Teks Ucapan Orientasi Tahun 1 GB

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GURU BESAR

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih pengacara majlis.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah


kurnia dan izinnya dapat kita bersama-sama menjayakan Program Tahun 1 SK Damansara
Damai 1 buat pertama kalinya diadakan secara maya pada hari ini.

Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan
tahniah dan syabas kepada murid-murid baru tahun 1 seramai 300 orang yang telah diterima masuk
ke SK Damansara Damai 1.  Selamat datang ke dan sekali gus menjadi warga sekolah ini untuk
tempoh 6 tahun yang akan datang. Diharapkan anak-anak pelajar yang belajar sini akan menjadi pelajar
terbaik di sini.
Sedar atau tidak, kita telah melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 10 bulan.
Walaupun Hari orientasi pada tahun tidak dapat dijalankan secara bersemuka, apa yang
penting untuk anak-anak kita agar dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sekolah
meskipun masih dalam tempoh PKP. Justeru, patuhilah arahan dan SOP yang telah ditetapkan
sepanjang sesi persekolahan 2021.

Tuan/puan sekalian, anak-anak kita akan memulakan hari persekolahan rasmi untuk
tahun 2021 secara bersemuka pada 27 Januari 2021 bergantung kepada keputusan MKN dan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Para ibu bapa usah risau, memahami kedudukan anak-anak
kita di Tahun Satu ini, para guru dan pelajar di kelas yang lebih tinggi akan membantu anak-
anak kita supaya dapat membiasakan diri dengan perjalanan sekolah. Hari ini anak-anak kita
dapat duduk di dalam kelas mereka buat pertama kalinya, sebuah pengalaman yang tentunya
berbeza dari kelas-kelas di tadika.
Penularan wabak COVID-19 telah banyak mengubah amalan pendidikan di negara kita.
Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, pengajaran dan pembelajaran
tidak lagi dijalankan secara bersemuka. Sebaliknya, guru menggunakan pelbagai kaedah lain
untuk berhubung dengan pelajar.
Ramai yang menggunakan aplikasi dalam talian seperti Google Classroom, cikgooTUBE
dan Zoom untuk melaksanakan pembelajaran di rumah atau home- based learning. Tidak
kurang juga cikgu yang menggunakan Whatsapp dan Telegram. Saya diberitahu, ada juga cikgu
yang menyampaikan latihan sukan secara online.
Tuan Puan, ibu bapa yang dihormati, untuk berjaya dan untuk cemerlang, kita tidak
boleh hanya bercakap dan bermimpi memastikan anak-anak kita berjaya, tanggungjawab
tersebut bukan semata di atas bahu anak-anak kita dan guru sahaja, kita sebagai ibu bapa juga
perlu sentiasa melibatkan diri dan memantau pelajaran anak-anak kita.
Anak-anak perlu menyiapkan diri untuk belajar, guru sentiasa bersedia memberikan
pendidikan yang terbaik dan kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa memberi sokongan dan
dorongan kepada anak-anak kita. Kita juga sebolehnya perlu melibatkan diri dalam aktiviti
sekolah sama ada melalui penyertaan PIBG atau KSIB (kumpulan sokongan ibu bapa)
Saya mengalu-alukan komitmen ibu bapa untuk bersama membantu sekolah demi
mencapai tahap optimum melalui peranan yang kita boleh mainkan. Sebarang sumbangan
sama ada melalui buah fikiran, material dan juga penyertaan dalam aktiviti amat lah dihargai.

Akhir kata, tuan puan sekalian, saya mengharapkan kita sama-sama dapat memastikan
kecemerlangan sekolah ini, demi kecemerlangan anak-anak kita. Ikutla SOP yang ditetapkan
dan bersama-sama kita memutuskan rangkaian Covid 19. Kita Jaga Kita.

Pinang sebatang tidak berdahan,


Tepi telaga terjumpa berlian,
Covid datang bawa perubahan,
Proses pembelajaran dalam talian.

Bunga layu tidak berbaja


Jangan ditukar pasu baharu
Murid belajar di rumah sahaja,
Mengadap komputer setiap penjuru.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai