudkan networking di antara satu sama lain untuk perkongsian sumber dan idea.
5.4 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin.
5.5 Memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan
diri setiap peserta.
5.6 Menjadikan unit beruniform suatu badan yang diminati oleh pelajar.
5.7 Membina teras intergrasi serta persefahaman dan permuafakatan antara pelajar serta guru-
guru sekolah menengah Daerah Petaling.
5.8 Memberi peluang kepada peserta untuk mengumpul pengetahuan dan pengalaman bagi
mendapatkan Lencana Kebakaran serta menunjukkan pentingnya uniform kepada mereka.
5.9 Memberi pendedahan kepada guru-guru akan kemahiran-kemahiran pertolongan cemas asas
dan pentadbiran untuk melengkapkan diri bagi mengajar murid di sekolah.

Page 3 of 7
KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN ORIENTASI GURU PENASIHAT BSMM DAERAH PETALING TAHUN 2018

6. KETETAPAN DAN PELAKSANAAN :

6.1 Nama Program : KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN ORIENTASI


GURU-GURU BULAN SABIT MERAH
DAERAH PETALING TAHUN 2018
6.2 Tarikh : 28 JULAI 2018
6.3 Tempat : SMK BANDAR UTAMA, PINTASAN BANDAR UTAMA,
47800 PETALING JAYA, SELANGOR.
6.4 Masa Pendaftaran : 8.00 Pagi
6.5 Bertolak pulang : 4.00 Petang

7. SASARAN :

7.1 Setiap sekolah perlu menghantar 4 orang peserta kursus sahaja dan seorang guru pengiring.
7.2 Anggaran peserta : 200 orang peserta
7.3 Syarat pemilihan peserta dan guru pengiring :-
7.3.1 Peserta yang menyertai perkhemahan ini terdiri daripada murid yang bergiat
cergas dan aktif dan memegang jawatan di dalam organisasi Bulan Sabit
Merah Malaysia di peringkat sekolah.
7.3.2 Guru pengiring merupakan guru penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia di
sekolah.

8. SENARAI JAWATANKUASA :

8.1 Penaung : Yg Bhg. Puan Sri Aisha Binti Shamsuddin


8.2 Pengerusi : Puan Katherine Kay Benjamin
8.3 Timbalan Pengerusi : Cik Yong Wai Yng
8.4 Bendahari : Puan Shikin
8.5 AJK
Makanan dan Minuman : Puan Yasotha a/p R. Sandrakasan (SMK Setia Alam)
Fotografi dan Dokumentasi : Encik Vinothan a/l S. Ramayah (SMK Damansara Damai)
AJK Bantuan : Pelajar Tingkatan 6 SMK Bandar Utama

Page 4 of 7
KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN ORIENTASI GURU PENASIHAT BSMM DAERAH PETALING TAHUN 2018

9. ANGGARAN PERBELANJAAN :

Bil Perkara Butiran Jumlah (RM)

1 Makanan dan Minuman RM 15 x 250 orang 3750.00

2 Jurulatih 500.00

3 Nota kursus RM 5 x 240 unit 1200.00

6 Sijil Penghargaan & Penyertaan RM 1.50 x 250 keping 375.00

7 Kos Luar Jangka 175.00

JUMLAH KESELURUHAN 6,000.00

10. ANGGARAN PENDAPATAN :`

10.1.1 Yuran pendaftaran peserta pelajar (RM 25 x 200) : RM 5,000.00


10.1.2 Yuran pendaftaran peserta guru (RM 25 x 40) : RM 1,000.00
JUMLAH :RM 6,000.00

11. MAKANAN DAN MINUMAN :


11.1 Makanan dan minuman disediakan untuk sarapan, makan tengahari dan minum petang.

12. PAKAIAN DAN KETERAMPILAN PESERTA :


12.1 Pegawai : Baju korporat.
12.2 Peserta : T-shirt BSMM dan seluar hitam (Guru)
T-shirt BSMM dan seluar putih (Murid)
12.3 Tudung : Bawal putih sahaja.
12.4 Kasut : Putih dan hitam sahaja.

13. BORANG PENYERTAAN PEGAWAI DAN PESERTA :

13.1 Setiap pasukan perlu mengisi borang penyertaan pegawai dan peserta program.
13.2 Setiap pasukan hendaklah menyerahkan perkara berikut semasa pendaftaran.
13.2.1 Borang maklumat diri.
13.2.2 Borang kebenaran waris.
13.3 Borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada tarikh 16hb JULAI 2018 di
Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Petaling

Page 5 of 7
KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN ORIENTASI GURU PENASIHAT BSMM DAERAH PETALING TAHUN 2018

14. TENTATIF PROGRAM:


8:00 pagi Pendaftaran

8:30 pagi Kata Alu-aluan Timbalan Pengerusi BSMM Daerah Petaling

8:45 pagi Sesi 1


1.1 Kimia Api, sebab-sebab biasa berlaku kebakaran.
1.2 Bagaimana api boleh merebak, mencegah api daripada merebak.
1.3 Pencegahan kebakaran di rumah, pakaian, kenderaan bermotor,
mengapa memanggil pasukan bomba dan kaedah pencegahan
Orientasi Guru

9:30 pagi Sesi 2


2.1 Jenis alat-alat pemadam api yang biasa, jenis-jenis api kebakaran
dan penyesuaian dengan alat pemadam.
2.2 Bagaimana untuk memadam api kebakaran jenis:
2.2.1 Petrol
2.2.2 Arus Letrik
Orientasi Guru

10:30 pagi REHAT & MINUM PAGI

10:45 pagi Sesi 3


Kelengkapan pemasangan alatan keselamatan api di dalam bangunan, kaedah
operasi, penjagaan dan baik pulih alatan memadam api.

11:30 pagi Sesi 4


Pencegahan kebakaran dan kawat kebakaran di sekolah, kebakaran
makmal dan maksud memanggil Pasukan Bomba.

12.15 tgh hari Sesi 5


5.1 Kaedah menggulung hos dan kawat basah.
5.2 Pertolongan Cemas Sistem Perenjisan dan “Dry-Risers”.

1:00 petang MAKAN TENGAHARI & SOLAT

2:00 petang Sesi 6


Operasi Menyelamat Asas untuk si malang yang terlibat dalam bangunan
yang terbakar.
Ikatan – menyelamat cara ahli bomba dengan menggunakan ikatan kerusi.

3:00 petang Ujian Teori

4:00 petang BERSURAI

Page 6 of 7
KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN ORIENTASI GURU PENASIHAT BSMM DAERAH PETALING TAHUN 2018

Page 7 of 7

Anda mungkin juga menyukai