Toaz - Info Langkah Mengatasi Masalah Disiplin Pelajar PR

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 17

NAMA : ARCHANA A/P MUNUSAMY

NO K/P : 881027-05-5742
UNIT : PISMP - MT/PJ/BT
AMBILAN : JANUARI 2010
SEMESTER :3
PENSYARAH :
TARIKH SERAHAN : SEPTEMBER 2011

1
Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan tujuan pendidikan di Malaysia adalah
satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Maka disiplin telah menjadi salah satu agenda penting
dalam mencapai hasrat tersebut. Laporan JawatanKuasa Kabinet juga menyatakan
bahawa salah satu matlamat utama pendidikan adalah melahirkan rakyat yang
berdisiplin. Masalah disiplin yang berkaitan dengan murid sekolah semakin
menghiasi dada akhbar tempatan jelas menunjukkan ia semakin menular.
Tanggungjawab membendung masalah disiplin murid sering dituduh bahawa ia
adalah di bahu warga pendidik.
Dalam sesebuah institusi persekolahan disiplin memainkan peranan penting
dalam pembentukan sahsiah murid. Kamus Dewan(2005) memberi definisi bahawa
disiplin sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri
dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih sesorang supaya
berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan, hukuman atau
denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan. Bilik darjah ialah bilik-
bilik di sekolah dimana sekumpulan murid mengikuti belajar sesuatu mata pelajaran
yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata
merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi
murid- murid dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama
lain didalamnya. Kebanyakkan masalah disiplin sebenarnya bermula di bilik darjah.
Antara contoh-contoh masalah disiplin yang kerap berlaku di bilik darjah ialah
ponteng, bising, tidak hormat kepada guru dan sebagainya.
Dalam usaha mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah guru harus
menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi dan sempurna.
Tanggungjawab guru adalah satu skop yang amat luas kerana tugas seorang guru di
sekolah tidak terhenti dengan mengajar dan menyemak buku latihan mereka. Kita
sering mendengar bahawa murid membuat bising di kelas semasa ketiadaan guru.
Dalam situasi sebegini ia jelas menunjukkan bahawa ketiadaan guru atau boleh
dikatakan sebagai kegagalan guru yang tidak berada di bilik darjah telah membawa
kepada masalah disiplin. Oleh itu seorang guru harus melaksanakan segala tugas
sebagai seorang guru yang diamanahkan kepadanya. Seorang guru harus menepati
masa masuk ke dalam bilik darjah. Beliau harus mendidik anak-anak dengan penuh
2
dedikasi dan gigih dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik yang
bermatlamat dalam menangani masalah tingkah laku murid.
Seterusnya hubungan antara murid dan guru adalah salah satu agenda
utama dalam usaha mengatasi masalah disiplin. Hubungan guru-murid perlu
bermula pada hari pertama persekolahan dan perlu kekal sepanjang masa. Mynt
(2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif dan
sentiasa menggalakkan emosi positif dalam kalangan murid. Antara strategi dalam
membina hubungan guru-murid ialah tanam semangat cintakan kelas, agihkan
tanggungjawab bersama, tetapkan jangkaan yang realistik, tunjukkan keperihatinan
dan masukkan unsur kecindan. Apabila seseorang guru sudah mula menunjukkan
rasa keprihatinan terhadap setiap anak muridnya maka hubungan mudah dijalin di
antara kedua-dua pihak.
Guru adalah perantara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan dalam pengendalian bilik darjah. Guru merupakan perantara langsung antara
murid dan kehendak sekolah. Guru juga adalah pihak dimana anak-anak
meluangkan masa yang terbanyak selepas ibu bapa di rumah. Oleh itu dengan
adanya hubungan yang erat serta sihat di antara guru dan murid maka ia akan
menjadi lebih mudah bagi seseorang guru untuk mengenalpasti sesuatu masalah
yang dihadapi oleh seorang murid. Maka dengan ini terdapat pelbagai cara untuk
memupuk hubungan yang baik dengan murid-murid. Antara yang paling penting
ialah guru hendaklah mengenal nama setiap anak muridnya. Dalam memupuk
hubungan yang baik guru harus mesra serta menyayangi setiap anak muridnya
tanpa mengira agama, bangsa serta prestasi akademik.
Apabila sebuah hubungan yang erat sudah terjalin di antara murid dan guru
maka dengan mudah guru tersebut untuk bekerjasama dengan murid. Selain itu,
dengan hubungan tersebut guru boleh memahami latar belakang murid tersebut.
Tahap disiplin di kalangan murid boleh dipertingkatkan melalui sifat penyayang.
Selain menjadi penyayang guru haruslah bersifat humor. Jika seroang guru bersifat
penyayang, mesra dan mengambil berat terhadap anak-anak murid maka secara
langsung murid-murid juga akan lebih rapat dengan murid. Apabila wujudnya
hubungan yang erat di antara guru dan murid, murid akan sentiasa mematuhi
segala arahan guru tersebut. Selain itu, hubungan itu juga membolehkan seorang
murid mudah berkomunikasi dengan guru. Maka dengan ini mereka akan meluahkan
perasaan mereka tanpa sebarang halangan jika mereka menghadapi sebarang
3
masalah. Apabila seorang murid mudah berkomunikasi dengan murid maka dengan
serta merta seorang guru boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi
masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Untuk membina hubungan yang baik
antara guru dengan murid ialah melalui: adalah melalui komunikasi dan interaksi
berkesan. Selain itu guru hendaklah hormat pada setiap anak muridnya. Melalui
hubungan yang baik, seseorang guru secara mudah akan mendapat kerjasama
daripada murid maka ia akan menjadi lebih mudah untuk mengawal bilik darjah.
Dengan komunikasi dan interaksi dengan berkesan seorang guru dapat peka
terhadap kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh mereka dan memberikan
nasihat, sokongan dan maklum balas Hubungan guru-murid yang baik akan
meningkatkan iklim pembelajaran dan menjurus kepada peningkatan pencapaian
akademik dan tingkah laku. Maka jelas bahawa perubahan tersebut akan membawa
perubahan dalam sebarang tingkah laku negatif di kalangan murid yang membawa
kepada masalah disiplin.
Seterusnya, dalam menangani masalah disiplin guru juga harus menampilkan
contoh yang terbaik kepada murid dan menjalankan tugasnya dengan penuh
dedikasi dan bertanggungjawab. Apabila seorang guru berkelakuan positif serta
melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik di dalam bilik darjah maka guru
tersebut secara automatiknya akan menjadi role model atau contoh atau teladan
kepada murid-muridnya. Ini selaras dengan teori Permodelan Albert Bandura(1963).
Menurut teori ini modifikasi tingkah laku melalui permodelan ini merujuk kepada
peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjungi secara
tidak langsung mengubah tingkah lakunya. Maka disini guru yang mempamerkan
etika yang baik serta disiplin yang kukuh akan menjadi model kepada murid-murid.
Murid akan mencontohi guru sebegitu sudah tentu akan mempunyai akhlak yang
baik dan tidak akan terlibat dengan sebarang masalah disiplin. Oleh itu adalah wajib
bagi seseorang guru itu untuk memaparkan tingkah laku yang positif di dalam ilik
darjah kerana tingkah laku guru melambangkan keperibadian dirinya. Bersopan,
berhemah tetapi tegas, berempati dan menggunakan bahasa yang sesuai akan
dicontohi oleh murid-murid.
Dalam hal ini, guru hendaklah mempunyai penampilan diri yang bagus seperti
berpakaian kemas, tidak mewarnakan rambut dan tidak mempunyai kuku yang
panjang. Jika seorang guru juga mempunyai imej sebegitu maka ia secara mudah
akan menjadi ikutan murid. Pada masa yang sama guru juga dikehendaki mematuhi
4
peraturan bilik darjah yang ditetapkan. Terdapat guru-guru yang menasihati anak
murid untuk mematuhi peraturan tetati mereka sendiri tidak mematuhinya. Salah
satu contoh insiden yang keprap berlaku ialah guru tidak mematuhi masa. Seperti
yang diterangkan dahulu kebanyakkan masalah disiplin berlaku di sebuah bilik
darjah apabila ketiadaan guru dalam kelas dimana guru langsung tidak menghadiri
atau mereka lambat memasuki kelas. Murid akan membuat bising dan masalah
disiplin yang lain akan berlaku pada masa itu. Dalam keadaan sebegini, jelas
bahawa kelambatan guru telah menyebabkan kepada masalah disiplin. Oleh itu guru
hendaklah memasuki kelas tepat pada masanya. Maka seorang pendidik harus
mempunyai disiplin diri yang positif supaya ia dapat diteladani oleh murid-muridnya.
Ponteng kelas merupakan salah satu masalah disiplin yang amat serious.
Ponteng kelas adalah tindakan seseorang murid yang tidak mengikuti sesuatu murid
pada waktu yang sepatutnya murid itu wajib mengikutinya di dalam bilik darjah.
Biasanya masalah ini berlaku apabila pengajaran guru tidak menarik ataupun susah
untuk memahami sesuatu murid. Apabila mereka bosan mengikuti pengajaran,
mereka akan keluar daripada bilik darjah dan merayau-rayau di sekitar sekolah.
Guru-guru yang tidak membuat persediaan mengajar yang rapi sering kali
menyebabkan murid-murid mengalih tenaga dan tumpuan mereka kepada aktiviti-
aktiviti yang tidak berfaedah seperti ponteng kelas. Guru yang telahpun membuat
persediaan sebelum kelas akan mempunyai penguasaan terhadap ilmu yang akan
disampaikan kepada murid. Jika kita mempertimbangkan mengenai faktor
penguasaan ilmu, sebagai contoh guru yang tidak menguasai subjek yang
mengajarnya seperti matematik akan menyebabkan hilang rasa hormat dan tidak
meyakini pengajarannya. Maka murid-murid tersebut akan menimbulkan masalah
disiplin di bilik darjah seperti tidak menghormati guru, tidak memberi tumpuan
semasa guru bercakap, membuat bising dan sebagainya. Dengan berdasarkan
kepada penyataan ini jelas bahawa pendekatan akademik iaitu sebarang perubahan
dalam teknik proses pengajaran dan persediaan awal juga adalah amat berkesan
dalam menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah.
Sehubungan dengan perkara di atas, guru harus menjadikan sesi proses
pengajaran dan pembelajaran menarik serta boleh dapat objektif. Menurut
Ang(2005), strategi menangani masalah disiplin murid di sekolah perlu beralih
daripada cara mengenakan hukuman ke atas salah laku murid kepada strategi
berteraskan pendekatan instruksi yang mengandaikan pengajaran yang dirancang
5
dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan akan dapat mengelak atau setidak-
tidaknya mengurangkan kebanyakan masalah disiplin murid. Sejajar dengan
pendapat Ang di atas guru-guru hendaklah merancang proses pengajaran dan
pembelajaran yang menyebabkan murid berasa seronok untuk belajar. Guru
hendaklah menyampaikan pengajaran dengan penuh berkesan supaya ia dapat
memupuk minat murid terhadap sesuatu bidang matapelajaran. Ia adalah salah satu
punca utama dimana murid mengatakan mereka suka menghadirkan diri kelas
sesuatu guru manakala murid yang sama juga mengatakan mereka benci
menghadiri kelas guru yang lain. Guru-guru boleh mencuba kaedah pengajaran baru
dan mengadakan aktiviti tambahan. Mereka boleh menggunakan alat bantu
mengajar yang berkesan supaya murid-murid dapat memahami dengan jelas serta
menggunakan kaedah pengajaran berasaskan teknologi maklumat seperti
penggunaan LCD serta video untuk membolehkan murid lebih aktif semasa sesi
pembelajaran tidak berasa bosan.
Pada masa yang aktiviti seperti kerja kumpulan quiz menggalakkan
penglibatan aktif murid-murid dalam proses pembelajaran secara langsung. Oleh itu
seorang guru hendaklah mempelbagaikan pelbagai teknik dalam proses pengajaran
dan tidak hanya berfokus kepada kaedah tradisional. Mereka hendaklah merancang
pengajaran dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran adalah
bermakna serta sentiasa memberikan penerangan yang jelas kepada murid. Guru
boleh mengadakan pengurusan pergerakan dan pertukaran aktiviti yang cekap dan
sedia memberikan bantuan kepada murid yang menghadapi masalah atau
kebuntuan dalam pelajaran. Guru perlu memberi aktiviti yang sesuai dengan
kebolehan dan minat muridnya. Dengan ini murid akan lebih aktif semasa guru
mengajar dan tidak akan terpesong arah dalam melakukan sebarang masalah
disiplin.
Dalam mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah perkara asas ialah
untuk menggalakkan tumpuan terhadap pelajaran. Maka salah satu caranya ialah
dengan menyediakan cabaran intelektual. Kekurangan cabaran dalam pengendalian
pengajaran juga adalah sebab utama kurangnya minat dan prestasi akademik yang
rendah. Cabaran akan menggalakkan murid dan akan meningkatkan tumpuan murid
di dalam bilik darjah. Guru harus menyediakan suasana intelektual yang mencabar
semasa pengajaran di bilik darjah. Mortimore dan rakan-rakan(1988) dalam kajian
mereka mendapati murid-murid di dalam bilik darjah yang sering dicabar dan
6
dirangsang menunjukkan kemajuan yang paling memberangsangkan. Menurut
mereka guru-guru boleh mencadangkan soalan aras tinggi bagi menggalakkan
pemikiran yang serious di kalangan murid untuk menyelesaikan tugasan yang
mencabar itu. Cabaran intelektual boleh mengurangkan masalah disiplin kerana
murid teruja mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru. Apabila murid dapati
tugasan tersebut mencabar dan menarik, mereka akan memberi sepenuh tumpuan
untuk disiapkan pada masa yang ditetapkan. Walaupun begitu dalam menyediakan
cabaran intelektual guru harus mengambil kira kemampuan seluruh murid terutama
murid-murid yang lemah supaya mereka tidak ketinggalan.
Dengan ini ia jelas menunjukkan pendekatan dalam menyampaikan ilmu
harus berubah supaya murid memberi tumpuan dan mencegah daripada perbuatan
bermasalah. Perubahan dalam pendekatan akademik seperti yang dihuraikan di atas
akan membawa perubahan dalam tingkah laku murid dan mengelakkan sebarang
masalah disiplin serta dapat meningkatkan pencapaian murid dalam matapelajaran
tersebut.
Salah satu cara efektif dalam pengurusan disiplin bilik darjah ialah guru boleh
mewujudkan peraturan dan rutin tersendiri dalam mengawal tingkah laku di dalam
bilik darjah. Ia sejajar dengan model pengurusan disiplin yang dicadangkan oleh Lee
Canter. Beliau mencadangkan konsep disiplin asertif. Menurut model ini guru
mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan
memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Guru yang
bagus akan menetapkan set peraturan tersendiri pada hari pertama memasuki bilik
darjah semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Peraturan ini
mesti dipatuhi dan perlaksanaan sistem ganjaran dan hukuman dibuat dan dipantau
secara konsisten dan tegas. Ketegasan dalam menangani sesuatu masalah
menyebabkan murid mempunyai perasaan takut kepada guru mereka dan tidak
berani melakukan kesalahan disiplin di dalam bilik darjah semasa pengajarannya.
Murid-murid yang memasuki sekolah rendah harus diberi panduan untuk membantu
mereka memperkembangkan tingkah laku mereka yang diharapkan oleh pihak
sekolah. Rutin bertujuan untuk menyempurnakan sesuatu dengan sistematik, dalam
urutan(susunan) dan supaya dapat menjimatkan masa. Contoh rutin ialah
mengemaskan bilik darjah pada setiap pagi dan menghantar buku ke meja guru
selepas sesi pengajaran dan sebagainya.

7
Peraturan dan rutin bilik darjah akan mengurangkan kekeliruan dalam bilik
darjah, meningkatkan pengarahan dan masa pembelajaran, menjadi panduan
kepada murid untuk memperolehi kemahiran tingkah laku di dalam bilik darjah yang
baik,memberikan fokus kepada tingkah laku yang diharapkan, membolehkan murid
untuk menyesuaikan diri mereka terhadap harapan guru, serta membolehkan
pengajaran berfungsi dengan berjaya. Peraturan dan rutin membantu menjadikan
suasana bilik darjah yang teratur, selamat dan tenang. Peraturan dan rutin yang
asas membantu murid-murid untuk mewujudkan suasana yang kondusif untuk
pembelajaran. Rutin adalah prosedur yang diikuti dalam keadaan spesifik oleh
murid-murid supaya terdapat susunan dalam bilik darjah. Peraturan menyatakan
tingkah laku yang diharapkan daripada murid dengan cara positif untuk menjadikan
bilik darjah sebagai tempat yang sesuai dimana murid boleh belajar dengan efektif.
Dengan adanya peraturan dan rutin bilik darjah ia akan menjadi panduan kepada
murid untuk mematuhinya dan melaluinya ia mengelakkan sebarang maslaah
disiplin. Guru yang bagus akan menetapkan set peraturan tersendiri pada hari
pertama memasuki bilik darjah semasa melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Peraturan ini mesti dipatuhi dan perlaksanaan sistem ganjaran
dan hukuman dibuat dan dipantau secara konsisten dan tegas.
Selain itu, sifat kepimpinan guru dalam pengurusan bilik darjah juga akan
mengurangkan masalah disiplin di bilik darjah. Julie P. Stanford dan Barbara
S.Clement (1983) mendefinisikannya sebagai konsep pengurusan bilik darjah yang
lebih luas merangkumi disiplin murid. Hal ini meliputi segala tingkah laku guru dalam
mendidik murid menyertai dan bekerjasama dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi membina persekitaran pembelajaran yang produktif. Kecekapan
guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi
yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif serta
sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal
ini juga bukan sahaja dapat melahirkan murid yang berjaya dalam pelajaran bahkan
juga mempunyai modal insan yang tinggi. Walau bagaimanapun, sekiranya guru
gagal dalam menjalankan pengurusan bilik darjah dengan baik natijahnya akan
timbul pelbagai masalah salah laku yang dikaitkan dengan permasalahan disiplin
murid. Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik.
8
Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan
hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai
sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang wujud di bilik darjah
mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Pendekatan-
pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu
berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik
biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam
bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia
menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-
peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta
menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru
sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan
pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara
yang membawa kepada kebaikan.
Menurut Anderson (1989), pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan
adalah melibatkan murid secara maksimum dalam aktiviti pembelajaran;
meminimumkan tingkahlaku yang mengganggu tugas guru dan murid-murid lain; dan
penggunaan masa pembelajaran yang maksimum. Pendekatan yang boleh dibuat
adalah pendekatan modifikasi tingkah laku murid. Murid akan lebih
bertanggungjawab dari segi tingkah laku dalam memastikan pembelajaran yang
berkesan. Contoh yang boleh diguna pakai ialah menetapkan jadual tugasan harian
bagi memupuk sikap tanggungjawab dan mendisiplinkan murid. Secara tidak
langsung, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut jadual yang
ditetapkan. Selain itu, guru juga perlu peka dengan keadaan murid dan bilik darjah
sebelum memulakan P&P, bilik darjah perlu dibersihkan, murid membetulkan
pemakaian masing-masing dan jika perlu, memindahkan tempat pengajaran dan
pelajaran jika bilik darjah tidak kondusif untuk P&P. Maka dengan ini jelas bahawa
pengurusan bilik darjah berkesan akan mengelakkan sebarang masalah tingkah laku
atau masalah disiplin di dalam bilik darjah.
Peneguhan adalah salah satu cara mengatasi masalah disiplin. Telah
diperhatikan bahawa masalah disiplin yang teruk dapat diselesaikan dengan
menggunakan pengukuhan yang terkawal. Maka dalam hal ini, Model Modifikasi
Tingkah Laku Skinner boleh diaplikasikan dalam mengatasai salah lalu disiplin di
kalangan murid. Peneguhan positif ialah rangsangangan penting untuk
9
menambahkan kebarangkalian gerak balas murid. Peneguhan ini lazimnya
menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran. Contohnya dengan memberi
hadiah kepada murid-murid yang menunjukkan pencapaian serta tingkah laku yang
baik. Guru boleh memberi hadiah kepada murid yang berdisiplin di dalam kelas.
Selain itu Anugerah Sahsiah Murid boleh diberi kepada murid yang berkelakuan
sopan pada setiap bulan. Hadiah dan anugerah sebegini akan mendorong murid
untuk memantapkan disiplin bagi mendapat hadiah yang sama seperti rakan mereka
itu. Guru boleh memberi hadiah kepada murid yang bercaya mencapai prestasi
akdemik yang bagus. Ia akan menjadi dorongan kepada murid lain utuk berusaha
dengan lebih giat.
Peneguhan negatif adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan
kemajuan dalam suatu tingkahlaku tetapi untuk mengelak daripada berlaku sesuatu
yang tidak dikehendaki. Contohnya jika seorang murid ponteng ke kelas surat
amaran akan dikeluarkan. Surat amaran di sini merupakan peneguhan negatif.
Antara jenis peneguhan ialah peneguhan utama dan peneguhan sekunder.
Peneguhan utama terdiri daripada benda ataupun peristiwa yang memberi kesan
langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada pembelajaran bagi
kuasa peneguhan. Contohnya, hadiah. Sekiranya kanak-kanak diberikan hadiah
seperti pensel apabila berkelakuan baik akan terus berkelakuan baik kerana mereka
tahu mereka akan mendapat ganjaran itu. Peneguhan utama ini diberikan kepada
murid kerana mereka belum tahu cara bertindak apabila mendapat peneguhan
sekunder. Peneguhan sekunder ialah stimulus atau peristiwa yang
memperkukuhkan sesuatu respons melalui pembelajaran. Peneguhan ini selalunya
bersifat linguistik ataupun sosial. Contohnya pujian daripada guru, perhatian guru,
markah, senyuman daripada guru ataupun apa-apa isyarat pengiktirafan daripada
guru. Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-
kanak yang mempunyai tingkah laku yang negatif.
Ini kerana apabila hukuman dijalankan, maka tingkah laku itu akan menjadi
menjadi semakin lemah apabila hukuman dikenakan. Hukuman adalah sesuatu yang
berlainan jika dibandingkan dengan peneguhan negatif. Dalam mengatasi masalah
disiplin juga, Skinner menyarakan agar guru hendaklah mengenal pasti tingkah laku
bermasalah yang ditonjolkan oleh murid dalam bilik darjah. Selain itu beliau juga
menekankan bahawa peneguhan positif hanya diberi selepas perubahan tingkah
laku negatif kepada positif, mengikut matlamat tahap pencapaian yang ditetapkan.
10
Pada masa yang sama prinsip disiplin demokratik harus dipraktikkan oleh
guru untuk dalam mengatasi masalah disiplin yang akan timbul di kalangan murid-
murid. Menurut Model Logikal Dreikurs disiplin yang berkualiti akan terbentuk di
dalam bilik darjah yang mengamalkan demokrasi iaitu kerjasama di antara guru dan
murid dalam membuat sesuatu keputusan. Menurut model ini juga bilik darjah yang
bersifat autokratik iaitu guru berkuasa mutlak dalam bilik darjah serta bilik darjah
yang permisif hanya akan menambahkan lagi masalah dalam bilik darjah dimana
murid-murid tidak berasa puas dan berasa tertekan dengan kaedah guru tersebut.
Kaedah autokratik dan permisif boleh menyebabkan perebutan kuasa di antara guru
dan murid dan seterusnya menyebabkan konflik dalam bilik darjah. Maka amalan
demokratik dalam bilik darjah menyebabkan guru memberi kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin bilik
darjah. Dalam mengamalkan disiplin demokratik guru seharusnya menentukan
bahawa murid telah memahami semua peraturan dan rutin bilik darjah. Selain itu
beliau juga harus memastikan bahawa murid-murid sedar mengapakah peraturan
dan rutin bilik darjah sebegitu diwujudkan. Guru bertugas untuk kelas tahap rendah
seperti darjah 1, darjah 2 dan darjah 3 pula hendaklah memberitahu tentang
peraturan-peraturan bilik darjah dan memastikan murid supaya mematuhinya.
Sebagai seorang pemimpin atau guru yang demokratik di dalam bilik darjah
jika seorang murid melakukan sebarang kesalahan pada masa pertama mereka
seharusnya diberi teguran, amaran, perbincangan & penjelasan mengenai akibat jika
kesalahan diulang. Dengan ini murid serba sedikit akan memahami tentang
keperluan tingkah laku positif dan akan cuba mengelakkanya. Ia akan memberi
masa kepada murid dan peluang untuknya untuk berfikir supaya berkelakuan serta
menampilkan disiplin diri yang baik pada masa hadapan. Pada masa yang sama,
guru berusaha mencari punca berlakunya masalah disiplin. Contohnya jika terdapat
pergaduhan di antara dua orang murid di dalam bilik darjah guru hendaklah mencari
punca mengapakah pergaduhan tersebut berlaku. Mereka seharusnya menyiasat
murid-murid yang terlibat dan berusaha mendapatkan perkara sebenar dalam
menangani kes-kes seperti di atas. Selain itu guru hendaklah mengelakkan tindakan
menjatuhkan air muka murid dikhalayak murid lain. Tindakan sebegitu hanya akan
membawa kepada masalah emosi. Dalam mengamalkan disiplin demokratik jika
melakukan kesilapan guru seharusnya memohon maaf. Guru harus memberikan
denda yang adil kepada murid yang melakukan kesilapan. Layanan yang sama
11
harus diberikan kepada setiap anak murid tanpa mengira sebarang faktor asing. Ini
kerana terdapat guru-guru yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam memberi
denda kepada murid terutamanyu murid yang bijak dan pandai. Oleh itu sikap pilih
kasih sebegitu haruslah dielakkan.
Seterusnya, suasana bilik darjah yang harmonis dan kondusif amat perlu
kerana ia mempengaruhi sosio emosi murid-murid. Antara faktor‐faktor yg perlu
dipertimbangkan ruang, sumber, alam sekitar, proses, prosedur & rutin, aktiviti
pembelajaran & sudut pembelajaran dan pergerakan dan perjalanan serta ada ruang
pembelajaran, simpan bahan, pameran kerja murid dan lain-lain lagi. Bilik darjah
yang kondusif akan menggalakkan proses pembelajaran yang aktif di kalangan
murid dan menanamkan minat terhadap pelajaran. Persekitaran bilk darjah yang
bersih dan indah dapat menimbulkan nilai-nilai kebersihan dan rohani dan jasmani di
kalangan murid, di samping dapat menyemai semangat kerjasama dan
bertanggungjwab. Semasa masa lapang murid-murid boleh diberi tanggungjawab
menjaga kebersihan bilik darjah masing.
Salah satu ciribilik darjah yang kondusif ialah mempunyai sudut bacaan yang
menarik. Bahan-bahan bacaan yang menarik murid seperti yang berkaitan dengan
pengetahuan am atau yang berkaitan dengan sesuatu matapelajaran boleh ditampal
di sudut bacaan untuk mewujudkan masyarakat yang rajin dalam usaha menimba
ilmu. Guru kelas atau guru yang bertanggungjawab kepada matapelajaran tersebut
pula boleh menanyakan sebarang soalan berdasarkan maklumat yang ditampal di
sudut bacaan. Murid yang berjaya menjawab jawapan yang betul harus diberi
hadiah. Dengan ini ia akan menggalakkan murid-murid untuk meluangkan masa
lapang mereka dengan aktivii yang berfaedah. Jika aktiviti sebegitu diamalkan sudah
tentu murid akan berusaha memanfaatkan sudut bacaan di bilik darjah semasa
ketiadaan guru di dalam kelas. Maka apabila murid meluangkan masa seperti yang
dihuraikan di atas kebanyakkan masalah disiplin akan berkurang.
Dalam mewujudkan pengurusan bilik darjah yang kondusif pengurusan fizikal
amat penting. Susunan tempat duduk murid harus diambil kira kerana susunan yang
tidak menarik seperti ruang yang amat luas akan menyebabkan masalah disiplin di
dalam bilik darjah. Susunan tempat duduk murid boleh dibentuk berdasarkan
barisan, bulatan dan sebagainya. Perkara paling penting ialah laluan pergerakan
murid mencukupi. Pada masa yang sama guru harus memastikan bilangan murid

12
dalam kumpulan adalah dalam jumlah tertentu dan ia disesuaikan dengan bahan
yang ada. Contohnya apabila guru merancang untuk mengadakan aktiviti kumpulan
dan jumlah murid yang banyak berada dalam sesuatu kumpulan hanya masalah
bising akan timbul apabila murid saling membincang antara satu sama lain. Oleh itu
jumlah murid dalam sesuatu kumpulan harus dihadkan dan seorang ketua boleh
dilantik untuk mengawal kumpulan tersebut supaya murid-murid terkawal.
Kedudukan meja guru juga merupakan aspek penting dalam penyusunan
fizikal bilik darjah. Kedudukan meja guru haruslah strategik supaya guru dapat lihat
keseluruhan kelas dan dapat mengawasi murid. Selain itu, jika terdapat
pembahagian murid mengikut kemampuan contohnya kumpulan yang melibatkan
murid-murid yang bermasalah atau lemah maka kedudukan meja guru haruslah
dekat dengan kumpulan tersebut. Ia akan menyebabkan pengawasan yang mudah
dan melaluinya guru boleh memberikan bimbingan dengan serta merta dan dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut dengn cepat.
Peter Mortimore(1995) yang merupakan seorang guru dan penyelidik dan bekas
pengarah Institut Pendidikan, Universiti London mengatakan bahawa tahap kawalan
diri yang tinggi di kalangan murid menyumbang kepada bilik darjah yang unggul
manakala bunyi bising dan pergerakan murid berlebihan menggangu tumpuan
pembelajaran murid. Oleh itu kedudukan bilik darjah seperti yang berdekatan
dengan jalan raya hendaklah diubahsuai.
Dalam menangani masalah disiplin guru hendaklah meletakkan harapan
tinggi terhadap murid-muridnya. Apabila guru menetapkan sasaran pencapaian
murid yang tinggi, dan memaklumkan harapan ini kepada muridnya dan
menyediakan pengajaran yang mencabar dan menarik dapat memperoleh
pencapaian yang lebih tinggi. Maka dengan ini harapan yang tinggi boleh diterapkan
dalam hal pengurusan disiplin. Guru harus menyatakan dengan jelas harapan beliau
kepada murid-muridnya seperti menepati masa ke kelas selepas waktu rehat,
menyiapkan tuhasan yang diberikan, menjaga kekemasan diri, menjaga kebersihan
bilik darjah serta mematuhi rutin dan peraturan-peraturan bilik darjah. Guru harus
menyatakan harapan beliau terhadap murid-muridnya melalui interaksi yang
berkesan. Contonnya apabila menyatakan harapan beliau kepada anak-anak
muridnya guru seharusnya menggunakan pujian dan galakkan serta memotivasikan
mereka. Guru hendaklah menyatakan harapannnya terhadap tingkah laku murid

13
dengan jelas supaya murid-murid tidak dapat menggunakan alasan yang mereka
tidak mengetahui tindakan mereka adalah salah dan melanggar peraturan.
Pembelajaran koperatif adalah salah satu cara yang dikenalpasti efektif dalam
menangani masalah disiplin di kalangan murid-murid. Murid-murid tidak harus
bertanggungjawab terhadap prestasi mereka sendiri , malah mereka juga harus
mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap rakan-rakan lain di dalam bilik darjah
mereka yang berhadapan dengan masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran
koperatif melibatkan murid dalam pembelajaran kendiri serta juga belajar dengan
rakan sebaya mereka. Dr. Linda Albert yang mencipta model displin koperatif
bersetuju bahawa murid dapat belajar daripada satu sama lain jika mereka
dibenarkan bekerjasa atau berinteraksi di dalam kelas. Dengan amalan
pembelajaran koperatif murid akan sedar akan keperluannyan di dalam bilik darjah
dimana mereka diperlukan dalam kumpulan tersebut.
Oleh itu dengan menggalakkan koperasi di kalangan murid-murid ia akan
membawa kesan positif di dalam tingkah laku di mana koperasi dengan murid yang
pelbagai yang berbeza dari segi kepandaian, cara berifikir , serta kebijaksanaan
akan mempengaruhi minda seorang murid yang bermasalah tingkah laku atau yang
selalu menimbulkan masalah. Apabila murid yang selalu membawa masalah disiplin
koperasi dengan murid yang bijak pandai maka murid yang pandai itu akan
mempengaruhi tingkah lakunya dimana kejayaan sesuatu kumpulan bergantung
pada semua ahli kumpulan. Secara tidak langsung melalui pembelajaran koperatif
murid yang bermasalah dipaksa untuk berusaha dalam tugasan yang diberikan
untuk menghasilkan prestasi yang bagus. Pembelajaran koperatif dalam bilik darjah
boleh ditingkatkan melalui kerja kumpulan dan juga melalui penyusunan fizikal bilik
darjah. Sebuah kumpulan boleh dibentuk dimana murid-murid yang bermasalah
disiplin ditempatkan dalam kumpulan murid cerdik pandai supaya bimbingan melalui
rakan tersebut akan membawa perubahan dalam tingkah laku murid tersebut. Dalam
situasi sebegini juga murid-murid akan dicabar di antara satu sama lain dalam
menghasilkan prestasi yang bagus dan saling belajar berdasarkan pengalaman
masing-masing.
Langkah seterunya yang boleh diambil dalam membendung masalah disiplin
di dalam bilik darjah ialah guru hendaklah meningkatkan nilai kendiri di kalangan
murid-murid. Murid-murid yang merasa baik tentang diri mereka nampaknya
mempunyai masa yang lebih mudah dalam pengendalian konflik dan menolak
14
tekanan negative yang mendorong kepada tingkah laku yang bermasalah. Antara
salah satu faktor yang mempengaruhi nilai kendiri seseorang ialah layanan yang
diterimanya daripada orang lain.
Maka guru hendaklah memberikan layanan yang baik melaui amalan budaya
penyayang kepada murid-muridnya dalam mengembangkan nilai kendiri yang positif
dan unggul di kalangan murid-murid. Murid seharusnya merasakan yang guru-guru
menghormatinya, memahami perasaannya dan mengambil tindakan bagi memenuhi
keperluannya. Seperti yang diterangkan awal hubungan rapat antara guru dan murid
dapat meningkatkan nilai kendiri murid-murid. Berdasarkan kepada kebanyakkan
pengalaman guru ruang kelas yang dikendalikan dengan baik berkembang apabila
anak murid merasa selesa dengan diri sendiri. Masalah disiplin berkurang dan
proses pembelajaran meningkat apabila murid mempunyai nilai kendiri yang positif.
Beberapa murid, sayangnya, tidak datang ke sekolah dengan nilai kendiri. Oleh itu
guru boleh memberikan peluang kepada murid-murid tersebut untuk menunjukkan
bakat mereka, untuk melakukan sesuatu tugasan dan menerusi pelbagai kaedah
dalam mengembangkan nilai kendiri di dalam mereka. Antara teknik dalam
meningkatkan nilai kendiri murid-murid ialah dengan menggunakan unsur humor,
memberi penghargaan dan pujian kepada murid serta kerap mengadakan
perjumpaan di bilik darjah.
Kita telah melihat pelbagai langkah dalam mengatasi masalah disiplin di
dalam bilik darjah. Walau apapun langkah-langkah itu dipraktikkan adalah menjadi
tanggungjawab yang penting untuk memastikan sama ada langkah-langkah tersebut
berkesan atu tidak. Oleh itu guru hendaklah melakukan pemantauan yang
berterusan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku murid untuk membendung
masalah disiplin. Pemantauan melibatkan proses memerhati atau menyemak
sesuatu perkara dari semasa ke semasa supaya hasilnya memuaskan atau
memenuhi kehendak yang diingini. Urusan pengawalan disiplin murid yang tidak
dipantau tidak akan membwa sebarang perubahan dan perubahan yang terhasil
dalam tingkah laku murid mungkin berkekalan dalam jangka masa yang pendek
sahaja. Contoh pemantaun ialah guru harus memerhatikan terhadap perubahan
dalam tingkah laku selepas sesuatu langkah diaplikasikan. Murid yang telah dijumpa
dan diberi peneguhan atau teguran harus diperhatikan sama ada adakah terdapat
perubahan dalam tingkah lakunya atau murid tersebut masih berkelakuan sama.
Menurut Emmer dan Rakan-rakan (1989), pemantauan ke atas penglibatan setiap
15
murid di dalam aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran serta kepatuhan
mereka ke atas peraturan yang ditetapkan haruslah berterusan agar ia menjadi satu
tabiat yang positif. Dengan ini, bilik darjah sentiasa menjadi tempat yang kondusif
untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara kesimpulannya dapat mengatakan bahawa tugas mengatasi masalah


disiplin amat bergantung kepada kemahiran guru sebagai pengurus. Guru harus
menguasai kemahiran pengurusan disiplin bilik darjah bagi menghasilkan suasana
bilik darjah yang teratur dan membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang optimum. Melalui langkah-langkah yang dicadangkan di atas akan dapat
meningkatkan kawalan diri masing-masing di kalangan murid-murid yang seterusnya
membawa kepada tahap disiplin yang tinggi di peringkat sekolah.

16
1. Abdullah Sani Yahaya. (2006) Mengurus Disiplin Pelajar. Selangor : Nightingale
Printing Sdn. Bhd.

2. James Ang Jit Eng. (2007) Pengurusan Disiplin Murid. Selangor: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

3. Simon Brownhill. (2006) 101 Essential Lists On Managing Behaviour In The Early
Years. London: Continuum International Publishing Group Production.

4. Mok Soon Sang. (2008) Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Ipoh:
Penerbitan Muntimedia Sdn. Bhd.

5. C.M Charles. (2005) Building Classroom Discipline. Canada: Pearson Education,


Inc.

6. Charles H. Wolfgang. (2005) Solving Discipline and Classroom Management


Problems. Canada: John Wiley & Sons, Inc

17

Anda mungkin juga menyukai