6 - Surat Akuan Pemohon

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 1

SURAT AKUAN / AKUJANJI PEMOHON

Saya ……………………………..……………………… (No. K/P ………………………………….…….)


Seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di
……………………………………………………..…………………………….........................................
dengan ini mengakui dan berikrar seperti berikut :-

§ Saya adalah pemohon Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang diberi kebenaran ke
atas tanah berdaftar bagi hakmilik
……………………………………………………………………..…… Mukim………………………
Negeri………………………(‘’hartanah tersebut’’) seperti di lampiran;

§ Atas permohonan saya kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (‘’SPNB’’), pihak SPNB
telah bersetuju untuk membina satu unit rumah di atas hartanah tersebut di bawah Program
Rumah Mesra Rakyat (RMR);

§ Permohonan saya diluluskan oleh pihak SPNB berdasarkan syarat bahawa satu gadaian
hendaklah didaftarkan ke atas hartanah tersebut sebagai sekuriti bagi baki jumlah harga
kontrak yang akan dibiayai oleh pihak SPNB;

§ Seterusnya, saya dengan ini mengisytiharkan dan mengakui bahawa tanah yang saya
tunjukkan dan serahkan kepada SPNB bagi tujuan pembinaan rumah adalah hartanah yang
sama seperti yang tertera di dalam surat tawaran saya bagi Program Rumah Mesra Rakyat
(RMR);

§ Saya dengan ini mengetahui bahawa adalah menjadi satu kesalahan sekiranya saya
membuat pengesahan, deklarasi, perisytiharan, nyataan, waad dan akuan palsu kepada
pihak SPNB yang mengakibatkan pihak kontraktor yang dilantik oleh SPNB membina rumah
di atas tanah yang berlainan;

§ Saya juga mengetahui bahawa saya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3)
tahun dan denda di bawah seksyen 199 Kanun Keseksaaan yang dibaca bersama dengan
Seksyen 193 Kanun Acara Jenayah.

Dan saya membuat akuan ini dengan penuh kepercayaan bahawa segala yang disebut di atas
adalah benar dan mengikut kehendak Akta Akuan Berkanun 1960.

Diikrarkan oleh

Nama : )
No.K/P : ) .………………………………………..
Pada ) (Tandatangan)
Di )

Dihadapan.

…………………………………………
PESURUHJAYA SUMPAH

Anda mungkin juga menyukai