Skema BM K1 Set 3 T4 2020

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 13

SULIT 1103/1

BAHASA MELAYU
Kertas 1
2020
2 jam

CADANGAN SKEMA

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKHIR TAHUN (SET 2)


TINGKATAN 4
BAHASA MELAYU
Kertas 1

1
BAHAGIAN A

CADANGAN KRITERIA PENSKORAN


PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Karangan menepati tema bahan rangsangan.
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan
tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan
26 – 30 Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
CEMERLANG (28 – 30) Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan
(26 – 27) bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.
Isi relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan
dengan jelas dan matang.

Karangan menepati tema bahan rangsangan


Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan
tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan
20 – 25
Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas.
KEPUJIAN (23 – 25)
Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan
(20 – 22)
bervariasi
Isi relevan dengan tema bahan rangsangan dan
dihuraikan dengan jelas.
Karangan masih menepati tema bahan rangsangan
Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.
Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan
15 – 19 masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan
MEMUASKAN (17 – 19) kosa kata umum.
(15 – 16) Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih
bervariasi
Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan.
Huraian idea masih jelas.

Karangan masih/kurang menepati tugasan bahan


rangsangan
Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.
Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih
10 – 14
KURANG mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapat
(12 – 14)
MEMUASKAN kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata
(10 - 11)
terhad.
Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.
Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan
huraiannya kurang jelas.
2
Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis
PENCAPAIAN Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
06 – 09 Idea tidak menepati tema bahan rangsangan
MINIMUM

TIDAK MENCAPAI
TAHAP
(01 – 05)
PENCAPAIAN
MINIMUM

Bahagian B
Cadangan Pemarkahan

Cara Pemeriksaan :

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan
2. Jika karangan :
a. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa
b. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan
3. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum ialah sebanyak 3 markah. Tiada
pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang
4. Cara menanda kesalahan isi , ejaan dan tanda baca :
( ) = Kesalahan isi

_______ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca

3
Bahagian B
Karangan Respons Terbuka
(70 markah)
CADANGAN KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
- penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
- penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
- ejaan dan tanda baca betul
- laras bahasa sesuai dengan tugasan
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan
CEMERLANG (60-70) jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai
- pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan
sesuai
- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang
jelas antara perenggan
- penggunaan unsur bahasa bervariasi
- gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan
kata atau frasa
- penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
- penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang minimum
- ejaan dan tanda baca betul
- laras bahasa sesuai dengan tugasan
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan
jelas dan disertakan dengan contoh yang sesuai
KEPUJIAN (50 – 59) - pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan
sesuai
- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang
jelas antara perenggan
- penggunaan unsur bahasa bervariasi
- gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun,
cogan kata atau frasa
- penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai
- penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang minimum
- penggunaan kosa kata umum
BAIK (40-49) - laras bahasa sesuai mengikut tugasan
- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih
jelas dan contoh masih sesuai
- wacana masih lengkap
- penggunaan unsur bahasa masih bervariasi
- gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan kurang berkesan

4
- penggunaan pelbagai jenis kata terhad
- ayat kurang gramatis
- ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang
minimum
MEMUASKAN (30-39) - laras bahasa kurang sesuai
- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang
jelas dan contoh kurang sesuai
- wacana masih/kurang lengkap
- penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi
- gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan kurang berkesan
- penggunaan kata kurang tepat
- ayat tidak gramatis tetapi masih difahami
- terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- idea masih relevan/idea bercampur aduk dan huraian
KURANG (20-29) tidak jelas/tidak berkembang dan contoh tidak sesuai
MEMUASKAN - pengolahan tidak menarik
- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak
seimbang
- Unsur bahasa tidak bervariasi/lemah
- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan lemah
- keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan ayat
yang tidak gramatis
- kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/tidak
PENCAPAIAN (10-19) berkembang dan contoh tidak sesuai
MINIMUM - pengolahan tidak menarik
- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak
seimbang dan tidak sesuai
- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan lemah serta tidak menarik

TIDAK
MENCAPAI
TAHAP (01-09) - keseluruhan karangan sukar/tidak difahami
PENCAAIAN
MINIMUM

PEMARKAHAN TAMAT

5
BAHAGIAN A
Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis
e-mel anda itu selengkapnya.
Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

e-mel 1

Daripada : [email protected]

Kepada : [email protected]

Subjek : Kebaikan bidang pertanian

Intan Adlina,
Apa khabar Intan sekarang di sana? Saya mengharapkan Intan dan keluarga sihat sejahtera.
Bagaimana kehidupan Intan setelah berpindah ke Tanah Rata Cameron Highland? Semoga Intan
seronok menetap di sana.

Intan, tahniah atas kenaikan pangkat dan menjadi pegawai pertanian di MARDI Cameron
Highland. Banyak manfaat yang bakal kita peroleh apabila berbudi kepada tanah. Betul tidak Intan?
Oleh itu, saya mohon bolehkah Intan menerangkan dan menjelaskan secara terperinci kebaikan-
kebaikan bidang pertanian kepada masyarakat dan negara?

Saya akan menanti e-mel daripada Intan. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
Ikazira

e-mel 2

Daripada : [email protected]

Kepada : [email protected]

Subjek : Usaha-usaha memajukan bidang perikanan dan penternakan

Amar Ajdi,
Apa khabar Amar Ajdi yang kini berada di Terengganu sekarang? Saya mengharapkan Amar Ajdi
dan keluarga sihat sejahtera. Maaf kerana sudah agak lama saya tidak menghantar e-mel kepada
Amar Ajdi.

Sebenarnya, saya sedang menyiapkan satu kerja kursus tentang bidang Perikanan dan
Penternakan. Kebetulan pula, keluarga Amar Ajdi terlibat dalam bidang ini dan telah berjaya
menjadi usahawan yang dikagumi dalam bidang perikanan dan penternakan.
Bolehkan saya mengetahui usaha-usaha yang dilakukan oleh keluarga Amar Ajdi sehingga menjadi
6
usahawan yang berjaya dalam bidang perikanan dan penternakan.

Saya sangat menanti e-mel daripada Amar Ajdi. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
Nasiruddin

BAHAGIAN A : (30 MARKAH)

Soalan : Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di
bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.
Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan .

Tugasan : Diharapkan calon dapat menulis e-mel yang perlu dijawab berdasarkan salah satu e-emel sahaja.
Murid-murid perlu mematuhi kepanjangan karangan antara 150-200 patah perkataan sahaja.

Cadangan jawapan berdasarkan e-mel 1


1. Murid dikehendaki menerangkan kebaikan-kebaikan bidang pertanian kepada
masyarakat dan negara

2. Cadangan jawapan:
1. Memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bekerja di dalam bidang pertanian
2. Tiada lagi kebergantungan terhadap pengimportan bahan makanan dari negara lain.
3. Menjana pendapatan sampingan.
4. Menjamin keseimbangan ekologi.
5. Meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Cadangan jawapan berdasarkan e-mel 2


1. Murid dikehendaki menerangkan usaha-usaha keluarga untuk memajukan bidang
perikanan dan penternakan
2. Keluarga merujuk bapa, ibu, adik-beradik, datuk nenek, diri sendiri dan saudara mara.

3. Cadangan jawapan:
1. Ayah rajin mengusahakan biidang pertanian dan penternakan / ayah menjadi suri teladan.
2. Adik-beradik menghadiri kursus perikanan dan penternakan.
3. Ibu bersepakat dalam menguruskan pekerjaan.
4. Membantu ibu dan ayah.

7
BAHAGIAN B
(70 MARKAH)

Soalan 1 DOMAIN AWAM

Kurikulum baharu Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ( PKJR) yang telah diperkenalkan
disifatkan sebagai tepat pada masanya dalam usaha membudayakan keselamatan sejak
usia kanak-kanak.
Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee
Lam Thye berkata, nilai murni seperti menghormati undang-undang, memandu secara
berhemah dan menghormati pengguna jalan raya yang lain perlu disemai di peringkat
sekolah.
Sumber : BH Online, Sabtu, 2 Februari 2019

Petikan akhbar di atas memaparkan sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan di
jalan raya yang seperti tiada kesudahannya.

Tulis rencana tentang penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini untuk disiarkan dalam majalah sekolah
anda.

CADANGAN JAWAPAN

Format : Rencana
Fokus Soalan : langkah-langkah menangani masalah kemalangan jalan raya.

Cadangan Isi:

1. Pemandu mengamalkan nilai murni semasa di jalan raya.


 menghormati undang-undang
 memandu secara berhemah
 menghormati pengguna jalan raya yang lain

2. Didikan awal bermula dari bangku sekolah perlu dilakukan oleh kerajaan – memperkasakan PJKJR

3. Pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang keselamataan jalan raya. dengan lebih tegus
dan tegas - Peraturan-peraturan jalan raya seharusnyan dikaji semula dan ditambah baik bagi
memastikan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara.

4. Kerajaan perlu melaksanakan kempen-kempen kesedaran keselamatan jalan raya.


8
5. JKR menambah baik jalan raya yang rosak

Soalan 2 DOMAIN PENDIDIKAN

Kehidupan norma baharu, situasi sosial dan ekonomi global yang tidak menentu,
menyaksikan manusia menjadi semakin kreatif menjana pendapatan melalui pelbagai
platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube.Hanya dengan cara
menzahirkan bakat dan mempersembahkan kreativiti dalam laman web itu dan kata
kuncinya – viral, mampu menjana wang atau menggemukkan dompet sesiapa sahaja.
Sumber : Internet

Petikan di atas menyatakan maklumat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang mempengaruhi
pertambahan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja di negara ini.

Pada pendapat anda, bagaimanakah golongan remaja dapat memanfaatkan media sosial?

CADANGAN JAWAPAN

FOKUS SOALAN : Cara-cara remaja memanfaatkan media sosial

Cadangan Isi:
1. Mengeratkan perhubungan / sosial – saling berhubung dengan rakan dan keluarga – membina jaringan
persahabatan baharu di seluruh dunia.
2. Menjadikannya sebagai platform perniagaan / menjana pendapatan – menjadi pencipta kandungan –
menjadikan medium pengiklanan
3. Menjadikannya sebagai platform pendidikan – memperoleh maklumat pendidikan – berhubung dengan
rakan dan guru melalui kumpulan belajar
4. Mendapatkan maklumat / berita terkini – membaca dan menonton berita terkini daripada laman
sesawang
5. Membina portfolio kerjaya – memuat naik kandungan menunjukkan keupayaan diri untuk rujukan bakal
majikan – penggunaan Instagram, Linkedln, Facebook, YouTube dan lain-lain.

9
Soalan 3 DOMAIN KERJAYA

Karnival Kerjaya yang dianjurkan oleh Yayasan Anak Watan Malaysia (Yawam) dan
Persatuan Mahasiswa Muda (Permam) telah memberikan peluang kepada anak muda
untuk mendapatkan maklumat pekerjaan.
Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Program Bimbingan Tatacara Temuduga dan
Taklimat Industri. Pengunjung mendapat beberapa tip untuk temuduga, antaranya
termasuklah penyediaan resume, kemahiran berkomunikasi, persembahan pitching dan
etika berpakaian. Bengkel dan taklimat semasa Kaunseling Kerjaya bersama panel
penganjur membolehkan para pengunjung mendapatkan panduan dan latihan temuduga
sebagai persediaan untuk temuduga sebenar.
Sumber : Buku Teks Tingkatan 4, 2019

Petikan di atas menerangkan persediaan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam memilih kerjaya
yang sesuai.

Jelaskan persediaan-persediaan yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang remaja dalam memilih kerjaya
yang diminati.

CADANGAN JAWAPAN

FOKUS SOALAN: Persediaan remaja lepasan SPM dalam memilih kerjaya yang diminati.

CADANGAN ISI:
1. melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah.
 Kemahiran komunikasi, mempunyai pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah

2. mempunyai daya saing yang tinggi


 kerana golongan pemuda-pemudi bakal berhadapan dengan dunia yang kian mencabar ini.

3. mempunyai kelayakan akademik yang tertinggi / ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap bidang
pekerjaan yang bakal diceburi.
 Memberikan pandangan awal yang positif daripada majikan.
 Bersiap sedia menghadapi rintangan.

10
4. perlu mempunyai minda yang kreatif dan inovatif
 dapat menyelesaikan persoalan / masalah dengan cara yang berbeza dan lebih berkesan.

5. mempunyai ketahanan fizikal dan mental


 tidak mudah putus asa apabila menghadapi masalah dalam pekerjaan.

Soalan 4 DOMAIN PERIBADI

“Daripada menghabiskan masa hujung minggu dengan aktiviti tidak berfaedah, lebih baik
habiskan masa dengan mendaki. Mendaki bukan saja boleh tambah kenalan dan
hilangkan tekanan, tetapi dapat menjadi lebih berani”. Menurut Aimi Syazwani, “ Pada
masa yang sama kita akan belajar menghargai alam dan meningkatkan tahap kefahaman
fizikal serta mental”.
Sumber : Harian Metro, Sabtu, 9 November 2019.

Petikan akhbar menerangkan bahawa sukan lasak seperti mendaki gunung, berkayak, lumba basikal dan
kembara, dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran.

Ulas pernyataan tersebut.

CADANGAN JAWAPAN

FOKUS SOALAN : Kebaikan Menyertai Sukan Lasak

Cadangan Isi:

1. meningkatkan ketahanan diri


 bukan semua org berani aktiviti lasak
 menyediakan kekuatan fizikal dan mental.

2. Melatih diri sentiasa bersedia menghadapi cabaran


 tidak membataskan diri apabila ditimpa masalah.

3. Memupuk semangat kerja berpasukan


 kerjasama, komunikasi sesama ahli kumpulan dan semangat kesukanan.

4. Mengharumkan nama di negara di peringkat antarabangsa


 Menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa – mengharumkan nama negara apabila menang.
11
5. Meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar
 Menyemai rasa cinta dan tanggungjawab terhadap alam sekitar

6. Memupuk disiplin yang tinggi.


 Peserta mengikut peraturan semasa aktiviti bagi mengelakkan kemalangan

Jawapan daripada Stimulus (boleh diterima)

7. Boleh menambahkan kenalan


8. Dapat menghilangkan tekanan
9. Dapat menjadi lebih berani menghadapi cabaran
10. Kita akan belajar menghargai alam
11. Meningkatkan tahap ketahanan fizikal serta mental

12
13

Anda mungkin juga menyukai