KERTAS KERJA - Bola Sepak

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

PERSATUAN KELAB BOLA SEPAK VETERAN NYALEH FC,

KAMPUNG NYALAS, 77100 ASAHAN, MELAKA


NO. TEL : 012-6822413 (apek) / 011-53123668 (camat)
__________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BOLA SEPAK VETERAN 9 SEBELAH PIALA PUSINGAN YB DUN ASAHAN ANJURAN
KELAB BOLA SEPAK VETERAN NYALEH FC

1.0 PENGENALAN

Bola Sepak sebagai sukan nombor satu dalam kalangan masyarakat setempat terutamanya
golongan muda. Sukan ini mempunyai keistemewaannya tersendiri yang boleh dilihat dari berbagai
sudut. Bola sepak mempunyai sejarah tersendiri yang begitu sinonim dengan perjuangan, semangat
cintakan negara, perpaduan dan persahabatan yang mantap untuk menghasilkan keputusan yang
membanggakan.

Kelab Veteran Nyaleh FC mempunyai perspektifnya tersendiri terhadap permainan bola


sepak ini. Konsep dan falsafah bola sepak ini boleh diterjemahkan bagi memantapkan
perpaduan, jati diri, kemampuan mengurus, ketenangan, kesabaran, ketabahan dan melahirkan
pemain yang mempunyai fizikal dan minda yang sihat demi meneruskan inspirasi dan cita-cita
Negara.

2.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

2.1 Melahirkan masyarakat yang sihat fizikal dan sihat mental.

2.2 Membina, memupuk dan mempertahankan semangat kekitaan dan kekeluargaan dalam kalangan
masyarakat setempat

2.3 Membina, memupuk dan melahirkan masyrakat yang kuat fizikal dan jatidiri, mampu bersaing
dan menghadapi sebarang bentuk cabaran dan ancaman daripada sesiapa juga.

2.4 Mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan penduduk setempat. Adalah diharapkan
matlamat yang lebih penting adalah dapat menjalankan aktiviti dengan budaya Kelab Bola
Sepak Veteran Nyaleh FC supaya ahli kelab dapat menjadi sebuah pergerakan yang mantap hasil dari
muafakat dan perkongsian pendapat serta tenaga.

3.0 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BOLA SEPAK VETERAN 9 SEBELAH PIALA PUSINGAN
YB DUN ASAHAN ANJURAN KELAB BOLA SEPAK VETERAN NYALEH FC.

4.0 TARIKH, MASA, DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 12/03/2022 ( SABTU )

Masa : 8.00 Pagi Hingga Selesai


Tempat: PADANG AWAM NYALAS, ASAHAN, MELAKA

5.0 HADIAH DAN CENDERAMATA

JOHAN : PIALA PUSINGAN + MEDAL + RM500

NAIB JOHAN : MEDAL + RM300

KE-3 : MEDAL + RM200

KE-4 : MEDAL + RM100

6.0 URUSETIA

Rujuk Lampiran 1

7.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

7.1 Ketetapan umur pemain hendak 38 tahun ke atas.

7.2 Pemain yang berumur 38 tahun, yang dibenarkan berada di atas padang hanya 2 orang sahaja.

7.3 Pemain hendaklah telah lengkap sekurang-kurangnya 2 dos VAKSIN.

7.4 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah sebanyak RM150.

7.5 Bilangan pemain adalah seramai 15 orang sahaja.

7.6 Tempoh pertandingan bagi setiap pasukan adalah selama 15-20 minit sahaja. Bergantung kepada
pengadil perlawanan.

8.0 JADUAL PERLAWANAN

Akan disediakan oleh JK Pertandingan dan akan diedarkan selewat-lewatnya sebelum perlawanan.

9.0 ANGGARAN KOS

Rujuk Lampiran 2

10.0 PENUTUP

Memandangkan pertandingan begini adalah pertama kali dilaksanakan oleh Kelab Bola Sepak
Veteran Nyaleh FC pada tahun 2022, amat besar maknanya kepada kelab ini. Maka adalah
wajar mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan pertandingan ini.

Disediakan oleh :

….…..….……………………..
( EN. ANIS BIN MD TAHIR )
SU Kelab Bola Sepak Veteran Nyaleh FC.

LAMPIRAN 1

- AHLI JAWATAN KUASA INDUK PERTANDINGAN -


PENASIHAT :

EN. JAROSI BIN JUMAAT

PENGERUSI :

EN. RAMLAN BIN TOMPANG

NAIB PENGERUSI :

EN. SHAIFULNIZAM BIN JUHARI

SETIAUSAHA :

EN. ANIS BIN MD TAHIR

NAIB SETIAUSAHA :

EN. MUHAMAD ABAS BIN SAIDI

BENDAHARI :

EN. NAZELMIZAR BIN JAMALUDIN

AHLI JAWATAN KUASA :

AJK PENDAFTARAN / URUS SETIA


EN. ADIB BIN MD LASA

AJK PERALATAN
EN. NOOR ZHAFRAN BIN RAMLAN

AJK PERSEDIAAN TEMPAT


EN. KHAIRUN AFFIEMI BIN ZAHARI

AJK MAKANAN
EN. MUHAMMAD TAQIUDIN BIN YAAKOP@AQI
EN. MUHAMMAD AFEIF
LAMPIRAN 2

KEPERLUAN DAN KOS

BIL. KEPERLUAN KUANTITI KOS/UNIT JUMLAH (RM)

1. PENGADIL PERLAWANAN 3 3X100 300

2. KHEMAH 1 1X150 150

3. PA SISTEM 1 1X110 110

4. MEDAL 60 60X8.50 510

5. PIALA PUSINGAN 1 1X100 100

6. AIR MINERAL 10 10X10 100

7. PERALATAN URUS SETIA – A4, PEN, 5 5X10 50


MANILA KAD
8. HADIAH BERUPA SUMBANGAN WANG - - 1100

JUMLAH KESELURUHAN 2420

Anda mungkin juga menyukai