Kedua

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 10

TAJUK 2 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN:


 AYAT BACAAN
 AYAT HAFAZAN
 AYAT KEFAHAMAN

2.1 Sinopsis

Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan pelaksanaan kaedah dan
teknik yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp)
Pendidikan Islam khususnya dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran.
Kebijaksanaan guru memilih kaedah dan teknik akan menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.

Unit ini mengandungi:

Analisis kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-
Quran.

2.2 Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

1. Membanding beza di antara kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Islam


Sekolah Rendah.
2. Membanding beza di antara kaedah-kaedah yang digunapakai dalam pdp
Asuhan Tilwah al-Quran seperti talaqqi, musyafahah, tasmik, gerak kerja,
sambung bacaan, cuba jaya dan lain-lain.
3. Mengelola sesi pdp Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan
panduan yang betul.

1
2.3 Kerangka Tajuk

KAEDAH DAN TEKNIK pdp


ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

AYAT BACAAN AYAT HAFAZAN AYAT


KEFAHAMAN

Rajah 9: Kerangka Tajuk

Nota

Anda pernah mendengar perkataan kaedah dan teknik? Tahukah anda dengan
kebijaksanaan guru membuat pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai akan
membawa kepada pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Dapatkah anda
menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kaedah dan teknik?

2.4 Definisi

2.4.1 Definisi Kaedah


Satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara
teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-
peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi mencapai objektif pdp.
Dalam menerangkan sesuatu prosedur pdp guru boleh menggunakan kaedah yang
sesuai terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid.
Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan dengan cara-cara seperti berikut:
 Kenalpasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.
 Tentukan bahan yang hendak disampaikan mengikut peruntukan masa.
 Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang diperkenalkan.
 Susun langkah secara berperingkat.

2
2.4.2 Definisi Teknik
Teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah atau
cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.Ia merangkumi aktiviti,
perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Ia juga ditakrifkan
sebagai kemahiran guru dalam mengelolakan kaedah dan cara menjalankan
pelbagai langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia memberi penekanan bagaimana
menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang langkah-langkah
pengajaran.
Dalam menjalankan apa sahaja kaedah atau teknik, prinsip-prinsip di bawah boleh
dijadikan panduan:
 Melibatkan murid secara aktif.
 Menggalakkan pengalaman secara langsung.
 Menekankan amalan dan penghayatan.
 Mengambil kira kebolehan dan kemampuan murid.
 Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara bersepadu.

2.5 Objektif Ayat Bacaan, Ayat Hafazan dan Ayat Kefahaman

2.5.1 Ayat Bacaan


Objektif pdp ayat bacaan dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran supaya murid
dapat menguasai kemahiran membaca sesuatu ayat atau surah al-Quran dengan
betul, fasih dan bertajwid.

2.5.2 Ayat Hafazan


Objektif pdp ayat hafazan pula ialah supaya murid dapat menghafaz surah-surah
tertentu atau ayat-ayat terpilih dengan betul, fasih dan bertajwid untuk dibaca dalam
solat dan ibadat harian.

2.5.3 Ayat Kefahaman


Objektif pdp ayat kefahaman ialah supaya murid dapat memahami maksud
beberapa ayat-ayat atau surah terpilih dengan menghayati pengajarannya sebagai
rujukan petunjuk Allah.

3
Objektif pdp Asuhan Tilawah al-Quran adalah bertujuan secara umumnya supaya
murid dapat mengetahui adab membaca al-Quran dan mengamalkan tuntutan al-
Quran dalam kehidupan seharian

2.6 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah al-
Qur’an (Ayat Tilawah / Bacaan)

Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk pdp Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat
bacaan) ini. Di antaranya seperti yang ditunjukkan dalam grafik berikut:

TIKRAR TALAQQI MUSYAFAHAH

Kaedah pdp Ayat Tilawah/ Bacaan


TATBIQI TASMIK

HALAQAH/ GERAK KERJA GERAK KERJA


TADARUS INDIVIDU KUMPULAN

Rajah 10: Kaedah pdp Ayat Tilawah/Bacaan

2.6.1 Talaqqi
Dalam melaksanakan kaedah talaqqi ini, murid-murid dikehendaki mendengar
pembacaan guru dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru. Kemudian
secara beramai-ramai murid-murid membaca mengikut bacaan guru dan diteliti oleh
guru sehingga guru berpuas hati.

2.6.2 Musyafahah
Kaedah musyafahah dilaksanakan dengan guru memberi contoh bacaan kepada
seorang murid, kemudian murid itu mengikuti bacaan guru secara individu. Guru
membaca dan kemudian seorang murid mengikuti bacaan guru.
4
2.6.3 Tikrar
Kaedah ini adalah serupa dengan kaedah latih-tubi. Guru memperdengarkan bacaan
kepada murid berulang-kali supaya murid dapat menanggapi sebutan dan bacaan
guru dengan baik. Murid pula berulang-kali mengulangi sebutan dan bacaan di
bawah bimbingan guru dengan betul sehingga guru berpuas hati dengan sebutan
dan bacaan murid. Kaedah tikrar dilaksanakan dengan cara berikut:
1. Murid mengulangi bacaan guru. Selepas guru membaca, murid-murid ikut.
2. Murid mengulangi bacaan murid. Selepas seorang murid membaca, murid-
murid lain ikut.
3. Murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain
mendengar sahaja.
4. Seorang murid membaca, murid lain mendengar sahaja.

Peringatan:
Kaedah bacaan secara talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang paling
praktikal digunakan dalam pengajaran al-Qur’an. Kaedah ini bertepatan dengan
peristiwa Nabi Muhammad SAW.menerima wahyu pertama di Gua Hira`. Nabi
Muhammad SAW. mengambil al-Qur’an daripada malaikat JibrilAS. secara talaqqi
dan musyafahah; iaitu malaikat Jibril membacanya dahulu dan didengar oleh Nabi
Muhammad SAW. Kemudian Nabi Muhammad SAW. membacanya dengan
didengari oleh malaikat Jibril atau mengikut bacaan malaikat Jibril a.s.

Aktiviti :

Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru Pendidikan Islam di sekolah.


Jelaskan secara terperinci langkah-langkah bagaimana melaksanakan pdp Tilawah
al-Qur’an (Ayat Tilawah) dengan menggunakan kaedah-kaedah tersebut di atas.

2.7 Kaedah dan Teknik pdp Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Hafazan)
Hafazan al-Qur’an merupakan suatu proses mengingati ayat-ayat suci al-Qur’an
yang dilakukan secara sistematik dan berulang-ulang berdasarkan panduan-
panduan tertentu (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Di antara beberapa panduan atau
tatacara menghafaz al-Qur’an yang penting ialah seperti berikut:
- ikhlas dalam niat dan amalan,

5
- menggunakan satu mushaf,
- memahami apa yang dihafaz,
- meninggalkan maksiat,
- hafaz secara berperingkat-peringkat,
- kerap mendengar bacaan al-Qur’an dan
- kerap tasmi` hafazan al-Qur’an di hadapan orang lain yang berkemahiran.

Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk pdp Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat
hafazan) ini. Di antaranya seperti yang ditunjukkan dalam grafik berikut:

SAMBUNG
TIKRAR CUBA JAYA BACAAN

Kaedah pdp Ayat Hafazan

TASMIK GERAK KERJA GERAK KERJA


INDIVIDU KUMPULAN
Rajah 11: Kaedah pdp Ayat Hafazan

2.7.1 Cuba Jaya


Dalam melaksanakan kaedah cuba jaya ini, murid-murid diberi masa yang terhad
(10 hingga 15 minit) untuk menghafaz ayat-ayat tertentu. Selepas tempoh itu, murid
diminta membaca ayat secara hafaz di hadapan guru. Jika murid belum hafaz, guru
meminta murid itu cuba hafaz ayat tersebut sekali lagi. Kaedah ini boleh
dilaksanakan dalam bentuk kumpulan atau individu.

2.7.2 Sambung Bacaan


Kaedah sambung bacaan dilaksanakan dengan guru membaca satu ayat dan
meminta murid-murid menyambung secara hafaz. Kumpulan A membaca ayat
pertama secara hafaz, kumpulan B menyambung ayat ke dua secara hafaz,
kumpulan C menyambung ayat ke tiga secara hafaz juga dan begitulah seterusnya
6
sambung-menyambung bacaan secara hafaz antara beberapa kumpulan murid.
Kemudian guru meminta seorang murid membaca ayat pertama dan meminta
seorang murid lain menyambung bacaan ayat ke dua secara hafaz. Begitulah
seterusnya sambung-menyambung bacaan hafazan dalam kalangan murid.

2.7.3 Tasmik
Kaedah tasmik dilaksanakan dengan murid diberi tugas menghafaz ayat tertentu di
rumah atau di luar waktu sekolah. Pada hari yang ditetapkan, murid membaca ayat
yang sudah dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik. Guru tasmik hafazan murid
tersebut. Murid yang sudah hafaz dicatat sebagai sudah hafaz, manakala murid
yang belum hafaz diminta menghafaz lagi.

Setiap guru al-Qur’an wajib mengetahui dan memahami panduan dan teknik
menghafaz al-Qur’an dengan betul supaya mereka dapat mengendalikan pdp
dengan berkesan dan mencapai hasil yang diharapkan.

Teknik menghafaz al-Qur’an:


- Membaca ayat berkenaan dengan sebutan yang betul dan perlahan-lahan
(tartil). Jika ayat panjang ambil sebahagiannya sahaja. [Bacaan berpandukan
mashaf].
- Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
- Setelah lancar baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).
- Ulang beberapa kali dengan bacaan tadwir.
- Cuba mengingati ayat-ayat berkenaan tanpa melihat mushaf. Kalau
tersangkut barulah lihat mushaf. Kemudian teruskan bacaan secara hafazan.
- Setelah dapat ingat tanpa lihat mushaf, baca pula ayat sambungannya
mengikut langkah-langkah di atas.
- Setelah dapat mengingati ayat kedua ini, mula balik membaca ayat pertama
dan ayat kedua secara hafaz, kecuali kalau tersangkut bolehlah merujuk
sekejap kepada mushaf.
- Ulang bacaan beberapa kali secara tadwir supaya lancar tanpa merujuk
mushaf.
- Baca ayat-ayat yang dihafaz itu dalam solat.

7
Peringatan:
Metodologi dan Psikologi Pendidikan Tilawah al-Qur’an hendaklah diterapkan secara
maksimum dan pelbagai dalam pdp supaya pelajar tidak mudah jemu, cepat ingat
dan tidak mudah lupa, belajar dalam keadaan tidak tertekan dan berlumba-lumba
untuk menghafaz. Tanamkan semangat ukhuwah dan kasih sayang di antara guru
dan murid.
Guru-guru al-Qur’an hendaklah menjaga personaliti mereka. Antaranya ialah boleh
membaca dengan baik, fasih dan bertajwid serta menjadi contoh bacaan kepada
anak-anak didiknya. Selain itu, mereka mestilah ikhlas dan mempunyai keperibadian
yang luhur.

Aktiviti Pembelajaran:

Berdasarkan kepada panduan dan teknik hafazan di atas, cuba anda susun langkah-
langkah secara terperinci bagaimana anda hendak mengajar mana-mana ayat dari
ayat-ayat hafazan yang anda mengajar di sekolah.

2.8 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-
Qur’an (Ayat Kefahaman)
Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk pdp Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat
kefahaman) ini. Antaranya seperti yang ditunjukkan dalam grafik berikut:

PERBINCANGAN
TERJEMAH HURAIAN KELAS

Kaedah pdp Ayat Kefahamaan

PERBINCANGAN GERAK KERJA GERAK KERJA


KUMPULAN INDIVIDU KUMPULAN
Rajah 12: Kaedah pdp Ayat Kefahaman

8
2.8.1 Terjemahan
Kaedah ini adalah dimulakan dengan guru membaca keseluruhan ayat yang telah
ditentukan. Selepas itu, guru menterjemahkan kalimat-kalimat penting di dalam ayat
tersebut. Kemudian guru menterjemahkan keseluruhan ayat. Setelah itu, guru
meminta murid menterjemahkan ayat tersebut bergilir-gilir.

2.8.2 Huraian
Kaedah huraian dilaksanakan dengan guru memberi tugasan kepada dua orang
murid (mengikut kesesuaian) untuk menghuraikan maksud ayat. Tugasan ini telah
diberi kepada mereka satu minggu lebih awal beserta dengan buku rujukan. Pada
hari pdp, murid yang beri tugas menghuraikan maksud ayat di hadapan kelas.
Huraian tersebut hendaklah disokong dengan ayat al-Quran, hadith, pendapat
ulama, ahli sains, ahli sejarah dan lainnya.

2.8.3 Perbincangan

Kaedah perbincangan dilaksanakan dengan guru dan murid berbincang mengenai


intinbat (rumusan) hukum atau pengajaran yang boleh diambil dari maksud ayat
yang telah dihuraikan. Kaedah ini boleh dilaksanakan secara kelas atau kumpulan
kecil.

Aktiviti:

Cuba anda berikan penjelasan beserta contoh-contoh yang sesuai untuk kesemua
kaedah di atas. Contoh-contoh hendaklah menggunakan ayat-ayat kefahaman
sekolah rendah.

9
2.9 RUMUSAN

TEKNIK

Merujuk kemahiran Pengendalian yang benar- Ambil kira faktor latar


guru melaksanakan benar berlaku dalam bilik Digunakan dalam
belakang murid
kaedah mengajar darjah langkah pengajaran
dalam menentukan
berdasarkan objektif teknik yang dipilih

Rajah 13: Rumusan Teknik

2.10 LATIHAN

Pemilihan kaedah dan teknik adalah untuk mencapai hasil pengajaran yang paling
maksima. Ianya hendaklah sesuai dengan tajuk, tahap kebolehan murid dan situasi
bilik darjah.

Berdasarkan kefahaman anda mengenai kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang


telah dijelaskan :

1. Senaraikan kelebihan dan kelemahan kaedah tikrar.


2. Berikan satu contoh pengajaran ayat kefahaman bagi tahun satu hingga tahun
enam menggunakan kaedah yang disarankan.

10

Anda mungkin juga menyukai