Sajak Virus Dari Langit Global

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Sajak Virus dari Langit Global (Nur Suhada Sayuti)

Virus-virus giat mengalir


meniti pembuluh-pembuluh darah
menjengah ruang fikir
meracuni akal dan sukma
virus kebiadaban kian merebak
virus hedonisme kian menjangkiti
membentuk segumpal sampah di almari peribadi
menyemai benih radiasi songsang menerjah minda.

Kontang sudah ladang yang subur


semaian hijau yang kita benih
bergerimiskan curahan peradaban dan
dibajai akhlak pekerti
diracuni semilir wabak yang mengotori
diterapkan angin hitam sosial
merebak menyusup jati diri
sekujur jiwa belia generasi

Virus-virus ini diutus dari langit global


percikan sampah dari jendela siaran
hibur sumbang dari pentas kayangan
libur sonsang dari halaman maya
terselaklah tabir ketulusan
dengan bakteria gejala
berleluasa menjajah dasar atma
rapuhnya pertimbangan akal anak-anak bangsa
susila dan budaya tidak lagi bernyawa
pabila virus mazmumah terpercik mendiami jiwa
menusuk luka dan kupingku dinoda
hilangnya nanti dan kupingku dinoda
menjadi puing-puing harapan ayahanda.

Maksud

Rangkap 1 Penyajak menyatakan tentang budaya atau anasir yang tidak sihat telah
mempengaruhi fikiran dan hati generasi kini. Budaya mementingkan keseronokan diri telah
menjadi darah daging generasi muda.

Rangkap 2 Nilai yang seiring pembangunan fizikal generasi muda telah musnah. Generasi
muda kini telah dipengaruh dan dilanda pelbagai budaya serta nilai negatif.

Rangkap 3 Anasir yang datang dari luar telah memusnahkan nilai ketulusan dan menjajah
minda generasi muda kini. Nilai kesusilaan dan budaya tidak lagi dipedulikan oleh generasi
muda akibat pengaruh nilai yang tidak baik. Anasir yang tidak sihat telah menyebabkan harapan
kepada generasi muda semakin musnah.

Tema

Jati diri generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden.

Persoalan

1. Persoalan tentang kerapuhan minda generasi muda yang mudah dipengaruhi oleh budaya
yang mementingkan keseronokan.

2. Keruntuhan jati diri generasi muda akibat anasir negatif yang datang dari dunia luar.

3. Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan segala anasir negatif mudah mempengaruhi
generasi muda masa kini.

Ciri bentuk sajak

1. Sajak ini mempunyai rangkap iaitu 3 rangkap.


2. Sajak tersebut juga mempunyai baris yang tidak sama setiap rangkap.Contohnya, rangkap 1
dan 2 terdiri daripada 3 baris manakala rangkap 3 mempunyai 13 baris.
3. Sajak ini mempunyai bilangan perkataan iaitu 3 hingga 6 patah perkataan.
4. Sajak ini mempunyai suku kata iaitu 9 hingga 17 suku kata.
5. Sajak ini mempunyai rima akhir tidak sama atau berbentuk bebas. Contohnya ;
rangkap 1 : abacdeec
rangkap 2 : abcddedd
rangkap 3 : abbcbcccccccc

Gaya Bahasa
1. Kata Ganda. Contohnya; R1B1 - "virus-virus"
2. Metafora. Contohnya; R1B3 - "menjengah ruang fikir"
3. Anafora. Contohnya; R1B5 - "Virus....."
"Virus...."
4. Metafora. Contohnya; - "almari peribadi"
5. Responsif. Contohnya; R1B5 - ".....kian....."
"......kian....."
6. Sinkope. Contohnya; R3B11 - "pabila...."
Nilai
1. Hormat-menghormati.
2. Jati diri dan harga diri.
3. Hargai budaya bangsa kita
4. Kasih sayang.

Pengajaran
1. Kita mestilah hormat-menghormati antara satu sama lain.
2. Kita haruslah mempunyai jati diri ataupun harga diri.
3. Kita hendaklah menghargai budaya bangsa kita.
4. Kita seharusnya mempunyai kasih sayang

Anda mungkin juga menyukai