Teks Graduasi

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 16

HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

Masa Cue Pengumuman


8.00 Tetanu dan Mohon kepada hadirin untuk mengambil tempat di dalam
pagi murid masuk dewan kerana majlis kita bakal bermula sebentar sahaja lagi.
ke kantin

Para hadirin diminta untuk terus berada di dalam dewan


sehingga majlis selesai dan mengurangkan pergerakan keluar
masuk dewan supaya tidak mengganggu kelancaran majlis.

Para hadirin diminta berdiri sebaik sahaja pengacara majlis


mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.

Mengumumkan perarakan masuk

- Yang Berhormat, Tn Hj.Suhaimi Bin Salleh,


Adun Kawasan Kukup
- Yang Berbahagia, Tn.Hj.Zahrul Lail bin
Hj.Moez
YDP PIBG Sek.Keb.Serkat
- Yang Berusaha, Encik Zainal Abidin bin Abdul
Kadir
- Guru Besar Sek.Keb Serkat

Diiringi Ahli-ahli Akademik dan para graduan Tahun 6


Sek.Keb.Serkat masuk ke dalam dewan.
HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

Hadirin diminta berdiri.

-TETAMU KEHORMAT DUDUK-

Hadirin dipersilakan untuk duduk.

9.00 Bismillahirrahmanirrahim
pagi (Doa pembuka bicara)

Assalamualaikum salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Yang Berbahagia,
Dato’Seri Abu Bakar bin A.Rashid
Pengarah Urusan Bern Security Sdn.Bhd

Yang Berbahagia,
Tn. Hj Zahrul Lail bin Hj. Moez
YDP PIBG Sek Keb Serkat

Yang Berusaha,
Encik Zainal Abidin bin Abdul Kadir
HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

Guru Besar Sek Keb Serkat

Yang Berusaha,
Puan Zaiton binti Selamat
GPK Pentadbiran dan Kurikulum

Yang Berusaha,
Encik Shaharuddin bin Abu Bakar
GPK Kokurikulum

Yang dihormati
Barisan guru, ahli jawatankuasa PIBG, murid-murid dan
hadirin sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Majlis mengalu-alukan hadirin ke Majlis Hari Anugerah


Kecemerlangan Akademik Peringkat Sekolah Kebangsaan
Serkat.

9.10 Hadirin sekalian,


HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

pagi
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik ini
diadakan adalah untuk menghargai pencapaian murid-
murid yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam
bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun
2017.

Terbang tinggi si burung helang


Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Diharapkan dengan penghargaan yang akan diberikan


dapat meningkatkan lagi semangat murid-murid untuk
lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada masa hadapan.

Hadirin yang dimuliakan,

Menadah tangan tanda kerendahan


Lafaz bismillah memperkukuh tautan
Doa dipohon dengan pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan.
HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis


mempersilakan Encik Shadiqin bin Shaheran untuk
memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Shadiqin
bin Shaheran atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang Dihormati,

Dara rupawan tersenyum manis


Petik kenanga kuntum delapan
Hadirnya tuan penyeri majlis
Molek kiranya susuli ucapan

Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik


Zainal Abidin bin Abdul Kadir, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Serkat untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

Berusaha Encik Zainal Abidin bin Abdul Kadir atas


ucapan sebentar tadi.

Ucapan HADIRIN YANG DIHORMATI,

Dato’Sri
Besar Langit Di Tepi Busut,
Besar Tak Muat Di Dalam Peti,
Besar Hajat Kami Menjemput
Besar Niat Di Dalam Hati.

Majlis kita diserikan lagi dengan kehadiran Dato’Sri Hj. Abu


Bakar bin A.Rashid , Pengarah Urusan Bern Security
Sdn.Bhd.

Untuk makluman tuan puan, Bern Security Sdn.Bhd


merupakan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
Malaysia (PPKKM) yang merupakan pertubuhan bukan
kerajaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan
Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Pertubuhan ini dianggotai syarikat-syarikat kawalan


keselamatan yang berdaftar dan dilesenkan oleh Kementerian
Dalam Negeri Malaysia.
Sehingga 1 Mei 2016 keahlian PPKKM berjumlah 779
HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

syarikat kawalan keselamatan yang beroperasi di seluruh


negara.

Sudilah tuan tampil ke depan


Tampil ke depan tersenyum manis
Sudilah tuan memberi ucapan
Beri ucapan merasmi majlis

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang


Berbahagia Dato’Sri Hj. Abu Bakar bin A.Rashid untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik peringkat
Sekolah Kebangsaan Serkat bagi tahun 2017.

Dengan segala hormatnya, Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Dato’ Sri Hj. Abu Bakar bin
A.Rahid atas ucapan perasmian yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Persembah Awan bersua citra berkisah


an sese 1 Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan ucapan selesai sudah
HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

Persembahan murid menyusul pula

Hadirin sekalian,
Marilah sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian
oleh
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Serkat dengan
lagunya Malam Pesta Muda-mudi.
Ayuh sama sama kita saksikan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid atas


persembahan itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Berkebaya batik berwarna merah


Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian hadiah
Penerima teruja menunggu giliran

Majlis akan dimulakan dengan PENYAMPAIAN


HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

ANUGERAH CEMERLANG SESI 1

Dengan ini, pihak majlis mempersilakan,


Yang Berbahagia Tn. Hj Zahrul Lail bin Hj.Moez
diiringi oleh Yang Berusaha Encik Zainal Abidin bin
Abdul Kadir, naik ke pentas untuk untuk
menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid-murid.

Dipersilakan.

Hadirin sekalian,
Sekarang saya umumkan nama murid-murid yang akan
menerima sijil graduasi prasekolah dimulakan
-BACA NAMA PRA SEKOLAH-

Seterusnya, penyampaian hadiah bagi Anugerah Khas


Kategori Pra Sekolah. Dipersilakan adik
________________________
HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

Seterusnya, penyampaian hadiah bagi kategori Mata


Pelajaran Cemerlang.

Dimulakan dengan Tahun 1 Bestari bagi mata


pelajaran :
Bahasa Melayu Pemahaman, dipersilakan adik Amirul
Hafiz bin Suhaidi.

Bagi mata pelajaran BAHASA MELAYU


PENULISAN dipersilakan adik Noor Maizah Natasha
binti Adullah.

Mata pelajaran BAHASA INGGERIS DAN SAINS


dipersilakan adik AMMAR SAUFI BIN
SAIFOLNIZAM.

Bagi mata pelajaran PENDIDIKAN ISLAM dan


BAHASA ARAB dipersilakan adik NUR SYIFA
AMANI BINTI FAIZUL.

Seterusnya, mata pelajaran Cemerlang TAHUN 2


BESTARI
HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

Dipersilakan adik (RUJUK BK PROGRAM)


Untuk menerima hadiah

Seterusnya, Anugerah Murid Pemulihan.


Dipersilakan adik

1. Aqilah binti Abd Rahman


2. Alyah Hanies bt Suparizat
3. Muhammad Khairul Fikry bin Baharuddin

Seterusnya , Anugerah Keseluruhan Terbaik bagi


setiap kelas. Dimulakan dengan tahun 1 Bestari.
(RUJUK BK PROGRAM)

Setersunya, Anugerah Kedatangan Penuh. Dimulakan


dengan murid tahun 1Bestari. Dipersilakan adik ...
(RUJUK BK PROGRAM)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Tn.Hj. Zahrul Lail bin Hj.Moez dan
HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

Yang Berusaha Encik Zainal Abidin bin Abdul


Kadir, atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah
sebentar tadi.

Persembah
an sesi 2
Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Oleh itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


oleh murid-murid pra sekolah.
Dipersilakan.

Begitulah tadi persembahan oleh murid-murid pra


sekolah dengan gaya comel mereka.

10.00 Penyampaia Hadirin yang dihormati,


n hadiah dan
HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

pagi cenderamata

Warga cemerlang tersenyum manis


Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa

Majlis diteruskan dengan penyampaian ANUGERAH


CEMERLANG SESI 2.

Dengan ini, majlis menjemput Yang Berbahagia


Dato’Sri Hj Abu Bakar bin A.Rashid diiringi oleh
Yang Berusaha Encik Zainal Abidin bin Abdul Kadir
untuk naik ke atas pentas bagi menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

Dimulakan dengan Lembaga Pengawas Sekolah Tahun 6.


Dipersilakan adik Nur Karina binti Senin (RUJUK BK
PROGRAM)

Seterusnya, penyampaian hadiah kepada PUSTAKAWAN


sekolah bagi murid Tahun 6. Dipersilakan adik
Muhammad Syarifudin bin Samsudin. (RUJUK BK
PROGRAM)

Seterusnya, ANUGERAH NILAM bagi TAHUN 2017.


HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

Dipersilakan adik ABDULLAH NUR FAHIM BIN


RAHYMEI.

Seterusnya, penerima bagi ANUGERAH TOKOH IMAM


MUDA, dipersilakan adik ABDULLAH NUR FAHIM BIN
RAHYMEI.

Akhir sekali, ANUGERAH KHAS BAGI TAHUN 2017 ,


dipersilakan adik SURAYA BINTI ABDUL TALIB .

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Dato Sri Hj Abu Bakar Bin A.Rashid dan Encik Zainal
Abidin bin Abdul Kadir atas kesudian menyampaikan
hadiah sebentar tadi.
Persembaha Hadirin,
n murid 3

Sebelum kita bersurai marilah sama sama kita saksikan


persembahan yang terakhir oleh murid-murid Sekolah
Kebangsaan Serkat dengan tajuk lagunya 1,2,3,4.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid atas


persembahan itu tadi.

cenderamata
HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

Sebagai Tanda Penghargaan Kepada Yang Berbahagia Dato’


Atas Kesudian Beliau Melapangkan Masa Bersama-Sama
Kita Pada hari Ini, Majlis Mempersilakan Yang Berusaha
Encik Zainal Abidin bin Abdul Kadir Untuk Menyampaikan
Cenderamata Kenang-Kenangan Kepada Yang Berbahagia
Dato’ Sri Hj Abu Bakar bin A.Rashid.

Majlis Mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato atas


kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

10.10 Para hadirin yang dihormati sekalian,


agi

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, pihak majlis ingin


merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua
tetamu jemputan,
Ahli jawatankuasa, para ibu bapa dan mereka yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.
HARI GRADUASI TAHUN 6,SK SERKAT

Lagu Sebelum kita bersurai, Hadirin diminta berdiri untuk


negaraku
bersama-sama menyanyikan lagu negaraku dengan
penuh semangat.

Para tetamu diminta untuk ke dewan makan bagi


menikmati jamuan tengah hari.

Anda mungkin juga menyukai