Rumusan Kempen Menderma Darah 5.5.2021
Rumusan Kempen Menderma Darah 5.5.2021
Rumusan Kempen Menderma Darah 5.5.2021
Kempen Derma Darah sering diadakan bagi menggalakkan orang ramai menderma darah. Banyak
kebaikan yang dapat diperoleh dengan menderma darah. Setiap kali menderma darah, anda dapat
menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Keperluan menderma darah sangat penting kepada pesakit
yang memerlukan pemindahan darah. Dengan menderma darah, anda dapat membantu pesakit-pesakit
kronik untuk meneruskan kehidupan. Contohnya pesakit Talasemia yang memerlukan pemindahan darah
secara konsisten.
Apabila anda menderma darah, darah anda akan diuji di makmal. Hal ini membolehkan anda
mengetahui kumpulan darah dan masalah kesihatan anda. Langkah pencegahan awal dapat diambil bagi
mengelakkan sebarang masalah. Menderma darah dapat juga membantu dalam melancarkan aliran darah
penderma dan membantu badan mengawal tahap kolesterol serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
Setiap darah yang didermakan hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu
penderma darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan
darah yang mencukupi. Tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara
profesional. Anda tidak akan berasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan yang lain hanya
digunakan sekali sahaja. Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48 hingga 72 jam.proses
itu menjadikan badan anda lebih sihat, kuat dan segar.