Kepala Air

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

KEPALA AIR (IBU AIR) KENALI PUNCA, CARA MENGESAN DAN

MENYELAMATKAN DIRI

Maksud  ibu air atau kepala air ialah lipahan air yang besar yang membanjiri sungai dan
berlaku dengan tiba-tiba. dan pantas (ini kefahaman biasa).Jika dirujuk kepada kamus
dewan edisi empat pula , ia bermaksud "permulaan atau penghabisan air bah, lidah air."
Fenomena ini berlaku diseluruh dunia dan kadangkala meragut banyak nyawa.
Walaupun tiada angka tetap mengenai jumlah kematian akibat musibah ini yang
direkodkan namun jika dilihat dilaporan akbar ada sahaja kisah kematian kerana terajedi
ini berlaku. Disini saya akan catitkan 'punca, cara mengesan, teknik menyelamat  jika
berlaku kepala air (ibu air) agar menjadi panduan semua.

Punca atau sumber kepala air:

1.Hujan dihulu sungai dengan kadar luar biasa, akibat daripada itu itu akar pokok
tidak dapat memainkan peranan menahan air untuk diserap kedalam tanah maka ia
terus melimpah dan masuk kesungai dengan banyak.

2.Berlaku tanah runtuh akibat pembalakan atau semulajadi, pokok-pokok yang


dipotong dibiarkan atau runtuhan semulajadi menumbangkan pokok dan ini akan
menghasilkan empagan-empagan kecil yang menakung air. Kesannya, jika ia tidak
dapat menahan tekanan untuk menakung air ia akan pecah dan berlakulah limpahan air
yang besar.

3.Hujan dikawasan tanah tinggi (gunung)lebih dari kebiasaan, walaupun akar pokok
memperlahankan proses air mengalir kesungai namun jika hujan berlaku lebat dan
lama, maka air akan melimpah masuk kesungai dengan kadar yang banyak dan laju.

4.Jika berlaku empagan pecah dan gempa bumi (jarang berlaku).

Cara mengesan jika dijangka akan berlaku.

1. Jika anda mandi disatu kawasan sungai atau air terjun (terutama musim hujan),
lihatlah sekeliling kawasan cuba cari sebarang tanda yang menunjukan paras air yang
melimpah dikawasan tersebut. Selepas itu buatlah suatu tanda aras selamat contoh
mengguna kayu atau batu sebagai penunjuk samada air naik atau tidak.

2.Dengan melihat perubahan kepada warna air dan arus yang mengalir, jika air bertukar
warna dari jernih menjadi keruh juga arus bertampah kuat lebih baik anda naik.

3.Kadangkala air tidak menjadi terus keruh, tetapi perubahan kepada deras air akan
berlaku. Jika anda merasakan tekanan kepada kaki, seperti tengelamnya  ia didasar
sungai (akibat pasir )maka naiklah kedarat .

4.Dengan melihat kearah hulu sungai atau puncak atau lembah pergunungan, lihatlah
pergerakan awan, jika mendung kemudian keputihan (bermakna hujan) maka buatlah
penilayan anda sendiri samada selamat atau tidak untuk beriadah disungai.

Apa patut buat jika ia berlaku(menyelamatkan diri):


1-Jika sedang berenang atau berkhemah,carilah kawasan yang selamat terbaik
dikawasan tinggi dan jauh dari sungai.

2-Jika sedang melintas sungai kerana 'treakking', secara berkumpulan  bantulah rakan
yang berada ditengah-tengah untuk melintas secepat mungkin, yang belum melitas
berpatah balik dan carilah tempat selamat contoh berlari naik kekawasan tinggi atau
memanjat pokok yang difikirkan selamat (besar)

3-Andai kata tidak bernasib baik, berpautlah pada pokok, ranting atau apa saja dan
bertawakalah atau ikut sahaja arus itu dan cari peluang untuk berenang ketepi.

4-Jika ada mangsa yang boleh diselamatkan, gunakanlah tali atau kayu untuk menolong
meraka ketempat selamat. Jangan berenang untuk menolong kerana sangat
merbahaya. Ini disebabkan jika kepala air berlaku, kebiasan ia kan membawa sekali
kayu atau pokok yang tumbang batu dan pasir dan ini akan megakibatkan kecederaan
yang teruk jika terkena.

5-Yang terakhir mintalah bantuan pasukan penyelamat contoh SMART atau tunggu
sahaja keadaan pulih kepada asal dan carilah jalan keluar.

Pengalaman lusuh menghadapi sendiri dua peristiwa berlakunya kepala air:

Pertama berlaku di Gunung Ledang pada tahun 1988, semasa itu menjadi fasalitator
untuk satu program perkhemahan untuk remaja peringkat negeri Johor. Dihari kejadian
berlaku hujan yang amat lebat dan lama. Oleh kerana itu program terpaksa di tunda.
Sedang lusuh terlena, terasa sesuatu bergegar dikemsite dan apabila lusuh pandang
kearah sungai, lusuh amat terkejut kerana melihat air bergulung-gulung mengalir deras.
Kekuatannya hingga boleh mengegarkan kemsite kami. Tapi kami bersyukur kerana
semua peserta selamat. Selepas 1jam ia berlaku, datang pasukan penyelamat (Bomba)
kerana diceritakan ramai orang terperangkan di bahagian atas (kolam puteri).

Keduanya berlaku di Air Terjun Lepor Hulu Langat . Berlaku pada tahun 2000 atau 2001.
Masa ini Lusuh meneman kawan menjadi guide untuk  satu kumpulan dari kelang dan
Shah Alam. Kejadian kepala ini berlaku diwaktu petang dan selepas hujan yang agak
lama dari pagi hingga ke petang. Kejadian berlaku dengan pantas, tetapi bersyukur
semuanya selamat. Lihatlah gambar dibawah untuk melihat betapa kuatnya jika kepala
air berlaku.
            Keindahan Air Terjun Lepor sebelum berlaku kepala air

Air mula keroh dan air mulai deras...

                                            
Ia mula bertambah kuat.......

                              

dan bertambah kuat dan kuat lagi............

Sekian sahaja yang dapat saya catitkan semoga kita mendapat sedikit ilmu darinya. Jika
anda pergi mandi kesungai atau berkhemah di tepi sungai, berkhelah atau sebagainya,
sentiasalah berhati-hati agar pergi dan balik anda dalam keadaan ceria selalu.

terima kasih

Anda mungkin juga menyukai