Teks Pengacara Majlis Persaraan Cikgu Berpencen

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

BUTIRAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn hasni Ahmad dan suami beliau.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Muhd Absyar. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Muhd Absyar atas bacaan
doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Yang Berusaha Guru Besar Sk Seri Machap


Pn.Norlaila Bt Jamal

Yang Diraikan
Pn.hasni Bt Ahmad

Yang berusaha,Barisan Penolong Kanan SK Seri Machap,

Yang Dihormati

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Seri Machap,


Pn.Suhairah Jani

Yang Dihormati Mantan Guru Besar


Tuan Hj Othman Bin Abdul Wahid

Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih sempena persaraan Yang Diraikan Pn.hasni Ahmad
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka
kita dapat bersama-sama berhimpun pada petang ini untuk meraikan Pn Hasni dalam Majlis

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Tanpa Melengahkan masa majlis mempersilakan para hadirin dan hadirat menjamu selera.

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn.hasni
Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hasni k atas ucapan itu
tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Seterusnya majlis mempersilakan Puan Guru Besar untuk menyampaikan ucapan.


Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Pn.hasni Ahmad

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Diraikan  Pn.Hasni Ahmad untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada

1. Pn.Guru Besar
2.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang DiraikanPn.Hasni Ahmad.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk cikgu Hasni

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn.Hasni Ahmad kerana sudi untuk bersama kita
pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan EPn.Hasni Ahmad bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis “Sekalung Budi Sejambak Kasih”
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai