P Sem 3 (Aurat Dan Ikhtilat)

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 9

P SEM 3 AURAT DAN IKHTILAT

Objektif tajuk ini ialah ahli usrah akan:


➢ Mendalami dan memahami konsep aurat dan ikhtilat.
➢ Memahami batas-batas pergaulan yang disyaratkan dalam Islam.
➢ Mempraktikkan pengajaran yang diambil dalam kehidupan seharian sebagai
seorang guru dan individu muslim.

KONSEP AURAT DALAM ISLAM

Menutup aurat adalah menjadi satu kewajipan kepada setiap individu muslim sama ada lelaki
mahupun wanita yang mencapai umur taklif iaitu baligh dan berakal.

Bahasa
Pengertian Keaiban
Aurat
Syarak
Bahagian-bahagian tertentu pada bahagian badan manusia yang wajib
ditutupi daripada pandangan orang yang diharamkan melihatnya
(bukan mahram).

Dalam erti kata yang sebenar, menutup aurat adalah menutup anggota tubuh yang
mendatangkan keaiban daripada pandangan orang lain dengan cara memakai pakaian yang
menepati syarat-syarat dan piawai yang telah ditetapkan oleh syarak. Perbezaan batas-batas
aurat adalah kerana hubungan keturunan, tali ikatan seperti perkahwinan, mertua, menantu, ipar
duai, penyusuan dan sebagainya. Terdapat beberapa konsep yang diberikan ulama mengenai
aurat:

• Perkara atau hal yang membuatkan individu berasa malu apabila ia terdedah.
• Perkara atau sesuatu yang dipandang tidak baik apabila dibuka atau didedahkan kepada
orang lain.
• Bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada perhatian orang lain.

1
DALIL BERKAITAN AURAT

ِ َّ ‫ك أ َْزَكى ََلُْم إِ َّن‬ ِ ِ ‫ضوا ِمن أَب‬ ِِ ِ


ْ َ‫اَّللَ َخبِريٌ ِبَا ي‬
‫) َوقُ ْل‬30( ‫صنَ عُو َن‬ َ ‫صا ِره ْم َوََْي َفظُوا فُ ُر‬
َ ‫وج ُه ْم َذل‬ َ ْ ْ ُّ ُ‫ني يَغ‬
َ ‫قُ ْل ل ْل ُم ْؤمن‬
‫ض ِربْ َن ِِبُ ُم ِرِه َّن‬
ْ َ‫ين ِزينَ تَ ُه َّن إََِّل َما ظَ َهَر ِمْن َها َولْي‬ ِ ِ ‫ضن ِمن أَب‬
َ ‫صا ِره َّن َوََْي َفظْ َن فُ ُر‬
َ ‫وج ُه َّن َوََل يُْبد‬
ِ ِ
ُ ‫ل ْل ُم ْؤِمنَات يَ ْغ‬
َ ْ ْ َْ ‫ض‬
‫ين ِزينَ تَ ُه َّن إََِّل لِبُعُولَتِ ِه َّن أ َْو آَ ََبئِِه َّن أ َْو آَ ََب ِء بُعُولَتِ ِه َّن أ َْو أَبْنَائِِه َّن أ َْو أَبْنَ ِاء بُعُولَتِ ِه َّن أ َْو‬ ِ ِِ
َ ‫َعلَى ُجيُوِب َّن َوََل يُْبد‬
‫اْل ْربَِة ِم َن‬ ِ ِ ِ ِِ ‫إِخواِنِِ َّن أَو ب ِِن إِخواِنِِ َّن أَو ب ِِن أ‬
ِْ ‫ُوِل‬ َ ‫ت أَْْيَا ُِنُ َّن أَ ِو التَّابِع‬
ِ ‫ني َغ ِْري أ‬ ْ ‫َخ َواِت َّن أ َْو ن َسائ ِه َّن أ َْو َما َملَ َك‬
َ َ ْ َْ َ ْ َْ
‫ني ِم ْن ِزينَتِ ِه َّن‬ ِ ِ ِ ِ ِ ‫الطِّْف ِل الَّ ِذين ََل يظْهروا علَى عور‬
ْ َ‫ات النِِّ َساء َوََل ي‬
َ ‫ض ِربْ َن ِِب َْر ُجل ِه َّن ليُ ْعلَ َم َما ُُيْف‬ ََْ َ ُ َ َ ْ َ
ِ ‫ال ِرج ِال أَ ِو‬
َ ِّ
)30( ‫َج ًيعا أَيُّ َها الْ ُم ْؤِمنُو َن لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْفلِ ُحو َن‬
َِ ِ‫اَّلل‬
َّ ‫َوتُوبُوا إِ ََل‬
Maksudnya:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”
(Surah An-Nur : 30- 31)

2
HURAIAN AYAT 31 SURAH AN-NUR

Melabuhkan
tudung kepala
supaya leher
dan dada
Jangan tertutup
memakai
wangian Menundukkan
secara pandangan
berlebihan
bagi wanita

ISI
KANDUNGAN
DALIL Tidak boleh
Jangan
menyentuh
menghentakk
antara lelaki &
an kaki
perempuan.

Tidak
Jangan
mendedahkan
bertutur
perhiasan
dengan suara
tubuh badan
yang manja
mereka

BATASAN AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN

✓ Aurat Lelaki
Majoriti ulama berpendapat, aurat lelaki dalam sembahyang adalah anggota yang berada di
antara pusat dan lutut. Ia tidak boleh didedahkan semasa menunaikan sembahyang. Jika
didedahkan, solat boleh terbatal. Begitu juga aurat lelaki di luar solat. Majoriti ulama berpendapat,
aurat lelaki di luar solat adalah sama dengan aurat lelaki di dalam solat iaitu antara pusat hingga
ke lutut.

✓ Aurat Wanita
1. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
✓ Keluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Kewajipan menutup aurat
dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh
setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan
sebagainya.

3
✓ Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat penglihatan
terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan
sebahagian tubuh badan mereka.
✓ Wanita yang bersuami pula akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang
isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

2. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir


➢ Keluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

3. Aurat Sesama Wanita Muslim


➢ Prof. Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu menukilkan
pendapat mazhab Maliki dan Syafie bahawa aurat sesama wanita Islam
adalah semua anggota di antara pusat hingga ke lutut.
➢ Tidak berdosa mendedahkan anggota dari pusat ke atas dan dari lutut ke
bawah. Namun begitu adat resam dan budaya Melayu dibataskan setakat
berkemban sahaja

4
DENGAN SIAPA SAYA HARAM BERSALAM DAN BERCAMPUR?

KONSEP IKHTILAT

✓ Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “ َ ‫اَختَل‬, َ
‫َط‬
َ ‫يخَتَل‬, ‫ ”ََاَختَلَط‬yang bererti bercampur.
‫َط‬
✓ Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur antara
lelaki dan perempuan ajnabi (yang boleh kahwin) di satu tempat iaitu berlaku interaksi
dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan antara seseorang dengan lain.
✓ Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya
terdiri dari dua orang sahaja.

HUKUM IKHTILAT

5
Hukum asal ikhtilat iaitu pergaulan antara leiaki dan perempuan ialah haram. Oleh hal yang
demikian, ikhtilat adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa
atau keperluan yang mendesak. Firman Allah SWT:

ٗ‫اَّلل اِنَّه‬
ِ‫ال معا َذ ه‬
ِّ َ َ َ َ‫ك ۗق‬
َ َ‫ت ل‬
َ ‫ت َهْي‬
ِ ِ ِ ِ ‫وراودتْه الَِِّت هو‬
َ ‫ِف بَْيت َها َع ْن نَّ ْفسهٗ َو َغلَّ َقت ْاَلَبْ َو‬
ْ َ‫اب َوقَال‬ ْ َ ُ ْ ُ َ َ ََ
ۗ ‫رِب احسن مث و‬
‫اي اِنَّهٗ ََل يُ ْفلِ ُح ال هظِّلِ ُم ْو َن‬
َ َ ْ َ َ َ ْ َ ‫َ ِّْي‬
Maksudnya:
“Dan wanita yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya
(kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: ”Marilah ke sini”. Yusuf berkata:”Aku
berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukanku dengan baik”.
Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung”.
(Surah Yusuf : 23)

Sisi pengambilan dalil: Iaitu ketika terjadi ikhtilat (percampuran) antara isteri gabenor Mesir
dengan Nabi Yusuf as, muncullah (nafsu) wanita itu, yang dahulunya terpendam, maka dia
meminta kepada Nabi Yusuf untuk mengikuti kemahuannya. Tetapi baginda mendapatkan
rahmat Allah, dan Dia menjaga beliau daripada wanita tersebut.

KEADAAN YANG MENGHARUSKAN PERCAMPURAN

Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal fil Mar'ah yang masyhur menyebutkan
diharuskan percampuran iaitu:

1- Harus kerana terpaksa (dharurah)

2- Harus kerana keperluan (hajat)


✓ Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
✓ Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
✓ Ikhtilat kerana menjadi saksi
✓ Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
✓ Ikhtilat kerana melayan tetamu
✓ Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya
✓ Ikhtilat dalam kenderaan awam
✓ Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat

6
✓ Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan

5.2.3 Ibrah daripada Sirah Nabi Musa

ِۚ
ِ ِ ِِ ِ ِ ِ ۤ
‫ال َما‬ ‫ق‬ ‫ن‬ ‫د‬ ‫و‬ ‫ذ‬ ‫ت‬ ‫ني‬ ‫ت‬ ‫ا‬
‫ر‬ ‫ام‬ ‫م‬ ‫ِن‬
َ َ ‫َ ْ ُ ْ َ َ َ َ َ ْ ُ ْ ُ ْ َََ ْ َ ُ ْ ه‬ ‫و‬ ‫د‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫د‬ ‫ج‬ ‫و‬‫و‬ ‫ە‬
ۖ ‫ن‬ ‫و‬ ‫ق‬ ‫س‬ ‫ي‬ ِ
‫َّاس‬ ‫ن‬ ‫ال‬ ‫ن‬
َ ِّ ً َُّ َْ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ‫َولَ َّما َوَرَد َم‬
‫م‬ ‫ة‬ ‫م‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫د‬ ‫ج‬ ‫و‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫د‬ ‫م‬ ‫ء‬ ‫ا‬
ۤ ِ ِ
‫َل اِ ََل‬
ِّ‫( فَ َس هقى ََلَُما ُُثَّ تَ َو هي‬23)ٌ‫الر َعاءُ َواَبُ ْو ََن َشْي ٌخ َكبِ ْري‬ ِّ ‫صد َر‬
ِ
ْ ُ‫َخطْبُ ُك َما ۗقَالَتَا ََل نَ ْسق ْي َح هِّّت ي‬
ۤ ِ ۤ ِ ََّ ِ‫ب اِِّن لِماي اَنْزلْت ا‬
‫استِ ْحيَا ٍء‬ ‫ش‬ ِ
ْ َ َ ْ َْ َ ُ ْ ُ َْ ‫( فَ َج‬24)ٌ‫ِل م ْن َخ ٍْري فَق ْري‬
‫ى‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ي‬ ‫َت‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ىه‬ ‫د‬‫ه‬ ‫ح‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫ت‬ ‫ء‬ ‫ا‬ ِ
َ َ َ ِّْ ِِّ ‫ال َر‬ َ ‫ال ِظِّ ِِّل فَ َق‬
ِ ۤ ۗ ِ ِ‫ۖقَالَت اِ َّن اَِب ي ْدعو َك ل‬
‫ال ََل‬ َ َ‫ص ق‬ َ ‫ص‬َ ‫ق‬
َ ‫ل‬
ْ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫ي‬
َْ‫ل‬ ‫ع‬
َ ‫ص‬َّ َ‫ق‬‫و‬ ٗ
َ ََ ‫ه‬ ‫ء‬ ‫ا‬ ‫ج‬ ‫ا‬‫م‬ َّ ‫ل‬
َ ‫ف‬
َ ‫ا‬ ‫ن‬
ََ‫ل‬ ‫ت‬
َ ‫ي‬
ْ ‫ق‬
َ ‫س‬ ‫ا‬‫م‬ ‫ر‬ ‫ج‬ْ َ‫ا‬
َ َ َ ۗ َ َ ُْ َ ْ‫ك‬َ ‫ي‬‫ز‬ ‫ج‬ْ ‫ي‬ ْ
)25( ‫ني‬ ِ ِ‫ِ ه‬ ِ ‫ف ََنو‬
َ ْ ‫ت م َن الْ َق ْوم الظِّلم‬ َ ْ َ ْ َ‫ََت‬

Maksudnya:
“Dan ketika dia (Musa) sampai di sumber air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan
orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati
di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan (ternakan mereka berdua). Dia
bertanya: “Mengapa dengan kamu berdua (menahan ternakan)”? Mereka menjawab: “Kami
tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa
balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”
Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi
ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat
berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.”
Kemudian salah seorang daripada perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan
berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: “Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk
membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”.
(Surah Al-Qasas : 23-25)

✓ Di dalam kisah pendek tiga ayat ini, tersembunyi ibrah (pengajaran) yang sangat besar.
Bukan hanya kisah pertemuan Nabi Musa dengan anak Nabi Syu’aib yang kemudiannya
mendidik kesabaran Musa tetapi di dalam tiga ayat ini, terdapat juga didikan untuk
wanita.

7
✓ Allah hendak menunjukkan bagaimana urusannya wanita dan lelaki, dengan
menunjukkan sifat malu yang wujud dalam diri anak-anak Nabi Syu’aib.
✓ Antaranya dengan mempunyai sifat malu yang sangat tinggi sehingga tidak
membenarkan diri mereka bercampuran dengan lelaki-lelaki lain walaupun mereka
mempunyai kerja yang penting iaitu memberikan minuman kepada ternakan mereka.
✓ Mereka sanggup menahan ternakan mereka dan menanti walaupun keadaan itu sangat
memberikan kekurangan kepada ternakan mereka.
✓ Mereka juga tidak memanjangkan bicara dengan Nabi Musa sebaliknya terus
menyampaikan hajat ayahanda mereka yang ingin berjumpa Nabi Musa.
✓ Bahkan ada sesetengan riwayat yang mengatakan ketika mereka ingin pulang ke rumah
bersama Nabi Musa, mereka berjalan di belakang Nabi Musa dan menunjukkan jalan
dengan hanya membaling batu.

ADAB YANG PERLU DIPENUHI KETIKA PERTEMUAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
• Menjaga pandangan, hati
• Menghindari bersalaman antara lelaki dan wanita
• Elak daripada bersentuhan (jaga jarak apabila bertemu)
• Elakkan daripada membincangkan soal peribadi dan tidak berfaedah dengan berlainan
jantina (hanya berbincang tentang kerja sahaja)
• Waktu berhubung. Samaada panggilan atau media massa. (sebaik-baiknya had untuk
berhubung dengan berlainan jantina tidak sampai larut malam)
• Elakkan daripada menggunakan icon yang tidak sepatutnya. Sebaiknya tidak menggunakan
icon terus . contoh ☺ 
• Apabila berkomunikasi, intonasi suara hendaklah dijaga, jangan terlalu lembut, kasar dan
sebagainya.

PANDUAN IKHTILAT DI DALAM KENDERAAN

Menaiki kenderaan bersama dengan yang sama jantina (Cuba elak semampu mungkin bersama
berlainan jantina). Jika terpaksa bersama berlainan jantina:

• Bilangan lelaki tidak melebihi bilangan perempuan.


• Lelaki berada di hadapan, manakala perempuan berada di belakang
• Tidak bercakap perkara yang tidak berfaedah atau lalai serta menjaga lenggok suara

8
• Menjaga hati dan pandangan (Perlu ada seseorang sentiasa memberikan peringatan)
• Tidak berpasangan di dalam kereta.
• Keluar pada waktu dan situasi yang perlu dan sesuai sahaja
• Menutup aurat.

PANDUAN IKHTILAT KETIKA MENGADAKAN PERBINCANGAN

• Kesesuaian Masa & Tempat


• Berfokus, (elakkan gurauan) Pertemuan secara serius bukannya melawak atau berseronok
• Menjaga lenggok suara
• bilangan anggota ( L : P = 1: 2)
• Pakaian yang sesuai dan menutup aurat
• Jaga jarak (1.5 m)

KESIMPULAN

Aurat dan Ikhtilat adalah salah satu anjuran dan kewajipan kepada umat Islam lelaki dan
perempuan. Syariat ini bertujuan menjaga maruah dan mengelakkan fitnah agar tidak terjadi
kerosakan akibat pengabaian syariat terutamanya dari sudut menjaga maruah diri dan pergaulan.
Islam memandang serius mengenai maruah dan berusaha menjaganya dengan sebaik mungkin.
Penjagaan batas aurat dan pergaulan sangat penting untuk diimplimentasikan agar sentiasa
berada dalam garis dan batasan yang telah ditentukan oleh syariat.

RUJUKAN

Ibn Manzur, Lisan al-Arab


http://www.jais.gov.my/article/aurat-dalam-islam

Anda mungkin juga menyukai