Modul ini mengajar tentang konsep diri yang positif dan bagaimana mempertahankannya. Ia menjelaskan definisi konsep diri dan jenis-jenisnya, serta bagaimana faktor-faktor seperti pencapaian, hubungan keluarga, dan keyakinan diri dapat mempengaruhi pandangan diri sendiri. Murid-murid diajak untuk menilai kekuatan dan kelemahan mereka sendiri, menerima kelemahan, dan saling membantu untuk membangun konsep
0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
384 tayangan2 halaman

Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2
KESEDARAN KENDIRI
MODUL KESEDARAN KENDIRI
TAJUK Minda Positif Kekal Aktif OBJEKTIF Pada akhir aktiviti murid dapat; 1. Membantu peserta memahami definisi konsep kendiri 2. Membantu peserta menilai diri sendiri. 3. Meningkatkan konsep kendiri melalui tindakan proaktif. MASA 60 minit BAHAN 1. Kertas A4/buku nota LANGKAH Langkah 1 (10 minit) AKTIVITI 1. Permainan eksplorasi (cari beberapa barangan dalam masa yang ditetapkan, misalnya, botol air, pen, sudu, buku nota dan mask). Langkah 2 (40 minit)
1. Fasilitator akan memulakan langkah kedua setelah murid selesai
permainan eksplorasi dengan soalan mengenai bagaimana emosi anda selepas aktiviti ini? (pilih murid secara rawak)
2. Fasilitator mempamerkan dua gambar yang berbeza (kenapa orang
yang berjaya itu berjaya dan kenapa orang yang gagal itu gagal).
3. Fasilitator meminta PRS menyatakan tabiat orang berjaya dan orang
gagal yang mereka ketahui.
4. Fasilitator menerangkan definisi kesedaran kendiri dan jenis
kesedaran kendiri.
5. Fasilitator meminta murid menyenaraikan dua kekuatan dan dua
kelemahan diri mereka menggunakan aplikasi whiteboard (boleh menggunakan buku nota atau kertas sekiranya murid tidak mahir menggunakan komputer)
6. Fasilitator akan membaca secara rawak konsep kendiri setiap PRS.
7. Seterusnya fasilitator akan meminta beberapa orang murid
menyatakan kenapa mereka telah menyenarai konsep kendiri tersebut.
8. Fasilitator akan merumuskan pandangan PRS dengan menyatakan
bahawa ianya adalah faktor yang telah mempengaruhi konsep kendiri mereka misalnya menerima ganjaran, mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik, keadaan fizikal yang sempurna dan juga keyakinan diri yang tinggi.
9. Fasilitator akan mengemukakan soalan bagaimana PRS boleh
membantu dan membimbing rakan-rakan untuk membentuk konsep kendiri yang positif.
10. PRS diminta untuk memberi jawapan mereka sendiri pada
whiteboard tersebut atau buku nota.
11. Fasilitator akan menerangkan mengenai kaedah yang boleh PRS
lakukan untuk membantu meningkatkan konsep kendiri rakan-rakan. RUMUSAN PRS diminta; (10 minit) 1. Menyatakan pendapat mereka tentang apa yang mereka rasa atau fikirkan daripada kedua-dua aktiviti di atas. Fasilitator mencadangkan; 2. Kita harus sedar bahawa apabila kita fokus dan cepat bertindak secara bijak serta berjaya melakukan sesuatu, orang akan berpandangan positif terhadap diri kita. Orang akan percaya dan menghormati kita dan ini dapat meningkatkan konsep kendiri kita
3. Setiap orang mempunyai kelemahan dan kekuatan dan kita harus
menerima kelemahan kita secara positif. Setiap kelemahan boleh diperbaiki dan kekuatan harus ditingkatkan. 4. Untuk memastikan konsep kendiri sentiasa positif, ia perlu bermula dari diri anda sendiri. Andainya kita enggan menggerakkan walau sebatang jari kecil kita ini, bagaimana mampu untuk kita menggerakkan seluruh tubuh dan daya kita untuk merubah kehidupan yang lebih baik? Itulah yang dinamakan Kuasa Tindakan. Sejauh mana kita berani bertindak segera dengan proaktif atau pun akan terus leka dan hanyut. Minda yang positif akan sentiasa menjadikan kita seorang yang kekal aktif. APLIKASI PRS mesti; PRS 1. bersikap proaktif dalam apa jua keadaan dan menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain 2. mampu membuat tindakan dan keputusan sendiri dengan positif. 3. mampu membezakan konsep kendiri yang positif dan negatif 4. mampu membimbing rakan-rakan yang lain membina konsep kendiri yang positif. SUMBER Merujuk kepada modul PRS Kebangsaan