Kertas - Kerja - Keceriaan Kelas

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK KESUMA

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS


TAHUN 2020

Pengenalan

Kelas merupakan tempat dan “rumah” bagi pelajar di sekolah.Kelas yang menarik dan
kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu ke kelas bagi menuntut
ilmu.Suasana kelas yang kondusif akan memberi murid keselesaan untuk belajar di
samping merasa teruja untuk menerima lmu yang baharu.
Keceriaan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-murid dalam
kelas tersebut.Pertandingan keceriaan kelas adalah salah satu medium untuk guru dan
murid bersama-sama berganding bahu untuk mengolah dan menceriakan kelas mereka
untuk kepuasaan diri sendiri untuk keselesaan semasa belajar di dalam kelas.Semoga
pertandingan Keceriaan Kelas ini akan dapat mencapai objektifnya untuk menceriakan
kelas dan memberi murid suasana pembelajaran yang baru dan lebih kondusif.

Rasional

1.Suasana kelas yang bersih dan ceria dapat mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif.

Matlamat

1.Pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.


2.Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.
3.Memberi murid suasana baru di dalam kelas yang kondusif.

Objektif

i. Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria serta bermaklumat.


ii. Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih dan
ceria.
iii. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama, hormat-
menghormati, menghargai dan tolong-menolong.

Sasaran

Semua kelas dan pelajar.

Jangka masa

Februari hingga November 2020 (sepanjang tahun)


Anggaran kos

1. Piala Pusingan Tahap 1 dan 2 (RM 25.00 X 2) RM 50.00


2. Sijil penghargaan (setiap minggu) (RM 1.20 X 40kpg) RM 48.00
3. Hadiah keseluruhan Tahap 1 dan 2 (RM 1000.00 ) RM 1000.00
4. Baner Pelancaran RM 100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1198.00

Sumber kewangan

1. Peruntukan SBT
2. PIBG

Sumber tenaga

i. Guru
ii. Pelajar

Penganjur

Jawatankuasa 3K

Pelaksanaan

1. Minggu 1 (3/2/2014) - Pelancaran rasmi dan pertandingan dan syarat-syarat


pertandingan serta persiapan kelas.

2. Minggu 2 dan seterusnya – Pertandingan dijalankan seperti yang dirancangkan.

Jawatankuasa Induk

Penasihat : Pn.Hjh.Halimatun Sa’diah bt Said


Pengerusi : Pn.Ubaidah bt Anas
Naib Pengerusi 1 : En.Kamal b. Mohd Nor
Naib Pengerusi 2 : En.Mior Darul Ridzuan b Kamarun Zaman
Penyelaras 3K : Mohd Sabri b Hanif
Setiausaha : Maslinda bt Mat Isa
Bendahari : Shukri b Hashim
AJK : Norain bt Najmuddin
Mohd Sabri b Hanif
Salmi bt Nordin
Shahir Al Bakri b Mustafa Al Bakri

Syarat – Syarat Pertandingan

1. Pertandingan melibatkan semua kelas.


2. Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut :-
a. Kebersihan lantai , tingkap, siling dan dinding
b. Papan kenyataan hadapan (maklumat kelas dan maklumat sekolah) dan
papan kenyataan belakang : ( visi dan misi / peraturan kelas / jadual waktu /
pelan kebakaran / jadual bertugas sudut mata pelajaran / carta organisasi /
senarai pelajar )
c. Hiasan dan kata-kata motivasi
d. Susun atur perabut (kerusi,meja,almari) termasuk semasa dan selepas waktu
persekolahan.

Jadual Perlaksanaan

Minggu Tarikh Aktiviti

1 3 Feb 2014 Pelancaran rasmi pertandingan dan syarat-syarat


pertandingan serta persiapan kelas.

2 10 Feb 2014 dan Pertandingan dijalankan seperti yang dirancangkan.


seterusnya

Borang Permarkahan

( Rujuk Lampiran )

Hakim / Penilai

Pentadbir dan wakil PIBG ( Rujuk Lampiran )

Penutup

Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa panjang
penganjur.Selain itu, ianya adalah untuk merialisasikan visi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek
jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya.Melalui pertandingan ini juga diharap
objektif penganjur untuk mewujudkan suasana pembelajaran kelas yang lebih kondusif
dan menarik akan dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


______________________ ________________________
Maslinda bt Mat Isa Pn.Ubaidah bt Anas
Setiausaha Keceriaan PK Hal Ehwal Murid SKBI
Disahkan oleh:
_____________________________
Pn.Hjh Halimatun Saadiah bt Said
Guru Besar SKBI

SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini wajib kepada semua kelas tahap 1 dan tahap 2.


2. Kriteria yang akan dinilai adalah :

2.1 Jadual Kelas


2.2 Jadual Tugasan
2.3 Carta Organisasi
2.4 Papan matapelajaran (bahan bersesuaian dengan tahap murid )
2.5 Senarai nama murid
2.6 Visi & Misi
2.7 Susun atur perabut
2.8 Kebersihan
2.9 Keceriaan

3. Penilaian akan dibuat setiap minggu oleh para juri yang dilantik.Kelas yang
mendapat markah tertinggi akan diumumkan semasa perhimpunan rasmi hari
Isnin.
4. Penilaian akan dibuat oleh 3 hakim / juri setiap minggu.
5. Pemenang mingguan akan menerima sijil penghargaan dan piala pusingan.
6. Kelas yang terbanyak menerima anugerah akan menerima hadiah utama.
7. Kelas yang tidak memuaskan akan dikenakan tindakan.

JURI / HAKIM

1. Barisan Pentadbir & Staf SKBI


1.1 Guru Besar
1.2 Penolong Kanan Pentadbiran
1.3 Penolong Kanan HEM
1.4 Penolong Kanan Ko-Ko
1.5 Guru pusingan
1.5.1 En.Zamzuri b Daud
1.5.2 En.Wan Aziz B Wan Ismail
1.5.3 Pn.Normah bt Samsudin
1.5.4 Pn.Zuraini bt Ishak
1.5.5 Pn.Zurida bt Zulkifli

2. Wakil PIBG / Waris


2.1 Pn. Sharul Aziah bt Abd Aziz
2.2 Pn. Maskiah bt Mat Saad
2.3 Tn. Hj Ismail b Shafee
2.4 Pn.Azlina Mehtab
SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM INDAH
13200 KEPALA BATAS
( Sekolah Berpretasi Tinggi )

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN KELAS 5 BINTANG


TAHUN 2014

ANJURAN :
UNIT KECERIAAN 3K

DISEDIAKAN OLEH :
MASLINDA BT MAT ISA
TAHAP PENGUASAAN MENGIKUT PRESTASI KELAS 5 BINTANG

PERATUS BILANGAN BINTANG TAHAP

40 – 55 % 1 Tidak Memuaskan

55 – 65 % 2 Kurang memuaskan

65 - 75% 3 Memuaskan

75 – 85 % 4 Baik

85 – 100 % 5 Cemerlang

SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini wajib kepada semua kelas tahap 1 dan tahap 2.


2. Kriteria yang akan dinilai adalah :
2.1 Jadual Kelas
2.2 Jadual Tugasan
2.3 Carta Organisasi
2.4 Papan matapelajaran (bahan bersesuaian dengan tahap murid )
2.5 Senarai nama murid
2.6 Visi & Misi
2.7 Susun atur perabut
2.8 Kebersihan
2.9 Keceriaan
3. Penilaian akan dibuat setiap minggu oleh para juri yang dilantik.Kelas yang
mendapat markah tertinggi akan diumumkan semasa perhimpunan rasmi hari
Isnin.
4. Penilaian akan dibuat oleh 3 hakim / juri setiap minggu.
5. Pemenang mingguan akan menerima sijil penghargaan dan piala pusingan.
6. Kelas yang terbanyak menerima anugerah akan menerima hadiah utama.
7. Kelas yang tidak memuaskan akan dikenakan tindakan.

SENARAI NAMA HAKIM/ JURI PERTANDINGAN


1.Wakil Pentadbir
1.1 Pn Hjh Halimatun Sa’diah bt Said 3. Wakil PIBG / Waris
1.2 En. Mohd Kamal b Mohamad 3.1 Tn Hj Ismail b Shafee
1.3 Pn.Ubaidah bt Anas 3.2 Pn.Sharul Aziah bt Abd Aziz
1.4 En. Mior Darul Ridzuan b Kamarun Zaman 3.3 Pn.Maskiah bt Mat Saad
2. Wakil Guru Pusingan 3.4 Pn.Azlina Mehtab bt Hj Ishaq
2.1 En.Zamzuri b Daud
2.2 En.Wan Abdul Aziz b Wan Ismail
2.3 Pn. Normah bt Samsudin
2.4 Pn.Zuraini bt Ishak
2.5 Pn. Zurida bt Zulkifli