Tanda Cinta Berakhir

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Tanda Cinta Berakhir

  
Sekiranya kamu berasakan  hubungan sudah 'gawat', cuba  lihat
tanda-tandanya, supaya kamu tahu apakah hubungan itu masih mampu
diteruskan  atau tidak.

1. Bila nombor telefon rumah atau handphone si Dia berubah.

Sudahlah begitu, kamu tidak diberitahu sama sekali. Di nombor lama,


kamu cuma mendengar voice mail yang mengatakan bahwa nombornya
sudah berubah.

2. Dia tidak lagi mencari kamu.

Kalau dulu setiapkali ada waktu terluang, ia selalu mencari-cari waktu


berduaan dengan kamu, sekarang si dia lebih suka menghabiskan
waktu terluangnya dengan orang lain atau teman-temannya.

3. Dia pindah rumah ... tanpa memberitahu kamu

Alasannya, 'lupa'. Hmmm, ini kamu harus tanya, "Lupa atau buat
lupa ?" Ini tanda yang cukup berat, bererti  si dia tak mahu
berurusan lagi dengan kamu.

4. Bersikap Tidak Peduli Lagi.

Tiba-tiba saja si dia tak peduli lagi, kalau kamu merajuk serta tak
menaruh perhatian terhadap apa yang kamu (tidak) sukai, dan apa
pun yang kamu lakukan.
Pendeknya, kamu kamu mahu berontak pun, dia tetap tak peduli.

5. Foto kamu hilang.

Foto kamu yang selalunya berada di dompet, di meja belajar/kerja,


atau di kamarnya sudah tiada lagi Ah, kalau begini, foto kamu tidak
bererti  apa-apa lagi, selain nostalgia di dalam laci  atau di kotak
kasut.

6. Dia lebih senang keluar bersama teman-temannya.

Ciri-ciri ini sudah sangat jelas , mana ada kekasih yang lebih suka
menghabiskan waktu dengan teman-temannya sendiri berbanding
dengan buah hatinya?

Sedarlah, kamu bukan lagi Nombor Satu dalam hidupnya.

7. Dia 'lupa' hari jadi kamu.

Dia tidak lagi ambil berat tentang hari-hari istimewamu. Malah hari
jadi kamu yang dulunya disambut dengan penuh istimewa tidak lagi
dia ingat. Itu tandanya dia sudah jemu atau bosan dengan kamu.

8. Dia banyak mendiamkan diri

Si Dia yang periang dan lucu tiba-tiba menjadi pendiam dan


membosankan ketika bersama kamu. Malah dia lebih suka menyendiri
dan jarang berkomunikasi dengan kamu walau melalui telefon. Kamu
yang penat menelefon dia tetapi dia tidak pernah mahu menelefon
kamu lagi.

9. Dia sudah punya kekasih baru.

Mahu ditunggu apa lagi? Adakah kamu mahu dimadu? Lupakan saja
dia dan carilah orang lain yang lebih menghargai kamu dan mencintai
kamu .

10. Dia berterus-terang mengatakan segalanya sudah berakhir.

Kalau hubungan ini  secara jelas disebut sudah berakhir oleh kekasih
kamu, ertinya memang sudah berakhir. Si Dia terang-terangan
menunjukkan minatnya terhadap kamu sudah tidak bererti apa-apa.
Lebih baik berundur dari terus merayu agar hubungan itu diteruskan.

Anda mungkin juga menyukai