Cerpen BM

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 1

CERPEN (KRUP,KRAP,KRUP,KRAP)

“Amboi sejak dapat pulas stereng baharu,sekali pun kau tak singgah di gerai
aku,Doni,” kata Mak Piah ketika berselisih dengan abang Doni di Kedai Runcit Pak
Cik Malek.
“Tak sempatlah, Mak Piah. Lagipun,selalunya saya bersarapan pagi di kilang”
jawab Doni.
“Aku hairan betullah dengan engkau,Doni. Kau tak mal uke bekerja dangan
Lokman? Bekerja dengan budak-budak. Umur kau dah lanjut. Patut-patutnya kau
yang jadi bos,bukannya si Man Krup Krap tu,” kata Mak Kiah, menempelak abang
Doni.
“Apa pula yang nak dimalukan, Mak Piah. Saya lagilah berbangga.Bukannya
ramai bos muda seperti dia ,” jelas abang Doni.
“Bangga? Hish memanglah engkau jenis yang tak malu. Bekerja dengan
budak-budak. Mendengar arahan budak-budak. Kalau aku, jangan haraplah aku nak
bekerja dengan budak-budak seperti tu,” balas Mak Piah, mencebik bibirnya,tanda
tidak suka.
“Apa pula yang nak dimalukan. Bukannya tak bagus. Mak Piah tengoklah kami
sekarang. Daripada bekerja di pasar malam dan pasar tani, kami sudah maju.
Permintaan kerepek semakin bertambah. Tak lama lagi, seluruh negeri Kedah akan
dibekalkan dengan kerepek ubi kayu keluaran syarikat kami.
Perbualan itu tamat mendadak. Doni cepat-cepat meninggalkan Mak Piah. Dia
ingin menghantar kerepek ke kedai lain pula.
Mak Piah terpingga-pinggaapabila melihat Doni berlalu pergi dari ditu. Doni
meneruskan perjalanannya ke Kedai Runcit Pak Hassan di pekan. Bnayak kerepek
yang dibeli Pak Hassan”terima kasih Pak Hassan kerana membeli kerepek Krup
Krap,” kata Doni dengan senyumannya. “Sama-sama Doni, lagipun kerepek Krup
Krap ni memang lazat, ramai pelanggan yang membelinya,” kata Pak Hassan
dengan lebar. Doni hanya tersenyum dan berlalu pergi.
Kini,kerepek Krup Krap yang dihasilkan oleh syarikat Lokman mendapat
pasaran yang meluas di seluruh negeri Kedah dan juga di sekitar negeri-negeri
sebelah utara. Kerepek ini amat disukai ramai kerana rasanya yang rangup dan
harga yang berpatutan. Lokman telah melantik Doni sebagai pengurus pemasaran
yntuk kerepeknya di negeri Perlis,Pulau Pinang,dan Perak.
Kehidupan Doni telah berubah kepada lebih senang. Doni ingin mengucap
ribuan terima kasih kepada Lokman kerana sentiasa membantunya. Usaha Doni
boleh dikaitkan dengan peribahasa iaitu hendak seribu daya, tidak hendak seribu
dalih.Akhir sekali, Doni kini telah berjaya dengan penat lelah dan usahanya selama
ini.

Anda mungkin juga menyukai