BM Nota Dan Latihan Tahun 3

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 25

KATA TANYA

APA

- Untuk menanyakan benda, haiwan, atau tempat

1.Apakah benda di dalam kotak itu?

2.Apakah warna jalur gemilang?

3.Apakah makanan kegemaran awak?

MENGAPA

-Untuk menanyakan sebab

1.Mengapakah awak tidak hadir ke sekolah?

2.Mengapakah anak-anak itu didera?

3.Mengapakah Syafikah menangis?

BILA

-Digunakan untuk menanyakan masa

1.Bilakah projek tersebut akan siap?

2.Bilakah pameran seni khat di muziumitu akan berakhir?

3.Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?

SIAPA

-Untuk menanyakan manusia

1.Siapakah yang terlibat dalam konspirasi itu?

2.Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?

3.Siapakah nama ibu kamu?

BERAPA

-Menanyakan masa atau bilangan

1.Pukul berapakah pengantin lelaki akan sampai?


2.Berapakah jumlah pelajar di kelas Tahun Enam Bestari?

3.Berapakah harga sepasang kasut sukan itu?

BAGAIMANA

-Menanyakan keadaan atau cara

1.Bagaimanakah dia menjalani kehidupan tanpa tempat bergantung?

2.Bagaimanakah kemalangan itu berlaku?

3.Bagaimana pelangi terjadi?

MANA

- Menanyakan tempat atau arah

1.Di manakah lombong bijih timah mula-mula dibuka di Tanah Melayu?

2.Di manakah rumah Ahmad?

3.Di manakah Jalan Abdul Rahman?

BM Tahun 3 : Kata Tanya

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.

berapakah mengapakah apakah siapa bilakah bagaimanakah mana

1.      ______________________ dua orang budak perempuan itu menangis di kantin ?


2.      _______________________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?
3.      _______________________ Roxanne boleh terjatuh ke dalam longkang ?
4.      Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?
5.      Jelapang padi banyak terdapat di negeri ________________ ?
6.      Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah seterusnya ?
7.      ___________________________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang kamu pinjam ?

Jawapan : 1. Mengapakah, 2. Berapakah, 3. Bagaimanakah, 4. siapa, 5. mana, 6. apakah, 7. Bilakah


Latihan Kata Seru

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1._________! Indahnya pemandangan di bukit ini !

A. Oh
B. Aduh
C. Hei
D. Wah

2._________! Sakitnya perut saya!


A. Aduh
B. Aduhai
C. Oh
D. Wah

3._________, petahnya pelajar itu berbahasa Inggeris!


A. Amboi
B. Aduh
C. Cis
D. Nah

4._________, cantiknya bunga ini!


A. Oh
B. Wah
C. Hai
D. Aduhai

5._________, siapkan kerja ini sekarang juga!


A. Oh
B. Cis
C. Nah
D. Wah

6._________, begini caranya membuat kek lapis.


A. Wah
B. Oh
C. Amboi
D. Ceh

7._________, engkau telah berjaya!


A. Nah
B. Syabas
C. Amboi
D. Wah

8._________, perempuan yang tidak tahu malu!


A. Oh
B. Wah
C. Cis
D. Hoi
9._________, siapa pula yang hendak tolong saya kali ini?
A. Aduh
B. Nah
C. Eh
D. Aduhai

10._________, rupanya kamu berdua adiki-beradik!


A. Nah
B. Cis
C. Eh
D. Syabas

BM Tahun 3 : Latihan Kata Adjektif

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. (16%)

kelabu kemas suam bersih mesra      berani indah sayang

1.      Rina suka berjoging di taman kerana keadaan di situ __________________ .


2.      Sebagai anggota polis, kita hendaklah sentiasa _______________ ketika menjalankan tugas.
3.      Pemandangan di kaki gunung itu sungguh _______________ terutamanya pada waktu senja.
4.      Baju yang dipakai oleh ibu Cindy berwarna ________________ .
5.      Kakak membantu ibu menyusun pinggan mangkuk di dapur supaya kelihatan ____________ .
6.      Adik minum segelas air ________________ selepas makan.
7.      Pelayan restoran itu melayan pelanggan dengan _____________ .
8.      Ron sangat _____________ akan binatang peliharaannya.

Jawapan : 1. bersih, 2. berani, 3. indah, 4. kelabu, 5. kemas, 6. suam, 7. mesra, 8. sayang

BM Tahun 3 - Latihan Kata Hubung

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai. (14%)

kerana sementara sambil tetapi lalu agar


sejak

1.      Syakifi berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu Wong.
2.      Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus nasi lemak.
3.      William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.
4.      Natasha suka makan ayam goring __________________ tidak suka makan sayur.
5.      Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar oleh kereta.
6.      Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita terjamin.
7.      Encik Steven cacat penglihatan ______________ terlibat dalam kemalangan.

Jawapan : 1. lalu, 2. sementara, 3. sambil, 4. tetapi, 5. kerana, 6. agar, 7. sejak

BM Tahun 3 : Latihan Kata Bilangan

Gariskan kata bilangan yang sesuai. (16%)

1.      ( Semua / Segala / Setengah ) murid di kelas itu sedang beratur di luar bilik darjah.
2.      Emak memberi ( kedua / setiap / separuh ) kek itu kepada jiran kami.
3.      Kakak mendapat tempat ( kedua-dua / dua / kedua ) dalam pertandingan itu.
4.      ( Masing-masing / Pelbagai / Setengah ) jenis pakaian dijual di pasaraya itu.
5.      Sudah (berbulan-bulan / berjam-jam / bertahun-tahun ) saya menunggu Jamie di perhentian bas ini.
6.      (Setengah / Secucuk / Ribuan ) penonton menyaksikan perlawanan bola sepak itu.
7.      Penumpang dinasihati supaya memakai tali pinggang ( setiap / masing-masing / beberapa ).
8.      Dr. Deng hanya memberi cuti selama (pertama / setiap / satu ) hari kepada Anita.

Jawapan : 
1. Semua, 2. separuh, 3. kedua, 4. Pelbagai, 5. berjam-jam, 6. Ribuan, 7. masing-masing, 8.
satu

atihan Kata Adjektif - 1

             Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai :

                cerahdegil tangkas terketar-ketar terkebil-kebil

                berdentum rending sukar deras berseri

1.)    Adik berasa takut setiap kali guruh ____________________ and kilat sabung-menyabung.
2.)    Budak itu sangat ______________________________, dia enggan mendegar teguran

ibunya.

3.)    Anak-anak Makcik Sara akan bermain di padang bola apabila cuaca

____________________.

4.)    Murid-murid suka berehat di bawah pepohon yang _____________________ di sekolah

itu.

5.)    Mata guru _________________________________ apabila melihat muridnya memanjat

tingkap di dalam kelas.

6.)    Apabila dimarahi oleh guru penasihat, Johan _________________________________ .

7.)    Selepas hujan lebat, air di sungai itu mengalir ________________________ ke air terjun di

hadapannya.

8.)    Muka Cikgu Jibson ________________________ apabila murid-muridnya mendapat

markah yang baik di dalam kelas.

9.)    Chong Wei bermain badminton dengan _______________________ sekali, bukan senang

untuk memenanginya.

10.) Ramai murid berasa muram apabila melihat soalan peperiksaan yang _________________.

Latihan Kata Ganda - 1

Pilih kata ganda yang betul :

bantu-membantu kering-kontang orang-orang lintang-pukang

gelap-gelita anai-anai lauk-pauk huru-hara

rama-rama basah-kuyup

1.)                Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi ____________________________.

2.)                Biliknya menjadi ________________________________ apabila bekalan elektrik terputus.


3.)                Adik saya suka mengejar _____________________________ di taman bunga.

4.)                Almarinya rosak dimakan oleh __________________________________.

5.)                Jiran tetanggu seharusnya saling __________________________________ .

6.)                Pak Ali meletak ______________________________ di tengah sawahnya untuk

menakutkan burung-burung.

7.)                Emak masak ________________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari

New Zealand.

8.)                Keadaan di dalam kelas menjadi _______________________________ setiap kali guru

tidak ada di dalam kelas.

9.)                Samy berlari _______________________________ apabila dikejar oleh anjing liar yang

garang.

10.)             Malang tidak berbau, dia lupa membawa payung dan hujan turun lebat. Apa dayanya, dia

tidak dapat menjadi tempat untuk meneduh, bajunya _______________________ .

BM Tahun 3 : Latihan Simpulan Bahasa - 1

Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa berikut :

Ringan tulang mata pencarian titik peluh

nasi telah menjadi bubur malang tidak berbau besar hati

1.       Aduhai, ___________________________________________________________, saya

terpijak seekor ular lalu digigit olehnya.


2.       Emak Ali berasa _________________________________________ apabila melihat anaknya

rajin belajar and berkelakuan baik.

3.       ________________________________________ nya sebagai seorang nelayan bukannya

senang. Bila cuaca hujan, kuranglah rezekinya.

4.       Dia berasa gembira apabila mendapat wang hasil ______________________________ nya

menjual sayur-sayuran.

5.       Saya sudah ditipu oleh penjahat itu. Apa dayaku, _________________________________

______________.

6.      Pak Abu memang adalah seorang yang ___________________________________, pagi-

pagi lagi sudah pergi bekerja di lading getah untuk menyarai keluarganya.

BM Tahun 3 : Penjodoh Bilangan - 1

Tuliskan penjodoh bilangan untuk benda-benda di bawah :

Helai batang angkatan baris bentuk biji buah bilah


ekor

naskhah orang pucuk ulas utas rangkap patah kuntum

1.       se____________________________ rambut

2.       se ____________________________ risalah

3.       se_____________________________ pantun

4.       se_____________________________ perkataan

5.       se_____________________________ tokong

6.       se _____________________________ sungai

7.       se _____________________________ kedai


8.       se_____________________________ polis

9.       se _____________________________ dawai

10.   se _____________________________ mata kail


KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

( A ) Kata Nama Am
1. Kata
      

Kumpulan Contoh Kata Nama nama am


Manusia kakak, abang, nenek digunakan
Haiwan itik, tikus, ayam untuk
Tumbuhan mawar, timun, kacang merujuk
Benda kerusi, pensel, buku manusia,
Tempat kantin, sekolah, padang haiwan,
tumbuhan,benda dan tempat.
2. Contoh-contoh kata nama am mengikut kumpulan:
      

   

(B )Kata Nama Khas


1. Kata nama khas digunakan untuk merujuk manusia,
      

haiwan, tumbuhan,benda dan tempat.


2. Kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada awalan
      

huruf dalam setiap perkataan.


3. Contoh-contoh kata nama khas mengikut kumpulan:
      
PENJODOH BILANGAN

1. Penjodoh bilangan digunakan untuk membilang benda,


      

orang, binatang dan tempat.


2. Penjodoh bilangan didahulukan dengan kata bilangan dan
      

diikuti dengan kata nama.


3. Contoh penjodoh bilangan dan penggunaannya:
      

Kumpulan Contoh Penjodoh Bilangan


manusia orang, baris, gerombolan, angkatan,
pasukan, kumpulan dan sebagainya
haiwan ekor, kandang, kawan, kelompok dan
sebagainya.
Kumpulan Contoh Kata Nama
tumbuhan jambak, pohon, ikat, tongkol, cekak dan
Manusia Azura, Siew Mun, Inspektor Zaini
sebagainya
Haiwan Sang Kancil, Si Tompok, 
bendaBuaya
Sang batang, bentuk, berkas, bidang, biji,
Benda Bata, Nokia,bilah, ikat, ketul dan sebagainya
Samsung
Tempat Restoran Siti, Hentian Pudu Raya KATA
ADJEKTIF
1. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau
      

keadaan sesuatu benda, orang, binatang, tempat dan


sebagainya.
2. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
      

3. Jenis-jenis kata adjektif seperti berikut:


      

Jenis Contoh Kata Adjektif


Sifat sihat            sakit          kuat,
cantik           kurus
Bentuk bulat              bujur
bengkok        segi tiga
Waktu lewat         awal           pagi
petang       malam
Perasaan benci         gembira
sayang       sedih
Jarak jauh          hampir
nyaris        sempit
Ukuran panjang     pendek
tinggi         luas
Warna biru          merah
hijau         putih
Pancaindera wangi        hanyir
kasar          sejuk
Cara pantas        cepat
lambat        lincah

KATA ARAH

1. Kata arah digunakan selepas kata sendi untuk menunjukkan arah sesuatu tempat.
2. Contoh-contoh kata arah adalah seperti berikut:

dalam
Di dalam bakul itu ada buah durian.

luar
Pensel itu berada di luar kotak pensel.

atas
Pasu bunga itu diletakkan di atas meja hiasan.

bawah

Ali sedang membaca buku cerita di bawah pokok.


sisi
Emak berada di sisi adik yang demam.

sudut
Gambar pemandangan itu digantung di sudut ruang tamu.

  antara
Rumah saya terletak di antara sekolah dengan masjid.

hadapan
Kassim duduk di hadapan saya.
                                                                           
tepi
Tong sampah itu terletak di tepi pagar rumah

tengah
Nenek itu berdiri di tengah jalan raya.

Kata Hubung

Kata hubung digunakan untuk menggabungkan kata, frasa, klausa dan ayat.


a.    Menggabungkan kata
Contoh: Ali dan Chin pergi ke Kuantan.
b.    Menggabungkan frasa
Contoh: Chun Hing menonton wayang dan membeli-belah di KLCC.
c.    Menggabungkan klausa
Contoh: Setelah saya menyiapkan kerja ini, saya akan keluar bermain.
d.    Menghubungkan ayat
Contoh: Nenek menanak nasi manakala ibu menyiang ikan.
Kata Fungsi Ayat Contoh
Hubung
1.    dan Menunjukkan gabungan antara Ali, Muthu dan Siva
subjek, objek dan ayat. memancing ikan di sungai.
2.    atau Menunjukkan pilihan Kamu hendak minum
teh atau kopi?
3.    kecuali Menunjukkan perbezaan tujuan Semua murid hadir ke
atau perbuatan sekolah kecuali Murni.
4.    tetapi Menunjukkan perbandingan Siti pendiam tetapi adiknya
makna tujuan yang berlawanan peramah.
5.    supaya Menyatakan tujuan Kita mesti rajin membaca
buku supaya pandai.
6.    jika Menunjukkan syarat Jika hari tidak hujan, kami
akan pergi ke padang.
7.    kerana Menunjukkan sebab Munir tidak datang ke
sekolah kerana demam.
8.    lalu Menunjukkan tindakan lanjutan Adik masuk ke bilik lalu baring
di atas katil.
9.    sambil Menunjukkan perbuatan yang Bapa makan sambil menonton
dilakukan serentak televisyen.
10. walaupun Menunjukkan suasana atau Walaupun cuaca panas terik,
peristiwa yang bertentangan. bapa saya masih berkebun.

Latihan Kata Hubung


Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

walaupun      lalu      atau     dan     kerana


tetapi      jika    supaya      kecuali             
sambil
1.    Kamu hendak baju
ini __________ baju itu? 
2.    __________ hari panas, Minah masih memakai baju sejuk.
3.    Siew Lee ___________Fiona hendak pergi ke Seremban.
4.    Chin Chin cantik ___________ malas.
5.    Kedai runcit itu dibuka setiap hari, ___________ hari Ahad.
6.    Adik menangis ___________ duit belanjanya telah hilang.
7.    Gunalah payung ketika hujan ___________  kamu tidak basah.
8.    Bapa masuk ke dalam rumah ___________ duduk di sofa.
9.    Abang membasuh kereta _____________ menyanyi.
10. Perlawanan itu akan dibatalkan _____________ hujan lebat.

Latihan Kata Kerja


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
membaca    mengecat   melanggar   meminjam
menyalak    merawat  memandu   menggoreng

1.    Doktor sedang __________ pesakit di atas sofa.


2.    Nini duduk di atas buaian itu sambil __________ buku cerita.
3.    Puan Siti sedang __________ ikan di dapur.
4.    Mereka bergotong-royong ___________ bangunan sekolah yang buruk itu.
5.    Anjing itu ___________ apabila melihat orang yang tidak dikenali.
6.    Muri-murid ____________ buku dari perpustakaan.
7.    Kita tidak boleh ___________ peraturan-peraturan sekolah.
8.    Ayah ____________ keretanya ke pejabat setiap hari kecuali hari Ahad.

Kata Perintah

Kata perintah digunakan untuk meminta, mempersila, melarang dan mengarahkan seseorang
untuk melakukan sesuatu.
Kata Perintah Penggunaannya/ Tujuan Ayat Contoh
1.    jangan / usah Untuk melarang seseorang Jangan bermain di situ.
melakukan sesuatu Usah kamu hubungi aku lagi.
2.    sila / Untuk mempersilakan atau Silalah masuk ke dalam.
jemput menjemput seseorang Jemputlah minum, puan.
3.    minta / tolong Untuk memohon permintaan Minta kamu beratur.
atau pertolongan Tolong tutup suis lampu itu.

Latihan Kata Perintah


Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. ______________ (Jangan, Sila) bermain di tepi sungai yang deras.
2. ______________ (Minta, Jemput)lah datang ke rumah saya.
3. ______________ (Tolong, Usah) sapukan lantai bilik darjah.
4. ______________ (Jangan, Sila)lah masuk ke dalam.
5. ______________ (Minta, Jangan) semua penonton bertenang.
6. ______________ (Tolong, Jemput) ambilkan saya segelas air suam
7. ______________ (Usah, Jangan) kamu cari dompet itu lagi.
8. ______________ (Sila, Jemput) buka kasut sebelum masuk ke dalam bilk
komputer.
9. ______________ (Tolong, Usah) perlahankan radio itu kerana abang sedang
mengulang kaji pelajaran.
10. ______________ (Usah, Jangan)lah pukul anak kucing itu.      
Kata Nama

Kata nama am ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut nama benda,
manusia, binatng, tempat, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain secara umum.
Contoh:
Manusia guru, askar, ibu
Benda buku, van, kertas
Binatang kucing, anjing, ikan
Tempat sekolah, kedai, padang
Tumbuh-tumbuhan rumput, pokok, bunga

Huruf awal kata nama am mestilah ditulis dengan huruf kecil, kecuali pada
permulaan ayat.
Contoh:
1. Guru sedang mengajar di dalam bilik darjah.
2. Saya ke sekolah dengan menaiki bas.
3. Haiwan kesayangan saya ialah seekor anjing.
4. Kami bermain bola sepak di padang.
5. Pokok mangga itu sedang berbuah lebat.

Kata nama khas ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut nama sesuatu
benda, manusia, binatang, tempat, judul, bangunan dan lai-lain secara khas.
Contoh:
Manusia Cikgu Aishah, Doktor Salim, Puan Tan
Benda Proton Waja, Parker, Citizen
Binatang Si Hitam, Pak Belang, Sang Rangkak
Tempat Putrajaya, Melaka, Malaysia
Judul Berita Harian, Dewan Pelajar, Kamus Dewan
Bangunan SJK(C) Jabi, Hospital Segamat, Pasar Raya Nirwana

Huruf awal kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar.

Contoh:
1.    Cikgu Aishah sedang mengajar di dalam bilik darjah.
2.    Bapa saya membeli sebuah kereta Proton Waja.
3.    Nama anjing peliharaan saya ialah Si Hitam.
4.    Mereka tinggal di Putrajaya.
5.    Setiap pagi, bapa membaca surat khabar Berita Harian.
6.    Nenek saya dirawat di Hospital Segamat.
Latihan Kata Nama
Senaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam ayat yang
berikut.

Kata Nama Am Kata Nama Khas


1.    Bangunan KLCC sungguh
cantik.
2.    Rambut Ai Lin panjang
mengurai.
3.    Surat itu daripada Pak Ali.
4.    Murad sedang membaca
buku cerita.
5.    Lada hitam banyak ditanam
di Sarawak.
6.    Pelancong itu ke Pulau
Langkawi.
7.    Pen saya berjenama Pilot.
8.    Abang saya bekerja di Kuala
Lumpur.

Kata Tanya

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan dalam ayat tanya untuk menanyakan
sesuatu.
Sekiranya kata tanya berada di awal ayat, partikel –kah hendaklah disertakan.
Tanda tanya (?) ditulis pada akhir ayat tanya.
Kata Tanya Penggunaannya Ayat Contoh
1.    apa Untuk menanyakan benda Apakah tajuk lagu itu?
atau haiwan

2.    siapa Untuk menanyakan manusia Siapakah lelaki yang tinggi


itu?

3.    bila Untuk menanyakan masa Bilakah kamu sampai?

4.    berapa Untuk menanyakan jumlah Berapakah harga baju ini?

5.    bagaimana Untuk menanyakan cara atau Bagaimanakah keadaan ibu


keadaan kamu sekarang?

6.    mengapa Untuk menanyakan sebab Mengapakah kamu


menangis?
7.    mana Untuk menanyakan tempat Di manakah kamu tinggal?

Latihan Kata Tanya


Plih jawapan yang betul.
1.    __________ kah kamu hendak pergi ke Pulau Langkawi?
A.   Mana                                                C. Bila
B.   Siapa                                                D. Berapa
2.    __________ kah harga sehelai baju batik ini?
A.   Mana                                                C. Bila
B.   Siapa                                                D. Berapa
3.    __________ kah punca kemalangan itu?
A.   Bila                                                    C. Mana
B.   Apa                                                   D. Berapa
4.    Di __________ kah letaknya perpustakaan awam?
A.   Apa                                                   C. Mengapa
B.   Siapa                                                D. mana
5.    __________ kah ibu kamu tidak datang ke rumah saya?
A.   Mengapa                                          C. Bila
B.   Bagaimana                                      D. Berapa
6.    __________ kah yang tertinggal buku ini di atas meja?
A.   Mana                                                C. Bagaimana
B.   Siapa                                                D. Berapa
7.    __________ kah kucing itu mengiau?
A.   Apa                                                   C. Siapa
B.   Mengapa                                          D. Mana
8.    __________ kah cara membuat kek coklat ini?
A.   Apa                                                   C. Bila
B.   Siapa                                                D. Bagaimana 

Latihan Kata Seru


Lengkapkan ayat dengan kata seru yang betul.
1.    ____________ (Oh, Wah), malang sungguh nasib anak yatim itu!
2.    ____________ (Syabas, Aduh), saktnya kepalaku!

3.    ____________ (Amboi, Hai), jangan makan di situ!


4.    ____________ (Aduhai, Syabas), kita telah berjaya!
5.    ____________ (Wah, Hai), tingginya bangunan itu!
6.    ____________ (Syabas, Aduhai), sedihnya rasa hati ini!
7.    ____________ (Eh, Hai), dulu kawasan ini sangat kotor!
8.    ____________ (Aduh, Amboi), merahnya pipi kamu!
Tanda Baca

Tanda baca digunakan untuk melengkapkan ayat. Tanda baca dalam ayat memberi isyarat
kepada pembaca untuk membaca mengikut intonasi yang sesuai.
Tanda Baca Penggunaannya Ayat Contoh
1.    Tanda koma   Mengasingkan kata yang   Emak membeli sayur, ikan dan
(,) sama jenis dalam ayat daging di pasar.
  Selepas kata seru   Wah, tingginya bangunan itu!
  Sebelum tanda pembuka kata  “Murid-murid, sila beratur di
(“) atau penutup kata (”) padang,” kata cikgu.
2.    Tanda noktah   Diletak di akhir ayat   Saya berumur 9 tahun.
(.)
3.    Tanda tanya   Diletak di akhir ayat tanya   Ke manakah kamu pergi
(?) semalam?
4.    Tanda seru (!)   Diletak di akhir ayat seruan   Aduh, sakitnya perut saya!
5.    Tanda petik   Diletak pada awal dan akhir   “Saya suka makan aiskrim,”
(“…”) ayat cakap ajuk kata Jenny.
6.    Huruf besar   Diguna pada huruf awal   Pak cik saya seorang polis.
(A…Z) perkataan pertama dalam
setiap ayat.   Rashid tinggal di Taman
  Diguna pada huruf awal kata Selayang.
nama khas

Latihan Tanda Baca


Salin ayat semula dengan meletakkan tanda baca yang betul.

1.    samy lebih tinggi daripada ahmad


     ________________________________________________________
2.    aduhai malang sungguh nasib zainal
________________________________________________________
3.    mengapakah cikgu fauziah tidak datang ke sekolah
________________________________________________________
4.    ibu membeli sayur ikan gula dan buah-buahan di pasar
________________________________________________________
5.    amboi cantiknya anak perempuan puan wong
________________________________________________________
6.    dia belajar di sekolah jenis kebangsaan (cina) yuk hwa
________________________________________________________

Kata Adjektif
Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda
atau kata nama.
Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.
Jenis Kata Adjektif Contoh Ayat Contoh
1.    Sifat / Keadaan rajin, bijak Budak yang rajin itu disukai oleh semua
orang.
2.    Warna merah, hijau Apabila lampu isyarat berwarna merah,
kita mestilah memberhentikan
kenderaan.
3.    Ukuran tinggi, berat Kumar ialah murid yang paling tinggi di
dalam kelas itu.
4.    Bentuk bulat, buncit Bola itu berbentuk bulat.
5.    Pancaindera enak, wangi Masakan ibu saya sungguh enak.
6.    Waktu lewat, singkat Zaki lewat tiba di sekolah hari ini.
7.    Cara deras, sering Air sungai itu mengalir dengan deras.
8.    Perasaan gembira, malu Ibu berasa gembira menyambut
kepulangan abang dari luar negara.
9.    Jarak jauh, nyaris Lily tinggal jauh dari sekolah.

Latihan Kata Adjektif


Suaikan kata adjektif dengan jenisnya yang betul.

a.    warna       
b.    pancaindera
c.    sifat
d.    perasaan
e.    cara
f.     bentuk
g.    waktu
h.    ukuran
BM Tahun 3 : Kata Tanya

Kata tanya ialah kata yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Contoh :
apa, siapa, bila, mengapa, bagaimana, di mana.

Latihan :
Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.
Berapakah Mengapakah apakah Bagaimanakah Di manakah
Bilakah siapa

1.      _____________ budak perempuan itu menangis di kantin ?


2.      _____________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?
3.      _____________ Ruzana boleh terjatuh ke dalam longkang ?
4.      Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?
5.      __________ Cikgu Kamal tinggal ?
6.      Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah seterusnya ?
7.      ___________ kamu akan memulangkan buku nota saya yang kamu pinjam ?
8. _____________ punca kemalangan itu?

9. _____________ kamu hendak pergi ke Pulau Langkawi?

10 _____________ harga sehelai baju batik ini?

Kata Seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan.


Tanda seru ( ! ) hanya hadir pada akhir ayat.
Tanda koma ( , ) biasanya diletakkan selepas kata seru.
Contoh : Nah, ambil lampu suluh ini !

Kata Seru Perasaan


Eh hairan
Nah memberikan sesuatu
Wah kagum
Oh terkejut atau hairan
Amboi hairan atau kagum
Syabas gembira
Aduh sakit
Cis marah
Aduhai sedih

Latihan :

Lengkapkan ayat dengan kata seru yang betul.

Nah Aduh Wah Eh Cis


Aduhai Syabas

1. ______________ , sakitnya kepalaku!

2. ______________ , kamu telah berjaya!

3. ______________ , sedihnya rasa hati ini!

4. ________________ , luasnya Tasik Kenyir ini, ayah !

5. ________________ , berani kamu merosakkan barang permainan saya !

6. ________________ , banyaknya haiwan berbisa di sini !

7. ________________ , ambil duit ini !

Anda mungkin juga menyukai