Penggunaan Kaedah Kotak Ajaib Meningkatk

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 11

PENGGUNAAN KAEDAH “KOTAK AJAIB” MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID

TAHUN 4 DALAM MEMBINA SIFIR

Oleh

Tin Leh Teng, Koay Bee Leng, Komathi A/P Krisnan

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

1.0 PENGENALAN

Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk dikuasai oleh murid
khasnya murid di sekolah rendah. Kegagalan menguasai subjek ini diperingkat awal akan
menimbulkan kesan yang negatif kepada pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Dalam
mencapai status negara maju dalam tahun 2020, beberapa perubahan dasar telah dibuat
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses memperkasa sistem pendidikan di
Malaysia bagi memenuhi keperluan negara di masa akan datang. Dalam perubahan dasar
tersebut, ia turut melibatkan subjek Matematik. Hal ini kerana, Matematik merupakan subjek
penting dan juga merupakan subjek kritikal khasnya di sekolah rendah.

Terdapat empat operasi asas dalam matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi. Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), antara perkara yang menjadi
fokus adalah membolehkan murid menguasai keempat-empat kemahiran tersebut.
Menguasai keempat-empat kemahiran asas Matematik itu adalah penting kerana ia
merupakan asas dalam menguasai tajuk yang lebih kompleks di dalam subjek matematik
dan juga asas untuk menguasai subjek-subjek lain seperti sains.

Matematik merupakan satu cabaran kepada generasi muda di Malaysia pada masa kini.
Skemp (1989), seorang pakar psikologi dan matematik menyatakan bahawa mata pelajaran
Matematik adalah subjek yang sukar dan lebih susah untuk dikuasai berbanding dengan
subjek-subjek yang lain. Kajian oleh Harries dan Bramby (2008) berpendapat bahawa
perwakilan konsep darab dengan cara susunan adalah lebih baik berbanding dengan
perwakilan lain. Hal ini kerana cara susunan dapat menunjukkan sifat komutatif operasi
darab, manakala konsep yang lain seperti garis nombor, set atau kumpulan dan nisbah tidak
dapat menunjukkan sifat tersebut dengan jelas.

1
1.1 REFLEKSI KAJIAN LALU

Semasa menjalankan praktikum fasa ketiga, saya mendapati beberapa orang murid dalam
kelas tahun 4 Hibiscus menghadapi masalah dalam penguasaan sifir. Pemerhatian saya
juga mendapati murid tahu menyelesaikan operasi darab tetapi oleh kerana tidak menguasai
sifir, murid tidak dapat menjawab dengan tepat. Selain itu, melalui ujian sifir yang dijalankan,
beberapa orang murid tidak dapat menguasai sifir dengan baik. Kaedah hafal dan tanya
yang dipraktikkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran gagal untuk menarik minat
murid menghafal sifir.

Pengenalan kepada kaedah baru perlu agar guru dapat menggerakkan motivasi murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dinyatakan oleh Tengku Sarina (2006)
bahawa tujuan penggunaan pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ialah menggerakkan motivasi dalaman murid supaya terus berminat mengikuti pengajaran
guru. Penguasaan sifir penting kepada murid dan sekiranya masalah murid menguasai sifir
ini tidak dibendung, hal ini akan mendatangkan masalah kepada murid untuk meneruskan
pembelajaran dalam topik lain yang melibatkan operasi darab.

1.2 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian adalah menjurus kepada masalah penguasaan sifir. Melalui pemerhatian saya,
murid tahu menyelesaikan operasi darab tetapi tidak dapat menjawab dengan tepat kerana
masih tidak menguasai sifir. Sebelum ini, murid telah diminta untuk menghafal sifir dan
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula mereka akan diminta untuk
membaca sifir-sifir yang dipilih oleh guru. Berdasarkan pemerhatian, murid dapat membaca
sifir dengan baik bersama rakan-rakan mereka. Hal ini kerana, murid yang telah menghafal
sifir dapat membaca sifir dengan baik dan jelas manakala murid yang masih belum dapat
menghafal sifir hanya mengikut rakan-rakan yang lain. Oleh itu, mereka yang masih tidak
dapat menghafal sifir tidak dapat dikesan oleh guru. Setelah melihat kepada latihan-latihan
yang diberi, murid-murid yang tidak dapat menguasai sifir dapat dikenal pasti. Hal ini kerana,
latihan yang dibuat tanpa bantuan rakan lain menyebabkan mereka tidak dapat
menyelesaikan operasi darab dengan betul.

2
Selepas menjalankan ujian diagnostik, saya mendapati seramai 10 orang murid lemah
dalam penguasaan sifir. Daripada 10 soalan yang diberi, hanya seorang murid daripada 10
orang tersebut mendapat 4 jawapan betul. Setelah saya melihat kepada kertas jawapan
mereka, saya mendapati kebanyakan dari mereka tidak dapat menghasilkan jawapan yang
betul kerana tidak menguasai sifir.

Menurut Cooper (1994), sesetengah murid mendapati pola adalah berguna dalam
mempelajari pendaraban. Oleh itu, kajian ini berfokuskan kepada satu kaedah iaitu kaedah
“Kotak Ajaib” dalam membantu murid menguasai sifir 3 hingga 9 dan seterusnya dapat
menjawab soalan pendaraban melibatkan sebarang nombor dengan dua dan satu digit.
Melalui kaedah ini, murid hanya perlu tahu setiap langkah untuk menyusun nombor dan
mengenal nombor yang lebih besar atau nombor yang lebih kecil. Kaedah ini dapat
membantu murid untuk membina sifir 3 hingga 9 dengan mudah dan cepat. Ini disokong
oleh kajian yang dijalankan oleh Azizi Bin Subeli dan Hu Laey Nee (2010) yang bertajuk
Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik Dalam Kemahiran Mendarab.

Melihat kepada cadangan kajian lanjutan oleh Azizi(2010), mereka memberi cadangan
bahawa kaedah ini boleh dilanjutkan kepada murid-murid tahun lain seperti Tahun 3, 4, 5
dan 6 dan seterusnya memperkembangkan penggunaan kaedah kotak ajaib kepada sifir 2
hingga sifir 9 kerana dalam kajian mereka, hanya melibatkan penggunaan kaedah kotak
ajaib kepada sifir 6 hingga 9 sahaja. Oleh itu, dalam kajian saya, saya akan
memperkenalkan kaedah kotak ajaib bermula dari sifir 3 hingga 9.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membina sifir.

2.1 OBJEKTIF UMUM

Kajian ini bertujuan membantu meningkatkan kemahiran murid dalam membina sifir.

2.2 OBJEKTIF KHUSUS

2.2.1 Meningkatkan penguasaan murid yang lemah dalam membina sifir 3 hingga 9.

2.2.2 Menambah baik amalan pengajaran ke arah membantu murid dalam menyelesaikan
masalah operasi darab.

3
2.3 SOALAN KAJIAN

2.3.1 Sejauh manakah kaedah kotak ajaib dapat membantu murid yang lemah dalam
membina sifir asas matematik 3 hingga 9?

2.3.2 Bagaimanakah pengenalan kaedah kotak ajaib dapat menambah baik amalan saya
dalam mengajar operasi pendaraban?

3.0 KAJIAN LITERATUR

Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Chan Yaw Jong (2011) dalam kajiannya yang
bertajuk Penggunaan Kotak Ajaib dan “Lattice” Dalam Meningkatkan Penguasaan
Pendaraban Murid Tahun Lima, beliau menyatakan bahawa penggunaan kaedah kotak ajaib
ini berkesan dalam membantu murid membina sifir. Selain itu, beliau juga menyatakan
bahawa kaedah kotak ajaib ini mudah difahami dan dapat membina keyakinan murid dalam
menyelesaikan operasi darab. Ianya juga dapat menarik minat murid dengan topik darab
setelah mempelajari kaedah ini. Menurut Azizi bin Subeli dan Hu Laey Nee (2010) pula,
mereka mendapati bahawa pengaplikasian kaedah kotak ajaib telah mendatangkan kesan
yang positif terhadap pencapaian murid dalam menguasai sifir 6 hingga 9.

Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar dikuasai
oleh murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan murid
bermasalah dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan kemahiran mendarab.
Zainudin Bin Abu Bakar dan Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil (2007) dalam kajian mereka
membincangkan tahap penguasaan fakta asas darab dapat dikuasai oleh pelajar jika
kaedah Petak Sifir diperkenalkan berbanding dengan kaedah tradisional yang hanya
menekankan kepada kaedah hafalan sifir matematik. Seramai 50 orang pelajar Tahun 4
diambil sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Selepas kajian, didapati peningkatan
min markah kaedah tradisional ialah 19.68 peratus (%) manakala kaedah petak sifir pula
42.96%.

Kaedah petak sifir merupakan satu strategi lain bagi meningkatkan penguasaan murid
dalam fakta asas darab. Hasil kajian ini selaras dengan kajian yang dibuat oleh Mohd Zain
Bin Mukmin (1984) yang mendapati bahawa kelemahan pelajar di dalam matematik adalah
kerana pelajar tidak dapat menguasai fakta asas darab. Apabila fakta asas darab dikuasai,
Matematik akan menjadi satu mata pelajaran yang mudah.

4
Murid-murid menganggap peranan mereka dalam kelas sebagai pasif. Mereka merasa
bahawa banyak masa dihabiskan untuk mendengar syarahan guru, untuk menyelesaikan
masalah di papan tulis dan juga terdapat dalam buku teks secara bersendirian .Guru
seharusnya mengenal pasti dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh murid dalam mata
pelajaran matematik ini dengan tujuan untuk memperbaiki dan memudahkan lagi aktiviti-
aktiviti pengajaran dan pembelajaran seterusnya menarik minat murid terhadap mata
pelajaran yang diajar oleh guru ini terus dipupuk dalam kalangan murid (Habibah,2004).

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan


seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap
individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh
ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian. Dalam konteks ini, guru
memainkan peranan penting untuk membantu murid yang lemah dalam penguasaan sifir,
seterusnya merancang aktiviti yang bersesuaian dengan murid supaya dapat memenuhi
keperluan kecerdasan.

4.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

4.1 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang murid tahun 4 Hibiscus. Murid-murid ini adalah di kalangan
murid yang lemah penguasaan sifir asas melalui ujian diagnostik yang dijalankan. Murid
lemah boleh ditakrifkan seperti berikut.

Kumpulan murid Jumlah markah


Cemerlang 7 hingga 10
Sederhana 5 hingga 7
Lemah 0 hingga 4
Jadual 1

4.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ialah gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan
kuantitatif digunakan untuk menganalisis skor dan senarai semak manakala pendekatan
kualitatif digunakan untuk instrumen pemerhatian dan dokumen hasil kerja murid.

5
4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah senarai semak, dokumen hasil kerja
murid, borang soala selidik dan penulisan refleksi.

4.3.1 Borang Senarai Semak.

Senarai semak dibentuk untuk mengetahui tahap perkembangan murid dalam penguasaan
sifir.

4.3.2 Dokumen Hasil Kerja Murid

Dokumen hasil kerja murid iaitu latihan-latihan juga digunakan sebagai instrumen kajian.
Dokumen ini akan membantu pengkaji mendapatkan maklum balas tentang tahap
perkembangan penguasaan sifir murid.

4.3.3 Borang Soal Selidik

Borang soal selidik dibentuk untuk mengetahui kesan penggunaan kotak ajaib dalam
menyelesaikan operasi darab.

4.3.4 Refleksi

Refleksi bagi setiap intervensi digunakan sebagai bukti masalah yang dihadapi oleh murid
sepanjang proses kajian ini dijalankan. Penulisan refleksi ini berdasarkan masalah murid,
suasana proses pembelajaran dan penglibatan murid.

4.3.5 Proses Temubual

Proses temubual dijalankan kepada murid sebelum, semasa dan selepas intervensi
dijalankan. Proses temubual ini dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dan
kesan penggunaan kaedah kotak ajaib.

4.4 TINJAUAN MASALAH

Masalah telah dikenalpasti melalui pemerhatian dan ujian diagnostik yang dijalankan.

4.5 PELAKSANAAN TINDAKAN

4.5.1 Pemerhatian

Saya menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-
soalan yang dijalankan, semakan kerja rumah dan latihan di dalam kelas.

6
4.5.2 Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik dijalankan bagi menguji tahap sebenar murid-murid yang dapat mengira
atau mencari jawapan bagi hasil darab sebarang nombor dengan nombor satu atau dua
digit.

4.6 ANALISA TINJAUAN MASALAH

4.6.1 Pemerhatian

Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati
murid mengambil masa yang agak lama membina jadual sifir pelbagai guna (JSPG) dan
saya juga mendapati bahawa jadual sifir yang dibina mempunyai nilai yang salah. Hal ini
menyebabkan murid tidak dapat menyelesaikan operasi darab dengan betul. Selain itu,
murid mengambil masa lebih kurang lima hingga sepuluh minit untuk menyiapkan operasi
darab tersebut.

4.6.2 Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik yang diberi mempunyai 10 soalan untuk diselesaikan oleh murid dalam
masa 30 minit. Peruntukan masa 30 minit yang diberi didapati tidak mencukupi dan terdapat
murid yang tidak dapat siap beberapa soalan. Hal ini kerana, mereka mengambil masa yang
lama untuk menyediakan jadual sifir (JSPG). Kesemua 10 orang murid yang dipilih
merupakan mereka yang mendapat markah betul 4 dan ke bawah sahaja.

4.7 PERANCANGAN TINDAKAN

4.7.1 Mengambil data

Langkah awal saya ialah mengesan penguasaan sifir murid. Ujian diagnostik dijalankan
untuk melihat penguasaan sifir murid dan melihat masalah murid dalam menyelesaikan
operasi darab. Selain itu, saya juga membuat pemerhatian melalui latihan-latihan di dalam
kelas, kerja rumah dan juga ujian sifir yang dijalankan.

4.7.2 Menganalisis masalah murid

Setelah menjalankan ujian diagnostik, saya dapat mengenal pasti masalah murid di mana
murid lemah dalam penguasaan sifir. Kebanyakan soalan yang tidak dapat dijawab dengan
betul disebabkan oleh murid tidak menguasai sifir tersebut. Selain itu, terdapat juga murid
yang tidak dapat menyiapkan 10 soalan ujian tersebut dalam masa yang ditetapkan. Setelah
dinilai, pola kesilapan murid ialah murid tidak menguasai sifir, cuai semasa menjawab
soalan dan tidak tahu menyelesaikan operasi darab.

7
4.7.3 Melaksanakan tindakan

Dalam fasa ini, saya menggunakan model Kurt Lewin sebagai panduan untuk melaksanakan
kajian ini. Model Kurt Lewin melibatkan lima langkah utama iaitu mengenal pasti aspek
amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan
dan membuat refleksi ke atas segala tindakan.

Dalam mengenal pasti aspek amalan, saya menggunakan kaedah menemubual guru subjek
Tahun 4 secara tidak rasmi, menjalankan pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran serta menganalisis latihan-latihan dan ujian sifir yang dijalankan sebelum ini.

Setelah mengenal pasti masalah murid, saya mengambil tindakan dengan memperkenalkan
kaedah kotak ajaib kepada murid. Pengenalan kepada kaedah kotak ajaib dilakukan secara
berperingkat-peringkat bagi membantu murid menguasai kaedah ini dan seterusnya dapat
menguasai sifir 3 hingga 9 dengan mudah.

Peringkat 1: Pengenalan kaedah kotak ajaib

Dalam peringkat ini, saya memperkenalkan murid dengan kaedah kotak ajaib. Saya telah
menyediakan jadual kotak ajaib yang lengkap dengan nombor. Murid hanya perlu
menambahkan nombor-nombor dalam membina sifir menggunakan kaedah ini. Dalam
peringkat ini juga, saya memberi peluang murid untuk bekerjasama secara berpasangan
untuk melengkapkan kotak ajaib ini dari sifir 3 hingga sifir 9. Saya menggunakan kaedah
koperatif untuk peringkat ini bagi menjalankan cadangan kajian oleh Chan Yaw Jong (2011)
di mana beliau mencadangkan pembelajaran koperatif dalam melaksanakan kaedah kotak
ajaib ini.

1 2 3

4 5 6

7 8 9

Rajah 10: Jadual kotak sifir 3, 7 dan 9

2 4 6

8 0 2

4 6 8

Rajah 11: Jadual kotak sifir 2, 4, 6 dan 8

8
5 0 5

0 5 0

5 0 5

Rajah 12: Jadual kotak sifir 5

Peringkat 2: Aktiviti Kotak Ajaib Dengan Jadual Yang Tidak Lengkap

Dalam peringkat 1, murid diberi jadual kotak ajaib yang lengkap dengan susunan nombor.
Pada peringkat ini, murid diberi jadual kotak ajaib yang mempunyai susunan nombor yang
tidak lengkap. Hal ini bagi membantu murid menguasai kaedah kotak ajaib ini dalam
membina sifir 3 hingga 9. Murid juga diberi peluang bekerjasama secara berpasangan untuk
melengkapkan kotak ajaib ini.

1 3

Rajah 13: Jadual kotak sifir 3, 7 dan 9

2 4

Rajah 14: Jadual kotak sifir 2, 4, 6 dan 8

0 5

Rajah 15: Jadual kotak sifir 5

9
Peringkat 3: Aktiviti Kotak Ajaib Dengan Jadual Kosong

Dalam peringkat ini, murid hanya diberi jadual kotak ajaib yang kosong tanpa sebarang
nombor. Murid perlu menyusun nombor dahulu sebelum membina sifir menggunakan
kaedah ini. Dalam peringkat ini, murid akan menguasai kaedah membina sifir menggunakan
kotak ajaib ini kerana murid telah melalui 3 peringkat mengikut peringkat yang mudah
kepada peringkat yang susah.

Rajah 16: Jadual kotak sifir

4.7.4 Menilai tindakan

Setelah memenuhi reka bentuk kajian tindakan mengikut model Kurt Lewin, langkah
seterusnya adalah membuat penilaian ke atas murid-murid. Penilaian ini dijalankan
bertujuan menentukan sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah kotak ajaib ini.

4.8 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Jadual pelaksanaan kajian perlu dirangka supaya kajian dapat dijalankan secara sistematik
dan menepati jangkamasa yang ditetapkan.

Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan


1. Mengenal pasti masalah dan 19/7/16 – 20/7/16
pengumpulan data awal.
2. Menulis kertas cadangan 11 Julai 2016
3. Merancang tindakan 25 Julai 2016
4. Melaksanakan kajian tindakan Ogos 2016
5. Membincangkan masalah yang timbul Ogos 2016
6. Menjalankan ujian pos Ogos 2016
7. Refleksi kajian Ogos 2016
8. Menulis laporan kajian Jan 2017
9. Pembentangan dapatan kajian Feb 2017

10
4.9 ANGGARAN PERBELANJAAN KAJIAN

Bil Bahan/Perkara Jumlah


1 Kertas A4 (1 rem) RM 12.50
2 Kad manila ( 10 keping) RM 7.00
3 Percetakan senarai semak RM 10.00
4 Percetakan bahan RM 30.00
5 Pen marker RM 15.00
Jumlah RM 75.40

11

Anda mungkin juga menyukai