Lampiran C - Surat Aku Janji PPA KPM

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 1

SURAT AKU JANJI

CALON PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM KPM

Saya , ,

No. Kad Pengenalan beralamat di

dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling, peraturan dan arahan lain
yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan
saya dengan Kerajaan.

Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan
Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, bahawa saya:

(i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;
(ii) akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai pegawai dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap,
jujur, amanah dan bertanggungjawab;
(iii) tidak akan mengambil atau mencuri maklumat rahsia kerajaan seperti dokumen sulit dan lain-lain
dengan apa cara sekali pun seperti mengambil gambar, membuat salinan dan menggunakan apa cara-
cara yang diketahui;
(iv) tidak akan menyebarkan rahsia kerajaan dan sebarang dokumen sulit sama ada secara lisan, perlakuan,
medium teknologi atau apa apa cara yang diketahui;
(v) tidak akan berkelakuan sebagai tidak amanah seperti mengambil rasuah, pecah amanah, melakukan
tindakan yang dilarang semasa menduduki peperiksaan perkhidmatan Kerajaan seperti:
a. meminta orang lain selain daripada diri saya sendiri untuk menduduki peperiksaan untuk diri saya;
b. mengambil gambar dan membuat salinan dengan niat untuk menyebarkan maklumat peperiksaan
yang berstatus terperingkat kepada pihak lain selain diri sendiri;dan
c. berbincang semasa menduduki peperiksaan;
atau apa sahaja perkara yang diketahui sebagai tidak amanah
(vi) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan
awam;
(vii) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya
boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
DAN keputusan peperiksaan saya boleh ditarik balik.

(Tandatangan Pegawai)

Tarikh:

Nota:
Calon perlu membaca, memahami dan menandatangani Surat Aku Janji Peperiksaan Perkhidmatan Awam KPM. Surat Aku Janji yang telah
ditandatangani WAJIB dihantar kepada Penyelaras Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing SEBELUM hari peperiksaan
berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai