Bab 10.penerokaan Angkasa Lepas

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 6

BAB 10:PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

10.1 PERKEMBANGAN DALAM ASTRONOMI

Perkembangan Sejarah Model Sistem Suria

NICHOLAS
CLAUDIUS COPERNICUS JOHANNES
PTOLEMY •Tahun 1473-1543 KEPLER
•90 -168 selepas •Ahli astronomi, Tahun 1571-1630
Masihi matematik, ekonomi Ahli astronomi,
•Ahli astronomi, dan doktor Poland. matematik dan
astrologi dan •Membina model astrologi Jerman.
geografi Yunani. heliosentrik dengan •Mengubah suai
•Memperkembangka Matahari adalah model heliosentrik
n teori tentang Pusat Sistem Suria dengan Matahari
Sistem Suria •Menyatakan setiap pada titik fokus
•Membina model planet mempunyai sepunya pada orbit
geosentrik dengan orbit sendiri dan elips planet
Bumi pada pusat orbit-orbit planet mengikut Hukum
dan orbit yang berbentuk bulatan Kepler.
membulat.

Model geosentrik
‘Geo’ bermaksud Bumi
‘Sentrik’ bermaksud berpusat.
Bumi berada pada pusat Sistem Suria.
Bumi berkeadaan pegun dan semua objek seperti
Matahari dan planet yang lain mengorbit mengelilingi
Bumi dalam orbit yang membulat.

Model heliosentrik
‘Helio’ bermaksud Matahari.
‘Sentrik’ bermaksud berpusat.
Matahari berada pada pusat Sistem Suria.
Bumi berputar pada paksinya da beredar mengelilingi
Matahari dalam orbit yang membulat.

Model heliosentrik yang dikemaskinikan dengan


Hukum Kepler
Hukum Pertama - Orbit planet adalah elips(bukan
bulat) dan matahari terletak di salah satu titik fokus
Hukum Kedua - Luas segitiga yang menghubungkan
planet dan matahari adalah sama pada selang masa
yang sama.
Hukum ketiga - (Tempoh orbit)2 berkadar terus dengan
(paksi semimajor)3
10.2 PERKEMBANGAN DAN TEKNOLOGI DALAM PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

Perkembangan dalam Penerokaan Angkasa Lepas


Sejarah permulaan penerokaan angkasa lepas daripada segi perkembangan teknologi dan misi dalam
penerokaan angkasa lepas.

ABAD KE-11
China mencipta serbuk letupan dan menggunakan roket primitif dalam pertempuran

1609
Teleskop pertama digunakan dalam bidang astronomi oleh Galileo Galilei

4 OKTOBER 1957
Pelancaran satelit buatan manusia yang pertama, Sputnik 1, ke orbit mengelilingi Bumi.
Satelit ini tidak membawa sebarang hidupan

12 APRIL 1961
Yuri Gagarin, orang pertama yang sampai ke angkasa lepas dalam kapal angkasanya dan mengorbit
Bumi

21 JULAI 1969
Neil Armstrong ialah angkasawan pertama yang mendarat di Bulan dalam kapal angkasa Apollo 11

1973
Stesen angkasa lepas, Skylab, dilancarkan untuk mengorbit Bumi

1981
Kapal angkasa ulang-alik Columbia dilancarkan

1989
Voyager 2 bergerak melintasi ruang angkasa Pluto

25 APRIL 1990
Kapal angkasa ulang-alik, Discovery, membawa lima orang angkasawan.
Teleskop Hubble ditempatkan di orbit Bumi

2000
Mikrosatelit Malaysia yang pertama, TiungSAT-1 dilancarkan

2002
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ditubuhkan

2011
Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) telah siap dibina dengan lengkap
Aplikasi Teknologi Dalam Penerokaan Angkasa Lepas Dan Kepentingannya

1. Perkembangan Teleskop Yang Berkaitan Dengan Penerokaan Angkasa Lepas.

Teleskop Galileo Sekstan Teleskop Teleskop Teleskop Radio


astronomi angkasa Hubble angkasa Spitzer digunakan
alat astronomi
yang paling digunakan untuk diletakkan mengesan untuk
banyak mengukur dalam ruang aktiviti dalam mengesan
digunakan altitud bintang orbit 500 km angkasa lepas gelombang
dari permukaan yang sangat radio dari
Bumi jauh angkasa lepas

2. Roket

• Roket digunakan secara meluas dalam penerokaan angkasa lepas untuk menghantar angkasawan, kapal
angkasa atau prob dan satelit ke angkasa lepas. Contoh, roket Saturn V.
• Apabila bahan api di dalam roket terbakar, gas panas dibebaskan pada kelajuan yang tinggi melalui
bahagian bawah roket tersebut. Pembebasan gas ini menghasilkan daya yang menolak roket ke atas.
• Roket tidak boleh digunakan berulang kali. Hari ini, peranan roket telah kian diambil alih oleh kapal
angkasa ulang alik.

Vostok K Redstone Atlas Voskhod Titan II Soyuz Saturn 1B Saturn V STS Long Falcon 9 SLS Angara 5P Atlas V
March 2F
3. Satelit
• Objek yang beredar mengelilingi objek lain. Bumi ialah satelit semulajadi yang beredar
mengelilingi Bumi.
a) Satelit malaysia

Berat Tarikh Tempoh


Fungsi Kedudukan
Nama Satelit (kg) dilancarkan hayat
Komunikasi 13 Januari
MEASAT-1 1,450 91.5 darjah Timur 12 tahun
1996
13 November
MEASAT-2 Komunikasi 1,450 148.0 darjah Timur 11 tahun.
1996
650 kilometer (km) dari bumi 26 September 7 tahun.
TIUNGSAT-1 Teknologi 50
dengan kecondongan 65 darjah 2000
MEASAT-3 12 Disember
Komunikasi 4,765 91.5 darjah Timur 15 tahun
2006
RAZAKSAT-1 Pemantauan
180 685 km dari bumi 14 Julai 2009 3 tahun.
bumi

b) Jenis-jenis Satelit terdapat di ruang angkasa

SATELIT NAVIGASI GLOBAL (GNSS)


- Memberi maklumat berkaitan lokasi bencana alam dalam apa juga keadaan cuaca
- Membolehkan usaha membantu mangsa bencana dijalankan dengan pantas dan
mudah
- Contoh satelit ialah Glonass milik Russia

SATELIT PENDERIAAN JAUH


- Melakukan pencerapan, pemetaan dan merakam imej di bumi
- Terletak 600km hingga 900km dari bumi
- Contoh satelit ialah Lancer milik Perancis.

SATELIT COSPAT-SARSAT
- Digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat
- Mengesan alat beacon yang memancarkan isyarat kecemasan
- Dibangunkan Russia, AS, Kanada dan Perancis.

SATELIT PERISIKAN
- Melakukan tugas risikan terhadap negara lain
- Mampu merakam curi komunikasi radio dan telefon bimbit
- Contoh satelit ialah Yaogan oleh China.

SATELIT GEO-PEGUN
- Satelit komunikasi
- Digunakan untuk siaran radio dan televisyen
- Kedudukannya kira-kira 35,000km dari bumi.

SATELIT ASTRONOMI
- Mengkaji planet, bintang dan objek lain di angkasa
- Berada kira-kira 600km dari bumi
- Contoh satelit ialah Hubble milik AS.
c) Berapakah bilangan satelit yang mengorbit mengelilingi Bumi pada hari ini?
• Jumlah satelit yang telah dilancarkan ke ruang angkasa - 6,600.
• Tahun 2018 - 4,987 satelit ada di orbit bumi (berdasarkan data UNOOSA)
• September 2019 - 2,218 satelit aktif

d) Negara yang mempunyai bilangan satelit yang paling banyak


1400
1308

1200

1000

800

600 JUMLAH SATELIT

400 356

200 167
130
78 58 39
0
AMERIKA CINA RUSIA GREAT JEPUN INDIA KANADA
SYARIKAT BRITAIN

4. Kuar Angkasa Atau Prob Angkasa

Kuar angkasa Cassini

• Kapal angkasa yang mengumpulkan maklumat dan menghantarnya kembali ke Bumi.


• Kuar angkasa tidak mengorbit mengelilingi Bumi seperti satelit tetapi bergerak jauh di dalam dan
di luar Sistem Suria.
• Kuar angkasa membawa kamera dan peralatan penderiaan jauh serta pemancar dan penerima
radio untuk tujuan berkomunikasi dengan ahli sains di Bumi
5. Penderiaan Jauh (Remote Sensing)

• Kaedah mengumpul dan merekodkan maklumat dari jarak jauh.


• Di Malaysia, alat penderiaan jauh yang dipasang pada TiungSAT-1 menerima atau mengesan
cahaya nampak, sinar ultraungu dan sinar inframerah yang dihasilkan oleh objek di permukaan
atau di bawah permukaan Bumi.
• Data yang dikumpul oleh TiungSAT-1 kemudiannya dihantar ke dua buah stesen penerima data di
Stesen Planetarium Negara, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dan Stesen Misi Kawalan
(MCGS), Bangi, Selangor.
• Teknologi penderiaan jauh digunakan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan harian seperti yang
berikut:
➢ Pertanian – Untuk mengesan kawasan pembangunan pertanian yang bersesuaian
➢ Geologi – Untuk mengesan lokasi seperti sumber mineral, susutan jisim dan susutan darat
➢ Pengurusan bencana – Untuk mengenal pasti pencemaran dan pembakaran hutan
➢ Pertahanan – Untuk mengesan pencerobohan kapal, pesawat udara dan kenderaan musuh

Kepentingan Penerokaan Angkasa Lepas

i. Telekomunikasi
• membolehkan manusia berkomunikasi dengan mudah walaupun berada di negara atau tempat
berasingan, terpencil atau jauh antara satu sama lain.
• membolehkan siaran televisyen,radio dan internet dapat diterima ke seluruh pelusuk dunia.

ii. Mengkaji cuaca:


• Satelit membantu para saintis meramal dan mengkaji cuaca bumi serta memantau perubahan cuaca.
• Dapat mempersiapkan bagi menghadapi bencana alam atau fenomena alam seperti banjir, ribut,
taufan dan sebagainya.

iii. Mengesan pencemaran:


• Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar dapat diambil dan dirakam dengan mudah
dan dari pelbagai sudut jadi pencemaran alam dapat dipantau dengan lebih cepat dan tepat.
• Projek pembangunan yang lebih mesra alam dapat dirancang.
• Mengesan penipisan lapisan ozon yang merbahaya,tumpahan minyak,kebakaran hutan dan sebagainya.

iv. Perubatan:
• para angkasawan dapat menjalankan penyelidikan di luar angkasa lepas dengan lebih berkesan kerana
alat-alat penyelidikan di luar angkasa lepas berlipat kali ganda canggih berbanding dengan alat-alat
penyelidikan di bumi.

v. Pertahanan:
• maklumat-maklumat dan satelit-satelit pengintip yang dilengkapi kamera canggih akan mengukuhkan
kedudukan pertahanan tentera sesebuah negara untuk menjamin keselamatan negara.
• satelit navigasi akan membantu kerja-kerja memantau keselamatan negara dengan lebih berkesan.
• mengesan pencerobohan dan juga kegiatan jenayah penyeludupan di kawasan-kawasan perairan
seperti Sabah dan kawasan pedalaman Sarawak yang sukar dipantau melalui penggunaan tenaga
manusia.

vi. Sumber tenaga dan galian angkasa lepas:


• usaha penerokaan angkasa lepas dapat membolehkan manusia sejagat bagi mencari logam-logam atau
sumber-sumber tenaga yang baru.
• contohnya seperti kegiatan gali minyak,logam atau kota-kota lama yang tertimbun dalam bumi.

Anda mungkin juga menyukai