Kertas Kerja Pertandingan Bercerita Dan Syarahan 2019
Kertas Kerja Pertandingan Bercerita Dan Syarahan 2019
Kertas Kerja Pertandingan Bercerita Dan Syarahan 2019
1.0 PENGENALAN
Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk
memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Aktiviti
cerita dalam pengajaran bahasa ialah salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman
dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti
bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita
sangat sesuai untuk dipertandingkan.
Syarahan ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya
secara berkesan. Penyampaian syarahan yang berkesan adalah secara
bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan
kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian syarahan
juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya, bukannya menggunakan
emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita dan syarahan secara
bersahaja dan menyakinkan.
2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-
penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.
2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.
2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca
dan
menulis dalam bahasa Melayu.
2.5 Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan
bahan rangsangan.
2.6 Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita dan syarahan secara spontan
dan meyakinkan.
3.0 PENGELOLAAN
Pertandingan bercerita dan syarahan ini merupakan anjuran bersama Panitia
Bahasa Malaysia dan Persatuan Bahasa Malaysia SJK Chung Hua Meludam.
5.0 PENYERTAAN
Pertandingan bercerita terbuka kepada murid Tahap 1 (Tahun 1 - 3) manakala
pertandingan syarahan pula terbuka kepada murid Tahap 2 (Tahun 4 - 6). Setiap
dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 2 orang wakil.
Idea/Isi 30 markah
Bahasa 20 markah
Penyampaian dan persembahan 50 markah
Jumlah 100 markah
Idea/Isi 30 markah
Bahasa 20 markah
Penyampaian dan persembahan 50 markah
Jumlah 100 markah
_________________ _________________
(CHIENG JACK SENG ) (CHANG LEK CHUNG)
Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Besar,
SJK Chung Hua Meludam. SJK Chung Hua Meludam.