Rumusan Pelancongan
Rumusan Pelancongan
Rumusan Pelancongan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
berjimat untuk aktiviti melancong dan faedah-faedah melancong. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat
bekerja. Untuk melancong, kita perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan
belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian kita berjalan dengan
lancar.
Tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika merancang untuk bercuti,
hanya guna duit tabungan yang diasingkan untuk kegunaan bercuti. Apabila hendak bercuti di
luar negara pula, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Selidik terlebih dahulu
tempat-tempat menarik negara itu supaya percutian diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang
memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Jika melalui pakej pelancongan, cari pakej
pelancongan yang menawarkan harga yang murah tetapi selesa. Biasanya menjelang musim
sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan. Seandainya hendak ke negara
sejuk pakaian yang bersesuaian perlu disediakan. Sebelum melancong dan bercuti, perlulah
merancang perbelanjaan dengan rapi dan teliti yang hendak digunakan semasa melancong.
Penyediaan anggaran perbelanjaan harian semasa bercuti, termasuk kos penginapan, makanan,
dan pengangkutan adalah sangat penting. Anggaran perbelanjaan ini untuk mengawal
perbelanjaan semasa bercuti, terutama jika bercuti di luar negara. Tentukan dengan betul negara,
kota atau tempat peranginan yang dilawati sesuai dengan kemampuan kewangan kita.
Sebelum bercuti keperluan utama perlu diadakan supaya tidak kelam kabut pada saat-saat
akhir. Pastikan visa dan pasport sudah diperoleh untuk ke luar negara. Jika perlu pemeriksaan
kesihatan diselesaikan untuk memastikan kesihatan terjamin. Industri pelancongan banyak
bergantung pada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau
asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal,
bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan pada saat akhir adalah sangat mahal dan
merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan
penginapan. Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan
mereka dimasukkan ke dalam anggaran perbelanjaan. Sebaik sahaja sampai ke destinasi
percutian, pastikan mendapatkan peta tempat tersebut bagi mudah mencari tempat dan kosnya.
Maklumat ini penting supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan
tempat yang bakal dilawati. Selain itu, kita memilih jenis pengangkutan yang sesuai seperti bas
atau teksi untuk pergi melawat ke tempat-tempat menarik yang teah ditetapkan.
Pilihan pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai
selok-belok kawasan percutian tersebut dapat menjimatkan kos dan tidak mudah tertipu.
Penggunaan kad kredit lebih baik daripada membawa wang tunai yang banyak tetapi lebih baik
elakkan menggunakan kad kredit untuk mengelakkan daripada melebihi bajet. Kesimpulannya,
perancangan kewangan yang bijak akan menjimatkan percutian malah memberi pulangan yang
bermanfaat.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Berjimat Semasa
Melancong’ oleh Sidang Pengarang, Ringgit, Nov 2010)
Soalan 2: Pemahaman
[ 35 markah ]
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa persediaan awal yang perlu dilakukan sebelum pergi
melancong sama ada di dalam negara atau ke luar negara
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah anda dapat membantu menarik lebih banyak
pelancong ke negara ini?
[4 markah]