Kertas Kerja Klinik Memanah

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KLINIK MEMANAH 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SALAK TINGGI,


SEPANG.

1
KERTAS KERJA
KLINIK MEMANAH 2018
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SALAK TINGGI,
SEPANG.

1.0 Pendahuluan
Memanah sejak sekian lama adalah sukan rekreasi yang sangat baik dalam
membina kekuatan fizikal dan mental. Lebih-lebih lagi ia merupakan sukan
sunnah dalam islam. Memandangkan sekolah ini baru menubuhkan kelab
sukan memanah, maka kemahiran sukan ini amatlah perlu didedahkan dan
dipupuk bukan sahaja kepada murid-muridnya malah guru-gurunya. Justeru
klinik memanah yang ingin dijalankan ini diharap dapat meningkatkan kualiti
dan kuantiti sukan memanah. Selain memberi ruang dan peluang kepada
semua murid untuk menceburkan diri, program ini dapat mengembangkan
bakat kepimpinan murid-murid dan menerapkan nilai-nilai murni dalam
kalangan masyarakat setempat serta menyemai budaya cintakan sukan
sunnah ini.

2.0 Objektif Klinik Sukan

Objektif program ini ialah untuk mencapai tujuan-tujuan berikut:

2.1 Mencungkil bakat murid-murid serta melahirkan atlet-atlet yang


berdisiplin, berkemahiran, berketrampilan di samping memastikan
perkembangan yang seimbang dan menyeluruh melalui aspek-aspek
intelek, rohani, emosi, jasmani dan akhlak, nilai-nilai murni dan sosial
ke arah Matlamat Pendidikan Negara.
2.2 Membuat persiapan dan persediaan untuk ke sukan zon yang akan datang.
2.3 Untuk memupuk budaya gaya hidup sihat dalam kalangan murid.

3.0 Tarikh, Tempat dan Sasaran

Tarikh : Bermula 29 dan 30 September 2018


Masa : Sabtu (8.00 pagi - 5.00 petang)
Ahad (8.00 pagi - 1.00 petang)
Tempat : Padang SK Bandar Baru Salak Tinggi
Sasaran : Murid-murid Tahun 3 - 6

2
4.0 Anggaran Perbelanjaan

3
5.0 Jawatankuasa Pengelola

TUGAS PERANAN
 Menasihat Penyelaras
PENGERUSI  Membuat keputusan dalam
En. Muhamad Fahmi bin Ahmad pelaksanaan Klinik Memanah.

 Menasihat Penyelaras
TIMBALAN PENGERUSI  Membuat keputusan dalam
En. Khairul Ikhwan bin Abdul Rahim pelaksanaan Klinik Sukan.

 Merancang, menyelaras dan


PENYELARAS melaksanakan Klinik Sukan.
Pn. Haryani binti Hashim

 Mencatat minit mesyuarat


SETIAUSAHA  Menyediakan borang-borang yang
Pn. Siti Rose Diana binti Zakaria berkaitan
 Menyediakan laporan perlaksanaan
Klinik Sukan.
JURULATIH SUKAN  Melatih para peserta klinik sukan.
 Memastikan keselamatan ketika para
1. En. Mohd Zuki bin Yaakub peserta klinik sukan sedang berlatih.
2. Pn Norliza binti Ismail  Menyediakan program latihan
3. Pn. Siti Zaleha binti Suhaimi (workout).
4. Pn. Norashikin binti Kutim
5. Pn. Suzina binti Ngasri
6. Pn. Noranisah binti Naim
7. Cik Kanagheswari

4
6.0 Rancangan Kerja

Tarikh Perkara Tindakan Catatan


Menyediakan kertas kerja Penyelaras
Mengadakan Mesyuarat AJK induk Penyelaras
Makluman /sebaran tentang Program
Setiausaha
Klinik Sukan
Mesyuarat AJK kerja Penyelaras
Pelaksanaan Klinik Sukan Semua AJK

7.0 Cadangan Klinik Sukan


- Panahan jarak 15m
- Panahan jarak 30m
- Mini Game

8.0 Penutup
Pihak pengelola akan berusaha untuk memastikan program yang dirancang berjalan
dengan lancar. Oleh itu, kerjasama daripada semua AJK yang terlibat sangat penting
bagi menjayakan aktiviti ini.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.................................................. ........................................................
(PN. ROSMAWATI BINTI SIDEK) (PN. HAJAH SA’DIAH BINTI HUSSIN)
Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar,
SK Bandar Baru Salak Tinggi. SK Bandar Baru Salak Tinggi.

Anda mungkin juga menyukai