Surat Kunjungan Hormat

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 1

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sekolah Rendah Sri Al-Amin Putra Mahkota


82A-1, Jalan Bangi Avenue 1/8, Bangi Avenue, 43000 Kajang,
Selangor
Telefon : 019-2716478 E-mel : [email protected]

Ruj. Kami : SRSAAPM 05/04/001/20(47)


Tarikh: 5 April 2021 bersamaan 23 Sya’aban 1442H

Kepada:
PROFESOR DATO' DR. AB. HALIM BIN TAMURI
Rektor,
Pejabat Rektor, Aras 2, Blok Pentadbiran,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Ybhg Dato’,

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN IBUBAPA (PIBG) KE KOLEJ UNIVERSITI


ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Rendah SRI Al-Amin
Putra Mahkota (SRSAAPM) ditubuhkan pada 2018, kini giat menjalankan aktiviti-aktiviti
bersifat kebajikan dan pendidikan khususnya membantu pihak sekolah dalam melahirkan
generasi Rabbani serta memberi manfaat kepada masyarakat umumnya.

3. Objektif kami dalam kunjung hormat adalah untuk membuka jalinan kerjasama dua
hala antara PIBG SRSAAPM dan pihak KUIS di samping memberi pendedahan terhadap
aktiviti-aktiviti yang bermanfaat sekaligus dapat menggilap bakat kepimpinan, berilmu, dan
berakhlak dalam kalangan anak-anak generasi mendatang. Kunjungan ini akan berlangsung
pada :
Tarikh : 6 April 2021
Waktu : 2.00 pm – 4.00 pm
Semoga kerjasama ini terjalin bagi mengukuhkan lagi fokus utama sebagai institusi
pendidikan negara.

4. Oleh itu, kerjasama dan perhatian daripada YBhg Dato’ amat dihargai dan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas kesudian pihak YBhg Dato’ menyambut
kunjungan daripada pihak kami. Sekian Terima kasih.
Yang benar,

..............................................................
(Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin)
Yang Di-Pertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Rendah SRI Al-Amin Putra Mahkota
Sk ; Fail Setiausaha PIBG

Anda mungkin juga menyukai