Latihan Sinopsis Bab 1-3

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Novel Formula Termodinamik

Sinopsis Bab 1  


Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di
sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak
kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan
Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan
Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah
Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula
seperti menyimpan cerita yang sukar diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah
merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan
mencangkul tanah.  Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput
yang terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan
kejayaan projek tersebut.

Sinopsis Bab 2 
Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang
senang dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya ketika di Politeknik dulu
walaupun dia tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia tidak lemah, dia
bijak dan handal serta mampu menyaingi Amir dan Usamah. Aswan bertekad akan menentang Amir dan
Usamah. Dia tidak akan membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa nama di Kampung Warisan. Aswan
menyuarakan hasrat tersebut kepada kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk
mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya
digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan Majibon
agak kurang senang dengan hasrat dan tujuan Aswan yang ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga
berlaku sedikit percanggahan prinsip di antara mereka dengan Aswan.  Bagi Fikri dan Majibon persaingan
biarlah sihat dan tidak bermusuhan.
Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan Aswan.  Projek tersebut
akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan Majibon namun yang menjadi masalah ialah mereka tidak
mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak pernah belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang
pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik.  Namun begitu, semua nota-notanya telah hilang
dan banyak perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun
dengan sedikit pengetahuan,  Aswan tetap yakin mampu menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak
mahu meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor Othman seperti yang disarankan oleh Fikri
dan Majibon.

Sinopsis Bab 3 
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat pengubahsuaian bagi memastikan  projek mesin 2
dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut menggunakan kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA,
iaitu singkatan Sabah, Malaysia.  Mana-mana komponen yang tidak boleh dibuat sendiri kerana
kekurangan kelengkapan seperti membentuk mata pisau cangkul dihantar ke kedai besi untuk dibentuk. 
Aswan, Fikri dan Majibon telah datang melihat projek mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh pasangan
sepupu itu.  Fikri dan Majibon sangat berminat dengan projek tersebut.  Mereka telah diberi penerangan
terperinci tentang proses pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut tahun
akhir Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih berminat melihat bilik operasi.
Novel Formula Termodinamik

Sinopsis Bab 1  


________ dan _________ mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu
bermain di sawah bersama-sama ________, ________ dan ________. Asma adalah dua pupu Amir dan
_________. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di maktab __________
manakala Amir dan Usamah ke __________. Usamah di Perak dan Amir di __________. Mereka bertemu
semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal
bersebelahan dengan rumah Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap
Asma tetapi Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir
dan Usamah telah merancang satu projek __________________ mesin rumput supaya berfungsi sebagai
pemotong rumput dan mencangkul tanah.  Amir menggunakan formula _____________ bagi
memprogramkan mesin rumput yang terpakai dan dibantu oleh Profesor ___________ dengan Formula
Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan projek tersebut.

Sinopsis Bab 2 
Sejak tersebar berita ________ dan rakan-rakannya mencipta mesin ___________, Aswan berasa
kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya ketika di Politeknik
dulu walaupun dia tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia tidak
lemah, dia bijak dan handal serta mampu menyaingi Amir dan Usamah. Aswan bertekad akan menentang
Amir dan Usamah. Dia tidak akan membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa nama di Kampung
Warisan. Aswan menyuarakan hasrat tersebut kepada kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan
bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak
petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan
Majibon agak kurang senang dengan hasrat dan tujuan Aswan yang ingin menyaingi Amir dan Usamah
sehingga berlaku sedikit percanggahan prinsip di antara mereka dengan Aswan.  Bagi Fikri dan Majibon
persaingan biarlah sihat dan tidak bermusuhan.
Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan Aswan.  Projek tersebut
akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan Majibon namun yang menjadi masalah ialah mereka tidak
mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak pernah belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang
pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik.  Namun begitu, semua nota-notanya telah hilang
dan banyak perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun
dengan sedikit pengetahuan,  Aswan tetap yakin mampu menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak
mahu meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor Othman seperti yang disarankan oleh Fikri
dan Majibon.

Sinopsis Bab 3 
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat pengubahsuaian bagi memastikan  projek mesin 2
dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut menggunakan kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA,
iaitu singkatan Sabah, Malaysia.  Mana-mana komponen yang tidak boleh dibuat sendiri kerana
kekurangan kelengkapan seperti membentuk mata pisau cangkul dihantar ke kedai besi untuk dibentuk. 
Aswan, Fikri dan Majibon telah datang melihat projek mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh pasangan
sepupu itu.  Fikri dan Majibon sangat berminat dengan projek tersebut.  Mereka telah diberi penerangan
terperinci tentang proses pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut tahun
akhir Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih berminat melihat bilik operasi.

Anda mungkin juga menyukai