PENGENALAN Ketam
PENGENALAN Ketam
PENGENALAN Ketam
Ketam kulit lembut adalah suatu istilah kulinari untuk ketam yang bersalin
kulit dan masih belum mengeras. Ketam jenis ini bukanlah suatu spesis ketam
yang baharu ataupun dikopak kulitnya tetapi ia adalah dari jenis ketam Nipah
(Scylla Serrata) yang perlu bersalin kulit dalam proses untuk terus membesar.
Proses bersalin kulit bermula apabila ketam mengeluarkan kulit sedia adanya
yang keras dan telah sempit. Kulit ini kemudiannya akan diganti dengan kulit
baharu yang lembut dan pada waktu inilah ketam akan mengembangkan
saiznya. Selepas proses bersalin kulit ini berlaku, kulit ketam yang baharu akan
mengeras hanya dalam masa beberapa jam sahaja sekiranya masih dibiarkan di
dalam air. Oleh itu bagi memastikan ketam-ketam ini dapat diperoleh semasa
masih dalam keadaan lembut, ianya ditangkap beberapa hari sebelum bersalin
kulit dan dipantau keadaannya di dalam tangki.
Ketam kulit lembut sedap dimasak goreng tempura, goreng kunyit atau digoreng
bersama telur masin. Apa yang menarik tentang ketam kulit lembut ini ialah
ianya boleh dimakan kesemuanya sekali tanpa perlu bersusah payah untuk
membuang kulit.
Penerangan Produk
Ketam Lembut 100%
Ketam, sinonim dengan cangkerang yang kulitnya keras. Berikutan itu ada di
antara kita yang tidak gemar memakan ketam. Kerana jika tersilap langkah,
sudah pasti akan tertelan kulitnya dan boleh menyebabkan kecederaan pada
tekak. Ada juga yang tergigit kulit ketam sehingga menyebabkan kecederaan
pada gusi dan gigi.
Kini memakan ketam tidak lagi sukar, tidak perlu lagi untuk mengopek kulitnya
untuk mendapatkan isinya. Anda bolehlah mendapatkannya di tempat-tempat
yang menjual Ketam Kulit Lembut seperti di sekitar Tawau.
kami adalah dari syarikat Fizzi Syukur Sdn. Bhd. penternak dan pembekal
ketam lembut. Lokasi tempat penternakan dan jualan adalah di PSKT Kuala
Gula. Syarikat kami adalah penternak dan pembekal ketam lembut yang
terbesar di negeri perak.
Ketam lembut adalah proses dimana ketam biasa diternak sehingga kulit
cengkerang bersalin. Ketam lembut boleh dimakan kesemua bahagian
disebabkan oleh ketiadaan kulit. Ianya mudah dimasak dan dimakan.
Email di alamat [email protected]
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=1211&sec=Pahang&pg=wp_03.htm
https://www.bharian.com.my/node/126177
http://teganuku.blogspot.my/2011/07/umk-kaji-pengurusan-kesihatan.html
format di sini
http://sulia-butterfly.blogspot.my/2012/11/contoh-rancangan-perniagaan.html
https://www.slideshare.net/UKhOiMeiAisyahfitrah/format-rancangan-
perniagaan-rp
http://softwareperniagaan.mybizcore.com/panduan-penyediaan-rancangan-
perniagaan-kertas-kerja/
http://bestariagro.blogspot.my/2008/12/contoh-kertas-kerja.html