Tajdid Dan Me Persamaan Dan Perbezaan

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 17

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAJDID DAN MODENISME

ISI KANDUNGAN HALAMAN

PENDAHULUAN 2

PENGENALAN TAJDID 3

DEFINISI TAJDID 3-6

FUNGSI TAJDID 6

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN TAJDID 7

CIRI-CIRI DAN SIFAT MUJADID 7-8

DEFINISI MODENISASI 8-9

SEJARAH MODENISASI 9-12

MODENISASI MENURUT ISLAM 13-14

TUJUAN MODENISME 14

KESIMPULAN 15

BIBLIOGRAFI 16

1
PENDAHULUAN

Tajdid dan modenisme adalah dua istilah yang besar dan mempunyai pengertian
yang berbeza dalam sejarah jatuh bangun tamadun umat Islam. Cabaran sentiasa muncul
mengikut tahap-tahap perkembangan dan perubahan. Perubahan berlaku samaada dalam
bentu vertical atau pun horizontal. Akhir-akhir ini muncul persoalan mengenai tajdid di
dunia Islam. Di seluruh dunia memang banyak istilah yang dipakai dalam pengertian ini
yang semuanya membawa erti yang lebih kurang sama dan berkaitan. Ada yang
mengatakan membawa maksud pembaharuan, modenisasi, pemurnian dan banyak lagi
pengertian lain. Hal ini akan membawa satu salah faham terhadap pengertian tajdid dan
modernisme yang sebenar dan akhirnya akan membawa satu kepincangan dikalangan
umat Islam khususnya.
Buat masa ini punca masalah kemunduran umat Islam telah di kenal pasti oleh
tokoh-tokoh pemikir Islam semasa pada asasnya adalah krisis pemikiran. Mungkin inilah
yang diisyaratkan lebih awal oleh firman Allah:

ُ ‫س ِه ْم َوإِ َذا أَ َرا َد هَّللا‬


ِ ُ‫لَهُ ُم َعقِّبَاتٌ ِمنْ بَ ْي ِن يَ َد ْي ِه َو ِمنْ َخ ْلفِ ِه يَ ْحفَظُونَهُ ِمنْ أَ ْم ِر هَّللا ِ إِنَّ هَّللا َ اَل يُ َغيِّ ُر َما بِقَ ْو ٍم َحتَّى يُ َغيِّ ُروا َما بِأ َ ْنف‬
)11( ‫سو ًءا فَاَل َم َر َّد لَهُ َو َما لَ ُه ْم ِمنْ دُونِ ِه ِمنْ َوا ٍل‬ ُ ‫بِقَ ْو ٍم‬

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari
belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah
Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah
menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan
kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan
apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan
melindungi mereka selain daripadaNya.
Surah al-Ra’d: 11
Oleh itu, dis ini akan menjelaskan maksud sebenar penggunaan Istilah tajdid dan
modernisme secara mendalam dan konsep yang dibawa oleh keduanya mengikut
pandangan beberapa ulama’ dan pandangan umum. Demikian akan memberi kepahaman
secara jelas dan terang mengenai perbezaan dan persamaan ‘tajdid dan modenisme’

2
PENGENALAN TAJDID

Tajdid ialah suatu proses pembaharuan dalam umat Islam, yang mengeluarkan
umat Islam dari kepincangan kepada kondisi yang lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang. Konsep tajdid ini merupakan senjata kekuatan umat Islam sejak zaman
berzaman, di mana, setiap kali umat Islam mengalami kemunduran, maka Allah s.w.t.
akan melahirkan individu atau golongan dalam umat Islam, yang sanggup menggadaikan
hidup mereka demi membaik pulih umat Islam dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh umat Islam.
Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:

‫ان هللا يبعث لهذا األمة على راس مائة سنة من يجدد لها دينها‬

"Allah s.w.t. akan mengutuskan bagi umat ini (umat Islam), setiap seratus tahun orang
yang akan memperbahrui (tajdid) agamanya (agama umat Islam."
(Hadis riwayat Abu Daud, Al-Hakim, Al-Baihaqi, Al-Hasan bin Sufian,
Al-Bazzar, At-Tabrani, Abu Nu’aim dan sebagainya)1.

DEFINISI TAJDID

Tajdid menurut Kamus Dewan membawa maksud ‘Menghidupkan kembali ajaran


Rasulullah s.a.w. yang semakin ditinggalkan akibat amalan bidaah’. Dalam bahasa Arab
pula, ia bermaksud ‘Mengembalikan semula sesuatu kepada bentuk asalnya setelah ia
rosak atau hilang bentuk keaslian tanpa mengurangkan apa-apa darinya atau
menggantikannya dengan yang lain’.2

Selain itu, pendapat yang agak tegas ialah yang mengatakan tajdid dengan
maksud yang sebenar ialah “ memurnikan Islam dari noda-noda jahiliayah kemudian
berjuang memperbetulkan dengan ikhlas untuk menghidupkan Islam.

Kalimah tajdid adalah istilah Islam. Ia diambil dari kalimah Bahasa Arab kerana
Islam dibangkitkan dikalangan masyarakat Arab. Rasulullah saw juga berbangsa Arab,
selain itu al-Quran dan Sunnah yang menjadi sumber utama umat Islam juga dalam
Bahasa Arab. Berdasarkan penyataan itu adalah wajar perbahasan mengenai definisi
tajdid dirujuk kepada Bahasa Arab. Penggunaannya di dalam al-Quran dan hadis
Rasulullah saw.

1
‘Abul Ala Al Maududi. (1988) Gerakan Tajdid Islami. Kuala Lumpur. Pustaka Ihkwan. Hlmn: 39
2
Teuku Iskandar (1991). Kamus dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn:
267

3
Dari sudut bahasa kalimah ‘jaddada (‫ )جدد‬bermaksud “ membaharukan sesuatu
hingga ia menjadi baru”, berasaskan ini tajdid dari sudut asal pengertian Bahasa Arab
ialah sesuatu yang diperbaharui itu semestinya melalui tiga peringkat.3
1. Sesuatu yang diperbaharui itu mestilah sedia wujud, hidup, dan manusia yang
hidup dengannya.
2. Ia rosak dan tercemar setelah berlalunya masa.
3. Sesuatu yang telah kotor itu diperbaharui iaitu dimurnikan semula.

Manakala dari sudut menggunaannya di dalam al-Quran pula, tidak terdapat ayat
al-Quran yang menggunakan lafaz jaddada atau tajdid. Walaubagaimanapun terdapat
ayat-ayat al-Quran yang menggunakan lafaz ‘jadid (‫)جديد‬, kebanyakkan ayat-ayat ini
merujuk kepada proses kehidupan yang dilalui oleh manusia iaitu penciptaan yang hidup
di dunia, kemudian menghadapi kematian dan dikebumikan di dalam tanah ini, jika tajdid
dirujuk kepada penggunaan lafaz jadid dalam al-Quran, maka ia memberi erti peringkat
yang dilalui oleh proses pembaharuan iaitu penciptaan, mati dan ahkirnya dibangkitkan
dan dihidupkan kembali.

Dari sudut penggunaan dalam hadith pula, terdapat hadith-hadis yang


menggunakan ungkapan tajdid seperti dalam hadis berikut:

‫ا ن األيمان فى جوف أجدكم كما بخلق الثوب فأسألوا هللا تعالى أن يجدد األيمان في قلوبكم‬

Maksudnya : sesungguhnya iman yang terdapat dalam diri seseorang itu seperti sehelai
pakaian yang digunakan, maka mintalah kepada Allah ta’ala untuk diperbaharui iman
dalam hati kamu

‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم صردوا ايمانكم قيل‬: ‫روي عن أحمد بن حنبل عن أبي هريرة رضى هللا عنه قال‬
‫يا رسول هللا وكيف تجدد ايماننا ؟ قال اكثروا من قول ال اله اال هللا‬

Maksudnya : ‘ diriwayatkan oleh Ahmad bin Hambal dari Abu hurairah katanya bahawa
Rasulullah saw besabda: “ perbaharuilah iman kamu” para sahabat bertanya, “
bagaimana untuk memperbaharui iman kami?” jawab rasulullah katanya “
perbanyakkanlah menyebut “ tiada tuhan disembah melainkan Allah”

Dalam dua hadith diatas memperlihatkan dua pengertian yang berkaitan istilah
tajdid. Di peringkat awal iman yang terdapat dalam diri seseorang insan mengikat
tindakan dan perbuatan seseorang selari dengan tuntutan dan nilai iman.
Walaubagaimanapun dalam tempoh masa, hasil dari pengaruh luar dan dalaman manusia
menyebabkan nilai iman dalam diri manusia menjadi luntur. Dalam perkembangan dan
perubahan yang demikian , iman dalam diri perlu di perbaharui dan dalam hadith kedua
rasulullah telah menjelaskan antara proses pembaharui iman iaitu melalui amalan
zikrullah.

3
Drs. A. Munir, Drs. Sudarsono. S.H ( 1994). Aliran Modern Dalam Islam. Jakarta.PT Rineka Cipta.
Hlmn:7

4
Dari segi istilah terdapat beberapa definisi tajdid sama ada yang dikemukakan
oleh golongan salaf maupun sarjana Islam kontemporari. Keterangan- keterangan
mengenai tajdid yang dikemukakan oleh ulama’ salaf dalam dilihat dalam kitab-kitab
hadith, syarah hadith serta kitab-kitab terajun (biografi tokoh).

Di samping itu juga terdapat rangkap-rangkap syair yang memuatkan nama-nama


tokoh mujadid abad pertama, kedua dan ketiga. Antara pengertian tajdid yang
dikemukakan oleh sumber-sumber berkenaan ialah kebangkitan dan pengembalian,
penyebaran ilmu, ijtihad dan usaha membezakan antara sunnah dan bid’ah4

Pengertian tajdid sebagai kebangkitan dan pengembalian jelas daripada kenyataan


Abu sahl al Sa’lakiy (w.387H) “ Allah mengembalikan agama ini setelah ia hilang iaitu ia
menghadirkannya kembali bersama ahmad ibnu hambal (780-851H). abu hasan al-asyhari
(878-935) dan Abu Mulaym astrabadhi (242-323H)
Tambahan lagi, kenyataan al- alqami dalam syarahannya sebagaimana dalam
syarahan yang dimuatkan dalam Awn al-manbud yang mengertikan tajdid al-din sebagai
usaha menghidupkan kembali praktik menurut al-Quran dan Sunnah tidak dilakukan lagi
dan mengarah agar kedua sumber itu dituruti. Tajdid juga dterima sebagai usaha
penyebaran ilmu yang diterima oleh kalangan salaf yang bersih daripada sebarang
penyelewengan dari generasi ke generasi dapat di lihat daripada keyataan ibu khathir
(701-774h)5
“ suatu kelompok ulama mengatakan bahawa yang besar mengenai hadith tersebut
(hadith tentang tajdid ) adalah mencakupi semua individu daripada kalangan ulama pada
masa kini yang jika dilakukan merupakan fardu kifayah dalam menyebarkan ilmu.
Tambahan lagi tajdid dapat diertikan sebagai ijtihad ulama’ terhadap persoalan semasa.
Selain itu ia juga usaha membezakan antara sunnah atau bid’ah seperti yang dikatakan
oleh Awn al Ma’dud
Menurut ulama’ salaf tajdid dapat disimpulkan sebagai usaha untuk
menghidupkan , mebangkitkan serta mengembalikan pahaman dan penghayatan utama
terhadap agama sejajar dengan masa salaf terdahulu. Keperluannya adalah agar ketentuan
sesuatu hukum agama dapat dilaksanakan dan mendominasi setiap aspek kehidupan serta
penghayatan terhadap praktik-praktik dalam agama terus di semaikan. Disamping itu
tajdid juga usaha ijtihad bagi menangani setiap persoalan yang membangkitkan pada
setiap masa. Melalui makanisma ijtihad segala ketentuan hukum dapat dijelaskan dan
sekaligus memperlihatkan luasnya dimensi agama sebagai penyelesai masalah umat.
Tajdid juga adalah usaha membezakan apa yang berasal daripada agama dan yang
berkaitan dengannya, membersihkan agama daripada penyelewengan dan bid’ah meluas
kerana faktor dalaman dan luaran6
Menurut K.H Ahmad Sidiq bahawa tajdid lebih banyak mengandungi pengertian
‘memulihkan’ sesuatu kepada keadaan semula( ketika masih baru sebelum terkena karat)
bukan bererti menggantikan sesuatu yang lain dengan sesuatu yang baru. Oleh itu tajdid

4
Noor Amali bin Mohd daud. ( 1999). Tajdid Fikri: analisis pemikiran Syeikh Muhammad Al-ghazali.
Kuala Lumpur. Akedemi pengajian Islam, Universiti Malaya. Hlmn: 14
5
Ibid. Hlmn: 15
6
Ibid. hlmn: 17

5
tidak boleh diertikan sebagai sesuatu yang baru tetapi pembaharuan atau pemulihan,
manakala mujadid adalah pembaru atau pemulih.7
Al-Qardawi menjelaskan tentang tajdid yang mana menurutnya tajdid dapat
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu bentuk material dan maknawi. Dari segi bentuk
material ialah memperbaharui binaan bangunan, rumah, masjid dan sebagainya, ia tidak
bermakna meruntuhkan tetapi membina semula dengan binaan yang lebih elok dan
kukuh. Manakala dari segi bentuk maknawi ialah tajdid agama yang mencakupi
pemahanan dan penghayatan terhadap agama yang diistilahkan sebagai tajdid fikri.8
Daripada kenyataan-kenyataan dan mengertian jelas tajdid terangkum di
dalamnya unsur-unsur tajdidd iaitu usaha memperbaharui sesuatu, membangkitkan
kembali, mengembalikan asalnya, menjernihkan serta memisahkan kembali antara
sunnah dan bukan sunnah, memulihkan sesuatu yang rosak, justeru itu tajdid adalah
istilah mudahnya pembaharuan pemikiran, pemgembalian kembali terhadap agama yang
berlandaskan ajaran yang utama al-Quran dan Sunnah.
Secara amnya kita semua bersetuju maksud tajdid itu ialah memperbaharui
semula aqidah, amalan dan semangat agama yang mana-mana telah luntur agar segar
kembali berdasarkan aqidah, amalan dan semangat agama yang ada pada zaman
Rasulullah SAW dan salaf as-soleh.

FUNGSI TAJDID
1. Al-I’aadah iaitu pemulihan kembali ajaran-ajaran Islam dari pemcemaran
budaya yang mengotorkan kebenaran, kesempurnaan dan kemurnian Islam.
2. Al- Ibaanah iaitu membezakan dan memisahkan ajaran dan nilai-nilaiIslam dari
segala macam ajaran dan nilai-nilai yang menyimpang dan menggangu Islam
3. Al-Ihya’ iaitu pendinamisasian hidup dan semangat islam hingga mampu
memahami dan memberi jawapan yang tepat, dalam menghadapi perubahan
dan perkembangan masyarakat dan kemajuan ilmu pengetahuan seta teknologi

Tajdid juga merupakan sistem pembetulan terhadap penyusupan ajaran


dan nilai yang mengamcam kesucian Islam, seperti intervenci pemikiran (al-
ghazwul fikri) dari luar Islam mahupun deviasi ( penyimpangan) yang timbul dari
dalam Islam sendiri
Dengan fungsi tersebut tajdid akan akan berhasil menjadiakan agama
Islam selalu kembali bersih , bersih jernih dan lurus. Setiap kali terjadi kekeruhan
dan penyimpangan. Denagn kembali kepada jalan yang benar Islam dapat
menghadapi perkembangn zaman yang selalu berubah.

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN TAJDID

7
Drs. A. Munir, Drs. Sudarsono. S.H ( 1994). Op.cit. hlmn: 8
8
Yusuf al-qardawi. (1991). Awlawiyah al-Harakah al-islamiyyah, maktab Wahbah. Kahirah . hlmn: 102

6
Sejarah tajdid pada peringkat awal kehidupan umat Islam iaitu semenjak
kewafatan rasulullah s.a.w ( m. 121/ 632M) ialah kemunculan semula unsur jahiliyah.
Umpamanya, respons spotan umat Islam yang sukar mempercayai Rasulullah s.a.w
benar-bebar wafat. Malah merasakan Rasulullah diangkat ke langit. Maka disini
wujudnya perkara yang bertentang dengan agama.
Selain itu, sejarah menunjukkan krisis paling awal yang menimpa umat Islam adalah
krisis pemilihan pemimpin. Krisis ini meskipun Berjaya dilalui denagn baik namun ia
telah melahirkan ‘bibit’ yang akhirnya membelah bahagian umat Islam kepada sunni dan
syiah. Tetapi dengan kebijaksanaan para khulafa’ rasyidin Abu bakar m. 13H, ‘Umar
(m.23H), Uthman (m 35H), dan Ali perpecahan ini terbendung juga. Perpaduan umat
Islam masih boleh dikekalkan meskipun berlaku peperangan al-jamal (36H) dan perang
Siffin (T,H 38).
Peperangan ini membawa kontradiksi dalaman di antara unsur jahiliyah
menentang semangat al-Quran, tetapi ia masih boleh diatasi disebabkan masih ada lagi
jiwa al-quran dam dunia Islam. Jiwa al-Quran seterusnay masih wujud lagi kuat dalam
diri tokoh-tokoh seperti ‘Umar Ibn Aziz ( m 101H) , Imam Malik (m 93H) dan banyak
lagi tokoh ketomporari muncul. Mereka telah berjuang menghidupkan kembali roh al-
quran.9
Begitulah respon yang serupa terjadi pada setiap kali unsur-unsur jahiliah muncul
beberapa tokohi laApatah lagi diera moden idalam krisis politik, akidah, ilmu. Sosial,
budaya dan apa sahaja akan berlaku pada pembaharuan, pembaikan dan perawatan. Itulah
sebenarnya maksud tajdid.

ANTARA CIRI-CIRI DAN SIFAT MUJAHID

Mujadid adalah seseorang yang memperjuangkan agama yang telah menlakukan


suatu tajdidd. Oleh ia harus mempuyai sifat-sifat dan keperibadian seperti rasul yang di
anggap sebagai mujadid. Oleh yang demikian mereka haruslah mempuyai ciri-ciri khusus
yang melayakkan mereka digelar mujadid.10
i. Hatinya bersih
ii. Berpandangan jauh kehadapan
iii. Berfikiran luas, tidak jumud
iv. Berkemampuan luar biasa untuk mengambil jalan tengah antara berlebih-lebihan
atau mengabaikan serta memelihara keseimbangan antar keduanya.
v. Memiliki daya pemikiran yang kuat, tidak terpengaruh oleh kekuatan yang sedang
berkuasa, tidak fanatik terhadap sesuatu golongan yang dahulunya pernah
bertapak beberapa abad lamanya.
vi. Tabah dan tahan dalam menghadapi tentangan zaman yang setiap saat mengalami
perubahan

9
Malik ibn Nabi. (1970), wijhah al-Alam al-Islami, cet.il, Dar al-Fikr, Beirut lihat sama Ismail Ahmad
(terj). Islam dalam sejarah dan masyarakat hlmn:52
10
‘Abul Ala Al Maududi. (1988) .op.cit. Hlmn: 42

7
vii. Berbakat sebagai pemimpin dan pembimbing serta sanggup menrima suatu
kepimpinan
viii. Berkemampuan melakukan ijtihad dan menghasilkan kerja dalam lapangan
pembangunan
ix. yakin dan memahami sepenuhnya terhadap ajaaran Islam
x. Pandangan, kefahman dan perasaanya mencerminkan sebagai seorang muslim
hakiki.
xi. Mampu membezakan antara kebenaran ( Islam ) dan kepalsuan (jahiliayah)
hingga perkara-perkara dalaman.
xii. Inilah ciri-ciri yang harus ada pada para mujadid sebagaimana yang dimiliki oleh
para Rasul dan utusan Allah.

MODENISME

Definisi

Menurut kamus dewan istilah Modenisai membawa maksud perihal menjadi


atau menjadikan sesuatu moden , melakukan pemodenan.Manakala maksud perkataan
memodenkan dan mempermodenkan ialah menjadikan moden, membuat supaya jadi
moden atau memperbaharui11
Oleh kerana perkataan moden ini berasal dari perkataan Bahasa Inggeris oleh
itu merujuk kepada kamus Inggeris. Perkataan modenisasi ini membawa maksud suatu
pandangan atau kaedah moden12
Definisi modenisasi berasal daripada perkataan moden : dalam bahasa belanda moden
membawa erti,
a) Hedendaagsch
b) Nieuwerthsch
c) Nerv. Gods dienst demoderne leer. cintogenover stelling van deleedeer
orthodexen ( van dale is grootwoorden bock)
Dalam bahasa inggeris moden disebut sebagai modern yang bermaksud
a) Pertaining to recent or present time
b) A person or thing of modern time .

Disamping itu terdapat maksud lain yang menerangkan keadaan modenisasi


iaitu modenisme bermaksud sebagai suatu pandangan hidup kedunian yang bukan sahaja
memuja bahkan mempertuhankan kemodenan. Dengan sifatnya yang antitradisi dan
adakalanya kontra tradisi, kadangkala bersikap natural namun selalunya menentang
agama. Bagi seorang modenis , tradisi dan agama adalah satu lambang kekolotan dan

kemunduran. Sedangkan kemodenan adalah lambang kemajuan dan ketamadunan.


Perbahasan mengenai modenisme ini akan meninjau sejarah pertumbuhan dan

11
Kamus dewan , edisi baru. (1992). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn: 832
12
Kamus dwi bahasa edisi kedua.( 2002). Kuala Lumpur.Dewan bahasa dan Pustaka. Hlmn: 778

8
perkembangannya di Eropah, iaitu setelah tamatnya Zaman pertengahan dan timbul
zaman moden.13

SEJARAH MODENISME

Modenisme adalah aliran yang terhasil daripda gerakan-gerakan kebudayaan


tempatan di Amerika latin yang memperjuanagkan emansipasi atau kebebasan atau
autonomi budaya baru bagi melepaskan diri dari cengkaman hegemoni kebudayayn
sepanyol. Ia baru muncul sebagi istilah kebudayaan yang mahukan perkara baru yang
berbeza . ia juga adalah kata kunci bagi menjelaskan kelahiran cahaya baru dalam
kehidupan dan kebudayaan social masyarakat.

Daripada sudut sejarah, semangat dan jiwa modenisme sebenarnya bermula


semenja era modenisme abad ke 16 Masihi dan pemcerahan pada abad ke 18 masihi. Ia
adalah titik awal kedewasaan dan kematangan manusia mulai berani menguasai alam dan
melepaskan diri daripada dogma-dogma institusi agama. Dengan keberanian itu manusia
mulai memasuki era baru, era pasca Abad Pertengahan, iaitu era moden. Modenisme
pada awalnya bermula dengan keyakinan pada rasional dan berani menghadapi
kehidupan secara nyata sehingga lahirnya pemberontakan kreatif dalam dunia seni. Pihak
gereja (kristian ) juga bertanggungjawab sebab munculnya modernism ini, dimana gereja
berpecah kepada dua bahagian katholik dan protestan,berlakunya penolakkan terhadap
agama dan sikap tidak puas hati terhadap kongkongan gereja.

Kemudian tahap kedua bermula dengan Revolusi perancis dan kekacauan sosial,
politik dan ekonomi yang sering dikaitkan dengan momentum gelombang Revolusi Besar
1790. Senario ini mencetuska kelenturan ikatan sosial, keruntuhan pada keyakinan
tradisional dan agama serta pesatnya perkembangan sosial, mendorong mumculnya
pelbagai masalah.

Pada tahap ketiga, modenisme bermula semasa terjadi proses modenisasi global
dan pembentukan kebudayaan dunia moden secara universal sehingga muncul kekacauan
sosial dan politik serta ancaman pada keamanan dunia sejagat.

Modenisme kemudian berkembang sebagai kondisi budaya masyarakat moden. Ia


juga mempunyai maksud tersirat melalui anjakan paradigma yang diperolehi denganjalan
pintas, daripada bentuk lama kepada bentuk baru. Ia memperkenalkan budaya hidup alaf
baru dengan menekankan kebebasan mutlak manusia dalam mencari kebahagiaan dan
keseronokkan yang beralaskan rasioanal manusia. Dengan kata lain, modenisme
memutuska hubungan secra tegas pda nilai-nilai tradisisonal, berkembangnya sistem
ekonomi kapitaliss progresif, rasional serta perbezaan sosial dan budaya.14

13
Abdul Rahman Haji Abdullah. (1992). Pemikiran Islam Masa kini : Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur .
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn: 39
14
Mardzelah Makhsin. (2007). Sains pemikiran dan etika. Kuala Lumpur. PTS publications & distribution
Sdn. Bhd. Hlmn:78

9
Secara umumnya, modenisme dilihat sebagai paradigma kebudayaan, khususnya
seni, sebaliknya, modenisme menjadi radikal pada proses penghapusan yang bersifat
tradisional terutamanya yang melibatkan agama. Denga kata lain modenisme adalah
gagasan yeng mempersoalankan pemisahan bidang-bidang nilai dalam kehidupan
terdapat empat unsur dalam modenisme:15

1. Subjektif dan relatif: pengakuan pada kekuatan-kekuatan rasional dalam


menyelesaikan masalah kehidupan
2. Subjektif, kritis ataupun kreatif : kemampuan menyingkirkan ikatan-ikatan
kepercayaan dan memebebaskan diri daripada tradisi dan sejarah.
3. Kesedaran sejarah yang di munculkan oleh subjek : walau berlangsung secara
linear, unik, tidak berulang denga masa kini sebagai sumber sejarah. Oleh itu,
modenisme memiliki kata-kata kunci seperti revolusi, evolusi, tranfomasi
serta progresif, dengan kata-kata lain, aliran modenisme mengandungi prinsip
rasional, kemajuan dan pembaharuan.
4. Universal : elemen-elemen moden yang bersifat normatif bagi masyarakat
yang melangsungkan proses pembaharuan.

Modenisme di Dunia Islam

Kemunculan Modenisme Islam adalah akibat dari pertemuan yang tidak seimbang
daripada dua dunia: Islam dan Barat. Penjajahan yang berlaku lebih 400 tahun terhadap
umat Islam sedikit sebanyak menyebabkan sikap rendah diri atau inferiority-complex
apabila berhadapan dengan peradaban yang canggih dan hebat. Perlu diingatkan di sini
bahawa modenisme Islam bukanlah aliran pemikiran yang tunggal dan jelas, tetapi ia
mencakupi beberapa aliran pemikiran sesuai dengan istilah modenisme itu sendiri yang
kabur. Gerakan modenisme telah mengalami banyak perubahan setelah kemunculan
Fazlur Rahman (1919-1988) yang telah merangka framework pemikiran neomodenisme
pada awal 80an16. Usaha beliau walaubagaimanapun telah ‘dimanfaatkan’ oleh orang-
orang yang berkepentingan, untuk menjustifikasikan lahirnya pemikiran yang lebih
radikal, liberal dan berani. Golongan ini kemudian diberi nama Islam Liberal.

Modenisme Islam mengambil semangat pembaharuan dan reformasi. Dengan


melihat model pembaharuan (modenisasi) yang telah berjaya merubah masyarakat di
Barat. Modenisme di Barat telah menghasilkan apa yang dinamakan enlightenment,
revolusi industri dan akhirnya telah meletakkan Barat sebagai negara yang maju dan
pemimpin dunia. Menyedari kemunduran dan keterbelakangan Umat Islam, dan setelah
mereka mengkaji faktor kemajuan Barat maka golongan modenis mengambil kesimpulan
bahawa Umat Islam perlu bersikap terbuka terhadap tamadun Barat untuk menguasai
sains Barat dan seterusnya mengikuti rentak kemajuan. Sikap keterbukaan ini didasari
oleh pendirian bahawa ilmu itu bersifat bebas nilai atau neutral tidak diwarnai oleh
ideologi pembawanya dan terserah sepenuhnya kepada pengguna sains tersebut untuk

15
Ibid. hlmn: 79
16
Abdul Saeed.(2007). Islamis thought: An Introduction. Usa dan Canada. Routledge.hlmn: 139

10
dapat digunakan sesuai kehendaknya. Apabila terbukti bahawa sains yang sama telah
berjaya memberi kemajuan kepada masyarakat Barat, maka tentunya apabila digunakan
oleh Umat Islam ianya juga akan dapat menjanjikan kemajuan.

Perkembangan modenisme di dunia Islam di bawa melalui penjajahan Barat

Aliran modenisme bermula dengan pengaruh perindustrian yang berasal dari


Britain dan Perancis.

Perkembangan aliran modenisme menyebabkan masyarakat Eropah membentuk


nilai sosial baru yang jauh daripada budaya dan agama Kristian. Pada ketika itu ramai
manusia mengejar kemewahan sehingga mengenepikan nilai moral dan budaya. Sehingga
wujudnya jurang antara strata masyarakat seperti miskin dan kaya serta kulit hitam dan
putih. Disamping itu berlakunya penindaasan yang berleluasa terhadap golongan lemah.
Hal ini disebabkan oleh budaya berlumba-lumba untuk mengejar kejayaan di kalangan
masyarakat. Dan akhirnya tersebar sifat individualistik menguasai nilai sosial barat.

Aliran pemikiran modenisme

Munculnya aliran pemikiran seperti berikut, liberalisme, pluralisme, sekularisme,


pragmatisme dan isme-isme ynag lain. Yang mana ideology pemikiran-pemikiran ini
semuanya menolak agama. menolak kepentingan agama dan budaya dalam segala aspek
pembangunan kemajuan manusia. Di samping itu Pemikiran modenisme memberi kesan
kepada dunia Islam seperti :

1. mengenepikan kepetingan agama terhadap kemajuan pelbagai ilmu pengetahuan.

2. menganggap agama dan budaya menghalang kemajuan dan pembangunan.

3. Berlakuny konflik nilai antara pendokong agama dan pendukung kemajuan.

4. lahir pascamodenisme yang bertentangan dengan modenisme.

Kesan modenisme barat ini ke atas umat Islam.

1. Kemerosotan penghayatan agama dan budaya.

2. masyarakat Islam lebih cenderung untuk menghayati kemajuan hiburan yang dibawa
barat berbanding pengahayatan kemajuan ilmu pengetahuan.

3. Menyebabkan budaya penghijrahan dari kampung ke bandar.

Sejarah. Kurun ke 19 merupakan kebangakitan barat dan kejatuhan Islam.


Kejatuhan tersebut bukan kerana barat itu kuat tetapi atas kelemahan umat Islam itu
sendiri. Banyak wilayah-wilayah Islam yang dijajah dan diperkenalkan sistem pendidikan

11
sekular untuk menyaingi sistem pendidikan tradisi yang bercorak pondok. Pengenalan
sistem pendidikan sekular ini merupakan permulaan pembentukan pemikiran dualisme di
kalangan umat Islam yang kononya ingin melihat unat Islam maju seperti barat, lalu
mereka mengesa masyarakat agar tunduk dan mengikut setiap jejak langkah barat.

Umat Islam yang berfikir seperti ini adalah kalangan umat Islam yang
terpengaruh oleh rasa kekaguman terhadap tamadun barat dan cuba untuk menselarikan
agama Islam dengan tamadun barat melalui membuat penilaian dan takwilan baru seperti
apa yang telah dilakukan terhadap agama Kristian dan Yahudi dan Eropah. Mereka
merasakan segala pendekatan masyarakat Barat wajar digunakan secara total. Oleh itu,
gerakan dalam Islam di namakan sebagai pemodenan Islam.17

Namun begitu dapat difahami bahawa , di sebalik gerakan pemodenan Islam


dan patuh kepada Barat bahawa ia merupakan rencana yang dirancangkan oleh Barat itu
sendiri untuk mengekalkan penguasaan mereka terhadap umat Islam, Cuma pengusaan
tersebut bukan di dalam bentuk pengusaan fizikal secara keseluruahan tetapi dalam
bentuk pengusaan pemikirn, gerakkan ini bermula apabila mereka-mereka yang terdedah
dengan sistem pendidikan barat dan terpengaruh dengan pemikiran mereka dibawa ke
dalam masyarakat dan bebas menjalankan aktiviti mereka. Untuk mendapat sokongan
oleh semua pihak, terutamanya umat Islam, mereka telah menyamakan gerakan
pemodenan mereka dengan gerakkan tajdid.

Pemodenan agama: adalah jalan yang dirasakan sesuai oleh sesuatu agama
dalam menghadapi pengaruh tamadun barat agar agama mereka tidak mati. Akan tetapi
pemodenan agama tetap menyalahi kaedah Islam.Pemodenan agama merupakan seuatu
pandangan dari pemimpin agama yang melihat bahawa agama hendaklah dibina
berasaskan keyakinan bahawa pengajaran agama klasik perlu dibuat penilaian semula
agar selari dengan falsafah, kemajuan akademik dan kebudayaan semasa.Selain
itu,Pemodenan agama mula berkembang diakhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 di
kalangan agama yahudi, khantolik dan protestan di Barat yang kemudiannya
mempengaruhi sebahagian umat Islam.

Idologi dan kaedah modenisasi islam

MODENISASI MENURUT ISLAM

17
Prof Dr. yusof al-qardawi (1990) al-Thaqafah al-Arabiah Baina al-Asabh wa al- ma’asirah.(terj) Hj
Ahmad nuryadi Asmawi (1999) wawasan Islam: Antara keaslian dan kemodenan. Selangor . Thingker’s
library sdn.bhd. Selangor . Thingker’s library sdn.bhd.

12
Suatu masa dahulu, Islam menolak konsep modenisasi kerana ia dipenuhi
dengan unsur-unsur sekularisme. Sebagai contoh, golongan orientalis yang membuka
institusi pengajian untuk penuntut-penuntut Islam, telah mencadangkan kepada pelajar
Islam, agar meninggalkan ajaran Islam jika benar-benar ingin maju dan moden.
Kedudukan inilah yang menyebabkan Islam menolak modenisasi, jika paksi ambilannya
adalah sekular.
Namun dalam masa yang sama, Islam menolak konsep ortodoks dan
tradisional yang tidaks selari dengan naluri manusia untuk mengecapi makna modenisasi.
Inilah yang dijelaskan bahawa, Islam sebagai agama yang bersifat realiti iaitu: menolak
modenisasi yang meminggirkan rohani dan mengiktiraf modenisasi yang meraikan naluri
selagi mana ia berlegar di atas paksi u‘budiah. Di antara dasar-dasar penting yang perlu
diketahui dalam falsafah modenisasi Islam ialah :18

i) Pembangunan berteraskan konsep Tawazun; seimbang di antara material dan spiritual


dengan mengutamakan spiritual terlebih dahulu. Firman Allah s.w.t :
“Dan carilah dengan apa yang diberikan Allah kepada kamu (keselamatan) kampung
akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagian kamu di dunia ini”.

ii) Pembangunan, pemodenan dan kemajuan di dalam Islam mempunyai falsafahnya


tersendiri yang jelas berbeza dengan falsafah modenisasi Barat. Falsafah modenisasi
dalam Islam mestilah mencakupi asas-asas berikut :

a. Tauhid – asas yang meletakkan peraturan tentang hubungan manusia dengan Allah,
manusia dengan manusia, dan manusia dengan sumber alam.

b. Rububiah – puncak dalam sistem piramid modenisasi Islam. Segala niat dan amalan
kemajuan hendaklah berada dalam lingkungan kalimah Rububiah, supaya tidak
melencong kepada asas pragmatik-materialisme.

c. Khalifah – segala perusahaan sumber dan asas modal adalah wasilah atau alat
menggerakkan pemodenan, Dari sinilah terbitnya konsep Islam iaitu manusia dianggap
sebagai pemegang amanah Allah dalam lapangan akhlak, politik, ekonomi dan prinsip-
prinsip masyarakat.

d. Tazkiah – Pemodenan adalah lambang penyucian manusia dalam semua hubungan,


sama ada hubungan dengan Allah, manusia, alam sekitar, masyarakat dan negara.
Pemodenan tanpa konsep tazkiah adalah bukan pemodenan yang berbaur keimanan
sebaliknya dari ajaran Barat

iii) Modenisasi hanya dapat dicapai melalui pembangunan. Pembangunan pula tercerna
dari ilmu pengetahuan. Islam tidak pernah menolak ketiga-tiga unsur tersebut
( pengetahuan – pembangunan – modenisasi ). Dalam ajaran Islam, semua yang berubah
disebut baharu. Manakala yang baharu pula diistilahkan sebagai bida’h mengikut istilah

18
www.utusan.my

13
Fuqahak. Bida’h dalam urusan dunia dalam soal pembangunan dan modenisasi adalah
Bida’h Hasanah yang dituntut dalan ajaran Islam. Sabda Nabi s.a.w :
“Sesiapa yang menunjukkan teladan dalam Islam dengan Sunnah Hasanah, maka baginya
pahala dan pahala orang yang mengikutinya”.

iv) Pembaharuan dan modenisasi mestilah membawa Al-Khair (kebaikan) dan Al-Falah
(kejayaan).

Mohd Nasir bin Omar (Dewan Bahasa & Pustaka) menjelaskan bahawa,
modenisasi dan perubahan yang dibawa oleh pemodenan Islam mestilah bersifat
kuantitatif (Al-Roqamiah) dan kualitatif (Al-Nailah). Al-Roqamiah dalam perubahan-
perubahan modenisasi Islam mencakupi lapangan kehidupan manusia dari segi sosial,
politik hinggalah ekonomi. Al-Nailah pula mengawal individu Muslim agar tidak lari dari
konsep tawazun, dunia dan akhirat.

Tujaan Modenisasi Islam


Beberapa tujuan modenisasi dalam Islam boleh dilihat dari perkara berikut :

a) Pembangunan peribadi dan keupayaan manusia


b) Mengembangkan pengeluaran yang berguna
c) Peningkatan dalam kualiti kehidupan dari sederhana kepada maju
d) Pembangunan yang seimbang
e) Kewujudan teknologi baru
f) Mengurangkan pergantungan kepada dunia luar dan intergrasi yang lebih di kalangan
umat Islam
g) Mengelakkan Al-Lagha (sia-sia) dan Al-Khusran (rugi)

Kesemua tujuan yang terangkum dalam perkara di atas adalah terlalu penting demi
mengelakkan pergantungan yang terlampau kepada negara Barat yang sering menekan
ekonomi umat Islam. Integrasi yang lebih di kalangan negara umat Islam perlu
digerakkan semaksimum mungkin, supaya dasar ketamadunan dan modenisasi berlaku
serentak di kalangan negara Islam. Perkara tersebut boleh dilihat dari kesan-kesan sejarah
umat Islam yang lampau, bermula dari pembentukkan negara Islam Madinah sehinggalah
kepada runtuhnya Empayar Islam pada tahun 1945. Ianya berpunca daripada dasar-dasar
sekular yang diadaptasikan dari Barat yang dipelopori oleh Mustafa Kamal At-Tartuk.

14
Kesimpulan

Pada dasar umumnya modenisme dan tajdid memang berbeza dari konsep yang
nyata. Namun dari istilah tajdid merupakan modenisme dalam bahasa Inggeris. Oleh itu
yang membezakan keduanya adalah konsep perlaksanaannya dan perjuangannya. Islam
sama sekali tidak pernah menolak modenisasi. Tetapi apa yang tidak menepati ajaran
Islam ialah mengenai konsep modenisme yang dipengaruhi oleh isme-isme yang ada di
dalamnya sehingga menyebabkan berlakunya penolakan terhadap konsep agama dan
kepercayaan tauhid sebagaimana yang dibawa oleh modenisme Barat.
Selagi mana aliran modenisasi membawa pembaharuan dan kemajuan terhadap
agama dan umat Islam, maka selagi itulah Islam menerima konsep tersebut. Umat Islam
juga ingin hidup maju untuk bersaing dengan agama dan bangsa lain dalam konsep
survival di mana konsep pemodenan tersebut disesuaikan dengan ajaran Islam.
Modenisme tunduk di bawah Islam dan bukannya Islam yang menurut atau tunduk di
bawah kawalan modenisme. Jelasnya umat Islam perlu mempunyai suatu fikrah yang
terangkum di dalam kata-kata :

“kita bukanlah orang yang hanyut dibawa arus ataupun berusaha meminggirkan arus,
sebaliknya berusaha untuk memimpin arus tersebut”. dan “Kita tidak akan faham bila
tidak diberitahu, dan tidak akan tahu jika tidak mengambil tahu”.

Sekiranya kedua-dua perkara di atas dihayati dan diteliti dengan makna yang mendalam,
sudah pasti modenisasi yang dihayati dan diimpikan akan mampu terlaksana. Kekuatan
inilah yang perlu dimanipulasi sepenuhnya dalam ruang lingkup pemikiran masyarakat
Muslim. Mudah-mudahan sumbangan kecil ini mampu membuka dimensi baru dalam
menyusun takhtit yang terancang untuk menatijahkan dunia modenisasi Islam yang
sebenarnya.

15
Biblografi

‘Abul Ala Al Maududi. (1988) Gerakan Tajdid Islami. Kuala Lumpur. Pustaka Ihkwan

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1992). Pemikiran Islam Masa kini : Sejarah dan Aliran.
Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdul Saeed.(2007). Islamis thought: An Introduction. Usa dan Canada. Routledge.

Kamus dwi bahasa edisi kedua (2002). Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Pustaka.

Malik ibn. Nabi. (1970), wijhah al-Alam al-Islami, cet.il, Dar al-Fikr, Beirut lihat sama
Ismail Ahmad (terj). Islam dalam sejarah dan masyarakat

Mardzelah Makhsin. (2007). Sains pemikiran dan etika. Kuala Lumpur. PTS
publications & distribution Sdn. Bhd.

Prof Dr. Yusof al-Qardawi (1990) al-Thaqafah al-Arabiah Baina al-Asabh wa al-
ma’asirah.(terj) Hj Ahmad nuryadi Asmawi (1999) wawasan Islam: Antara keaslian dan
kemodenan. Selangor . Thingker’s library sdn.bhd. Selangor . Thingker’s library sdn.bhd.

Teuku Iskandar (1991). Kamus dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Www.utusan.my

16
GERAKKAN TAJDID DAN ISLAH
( ISEU 3306)

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA


TAJDID DAN MODENISME

DI SEDIAKAN OLEH :

SITI ZALEHA BINTI HAMZAH


( IEJ060106 )

DISEMAK OLEH :
DR MOHD ROSLAN BIN MOHD NOR

JABATAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM


AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA

17

Anda mungkin juga menyukai