Kertas Kerja Kumpulan 9
Kertas Kerja Kumpulan 9
Kertas Kerja Kumpulan 9
1.0 Pengenalan
Agama lahir seiring dengan penciptaan manusia kerana agama adalah satu keperluan kepada
manusia yang membawa manusia kepada mengenali Tuhan. Perbincangan ketuhanan
pastinya menyentuh ketuhanan dalam agama-agama yang wujud di dunia sama ada agama
samawi mahupun agama budaya. Antara ketuhanan agama besar yang akan dibincangkan
adalah agama Islam, Kristian, Hindu, dan Buddha. Perbezaan amat jelas antara ketuhanan
agama samawi dan agama budaya. Agama samawi mempunyai hubungan yang amat rapat
dengan bentuk ketuhanan monotesime mutlak manakala agama budaya pula mempunyai
bentuk ketuhanan yang pelbagai.
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan
manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar
(manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya.” (Al-Alaq : Ayat 1-5)
Setiap manusia yang menghuni alam maya ini mempunyai fitrah beragama, sama ada mereka
beragama Kristian, Hindu, Buddha, Islam dan sebagainya. Fitrah beragama ini sebenarnya
telah pun wujud semenjak azali lagi. Seorang manusia selamanya tidak akan mencapai tahap
ketamadunan yang tinggi dan kehidupan yang sejahtera jika tidak berpegang kepada agama.
Sejarah sudah membuktikan bahawa manusia semenjak dari dahulu lagi telah mencari
sesuatu yang memiliki kuasa tertinggi yang telah mencipta mereka dan kehidupan alam ini.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: "Setiap bayi itu dilahirkan dalam
keadaan fitrah (suci bersih). Maka lantaran ibu bapanyalah, anak itu menjadi Yahudi, Nasrani
atau Majusi." (Hadis Riwayat Bukhari) Dengan kata lain, manusia yang difitrahkan perlu dan
berhajat kepada agama. Oleh itu, agama dan manusia tidak boleh dipisahkan. Sifat semula
jadi manusia kepada agama sememangnya ada pada setiap manusia, bangsa dan umat yang
menghuni alam semesta ini.
2.1 Definisi
Menurut kamus pelajar edisi kedua, tuhan bermaksud Allah SWT yang mencipta alam semesta
dan yang menjadikan kita semua. Selain itu, tuhan juga membawa maksud sesuatu yang
disembah, dipuja dan juga didewakan. Berbeza pula dengan definisi ketuhanan iaitu menurut
kamus dewan bahasa edisi keempat, ketuhanan bermaksud sifat keadaan Tuhan yang Maha
Suci bagi Allah yang tinggi dan tiada sekutu yang lain bagi-Nya. Ketuhanan juga menunjukkan
sifat-sifat keadaan-Nya sebagai Tuhan, ia juga merupakan satu dasar percaya kepada Tuhan
Yang Maha Esa dan ilmu mengenai tuhan dan agama.
Menurut pemikiran manusia, konsep ketuhanan adalah berdasarkan konsep hasil pemikiran
yang melalui pengalaman luaran dan dalaman, penyelidikan rasional dan pengalaman
dalaman. Dalam kesusasteraan sejarah agama, menurut teori evolusionisme yang terkenal ia
percaya bahawa terdapat proses kepercayaan yang sangat mudah dan sedarhana, seterusnya
meningkat secara beransur-ansur kepada tahap kesempurnaan. Teori barat ini pertama kali
dicadangkan oleh Max Muller, dan kemudian oleh EB Taylor, Robertson Smith, Lubbock, dan
Jevens. Terdapat beberapa proses dan peringkat menurut teori evolusionisme, antaranya ialah
Dinamisme, Animisme, Politeisme, Henoteisme dan juga Monoteisme.
2.3 Dinamisme
Dinamisme merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Yunani. Menurut kamus dewan
bahasa edisi keempat, dinamisme bermaksud sifat dinamik yang memberikan suasana segar
dan memancar. Menurut kepercayaan ini ia sangat berkait rapat dengan kepercayaan
terhadap kekuatan yang juga memberi pengaruh atau semangat dalam kehidupan sejak
zaman prasejarah yang terbit dari alam pemikiran masyarakat ketika itu. Mereka percaya
bahawa setiap objek seperti api, batu, air, pohon, ataupun binatang akan memberi kesan
pada manusia, ada yang memberi kesan positif dan ada juga yang memberikan kesan negetif.
Kuasa ghaib daripada objek-objek tersebut juga dipercayai dapat memberikan suatu manfaat
yang akan membantu manusia dalam menjalankan kehidupan seharian contohnya, upacara
pemujaan semangat tanaman dilakukan agar mendapat hasil tanaman yang subur dan banyak.
Kepercayaan dinamisme masyarakat primitif ini juga masih wujud pada masa kini, contohnya
masih terdapat segelintir masyarakat yang masih percaya bahawa batu cincin, keris, lembing,
pedang atau azimat lain boleh membawa manfaat, keramat, tuah dan dari imuniti hingga
ketampanan.
2.4 Animisme
2.5 Politeisme
Perkataan Politeisme berasal dari bahasa Yunani iaitu poly + theoi, yang membawa maksud
'banyak tuhan'. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat juga, politeisme bermaksud
kepercayaan kepada lebih daripada satu Tuhan. Ia merupakan salah satu bentuk kepercayaan
yang mengakui adanya lebih dari satu Tuhan atau pemujaan banyak tuhan seperti dewa dan
dewi yang dipuja di kuil bersama dengan upacara tertentu. Politeisme merupakan agama atau
keyakinan masa lampau sebelum 6SM yang hampir menyamai konsep agama Pagan. Antara
agama yang mempunyai kepercayaan politeisme sehingga ke hari ini adalah seperti tradisional
Cina, Hindu, Shinto Jepun, dan pelbagai agama neopagan. Contohnya agama Hindu yang
memilih satu tuhan, menyembah tuhan itu dan tidak memberi status yang sama tinggi kepada
dewa-dewa lain. Mereka juga menghormati dewa-dewa lain kerana seorang Hindu yang taat,
dia juga akan menyembah Rama, Krishna, Durga, Hanuman, atau mana-mana dewa lain dan
mengakui keberadaan semua dewa-dewa lain.
2.6 Henoteisme
Selepas Politeisme tidak memberi kepuasan terutama kepada golongan intelektual kerana
mustahil bagi tuhan-tuhan atau dewa-dewa yang dipilih mempunyai kuasa yang sama. Satu
bangsa hanya mengenali satu tuhan yang bernama Tuhan, tetapi manusia tetap mengenali
Tuhan (Allah) daripada bangsa lain. Kepercayaan semacam ini iaitu Tuhan yang satu bagi satu
bangsa ini dipanggil henotheism (Tuhan peringkat Kebangsaan).
2.7 Monoteisme
Monoteisme berasal daripada istilah Yunani yang membawa maksud Tuhan. Ia adalah
merupakan fahaman atau kepercayaan bahawa Tuhan itu adalah satu yakni tunggal (konsep
keesaan Tuhan/Tauhid) dan berkuasa penuh atas segala sesuatu serta tidak memerlukan
sesuatu yang lain sebagai pembantu atau penolong yang konon mungkin mempunyai kuasa
yang sama atau hampir sama sepertiNya. Contohnya agama islam. Islam percaya kepada
Allah yang agung dan adalah Tuhan yang tunggal dan pada masa yang sama dia adalah
pencipta seluruh alam semesta. Dengan cara ini, terdapat perbezaan antara Pencipta dan
yang diciptakan olehnya, sehingga Pencipta kekal.
Menurut Kamus Dewan (2010), perkataan agama bermaksud kepercayaan pada Tuhan dan
sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pada
yang Maha Kuasa. Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T serta agama
yang benar di sisi Allah S.W.T. Islam sering disalah fahami dengan Muslim di mana pada
dasarnya Islam dan Muslim merupakan dua perkara yang berbeza. Islam merupakan sebuah
agama manakala Muslim merupakan gelaran yang diberikan kepada para pengikut agama
Islam. Allah S.W.T telah menurunkan agama Islam kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai
nabi dan rasul terakhir untuk menjadi pedoman hidup semua manusia hingga ke akhir hayat.
Dari segi Etimologi, perkataan Islam berasal daripada perkataan assalmu, as-salamu, atau
pun as-salamatu yang membawa maksud bersih dan selamat dari kecacatan lahir dan batin.
Islam bermaksud suci, bersih tanpa ada sebarang cacat celah. Islam bermaksud
“menyerahkan sesuatu”. Islam adalah memberikan seluruh jiwa dan raga seseorang hamba
ataupun manusia itu kepada Allah S.W.T dan percaya kepada Allah S.W.T sahaja. Makna lain
bagi perkataan Islam adalah “damai” atau “perdamaian” (al-salmu) dan juga “keamanan”.
Oleh itu, Islam merupakan agama yang mengajar para pengikutnya iaitu orang muslim untuk
menyebarkan sifat kedamaian, keamanan, dan keselamatan untuk diri sendiri serta sesama
manusia tidak kira sama ada muslim mahupun bukan muslim. Kedamaian, keamanan dan
juga keselamatan ini hanya mampu diperoleh sekiranya setiap Muslim itu taat, patuh,
mengetahui serta mengamalkan peraturan, melaksanakan perintah dan menjauhi larangan
Allah S.W.T seperti yang telah diperkatakan dalam sumber ajaran agama, yaitu kitab Allah
(al-Qur’an) dan sunnah Rasul (al-Hadist).
Secara umumnya dalam agama Islam, Tuhan disebut sebagai Allah S.W.T yang diyakini
sebagai Yang Maha Nyata dan Esa, pencipta Yang Maha Mengetahui, Yang Abadi dan Hakim
bagi semesta alam. Islam sangat menitik beratkan konsep Tuhan sebagai Yang Tunggal, Yang
Maha Kuasa dan Maha Pengasih. Menurut al-Quran, terdapat 99 nama Allah yang disebut
sebagai asma’ul husna yang bermaksud nama-nama yang paling baik yang menginatkan
tentang sifat-sifat Allah S.W.T yang berbeza. Di antara 99 nama Allah tersebut, “ar-rahman”
yang bermaksud Maha Pengasih serta “ar-rahim” yang bermaksud Maha Penyayang
merupakan nama yang paling terkenal dan sering digunakan. Terjadinya alam semesta ini
merupakan antara bukti wujudnya Allah S.W.T sebagai Tuhan di mana semua ciptaan di muka
bumi ini harus memuji keagungan-Nya dan menjadi saksi keesaan serta kuasa-Nya. Di dalam
al-Quran telah dinyatakan bahaya Allah S.W.T itu lebih dekat kepada manusia daripada urat
nadi manusia kereana Allah S.W.T akan menjawab doa orang-orang yang memerlukan dan
memohon pertolongan kepada-Nya.
Menurut al-Quran, perkataan Tuhan juga dikenali sebagai rabb, maalik atau pun malik dan
juga Ilaah di mana setiap istilah tersebut mempunya maksudnya yang tersendiri. Rabb
bermaksud “Tuhan Sang Maha Pencipta” yang mencipta alam semesta serta memelihara alam
semesta. Walau bagaimanapun, tidak hanya kaum muslimin yang mengakui adanya Rabb
namun mereka yang berada di dunia barat juga mengakui adanya Dia, Tuhan Yang Maha
Pencipta. Perkataan Malik pula sering dipakai bagi menunjukkan Allah S.W.T yang berkuasa
mempunyai dan memiliki sesuatu itu. Manakal Illah pula membawa maksud yang disembah
dengan benar ataupun tidak benar. Apa sahaja yang disembah oleh manusia akan digelar
sebagai Ilaah. Namun, perkara yang membezakan seseorang itu muslim atau pun bukan
adalah adalah mengikut apa yang disembah oleh mereka samada berhala, api mahupun
matahari. Namun, Al-Ilah ialah yang dipuja dengan penuh rasa kecintaan, tunduk kepada-Nya
dan menurut segala perintahnya, merendah diri di hadapannya walaupun kita tidak mampu
melihatnnya serta takut dan mengharapkannya, berdoa dan bertawakal kepadanya. Walaupun
segala sesuatu dapat dipertuhan dan disembah oleh manusia namun Tuhan yang sebenarnya
berhak disembah manusia ialah Allah S.W.T.
Pada dasarnya, telah terbukti bahawa Allah S.W.T itu wujud tanpa perlu pembuktian kerana
kebenarannya telah diakui. Namun, terdapat juga dalil-dalil yang menyatakan kewujudan
Allah S.W.T bagi memberikan pengertian secara rasional terutama bagi yang bukan beragama
Islam. Antaranya termasuklah dalil Fitrah. Firman Allah, “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu
mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian
terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab:
“Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Al-A’raf:172). “Dan sungguh jika kamu
bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab:
“Allah”, maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)”...” (Az-
Zukhruf:87). Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa secara fitrahnya tidak ada manusia
yang menolak bahawa adanya Allah S.W.T sebagai Tuhan yang hakiki.
Selain itu, wujudnya alam semesta merupakan antara bukti wujudnya Allah S.W.T. Terjadinya
alam serta ciptaan yang terdapat dimuka bumi ini sehinggakan kejadian bagi ciptaan-ciptaan
tersebut tidak dapat dijelaskan bagaimana ianya dicipta. Hal ini dikatakan dmeikian kerana,
hanya Allah S.W.T yang mampu menciptanya dan kuasanya tidak terbatas. Maka secara
logiknya, sekiranya kita percaya tentang kewujudan alam semesta, kita juga harus percaya
tentang adanya Pencipta Alam.
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat pada ketika itu hidup dalam zaman jahiliyah di mana
masyarakat ini mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral serta mengamalkan ajaran-
ajaran sesat. Antaranya termasuklah berjudi, berzina dan meminum arak. Hal ini dikatakan
demikian kerana, mengikut kefahaman mereka, seseorang lelaki yang meminum arak
sehingga menyebabkan mereka mabuk itu adalah seorang lelaki yang sempurna. Walau
bagaimnapun, kedudukan seseorang wanita pada ketika itu sangat rendah sehinggakan
mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka. Selain itu, terdapat juga
mereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas bayi itu lahir. Pembunuhan terhadap
bayi perempuan itu dilakukan kerana mereka beranggapan bahawa anak perempuan akan
menjatuhkan maruah keluarga.
Namun, setelah Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu Allah, baginda menyeru masyarakat
iaitu umatnya menyembah Allah S.W.T dan percaya kepada hari kiamat. Selepas kewafatan
Nabi Muhammad S.A.W pada 632, penyebaran Islam ini diteruskan oleh Khalifah al-Rasyidin.
Kedatangan Islam telah memberi impak yang sangat besar dan dapat dilihat dengan jelas
dalam kehidupan seharian kita. Sebahagian daripada masyarakat pada masa ini telahpun
meninggalkan ajaran sesat serta kepercayaan animisme. Cara kehidupan mereka juga
berubah kepada cara masyarakat yang mempunyai pegangan agama dengan mengamalkan
serta menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Jika sebelum kedatangan Islam
mereka mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina, berjudi dan sebagainya namun
setelah kedatangan Islam mereka berjanji untuk tidak menipu, berzina dan membunuh lagi
mengikut perjanjian Al-Aqabah 1. Nabi Muhammad S.A.W berjaya mengikis segala amalan
akhlak yang buruk di kalangan orang-orang Islam yang bermula di Madinah. Setiap agama
mempunyai sumber yang dijadikan sebagai rujukan untuk para pengikut termasuklah agama
Islam di mana al-Quran dan al-Hadits merupakan sumber utama yang dijadikan sebagai
rujukan.
3.1 Al – Quran
Al – Quran adalah perkataan daripada bahasa Arab yang bermaksud membaca. Al – Quran
diturunkan oleh Allah melalui malikat Jibril secara bersansur-ansur di Mekah dan Madinah
kepada Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda berusia 40 tahun. Al – Quran merupakan
nama bagi kita suci umat Islam yang berfungsi sebagai sumber rujukan dan petunjuk hidup
bagi seluruh umat manusia. Dari segi etimologi, Al – Quran berasal daripada perkataan qara’a,
yaqra’u, qiraa’atan atauqur’aanan yang bermaksud mengumpulkan (al-jam’u) dan
menghimpun (al-dlammu). Ayat – ayat al – Quran ini telah diturunkan oleh Allah S.W.T selama
23 tahun dan dapat di bezakan antara ayat yang diturunkan ketika Nabi Muhammad S.A.W
berada di Mekah ataupun di Madinah. Ayat-ayat yang diturunkan ketika baginda berada di
Mekah di sebut sebagai ayat – ayat Makkiyah di mana pada umumnya ayat – ayat ini
kesemuanya pendek-pendek dan merupakan 19./30, dan 4780 ayat dari seluruh isi al-Quran.
Bagi ayat yang diturunkan di Madinah pula dinamankan sebagai ayat – ayat Madaniyah yang
pada umumnya ayat – ayat ini panjang-panjang dan merupakan 11/30, 1456 ayat daripada
seluruh isi al – Quran. Ayat-ayat Makkiyah akan dimulakan dengan kata-kata yaa ayyuhannaas
(hai manusia) manakala ayat–ayat Madaniyah pula akan di mulakan dengan kata-kata yaa
ayyuhallaziina aamanu (hai orang-orang yang beriman).
Keutamaan al – Quran dalam sabda Rasulullah S.A.W termasuklah sebaik-baik orang di antara
kamu, ialah orang yang mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya. Selain itu,
‘sesungguhnya al-Quran ini adalah hidangan Allah, maka pelajarilah hidangan Allah tersebut
dengan kemampuanmu’ dan yang terakhir ‘bacalah al-Quran sebab pada hari kiamat nanti
akan datang al-Quran sebagai penolong bagi pembacanya’. Antara fungsi al – Quran yang lain
termasuklah menerangkan dan menjelaskan (QS. An-Nahl:89; Ad-Dukhaan:4-5), sebagai ubat
kepada penyakit (jiwa), sebagai cahaya petunjuk (QS. Asy Syuura: 52) dan banyak lagi.
3.2 Al-Sunnah/Al-Hadits
Hadits membawa maksud segala perkataan, perbuatan serta keizinan Nabi Muhammad S.A.W.
Namun, tidak semua perbuatan Nabi Muhammad merupakan sumber hukum yang harus
diikuti oleh umatnya. Sebagai contoh, perbuatan dan perkataannya sebelum baginda dilantik
menjadi rasul. Sunnah merupakan hukum Islam yang kedua selepas al-Quran. Bagi mereka
yang beriman kepada al-Quran dan menjadikannya sebagai sumber rujukan utama maka
secara automatik mereka harus percaya bahawa sunnah juga merupakan sumber rujukan
dalam agam Islam.
4.0 Falsafah ketuhanan dalam agama Kristian
Agama Kristian adalah sebuah kepercayaan yang berdasar pada ajaran, hidup, sengsara,
wafat dan kebangkitan Jesus Christ. Agama ini meyakini Jesus Christ adalah Tuhan dan juru
selamat bagi seluruh umat manusia yang menebus manusia dari dosa. Mereka beribadah di
gereja dan kitab suci mereka adalah Alkitab yang dikenali sebagai Bible. Selain itu, agama
Kristian juga dipanggil agama langit. Maksud agama langit ialah agama yang berasal daripada
ajaran tauhid iaitu mengesakan Allah sama ada masih kekal atau telah berubah dan juga
berbentuk sebagai monoteisma mutlak. Justeru, agama Kristian ini telah berkembang oleh
pemimpin-pemimpin gereja menjadikan sebahagian besar penganut Kristian dan berpegang
kepada konsep Triniti. Konsep ini terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.
Maksud Tuhan Bapa dianggap sebagai pencipta dan penguasa alam. Ia juga dikenali sebagai
Bapa Syurgawi kerana mempunyai kuasa untuk mengawal semua makhluk hidup dan segala-
galanya. Orang Kristian juga percaya bahawa Tuhan Bapa melindungi ciptaan-Nya daripada
kezaliman, gangguan Syaitan, penyakit dan keselamatan, dan menjamin kebahagiaan mereka
dalam hidup, selagi mereka percaya kepadanya. Tegasnya, Tuhan Bapa adalah personaliti
yang paling penting di dunia melalui konsep Triniti. Oleh itu, Tuhan Bapa diletakkan pertama
dalam susunan Triniti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Roh Kudus dicipta sebagai bukti
kasih Tuhan Bapa kepada manusia, yang akan membawa mereka percaya kepada Tuhan yang
tunggal (Tuhan Bapa).
Selanjutnya, Tuhan anak ini dikenali sebagai Jesus Christ yang dilahirkan oleh seorang gadis
sunti bernama Maria yang tersedia bagi Tuhan. Selama kehamilannya, dia selalu dilindungi
oleh Tuhan, Roh Kudus dan kesuciannya. Situasi ini memunculkan konsep percaya pada
kesucian atau pemurnian jiwa dan telah mewujudkan Tuhan Roh Kudus dimana Tuhan telah
menyembunyikan kesucian dan kesejahteraan Maria diyakini telah muncul serta
mencampakkan diri semasa pembaptisan Jesus Christ sebagai bukti kasih Allah Bapa dan Roh.
Selain itu, Tuhan Anak juga berfungsi sebagai penyelamat dan penebus dosa warisan umat
Kristian. Jesus Christ telah mengorbankan dirinya dengan mati disalib sebagai bukti kasih
sayang Tuhan Bapa dan Tuhan Anak kepada manusia dan dipercayai pengorbanan Tuhan
Anak adalah untuk membebaskan mereka daripada dosa warisan. Melalui pensaliban tersebut
juga adalah untuk mengembalikan ke jalan yang benar dan diredai oleh Tuhan Bapa dengan
cara penyaliban. Ini menyebabkan para penganut Kristian percaya akan memperolehi
kebebasan untuk menghadapi Tuhan yang satu iaitu Tuhan Bapa dengan penuh keyakinan di
hari kemudian nanti.
Roh kudus pula dikenali sebagai Holy Spirit dan dianggap roh yang suci serta personaliti yang
ketiga di dalam Triniti. Holy Spirit ini merupakan penasihat yang diutuskan oleh Tuhan Bapa
kepada Tuhan Anak dan turut digambarkan sebagai angin puting beliung yang melambangkan
kekuatan untuk menghadapi keadilan Tuhan yang satu kelak dan diberi urusanya untuk
penyucian. Justeru,ia berfungsi sebagai pembersih jiwa untuk menjadi pembimbing dan
penunjuk kepada gereja dan ahli-ahlinya agar terus mematuhi ajaran Kristian dan meyakini
Triniti akidah yang abasah. Seterusnya, untuk penyucian jiwa roh yang bersih mereka telah
mengadakan upacara pembaptisan supaya hidup mereka sentiasa sejahtera. Menurut
kepercayaan Kristian, Holy Spirit ini bersatu dan meresap di dalam jiwa setiap penganut
Kristian semasa upacara pembaptisan dilakukan untuk membersihkan dan menghapuskan
dosa dan kekotoran jiwa. Roh Kudus yang bersatu dengan jiwa mereka akan membimbing
orang Kristian untuk terus menghayati kebenaran doktrin Kristian dan memahami hakikat cinta
yang wujud antara Bapa, Anak, dan Roh Kudus dan setiap orang Kristian. Penyatuan Roh
Kudus dapat memastikan bahawa kehidupan orang Kristian sentiasa berada dalam jiwa yang
damai dan murni. Dan jiwa orang Kristian yang bersatu dengan Roh Kudus akan sentiasa
mempertahankan kebenaran doktrin Kristian. Kesatuan Roh Kudus dalam jiwa orang Kristian
bermakna roh Tuhan bersatu dalam jiwa mereka. Kasih Tuhan Bapa dan Tuhan Anak juga
bersatu dalam jiwa mereka, kerana agama Kristian percaya bahawa Jesus (Tuhan Anak) telah
disalibkan dan dia mematuhi perintah Tuhan Bapa untuk menyelamatkan manusia. Ini
membuktikan kasih Tuhan (God Father and God Son) untuk menyelamatkan dan memimpin
orang Kristian di jalan yang betul. Oleh itu, kepercayaan Kristian terhadap doktrin Triniti
membuktikan cinta mereka kepada Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Roh Kudus.Dan ketaatan
orang Kristian kepada setiap orang dalam doktrin Triniti tidak boleh dipisahkan, kerana ketiga-
tiga orang ini berkait rapat dan bersatu dalam satu zat. Jika orang Kristian tidak mematuhi
salah satu daripada tiga orang dalam Triniti, mereka tidak dapat menjamin kehidupan yang
damai dan kekal. Sukar untuk memahami konsep satu-satunya Tuhan, dan tidak akan ada
peluang untuk dinilai secara adil oleh Tuhan pada masa hadapan.
Menurut Ludwig Feurbach dan diperolehi oleh W.R Matthews dan Mircea Eliade, Triniti adalah
doktrin yang menjelaskan kewujudan tiga personaliti yang berbeza tetapi tidak jelas sebagai
Tuhan. Kenyataan ini bermaksud tiga personaliti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan
Holy Spirit yang membentuk kesatuan Tuhan merupakan tiga personaliti yang berlainan tetapi
bersatu di dalam satu zat Tuhan. De Groot juga berkata dalam bukunya "The Catholic
Doctrine" bahawa iman Trinity adalah untuk mempercayai tiga personaliti yang berbeza tetapi
satu intipati bersatu dalam Tuhan. Gabungan ketiga-tiga personaliti ini membentuk satu
doktrin dalam doktrin Kristian. Walaupun doktrin ini mengandungi tiga personaliti namun
ketiga-tiganya bersatu di dalam kesatuan Tuhan yang akan bertanggungjawab mendekatkan
penganut Kristian dengan Tuhan yang satu. Bagi memahami konsep dan maksud Triniti ini,
beliau mencadangkan prinsip matematik iaitu satu tambah satu tambah satu menghasilkan
tiga (1+1+1=3). Soyuz One menghasilkan tiga perlawanan tiga kali. Ini bermakna nombor
tiga dibentuk oleh nombor, yang asalnya 1. Konsep ini serupa dengan Triniti, iaitu kesatuan
Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Roh Kudus, dan Tuhan. Gabungan ketiga-tiga personaliti ini
disatukan dalam satu bahan. Jadi jelas tiga dalam satu dan seterusnya menunjuk ke arah
yang lain. Ia berbeza dengan konsep esa kerana tiada nombor sebelum dan selepas. Jelas
sekali, doktrin Triniti adalah satu doktrin, yang membentuk kepercayaan tiga personaliti.
Keperibadian ini telah disatukan menjadi satu keperibadian, iaitu ketiga-tiganya berasal
daripada unsur yang sama iaitu zat Tuhan
Pendek kata, menurut agama Kristian ketuhanan ini mempunyai konsep yang satu. Dan setiap
konsep ini berbeza persenaliti. Kepercayaan Kristian terhadap doktrin Triniti membuktikan
cinta mereka kepada Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Roh Kudus.Dan ketaatan orang Kristian
kepada setiap orang dalam doktrin Triniti tidak boleh dipisahkan kerana ketiga-tiga orang ini
berkait rapat dan bersatu dalam satu zat. Agak jelas dari aspek konsep triniti menurut agama
Kristian ini ada tanda-tanda menunjukkan bahawa penganut Kristian mempercayai rububiyah
Tuhan.Dengan ini boleh dikatakan, agama Kristian telah mulai bertukar corak daripada konsep
kesatuan Tuhan kepada keesaan Allah yang membawa maksud agama ini mulai menyakini
uluhiyyah Allah. Tentunya semua ini ada hubungkaitnya dengan pengekalan identiti agama
ini yang asalnya agama samawi sebagai aspek untuk mewujudkan persamaan dari dimensi
asas kepercayaan di antara agama samawi yang lain. Oleh itu,konsep ini sangat jelas dimana
Tuhan adalah mentadbir alam semesta dan diturunkan anaknya kepada manusia untuk
berbuat baik sesamanya.
Didalam agama Hindu, kepercayaan adanya Tuhan adalah dasar-dasar keyakinan umat
beragama Hindu yang disebut sebagai Panca Sraddha. Dalam menuju ke jalan Tuhan, umat
beragama Hindu perlu menghayati apa yang diajarkan dalam Panca Sraddha kerana pada
akhir keyakinan Panca Sraddha ini adalah Moksa iaitu peringkat menuju Tuhan .
Keyakinan akan adanya Tuhan Yang Maha Esa diajar dalam berbagai kepercayaan yang
dianuti oleh umat manusia didunia ini dalam berbagai cara yang berbeza-beza sehingga
terbentuk berbagai agama dan kepercayaan yang berbeza pula. Sebagaimana diyakini, Tuhan
menciptakan hukum alam, hukum yang mengatur perputaran alam semesta. Planet-planet
berputar teratur tanpa bertabrakan. Semua makhluk, lahir, hidup dan mati. Planet bumi
berputar tidak henti-hentinya. Perubahan di dunia fana ini adalah hukum yang abadi. Segala
sesuatu yang diciptakan, setelah dinikmati dan dipelihara akan kembali musnah. Semua
manusia yang lahir, mahu tidak mahu harus siap menghadapi hidup dan akhirnya menuju
pintu kematian. Lahir, hidup dan mati adalah hukum alam yang diciptakan-Nya. Tidak ada
kekuatan manusia pun mampu menghindari hukum abadi ini. Kekuasaan hukum itulah yang
dimanifestasikan dan dipersonafikasikan sebagai Dewa iaitu dewa Brahma (pencipta), dewa
Wisnu (pemelihara), dewa Siwa (pengembali).
Menurut Hindu, Dewa-dewa yang dimanifestasikan tersebut juga dipanggil sebagai Trimurti.
Trimutri adalah tiga perwujudan dari Tuhan Dewa Brahma, Dewa Wisnu, dan Dewa Siwa.
Selain itu, ada juga yang memberi erti Trimurti adalah tiga wujud Sang Hyang Widhi. Wujud-
wujudnya adalah Brahma, Wisnu dan Siwa. Tiga Dewata Trimurti berhubungan dengan tiga
guna dalam permainan penciptaan, pemeliharaan dan permusnahan (mengembalaikan
ciptaannya ke asalnya). Wisnu melambangkan sattvaguna, Siwa melambangkan sifat tamak ,
dan Brahma berdiri antara keduanya ini dan melambangkan sifat rajas.
Selanjutnya, sifat-sifat kemahakuasaan tuhan dalam Agama Hindu adalah disebut sebagai
Asta Aiswarya. Bahagian-bahagian Asta Aiswara terdiri daripada;
a. Anima adalah tuhan bersifat Maha kecil dari atom. Sifat Hyang Widhi ini dapat
memasuki semua benda dan tempat yang paling kecil sekalipun termasuk pada ruang
hampa. Tidak ada yang lebih kecil dari Hyang Widhi.
b. Laghima adalah kemahakuasaan Tuhan yang Maha ringan, ringan seringan-ringannya.
Hyang Widhi mampu terbang kemana saja, hampir tidak ada tempat yang terpenuhi
oleh Nya.
c. Mahima adalah tuhan bersifat Maha besar, tidak ada sesuatu yang dapat melampaui
kebesaran Tuhan. Dengan kemahakuasaan Tuhan Yang Maha Besar ini segala ruangan
terpenuhi oleh Tuhan.
d. Prapti adalah bererti datang atau mencapai. Ini adalah kemahakuasaan Tuhan yang
dapat mencapai segala tempat dalam waktu yang sama, segala kehendaknya selalu
tercapai serba cepat dan serba jelas.
e. Prakamnya yang bererti tercapai segala kehendaknya.
f. Isitwa adalah kemahkuasaan Tuhan yang menguasai segalagalanya, dalam segala hal
adalah utama.
5.2 Kebaktian
Setelah memahami kemahaagungan Tuhan Yang Maha Esa, seterusnya bagaimana cara untuk
mendekatkan diri kehadapan-Nya, sehingga kewujudan Tuhan betul-betul dirasakan dan rasa
sujud bakti didalam diri. Banyak jalan yang ditempuhi oleh umat manusia untuk melakukan
pendekatan kehadapan Tuhan Yang Maha Esa agar umat Hindu memiliki kemantapan dan
tetap ada di jalan ketuhanan, didalam kitab suci weda diajarkan empat jalan yang disebut
Catur Marga atau Catur Yoga, yang mana masing-masing dari jalan tersebut memberi jaminan
untuk berjaya dalam menuju tuhan berdasarkan bakat kemampuan hidup. Catur Marga atau
Catur Yoga tersebut adalah:
a. Karma Yoga
Adalah jalan atau usaha yang ditempuh untuk mencapai moksa dengan melakukan perbuatan
baik. Perbuatan baik yang dilakukan dengan tulus ikhlas tanpa mengharapkan untung maupun
ruginya, berbuat demi kemanusiaan, demi pengabdian terhadap dharma atas dasar bakat dan
kemampuan yang dimilki. Tuhan Maha Karya. Beliau menciptakan segala sesuatu yang ada
dan memelihara segala sesuatu yang ada tanpa membezakan jenis, manfaat atau nilainya.
Bila kita boleh melakukan pekerjaan dengan pedoman pada sifat-sifat ketuhanan ini, bererti
kita melakukan pekerjaan atas nama Tuhan.
b. Bhakti Yoga
Adalah jalan menuju ke jalan tuhan yang diwujudkan dengan proses atas cara
mempersatukan atman dengan Brhaman dengan berlandaskan atas cinta kasih yang
mendalam kepada Sang hyang Widhi melalui sikap berpikir, berkata dan berbuat sebagai rasa
sujud kehadapan-Nya. Bhakti yang melandasi semua sikap semua perbuatan manusia sebagai
pancaran kasih terhadap semua ciptaanNya. Menghormati akan kewujudan ciptaan Tuhan
adalah sebuah Bhakti yang dipersembahan kehadapan-Nya karena Tuhan meresapi semua
ciptaan-Nya. Sikap Bhakti telah tercermin ketika tersenyum, ketika menyalami, ketika
mengingatkan sesuatu yang penting dan menghormati sesama makhluk hidup, dan sesama
ciptaan Tuhan. Selain itu, wujud Bhakti juga dalam bentuk lantuman puji-pujian yang
ditujukan kepada kebesaran Tuhan baik dalam bentuk manifestasinya atau sifat-sifat
ketuhanan-Nya. Doa juga sebagai wujud Bhakti yang dilakukan sebagai menyampaikan
permohonan terhadap-Nya. Doa adalah sebagai perwujudan rendah hati dan sebagai
kesadaran akan keterbatasan kita sebagai manusia.
c. Jnana Yoga
Adalah jalan-jalan mendekatkan diri dengan Tuhan melalui jalan pengetahuan. Ia juga
dimaksudkan mempersatukan Jiwatman dengan Paramatman yang dicapai melalui jalan
mempelajari dan mengamalkan ilmu pengetahuan ketuhanan yang telah dimiliki didalam
kehidupan sehari-hari sehingga pengetahuan yang dimiliki bertambah dan berkembang. Makin
jauh kita mempelajari jalan ketuhanan, kitapun akan merasa semakin kecil dan tidak bererti
apapun dihadapan-Nya.
d. Raja Yoga
Raja Yoga juga disebut sebagai raja Widya yang ertinya pengetahuan tertinggi iaitu
pengetahuan tentang hakikat Tuhan Yang Maha Esa. Kegiatan raja yoga merupakan usaha
untuk mengenal kewujudan Tuhan Yang Maha Esa dengan hakikat sifat-sifat-Nya dan hakikat
keberadaan-Nya sebagai Maha Kuasa pada alam semesta dan semua ciptaan-Nya hingga
hakikat keberadaan-Nya didalam diri. Raja Yoga adalah pengetahuan yang diserap langsung
oleh jiwa melalui pengalaman Samadhi sebagai puncak dari pada raja Yoga. Raja Yoga ini
merupakan marga atau jalan hidup menuju tuhan yang tertinggi. Secara jelasnya, Raja Yoga
ini adalah jalan mendekatkan diri kepada Tuhan dengan cara memesatkan pikiran kepada-
Nya agar kehadiran Tuhan dapat dirasakan didalam diri mahupun sebagai darsan
(penampakkan) hakikat ketuhanan yang dialami. Ia juga disebut dyana.
e. Catur Warna
Adalah bakat keterampilan yang kita miliki antara satu dengan yang lainnya berbeza
dibezakan oleh diri kita masing-masing.Bakat yang dimiliki oleh berbagai orang dibezakan
berdasarkan warna sebagai identiti pengabdiannya di masyarakat. Warna terjadi dengan
sendirinya sebagai sifat dan bakat pembawaan dari masing-masing orang yang juga dapat
dibentuk dengan disiplin pengetahuan atau ilmu mahupun diangkat oleh masyarakat kerena
diperlukan. Didalam Bhagawad Gita, masing-masing warna dimaksudkan adalah :
Bakat kemampuan seorang yang dilandasi oleh tekad semangat kepahlawanan dengan gagah
dan berani membela tanah air, membela Dharma, membela kebenaran dan hukum yang
berlaku.
Bakat kemampuan yang dimiliki untuk melakukan usaha berniaga sehingga mampu meraih
keuntungan yang diharapkan, mampu bersaing untuk mengembangkan usahanya secara sihat
sehingga mampu membiayai keperluan keluarganya dan membantu kepentingan
pembangunan masyarakatnya
Bakat kemampuan yang dimiliki dalam bidang pertanian, nelayan dan jasa pelayanan
dimasyarakat baik untuk kepentingan hidupnya mahupun sebagai pengabdian.
Buddha berasal daripada perkataan Sanskrit atau Pali yang bermaksud ‘seseorang yang telah
dikejutkan atau dibangunkan’. Manakala maksud yang paling tepat adalah seseorang yang
telah disedarkan. Istilah Buddhisme merujuk kepada aturan norma yang pelbagai mengenai
kepercayaan dan amalan yang membentuk satu sifat keseragaman dan akhirnya membentuk
satu agama iaitu Buddhisme atau Agama Buddha.
Apabila agama Buddha berkembang dengan luas dari India ke bahagian Asia, corak dan
tingkat peradaban bangsa-bangsa di bahagian Asia sangat berbeza berbanding dengan orang
India, sehingga bangsa-bangsa itu tidak mungkin menerima pengajaran agama Buddha begitu
sahaja. Oleh itu, agama Buddha memiliki aliran-aliran dalam keyakinan para pemeluknya.
Aliran- aliran itu ialah Mahayana dan Hinayana.
Aliran hinnayana bermaksud kenderaan kecil iaitu nama dari budhisme yang asli, terdapat di
ceylin, birma dan siam. Mazhab ini lebih mendekati pelajaran buddha yang semula. Dalam
hinayana, ada anggapan bahawa kelak akan ada Buddha Gautama dengan maitrenya beribu-
ribu tahun, hinayana menggangap bahawa Buddha Gautama melebihi para dewa. Menurut
mazhab ini, hidup harus menurut petunjuk-petunjuk yang diberikan Buddha untuk mencapai
nirwana. Setiap orang harus berusaha sendiri dengan tidak mengharap pertolongan dari
sesiapa pun, oleh itu dalam hinayana ini dititikberatkan kepada usaha sendiri untuk mecapai
nirwana tanpa bantuan orang lain. Oleh sebab itu, hanya beberapa orang yang dapat
memasuki nirwana.
Aliran mahayana bermaksud suatu kepercayaan yang menuju kearah bahagia yang kekal.
Aliran ini berkembang di Tibet, Tiongkok dan Jepun dan mazhab ini mempunyai berbezaan
dengan mazhab pertama. Ajarannya ialah mempercayai bahawa segala asal sumber dan
makhluk yang ada ialah Buddha. Aliran mahayana ini sudah menajdi sangat berbeza dengan
pelajaran yang diajarkan semula, dan sekarang Buddha sendiri dianggap sebagai dewa telah
menjadi perhatian. Perkataan Buddha tidak lagi digunapakai untuk menyebut orang yang
dinamakan Buddha, tetapi digunapakai untuk menyebut beberapa jenis dewa. Imam
mahayana sebagai Buddha yang pertama yang juga merupakan sumber segala makhluk. Atas
kehendak sendiri Buddha pertama menjelma sebagai salah satu dalam lima dhyania Buddha
yang tetap tinggal di syurga. Lima dhyanta ini masing-masing mempunyai Buddha manusia.
Buddha Gautama merupakan salah seorang daripada lima orang yang kelak akan turun
kedunia.
Ajaran agama Buddha bersumber pada kitab Tripitaka yang merupakan kumpulan khutbah,
keterangan, perumpamaan, dan percakapan yang pernah dilakukan sang Buddha dengan
para siswa dan pengikutnya. Oleh itu, isi kitab tersebut semuanya tidak hanya berasal dari
kata-kata sang Buddha sendiri melainkan juga kata-kata dan komen-komen dari para
siswanya. Sumber ajaran tersebut disusun oleh para siswanya menjadi tiga kelompok besar
yang dikenali dengan ‘pitaka’, iaitu Sutra Pitaka atau Sutta Pitaka, Winaya Pitaka, dan
Abbidharma Pitaka atau Abbudhamma Pitaka.
Sutra (bahasa sanskrit) atau Sutta (bahasa Pali) yang bermaksud sederhana iaitu ‘benang’.
Benang adalah tali halus yang dipintal dari kapas atau sutera, yang digunakan untuk menjahit
atau merangkai sesuatu. Setiap khutbah Buddha seperti kata-kata yang dirangkai menjadi
satu dengan indah dan satu sama lain tidak dapat dipisahkan, tiadak acak-acakan serta tidak
saling bertentangan, oleh sebab itu Khutbah Hyang Buddha disebut ‘sutra’. Sutra-sutra itu
dikumpulkan dan disusun menjadi satu yang dinamakan Sutra Pitaka. Sutra Pitaka
mengandungi dharma atau ajaran Buddha kepada muridnya. Kitab Stura Pitaka juga
mengandungi huraian berkenaan dengan cara hidup yang berguna bagi para bhikku atau
biksu dan pengikut yang lain. Kitab ini terdiri dalam lima kumpulan atau buku iaitu Dighanikaya,
Majjhimanikaya, Angutaranikaya, Samyuttanikaya dan Khuddakanikaya. Kitab Sutra Pitaka ini
juga bukan hanya mengandungi ucapan-ucapan Buddha Gautama sahaja, ia juga
mengandungi ucapan para thera semasa hidupnya, dan riwayat hidup dari para bhikku dan
bhikkuni. Di dalam kitab-kitab tersebut, terdapat juga kitab lain iaitu kitab Dhammapada yang
mengutarakan peristiwa yang terjadi dalam kehidupan Buddha dan cara yang diajarkannya
untuk menyembuhkan penyakit yang terdapat dalam diri manusia. Selain Dhammapada,
terdapat juga kitab Udana yang mengandungi ucapan-ucapan Buddha yang disampaikan
dalam pelbagai kesempatan, theragata yang merupakan kumpulan syair yang disusun oleh
para thera semasa Buddha masih hidup.
Vinaya Pitaka mengandungi peraturan-peraturan untuk mengatur tata tertib sangha atau
jemaat, kehidupan seharian para biksu atau bhikku atau rahib, dan sebagainya. Kitab suci
Vinaya Pitaka ini juga berisi peraturan-peraturan bagi para Bhikku dan Bhikkuni, dan terdiri
atas Sutra Vibanga, Khandaka, dan Parivawa. Kitab Sutra Vibanga mengandungi peraturan-
peraturan bagi para bhikkhu dan bhikhkuni. Bhikkhu-vibanga berisi 227 peraturan yang
meliputi lapan jenis pelanggaran, empat perlanggaran yang menyebabkan dikeluarkannya
seorang bhikkhu darisangha dan tidak dapat menjadi bhikkhu lagi seumur hidup iaitu
berhubungan kelamin, mencuri, membunuh atau menganjurkan orang lain bunuh diri, dan
membanggakan diri secara tidak benar tentang peringkat kesucian atau kekuatan batin luar
biasa yang dicapai. Bagi pelanggaran yang lain, ditetapkan hukuman dan pembersihan yang
sesuai dengan pelanggaran yang setimpal. Bhikkhuni-vibanga berisi peraturan-peraturan yang
serupa bagi para Bhikkhuni, Cuma mempunyai jumlah yang lebih banyak.
Abidharma atau abhidhamma adalah susunan ceramah dan perkembangan logik tentang
dharma dari ajaran Hyang Buddha, membahas falsafah dan metafisik, juga sastera
memberikan definisi kata-kata BuddhaDharma, dan penjelasan terperinci mengenai falsafah
dengan sistematis, memantapkan suatu metode mengenai lathian spiritual oelh para orang
tua dari aliran atau mazhab pada waktu itu, kumpulan dari kitab Abidharma ini dinamakan
Abidharma Pitaka. Abbidharma Pitaka mengandungi ajaran yang lebih mendalam mengenai
hakikat dan tujuan hidup manusia, ilmu pengetahuan yang membawa pada kelepasan dan
lain sebagainya. Abibdharma Pitaka juga mengandungi huraian falsafah Buddha-dharma yang
disusun secara analitis dan meliputi berbagai bidang ilmu jiwa, sastera, logik, etika, dan
metafisik. Kitab ini terdiri daripada tujuh buah buku, iaitu Dhammasangani, Vibhanga,
Dathukatha, Puggalapannatti, Kathavatthu, Yamaka, dan Patthana. Berbeza dengan kitab
Sutra Pitaka dan Vinaya Pitaka yang menggunakan bahasa naratif, sederhana dan mudah
untuk difahami secara umum, gaya bahasa kitab Abbidharma Pitaka bersifat sangat teknikal
dan analitikal.
Kitab-kitab agama Buddha dapat dibahagi menjadi dua bahagian, iaitu kitab-kitab Sutra dan
kitab-kitab Sastera. Kitab Sutra adalah kitab-kitab yang berpandangan ucapan Buddha sendiri
walaupun ditulis jauh selepas ia meninggal dunia, manakala kitab Sastera adalah huraian-
huraian yang ditulis oleh para tokoh yang ternama. Huraian-huraian tersebut biasanya disusun
secara sistematik.
7.0 Perbezaan falsafah ketuhanan antara agama Islam, Kristian, Hindu dan
Buddha
Agama Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW merupakan pelengkap kepada agama
samawi yang terdahulu yang telah diturunkan kepada para rasul sebelumnya bermula dari
nabi Adam AS sehingga nabi Isa AS. Diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad
SAW melalui malaikat Jibril AS. Wahyu pertama diterima pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos
610 Masehi di Gua Hira', Jabal Nur (Bukit Cahaya). Allah S.W. T menurunkan wahyu
berterusan selama 23 tahun. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W wahyu tersebut
dikumpul, ditulis dan dibukukan secara sistematik oleh para sahabat.
Ketuhanan dalam agama Islam dijelmakan dalam kalimah syahadah yang menjadi tonggak
keislaman seseorang. Dalam kalimah syahadah iaitu "Tiada Tuhan melainkan Allah"
terkandung konsep tauhid. Sebagaimana agama samawi yang terdahulu, ketuhanan
berbentuk tauhid menjadi intipati akidah yang menentukan bentuk ibadah dan akhlak
penganutnya. Tauhid bermaksud kepercayaan bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang Maha
Esa, yang wajib disembah, menjadikan, memiliki dan mentadbir alam serta seluruh isinya,
tiada makhluk lain yang serupa denganNya.
Umat Islam diajar mengenal Allah S.W.T melalui kefahaman terhadap namanama (asma') dan
sifat-sifat Allah S.W. T yang Maha Agung dan Maha Sempurna. Memahami dalil-dalil yang
membuktikan kewujudan Allah S.W. T dan mengenal kebesarannya melalui makhluk
ciptaanNya yang terdapat di alam ini . Terdapat sembilan puluh sembilan nama, 20 sifat wajib
dan 20 sifat mustahil bagi Allah S.W.T yang wajib diketahui dan difahami oleh seorang muslim.
Allah S.W.T merupakan Tuhan yang berhak dan wajib disembah dan dalam pengibadatan
serta permohonan kepadaNya tanpa memerlukan perantaraan. Allah S.W.T Maha Pengasih
dan Penyayang yang Maha Mendengar akan setiap permintaan hambaNya.
Ketuhanan dalam agama Islam berbentuk Monoteisme Mutlak iaitu mempercayai dan
menyembah Allah S.W.T, Tuhan yang Esa.
Secara umumnya, agama Kristian merupakan agama yang dikembangkan dari agama yang
diturunkan kepada Nabi Isa A.S. Oleh itu ia juga dikenali sebagai agama Isa yang disebarkan
dalam kalangan orang Romawi. Nama agama Kristian mengambil nama Jesus iaitu nama Nabi
Isa A.S yang telah diberikan oleh pengikutnya.
Jesus merupakan putra Maryam binti Imran, berketurunan Bani Israel dan Galilea daripada
keturunan Nabi Daud A.S. Dalam agama Islam, Jesus dikenali sebagai Isa Ibn Maryam atau
al-Masih yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membawa Bani Israel beriman kepada Allah
S.W.T.
Islam menyatakan bahawa Nabi Isa telah diangkat ke langit selepas baginda diselamatkan
dari hukuman mati disalib. Manakala penganut Kristian percaya bahawa Jesus Kristus telah
mati disalib dan kematiannya dianggap suci kerana menjadi penebus dosa umat manusia.
Menurut sejarah, orang Romawi sebelum kedatangan agama Kristian, mereka menganuti
agama yang mempunyai unsur agama Yunani. Orang Yunani mempercayai bahawa alam ini
telah dicipta oleh para dewa. Bagi agama ini, dewa dewi disamakan dengan manusia iaitu
mempunyai sifat-sifat kemanusiaan. Kelebihan mereka hanya dari segi kesempurnaan
kejadian dan mempunyai kuasa yang luar biasa. Kepercayaan lama ini sedikit sebanyak wujud
dalam akidah dan amalan agama Kristian seperti kepercayaan kepada Tritunggal, Tuhan Bapa,
Tuhan lbu dan Tuhan Anak.
Secara umumnya konsep ketuhanan dalam agama Kristian pada mulanya berbentuk
monoteisma mutlak. Seterusnya ia dikembangkan oleh pemimpin-pemimpin gereja
menjadikan sebahagian besar penganut Kristian berpegang kepada konsep
Triniti iaitu:
a. Tuhan bapa yang merupakan Pencipta sekalian alam yang ada di Syurga.
b. Anak Tuhan iaitu Jesus merupakan Tuhan atau firman yang hidup bersamasama
manusia yang datang ke dunia sebagai 'juruselamat'. Mengikut Kristian, Jesus mati
disalib di atas kayu palang. Kematian beliau sebagai korban untuk menebus dosa
manusia.
c. Ruhul kudus iaitu 'Roh Allah' yang boleh masuk ke dalam peribadi orang suci.
Dalam Kristian, penyaliban Jesus juga merupakan salah satu pokok keimanannya. Seseorang
belum menjadi Kristian sekiranya tidak mengimani Triniti dan penyaliban Jesus. Penyaliban
Jesus salah satu daripada rukun iman yang mutlak, maka lambang kayu salib diletakkan
ditempat yang penting dalam Kristian. Setiap orang Kristian memuliakan salib dan ia
diletakkan di dalam gereja serta dijadikan pusat penumpuan. Oleh itu salib amat penting
kedudukannya dalam kalangan penganut Kristian.
Agama Hindu dikatakan antara agama tertua di dunia sebagaimana agama seangkatan
dengannya seperti agama Mesopotamia dan agama Yunani. Walau bagaimanapun tiada
catatan yang menunjukkan tarikh atau tahun sebenar agama Hindu lahir. Diberi nama
sempena nama Sungai Sindus (Indus) iaitu tempat asal penganutnya. la telah dibawa dan
diperkenalkan oleh Bangsa Arya yang datang dari daerah Asia tengah ke lembah sungai Sindu.
Dalam catatan sejarah, tidak ditemui individu yang mengaku sebagai pencipta atau pengasas
agama Hindu. Malah agama Hindu termasuk dalam agama ciptaan manusia. Catatan-catatan
sejarah silam juga menunjukkan tidak ada penganut agama Hindu yang mengetahui siapa
pengasas agama ini.
Dalam agama Hindu Tuhan disebut sebagai Brahma iaitu nama Tuhan Tunggal yang wujud
dengan sendirinya, Maha Esa dan Maha Kuasa yang bersifat azali, tiada awal dan tiada akhir,
yang menciptakan dan menjadi asal dari sekalian alam. Bagaimanapun dengan beredarnya
masa, terdapat penganut Hindu yang telah mengubah kepercayaan ketuhanan yang satu
kepada kepercayaan berbentuk trimurti atau bertuhan tiga. Mereka memberi nama kepada
tuhan yang tiga berdasarkan tugasnya masing-masing. Trimurti terdiri dari:
Menurut Agus Hakim (1979), apabila diperhatikan dalam kitab Veda, kitab suci agama Hindu,
tidak ada dinyatakan Tuhan yang berbilang, hanya menyatakan ketuhanan Brahma semata-
mata. Vishnu dan Siva ada dinyatakan tetapi bukan sebagai Tuhan, ia lebih cenderung
dinyatakan sebagai sifat Tuhan. Visynu adalah sifat kasih sayang dan memelihara, Siva pula
sifat maha kuasa dan memusnahkan. Terdapat dalam kalangan pendeta telah mengkhayalkan
dalam fikiran mereka untuk meletakkan kedua sifat tuhan itu sebagai tuhan yang ke dua dan
ketiga.
Oleh itu ditemui di kuil-kuil agama Hindu patung-patung yang menggambarkan Trimurti.
Patung Brahma yang mempunyai empat muka dan empat tangan dan di sisinya terdapat dua
patung iaitu tuhan Visynu dan Siva.
Akhirnya, pada hari ini ketuhanan dalam agama Hindu agak sukar untuk dijelaskan kerana ia
telah berubah dan mempunyai berbagai bentuk dan sumber. Apabila muncul satu bentuk
aliran yang disebut sebagai perbilangan maka ketuhanan dalam agama Hindu didapati
berbentuk politeisma iaitu mempercayai banyak tuhan. Mempercayai setiap satu kekuatan
tabi'ie seperti air, api, sungai, gunung dan lain-lain boleh memberi faedah atau
membahayakan. Semuanya dianggap mempunyai roh dan jiwa. Oleh itu perlu dipuji serta
didekati melalui perbuatan-perbuatan ibadah dan persembahan korban. Akhirnya wujudnya
kepercayaan kepada tuhan dan dewa yang berbilang yang memberi kesan dalam kehidupan
manusia. Antara nama-nama tuhan yang terkemuka iaitu Varuna di langit, Indra di udara dan
Agni di bumi.
Buddhisme merupakan aliran keagamaan yang diasaskan oleh Sidharta dan dikembangkan
pada abad ke 6 Masehi, S.M. Sidharta Gautama telah dilahirkan pada 563. S.M. adalah
seorang putra raja. Semasa beliau dilahirkan, seorang pendeta menyatakan bahawa beliau
merupakan utusan dewa yang kelak akan menjadi pemimpin dan petunjuk bagi semua
makhluk menolong segenap rohani manusia daripada samsara (sengsara). Firasat tersebut
membayangkan Sidharta akan menjadi seorang ahli agama. Justeru ayahandanya mengawal
pergerakan beliau kerana beliau berhasrat supaya Sidharta akan menjadi seorang raja bagi
meneruskan pemerintahan Kerajaan Kosala.
Walau bagaimanapun suatu ketika semasa beliau keluar berburu beliau telah menyaksikan
beberapa keadaan manusia di luar istana. Kesakitan, tua, kematian dan kemiskinan dilihat
telah menjadikan seseorang hidup dalam kesengsaraan. Hatinya menjadi amat sedih
menyebabkan beliau membuat keputusan untuk meninggalkan istana dan tidak memberi
penumpuan kepada kehidupan untuk menjadi pembesar negara. Pengembaraannya telah
membawa beliau menemui ramai pendeta, hidup bertapa dalam hutan tanpa makan, minum
dan tempat tinggal yang selesa. Beliau berusaha mencari sesuatu yang dirasakan kurang
dalam kehidupannya iaitu mendapatkan makna hakikat nikmat hidup. Dalam pengembaraan
itu juga Sidharta telah mengunjungi biara untuk mendapatkan jawapan kepada pencarian
tersebut.
Agama Buddha mempunyai hubungan erat dan persamaan dengan agama Hindu dari aspek
prinsip-prinsipnya kerana sepanjang pengembaraan Sidharta beliau telah bertemu dengan
pendeta-pendeta yang menganut agama Hindu. Bagaimanapun dalam agama Buddha konsep
ketuhanan tidak dibincangkan sebagaimana dalam agama Hindu kerana agama Buddha tidak
bertitik tolak dari Tuhan, hubunganNya dengan alam serta seluruh isinya. Ia lebih memberi
tumpuan kepada aspek etika dan ajaran-ajaran moral.
Walau bagaimanapun pengkaji agama melihat, dalam agama Buddha terdapat kepercayaan
terhadap perkara-perkara ghaib. Kepercayaan ini dianggap sebagai pengganti kepada konsep
ketuhanan . Antaranya:
8.0 Kesimpulan
9.0 Rujukan
Adhar, Z. (2020, April 17). Al-Kindi dan dalil kewujudan Allah secara akal. HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/17/al-kindi-dan-dalil-kewujudan-allah-secara-akal/
Al-Asmaa'Bt. Dollah@Abdul Aziz. 2010. Ketuhanan Dalam Agama Hindu Dan Agama Buddha (Study Komperatif)
diperolehi dari http://repository.uin-suska.ac.id/10721/1/2010_201019PAG.pdf
Adam Badrulhisham dan Khadijah bt. Mohd. Khambali @ Hambali (2018) Konsep Roh Suci menurut Islam dan
Kristian Jurnal Akidah dan Pemikiran Islam Vol. 20 Issue 1: 85-108 file:///D:/Fis/New%20folder/doc.pdf
BAB III Konsep Ketuhanan Dalam Agama Buddha dan Khonghucu. (n.d). Diperoleh dari from
http://repository.uin-suska.ac.id/5820/4/BAB%20III.pdf. Pada 20 December 2021.
IBG Yudha Triguna,Konsep Ketuhanan Dan Kemanusiaan Dalam Hindu diperolehi dari
https://media.neliti.com/media/publications/266366-konsep-ketuhanan-dan-kemanusiaan-dalam-h-3b6e828b.pdf
Khairulnizam Mat Karim dan Mohd Anuar Awang Idris. 2013. Epistemologi Menurut Persepktif Agama Buddha:
Satu Huraian Awal. Diperoleh dari
https://www.researchgate.net/publication/260038834_Epistemologi_Menurut_Perspektif_Agama_Buddha_Satu_
Huraian_Awal_Epistemology_From_The_Buddhism_Perspective_A_Preliminary. Pada 17 December 2021.
Khadijah bt. Mohd. Khambali @ Hambali (1995) Triniti menurut agama Kristian Journal of Usuluddin Vol. 2 29-52
file:///D:/Fis/New%20folder/document.pdf
Milton Thorman Pardosi dan Rr. Siti Murtiningsih (2018) Refleksi Konsep Ketuhanan Agama Kristen dan Agama
Islam dalam Pandangan Filsafat Perenial Jurnal Filsafat Indonesia Vol 1 No 3 91-103
file:///D:/Fis/New%20folder/REFLEKSI_KONSEP_KETUHANAN_AGAMA_KRISTEN_DAN_AGAMA_%20(1).pdf
Noor, M. (2018). FILSAFAT KETUHANAN. Jurnal Humaniora Teknologi, 3(1). https://doi.org/10.34128/jht.v3i1.31
Selamat, A. (2021, January 21). Imam Al-Ghazali dan Falsafah – Angkasfera. Angkasfera.
https://angkasfera.com/2021/01/21/imam-al-ghazali-dan-falsafah/
Shalaby, Ahmad. (2001). Agama Islam: Perbandingan Agama, Singapura: Penerbitan Pustaka Nasional,
(BP171.S52 2001)
Shinta Tedjo. (2017). BAB5, KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA, 2 (2): 1-10. Diperoleh dari
https://docplayer.info/65439356-Bab-5-konsep-ketuhanan-dalam-kepelbagaian-
agama.html#download_tab_content
Tylor, Edward B. (1974). Primitive Culture: Research into the Development of Mythology,Philosophy, Religion,
Language, Art and Custom. New York: Brentano’s Publishers
Yaakob, Z. (2012). Falsafah Alam dalam Konteks Falsafah Ketuhanan Menurut Hamka. International Journal of
Islamic Thought, 1(1), 74–86. https://doi.org/10.24035/ijit.01.2012.009
Yulianti, H. D., (n.d.). Al-Qur’an dan sunnah sebagai sumber primer ajaran agama islam. Retrieved from
https://www.academia.edu/12120594/Al_Quran_dan_Sunnah_Sebagai_Sumber_Primer_Ajaran_Agama_Islam
Zainol Abidin Ahmad. (2018). PERBANDINGAN AGAMA. ISLAM – KRISTIAN – BUDHA – HINDU MENCARI TITIK
PERSAMAAN BUKAN PERMUSUHAN. 2(2): 1-17. Diperoleh dari
https://www.academia.edu/7687279/PERBANDINGAN_AGAMA_ISLAM_KRISTIAN_BUDHA_HINDU_MENCARI_TIT
IK_PERSAMAAN_BUKAN_PERMUSUHAN
10. Lampiran
Rajah 4: Artikel journal tentang Epistemologi Menurut Persektif Agama Buddha: Satu
Huraian Awal
Rajah 5: Ketuhanan dalam agama Hindu dan agama Buddha (study komperatif)
Rajah 12: Shinta Tedjo. (2017). BAB5, KONSEP KETUHANAN DALAM KEPELBAGAIAN
AGAMA, 2 (2): 1-10.
Rajah 13: Zainol Abidin Ahmad. (2018). PERBANDINGAN AGAMA. ISLAM – KRISTIAN –
BUDHA – HINDU MENCARI TITIK PERSAMAAN BUKAN PERMUSUHAN. 2(2): 1-17
Rajah 14: Konsep Roh Suci menurut Islam dan Kristian
Rajah 15: Triniti menurut agama Kristian
Rajah 16: Refleksi Konsep Ketuhanan Agama Kristen dan Agama Islam dalam Pandangan
Filsafat Perenial