Final Report Smart Whiteboard

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 54

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM

MU’ADZAM SHAH

REKABENTUK DAN PENGUJIAN


SISTEM PEMADAM PAPAN PUTIH
DENGAN BANTUAN WIFI

NUR SYAHIRAH BINTI MHOD NOOR

(03DMK19F1005)

JABATAN KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
(PLASTIK)

SESI 1 - 2021/2022
AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

REKA BENTUK DAN PENGUJIAN SISTEM PEMADAM PAPAN


PUTIH DENGAN BANTUAN WIFI

1. Saya …NUR SYAHIRAH BINTI MHOD NOOR…………. adalah pelajar tahun


akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik), Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah, yang beralamat di Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah. (Selepas
ini dirujuk sebagai ‘Politeknik tersebut’)

2. Saya mengakui bahawa ‘Projek tersebut di atas’ dan harta intelek yang ada di
dalamnya adalah hasil karya / reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru mana-
mana harta intelek daripada pihak-pihak lain.

3. Saya bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘Projek tersebut’ kepada


‘Politeknik tersebut’ bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma
Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) kepada saya.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya )


diakui oleh yang tersebut: )
(NUR SYAHIRAH BINTI MHOD NOOR ) ..............................................
(No. Kad Pengenalan: 010925-08-0030 ) ) NUR SYAHIRAH BINTI MHOD
di POLIMAS pada tarikh ....................................) NOOR

Di hadapan saya, Ir. Dr. NIK AHMAD FARIS )


BIN NIK ABDULLAH (710105-03-5311) ) ................................................
sebagai penyelia projek pada tarikh ) Ir. Dr. NIK AHMAD FARIS BIN
……………………....................... ) NIK ABDULLAH

ii
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kepada Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya,
akhirnya saya mampu menyiapkan Projek Tahun Akhir saya mengikut masa yang
ditetapkan bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan pengajian diploma saya.

Projek Tahun Akhir ini telah dibimbing oleh penyelia saya. Ir. Dr. Nik Ahmad
Faris Bin. Nik Abdullah yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya
sehingga projek ini dapat disiapkan. Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada beliau di atas jasa dan khidmat yang diberi. Terima kasih juga kepada
En. Sofian Bin Yusof yang telah membantu saya dari sudut pemilihan komponen yang
sesuai digunakan dalam projek ini.

Tidak lupa juga, terima kasih kepada seluruh keluarga saya, terutama sekali
kepada Ibubapa saya iaitu En. Mhod Noor Bin Esa dan Pn. Fazilah Binti Mohamed yang
banyak memberi sokongan dan dorongan yang kuat kepada saya sepanjang projek ini
dijalankan. Terima kasih kepada rakan - rakan seperjuangan saya yang telah memberi
perkongsian idea, pengetahuan, dorongan dan nasihat kepada saya sepanjang
menyiapkan Projek Akhir Tahun ini. Ia adalah pengalaman yang berharga dalam hidup
saya.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada pihak yang telah membantu secara
langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan. Diatas segala jasa dan
baik budi Tuan/Puan dan saudara/saudari sekalian amat saya hargai. Sekian, terima
kasih.

iii
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah daripada kajian terdahulu yang
melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada hasil kajian terdahulu yang
dibuat, permasalahan yang didapati adalah gangguan semasa adanya proses
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Ini disebabkan oleh konsep pemadaman yang
digunakan adalah pemadaman papan putih menggunakan alat kawalan jauh yang
memerlukan kuasa bateri. Penggunaan konsep ini akan merugikan masa pembelajaran
yang mungkin terjadi disebabkan oleh kuasa bateri yang perlu ditukar setiap kali tenaga
yang disimpan sudah habis mahupun kehilangan alat kawalan atau terlupa dimana ianya
diletakkan. Oleh itu, Reka Bentuk Dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan
Bantuan Wifi telah membangunkan sistem pemadam papan putih yang boleh berfungsi
secara automatik dengan bantuan sistem wifi. Hasil daripada analisis data yang telah
dilakukan, masa pemadaman bagi penggunaan Reka Bentuk Dan Pengujian Sistem
Pemadam Papan Putih Dengan Bantuan Wifi adalah lebih singkat iaitu selama 15 saat
berbanding dengan pemadaman papan putih menggunakan alat kawalan jauh yang
mengambil masa selama 20 saat. Reka Bentuk Dan Pengujian Pemadam Papan Putih
Dengan Bantuan Sistem Wifi ini dapat menyelesaikan masalah yang dinyatakan dan
sekaligus dapat memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berjalan serta menjimatkan tenaga manusia untuk memadam permukaan papan putih.

iv
ABSTRACT

This study was conducted to overcome the problems from previous studies
involving the teaching and learning process. From the results of previous studies, the
problems found are disruptions during the process of Learning and Teaching (PdP). This
is due to the concept of erasure used is whiteboard erasure using a remote control that
requires battery power. The use of this concept will be detrimental to learning time that
may occur due to the battery power that needs to be changed each time the stored energy
is depleted or the loss of the control device or forget where it is placed. Therefore, the
Design and Testing of Whiteboard Eraser System With the Help of Wifi has developed
a whiteboard eraser system that can work automatically with the help of wifi system.
As a result of the data analysis that has been done, the deletion time for the use of Design
and Testing of Whiteboard Eraser System With the Help of Wifi is shorted by 15
seconds compared to deleting the whiteboard using a remote control which takes 20
seconds. Design and Testing of Whiteboard Eraser With the Help of With Wifi System
can solve the problems stated and at the same time can faciliate the ongoing teaching
and learning activities and save manpower to erase the surface of the whiteboard.

v
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
ISI KANDUNGAN vi
SENARAI RAJAH viii
SENARAI JADUAL ix

BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Projek 2
1.3 Penyataan Masalah 2
1.4 Objektif Kajian 2
1.5 Persoalan Kajian 3
1.6 Skop Kajian 3
1.7 Kepentingan Kajian 3
1.8 Takrifan Istilah/Definisi Operasi 4
1.9 Jangkaan Dapatan/ Keputusan Kajian 4
1.10 Rumusan 4

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR


2.1 Pendahuluan 5
2.2 Kajian Terdahulu/Ulasan/Siasatan 5
2.2.1 Pemadam Papan Putih Dengan 6
Menggunakan Alat Kawalan Jauh.
2.2.2 Papan Putih Menggunakan 7
Pemadam Dengan Suis Kuasa Elektrik
2.2.3 Papan putih Menggunakan Kaedah 8
Pemadam Dengan Konsep Wiper Dan Air

2.2.4 Automatic Board Cleaning Mechanisms 9

vi
2.2.5 Automatic Duster Machine 10
2.3 Konsep/Teori 11
2.4 Kajian Spesifikasi Komponen Yang Akan Digunakan 11
2.5 Rumusan 16

BAB 3 : METODOLOGI/REKA BENTUK


3.1 Pendahuluan 17
3.2 Carta Alir 17
3.3 Reka Bentuk Kajian 19
3.4 Rajah Blok 19
3.5 Reka Bentuk Litar 20
3.6 Lukisan Kejuruteraan 21
3.7 Elemen Kelestarian 22
3.8 Rumusan 23

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN


4.1 Pendahuluan 24
4.2 Hasil Dapatan Kajian 24
4.3 Kelebihan Produk yang dibangunkan 27
4.4 Manual Penggunaan 28
4.5 Algoritma Produk Yang Dibangunkan 28
4.6 Analisa Prototaip 29
4.7 Kos Keseluruhan 30
4.8 Rumusan 30

BAB 5 : KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1 Kesimpulan 31
5.2 Cadangan Penambahbaikan 32
5. 3 Limitasi 32

vii
RUJUKAN 33
LAMPIRAN 35
Pengaturcaraan 43

viii
SENARAI RAJAH

TAJUK MUKA SURAT


Rajah 2.1 Automatic Whiteboard Using Remote Control 6

Rajah 2.2 Pemadam Papan Putih Dengan Menggunakan 7


Pemadam Suis Kuasa Elektrik
Rajah 2.3 Papan Putih Menggunakan Kaedah Pemadam 8
Dengan Konsep Wiper Dan Air.

Rajah 2.4 Automatic Board Cleaning Mechanisms 9

Rajah 2.5 Automatic Duster Machine 10

Rajah 3.1 Carta Alir Proses Penghasilan Reka Bentuk Dan 18


Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan
Bantuan Wifi
Rajah 3.2 Rajah Blok Bagi Reka Bentuk Dan Pengujian Sistem 20
Pemadam Papan Putih Dengan Bantuan Wifi.
Rajah 3.3 Litar Simulasi 20
Rajah 3.4 Lukisan Kejuruteraan Bagi Rekabentuk Dan Pengujian 21
Sistem Pemadam Papan Putih Dengan Bantuan Wifi.
Rajah 4.1 Aplikasi Blynk Di Dalam Telefon Pintar Jenis Android 25
Yang Sudah Diatur Cara.

Rajah 4.2 Sistem Wifi Disambungkan Pada Pemadam Papan 27

Putih.

Rajah 4.3 Analisa Prototaip Bagi Sistem Wifi Terhadap 29

Pergerakan Pemadam Papan Putih.

ix
SENARAI JADUAL

TAJUK MUKA SURAT


Jadual 2.1 Spesifikasi Komponen Yang Akan Digunakan 12

Jadual 3.1 Elemen Kelestarian 22


Jadual 4.1 Pengujian Terhadap Jarak Pengesanan Isyarat 25
Antara Sistem Wifi Kepada Node MCU V3 Dan
Motor.
Jadual 4.2 Perbezaan Masa Pemadaman Antara Pemadaman 26
Alat Kawalan Jauh Dan Sistem Wifi.

Jadual 4.3 Kos Pemasangan Smart Whiteboard Cleaner With 30


Wifi Application.

x
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Para guru telah menggunakan papan hitam sebagai alat bantu mengajar sejak
berzaman lagi. Penggunaan kapur untuk menulis di papan hitam telah
menimbulkan isu bahaya kepada guru disebabkan kapur yang berhabuk. Namun
disebabkan oleh peredaran zaman, papan hitam sudah digantikan dengan papan
putih kerana penggunaannya lebih efisien berbanding papan hitam. Masyarakat
pengguna sekarang mahu setiap perkara dalam hidup kelihatan canggih, mudah
dan pantas dalam era teknologi baru ini (Alias, S. B., 2020). Papan putih adalah
satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis dimana permukaan sekeping papan
dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis
dengan menggunakan pen ink yang mudah dipadam. Pada masa kini, papan putih
menjadi alat bantu mengajar yang sangat penting untuk para guru mahupun
pelajar. Pengajaran yang disampaikan oleh guru kepada pelajar akan lebih
berkesan dan lebih mudah difahami dengan bantuan papan putih. Papan putih
adalah perkara asas di dalam kelas dan digunakan secara meluas di sekolah dan
pusat pendidikan tinggi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Papan putih
juga menyokong pengajaran secara bersemuka dengan memudahkan perkongsian
idea dan memusatkan perhatian pelajar semasa pembelajaran (Gormish, Erol, Van
Olst, Li, & Mariotti, 2011)

1
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Projek ini bertujuan untuk membuat penambahbaikan berkaitan kelemahan


atau kekurangan daripada projek sedia ada dengan menukarkan sistem alat
kawalan jauh kepada teknologi wifi. Jika, projek ini dibuat penambahbaikan
dengan menukar sistem alat kawalan jauh kepada sistem wifi ia akan
memudahkan sesuatu urusan para pengguna. Pembersih papan putih akan
dikawal oleh telefon pintar sahaja dimana kaedah pengekodan akan digunakan
bagi menukarkan data ke dalam format yang diperlukan. Bersesuaian dengan
masa kini, penggunaan IT sistem sangat penting kerana negara kita sudah
berada di industri 4.0 iaitu sedang menghadapi revolusi perindustrian seperti
teknologi siber atau IOT dan cybersecurity yang bertujuan untuk
membangunkan negara.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Daripada pemerhatian daripada kajian terdahulu, pengkaji telah mengkaji


kelemahan atau kekurangan projek tersebut. Pertama, ia menggunakan alat
kawalan jauh di mana memerlukan kuasa bateri yang perlu ditukar setiap kali
tenaga yang disimpan sudah habis. Ini akan mengganggu proses Pembelajaran
dan Pengajaran (PdP) yang sedang berjalan. Kedua, penggunaan alat kawalan
jauh boleh menyebabkan kehilangan alat kawalan atau terlupa dimana ianya
diletakkan. Ini akan menyebabkan kerugian masa guru semasa PdP dan
pembelajaran menjadi tergendala.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif kajian:

i. Membangunkan sistem pemadam papan putih yang boleh


berfungsi secara automatik dengan bantuan sistem wifi.
ii. Menguji model sistem pemadam papan putih dengan bantuan
sistem wifi agar dapat berfungsi dengan berkesan.

2
1.5 PERSOALAN KAJIAN

Berikut adalah persoalan kajian:

i. Adakah pemadam papan putih dengan bantuan sistem wifi dapat


dibangunkan?
ii. Adakah model pemadam papan putih dan sistem wifi dapat
berfungsi dengan berkesan?

1.6 SKOP KAJIAN

Berikut adalah skop kajian:

i. Penggunaannya hanya digunakan pada penyambung rangkaian


yang mempunyai teknologi wifi dengan sistem android sahaja.

ii. Reka bentuk Dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan
Bantuan Wifi ini dihasilkan untuk kegunaan papan putih yang bersaiz
45cm x 60.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dapat mengatasi masalah memadam semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang sedia ada serta dapat memberi manfaat kepada masyarakat
terutama sekali pihak pengajar dan pelajar. Selain itu, dengan menggunakan kaedah
tersebut, ia dapat mengurangkan masa dan tenaga untuk membersihkan papan putih
tanpa mengganggu proses PdP. Sebenarnya, dalam projek ini telah
memperkenalkan konsep revolusi IR 4.0 untuk menjadikan teknologi yang lebih
baik dengan menyesuaikan pemahaman orang ramai mengenai konsep ini. Oleh itu,
diharapkan projek ini dapat dilaksanakan menjadi permulaan untuk memahami
konsep IR4.0

3
1.8 TAKRIFAN ISTILAH/DEFINISI OPERASI

Berikut adalah takrifan istilah :


i. Pemudahcaraan – proses menggerakkan sesuatu aktiviti
pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar.

ii. Wifi – Rangkaian internet tanpa wayar.

iii. PdP – Pembelajaran dan pengajaran.

iv. IOT – Internet of Things.

v. IR4.O - Automasi berterusan dalam sektor pembuatan


dan perindustrian tradisional, menggunakan teknologi pintar yang
moden.

1.9 JANGKAAN DAPATAN/KEPUTUSAN KAJIAN

Diharap kajian ini dapat menghasilkan satu model pemadam papan putih yang
boleh memadam secara automatik dengan bantuan sistem wifi. Seterusnya,
diharapkan juga penggunaan model pemadam papan putih secara automatik dengan
bantuan sistem wifi ini dapat berkembang luas khususnya di kawasan pendalaman.
Hal ini kerana, penduduk di kawasan pendalaman akan mendapat pendedahan
berkaitan dengan teknologi IR 4.0.

1.10 RUMUSAN

Bab ini menerangkan pengenalan kajian yang akan dilaksanakan iaitu pemadam
papan putih yang boleh memadam secara automatik dengan bantuan sistem wifi.
Dalam bab ini juga menyatakan pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan
kajian, skop kajian, kepentingan kajian, takrifan istilah serta jangkaan dapatan.

4
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Bab ini, membincangkan kajian terdahulu untuk membangunkan sistem


pemadam tulisan pada papan putih secara automatik. Bab ini juga akan membuat
kajian literatur komponen-komponen yang akan digunakan serta konsep/teori yang
berkenaan. Pada tahun 1960-an, Albert Stallion telah mencipta papan putih semasa
bekerja di Alliance. Beliau berpendapat bahawa keluli enamel untuk lapisan seni
bina boleh dijadikan sebagai permukaan penulisan. Populariti penggunaan papan
putih meningkat dengan pesat pada pertengahan 1980-an dan masyarakat pada
masa itu banyak menggunakannya di bilik darjah, bilik mesyuarat, pejabat dan
persekitaran yang lain. ( Md. Mayn Uddin, Naymuzzaman Akanda, Md. Golam
Kibria, 2017). Keperluan utama di bilik darjah atau bilik kuliah ialah pemadam
papan putih kerana sering timbul permasalahan untuk membersihkannya.
Ketinggian setiap manusia berbeza menyebabkan ia mempengaruhi bahagian papan
putih yang hendak dibersihkan serta penggunaan alat kawalan jauh juga
mempengaruhi masa pembelajaran. Segala barangan keperluan untuk
membangunkan projek ini telah dikenalpasti dan telah disenaraikan. Pemilihan
barangan keperluan ini sering bertukar - tukar sehingga dapat memenuhi keperluan
proses penghasilan reka bentuk projek. Oleh itu, keperluannya telah melahirkan
idea Reka Bentuk Pembersih Papan Putih Secara Automatik Dengan Teknologi
Wifi bersesuaian dengan dunia teknologi sekarang ini.

2.2 KAJIAN TERDAHULU/ULASAN/SIASATAN

Daripada kajian literatur yang dibuat, terdapat beberapa teknologi yang


dibangunkan untuk memadam tulisan di papan putih. Antara teknologi tersebut
adalah pemadam yang menggunakan alat kawalan jauh dan menggunakan suis.

5
2.2.1 Pemadam Papan Putih Dengan Menggunakan Alat Kawalan Jauh.

Pada masa kini, papan putih banyak digunakan di semua institusi pendidikan.
Sebanyak 70 – 80% institusi pendidikan di seluruh dunia menggunakan papan
putih sebagai media penulisan di bilik darjah mereka (Muhammad Idham Bin
Abd Aziz, 2018). Namun, terdapat permasalahan yang dihadapi untuk memadam
papan putih dengan menggunakan alat kawalan jauh kerana ia menggunakan
tenaga bateri yang perlu ditukar, bila tenaganya sudah habis. Oleh itu, jika kelas
selama satu jam, kira-kira 8-10% masa terbuang bagi menukarkan alat kawalan
jauh ke bateri yang baharu. Rajah 2.1 menunjukkan Automatic Whiteboard using
Remote Control.

Rajah 2.1 : Automatic Whiteboard Using Remote Control

6
2.2.2 Papan Putih Menggunakan Pemadam Dengan Suis Kuasa Elektrik

Pertumbuhan teknologi memerlukan mesin berprestij tinggi untuk memenuhi


keperluan masyarakat. Sebagai contoh, papan putih elektik ini dapat
membersihkan keseluruhan papan putih secara automatik menggunakan sumber
elektrik dan mengurangkan penggunaan masa dalam pembersihan. Laporan
menunjukkan satu jenis mekanisme reka bentuk, yang mana mekanisme dapat
membersihkan papan dengan segera dan menjaga kebersihannya sepanjang
masa. Kain lap merangkumi struktur asas bagi membersihkan permukaan papan
putih. Rantai disambungkan dengan motor pemacu untuk meratifikasi pemacu
yang dipasang pada bingkai papan putih. Kajian ini memperkenalkan
penambahbaikan baru yang berguna dan lebih khusus kepada alat dimana papan
putih dapat dibersihkan dengan mudah. Objektif utama penggunaan papan putih
ini adalah menyediakan alat tambahan dalam bentuk pembersih yang boleh
bentuk, pembersihan yang boleh dikendalikan dengan hanya menekan suis
sehingga mengurangkan usaha manusia dan masa yang diperlukan untuk
memadamkan papan putih eletrik ini.

Rajah 2.2 : Pemadam Papan Putih Dengan Menggunakan Suis Kuasa


Elektrik.

7
2.2.3 Papan putih Menggunakan Kaedah Pemadam Dengan Konsep Wiper
Dan Air
Ini adalah kaedah untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan debu
kapur, kesukaran guru untuk mengajar dan kerugian masa untuk membersihkan
papan putih. Gaurav Gangurde telah merancang dan mengembangkan sistem
pembersihan papan putih dengan menggunakan aplikasi motor beroda DC bagi
mendorong mekanisme rak dan pinion untuk bersihkan papan putih. Motor akan
menggerakkan pinion ke gerakan linear pada rak yang membawa jalur
penghubung dengan kain lap yang dilekatkan padanya. Reka bentuknya juga
menggunakan penyemburan air kecil untuk menyemburkan air di permukaan
papan putih bagi menjimatkan masa dan mengurangkan tenaga manusia untuk
membersihkan papan putih. Gaurav Gangurde juga menyarankan beberapa idea
baru dan penambahbaikan untuk reka bentuk dan pengembangan sistem
pembersihan papan putih bagi masa depan. Pertama, mesin ini dapat
dikendalikan mengikut jadual di mana mesin ini dapat beroperasi mengikut masa
yang ditetapkan. Kedua, idea Eye of Machine ialah kita dapat membuat mesin
yang dapat beroperasi dengan mengesan kotor pada papan putih dan
menghapuskannya secara automatik. (Gangurde G 2016).

Rajah 2.3: Papan Putih Menggunakan Kaedah Pemadam Dengan Konsep


Wiper Dan Air.

8
2.2.4 Automatic Board Cleaning Mechanisms

Pembersihan papan putih secara manual merupakan kaedah tradisional.


Bagaimanapun sistem automatik memerlukan gerakan pembersihan mendatar
dan menegak. Papan elektronik yang menggunakan tulisan yang unik
mekanisme ialah gabungan lapisan resistif yang luas di atas substrat yang tidak
fleksibel. Modul elektronik digunakan untuk menentukan kedudukan instrumen
iaitu pen dan komputer bagi memproses dan menyimpan koordinat pen di atas
papan. Bagaimanapun, papan ini, tidak perlu dipadamkan secara manual. Hal ini
kerana, sistem penghapusan automatik telah dberkembang menyebabkan
pembersihan papan putih tidak mengambilmasa yang lama. Rajah 2.4
menunjukkan rangka kerja yang menggabungkan pemadam yang diselaraskan
dengan luar papan melalui susunan rak dan pinan dikawal oleh mesin DC.
Seterusnya bahagian pemadam menggabungkan tali dan papan kerana semasa
mesin digerakkan, tiang akan menggerakkan. Kerangka pembersihan papan
elektrik melibatkan perumah, motor, jaring residu, filem, kepala penyerap, pad
dan petak bateri. Dalam aplikasi pembersihan, suis penahan mesti ditekan pada
kawalan enjin yang bertenaga bagi memutarkan kipas. Kerangka pembersihan
robot serbaguna dengan cekap dan bijak ini dapat menghilangkan dakwat kering
pada papan putih. Ini memerlukan gabungan antara peranti mekanikal dan
elektronik ke peranti bebas.

Rajah 2.4 : Automatic Board Cleaning Mechanisms

9
2.2.5 Automatic Duster Machine

Pada masa kini, papan putih masih menjadi alat penyampaian maklumat atau
penyampaian kepada pelajar. Walaupun di era yang moden ini sudah banyak
teknologi digunakan tetapi masih ada lagi sekolah atau institusi yang
menggunakan papan putih. Papan serba boleh ini amat berguna di mana sahaja
di dalam kampus Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang dapat diperoleh
daripada papan putih. Oleh sebab itu, masyarakat kini lebih berfikiran kreatif
kerana mereka mampu menghasilkan satu mesin pembersih papan putih yang
membersihkan seluruh papan secara automatik dengan hanya menekan butang
klik pada pengawal. Mesin pembersih ini menggunakan set arduino, bingkai,
kurungan, rod sokongan, pemadam papan putih, motor, penggelek dan litar
pemanduan untuk mencapai mekanisme ini.

Rajah 2.5 : Automatic Duster Machine

10
2.3 KONSEP/TEORI

Reka Bentuk Dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan Bantuan
Wifi ini memerlukan banyak pengukuran yang tepat dalam membuat sistem
operasi pergerakan. Ini adalah teknologi yang umumnya digunakan pada masa
kini iaitu penggunaan IT sistem. Alat untuk membersihkan papan putih
diletakkan secara melintang di papan putih bagi tujuan pergerakkannya ke atas
dan ke bawah. Seteusnya, motor dipasang secara mekanik dengan unit pemacu
untuk menghasilkan pergerakan lap dalam operasi pembersihan.

Antara rumus yang kami gunakan untuk mencari purata masa bagi
pemadaman papan putih ialah rumus purata dimana purata bersamaan hasil
tambah semua sampel bahagi bilangan sampel bagi mengkaji purata masa yang
diambil untuk memadam permukaan papan putih.

P = HASIL TAMBAH SEMUA SAMPEL


BILANGAN SAMPEL

2.4 KAJIAN SPESIFIKASI KOMPONEN YANG AKAN


DIGUNAKAN

Bagi menghasilkan model pemadam papan putih dengan teknologi wifi,


beberapa kajian mengenai komponen yang akan digunakan perlu dibuat kajian.
Antara komponen yang perlu dikaji adalah seperti sistem wifi, NodeMcu ESP8266,
relay module, motor, span, kabel jumper, limit switch dan bagi memadam
permukaan putih. Jadual 2.1 menunjukkan spesifikasi komponen yang akan
digunakan dalam kajian ini.

11
Jadual 2.1 :Spesifikasi Komponen Yang Akan Digunakan.

NAMA HURAIAN GAMBAR


KOMPONEN

WiFi singkatan kepada Wireless


Sistem Wifi
Fidelity sama seperti WLAN
yang berasal dari 'Wireless Local
Area Network' yang berfungsi
sama seperti lain-lain peranti
tanpa wayar yang menggunakan
frekuensi radio untuk menghantar
isyarat antara peranti. Frekuensi
radio yang digunakan adalah
untuk menghantar dan menerima
data dalam julat Gigahertz.
NodeMCU ialah platform sumber
NodeMcu terbuka berdasarkan ESP8266
ESP8266 yang boleh menyambungkan
objek dan membenarkan
pemindahan data menggunakan
protokol Wi-Fi. Di samping itu,
dengan menyediakan beberapa
ciri paling penting
mikropengawal seperti GPIO,
PWM, ADC, dan lain-lain, ia
boleh menyelesaikan banyak
keperluan projek.

12
Relay Module Papan relay module yang
mempunyai 5v dan 8 channel. Ini
adalah papan pemancaran
bersama dengan relay yang sudah
siap diaktifkan, 3 terminal skru
untuk setiap relay (NO, NC,
COM) dan terminal skru untuk
isyarat kawalan dari
mikrokontroler seperti Arduino.
Setiap isyarat kawalan opto-
isolated, dilindungi. Ia juga
dilengkapi dengan penunjuk LED
pengaktifan bagi setiap geganti
dan mudah digunakan kerana
sesuai untuk pemula dan tentu saja
pelajar juga.

Motor arus searah atau DC adalah


Motor 12 v jenis motor yang paling biasa.
Motor DC biasanya hanya
mempunyai dua petunjuk iaitu
positif dan negatif. Motor akan
berputar sekiranya kedua – dua
plumbum bersambung terus ke
bateri dan motor akan berputar ke
arah yang bertentangan jika
petunjuk ditukarkan. Papan
L298N termasuk pengatur 5V
dapat digunakan untuk memberi
tenaga kepada Arduino

13
Span Span adalah sejenis alat atau
perkakas untuk membersih segala
kotoran kerana permukaannya
yang lembut menyebabkan ia
mudah mencapai pada kawasan
yang sukar dibersihkan serta
mampu menyerap air atau cecair
lain dengan baik. Dalam kajian
ini, span digunakan dalam proses
pembersihan kerana sifatnya yang
mudah menanggalkan kotoran
dan ringan. Oleh itu, span boleh
diletakkan pada rod penyokong
yang akan bergerak ke atas dan ke
bawah apabila menerima arahan
daripada sistem utama iaitu
telefon pintar.

V-slot Sejenis profil aluminium aloi

Anodized yang menyokong pergerakan

Aluminum linear. Ia digunakan sebagai

Profile landasan untuk roda dan belting

Extrusion bergerak dari atas ke bawah.

Linear Rail

Digunakan pada breadboard atau


Kabel jamper
alat prototyping agar lebih
memudahkan untuk
penyambungan dawai logam yang
menghubungkan dua titik yang
diperlukan dari papan litar (PCB).

14
Satu alat peranti
Limit Switch
elektromekanikal yang
dikendalikan oleh daya fizikal
yang jika objek dikenakan. Suis
had digunakan untuk mengesan
kehadiran atau ketiadaan objek.
Suis ini pada asalnya digunakan
untuk mentakrifkan had
perjalanan objek, dan akibatnya,
ia dinamakan Limit Switch.

Papan Putih adalah satu inovasi


Papan putih
baru dalam teknologi papan tulis.
Permukaan sekeping papan
dilapik dengan satu lapisan
enamel putih yang menjadikan
permukaannya dapat ditulis
dengan menggunakan pen berisi
dakwat khas yang mudah
dipadam.

Digunakan sebagai penggerak


Roda
motor dc yang disambungkan
bersama belting dimana ia akan
bergerak ke atas dan ke bawah
apabila motor DC menerima input
daripada Node MCU V3.

15
Memindahkan putaran dari satu
Pulleys and
Belting aci ke aci yang lain. Pada asasnya,
takal ialah gear tanpa gigi yang
bergantung kepada daya geseran
belting, rantai, tali atau kabel
untuk memindahkannya.

2.5 RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, bab ini membincangkan kajian terdahulu, bahan dan


kaedah yang digunakan dengan lebih terperinci bagi meningkatkan pengetahuan
untuk melaksanakan projek ini. Setiap pencarian, penyelidikan dan penemuan
yang berkaitan dengan projek ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan
teknologi IR 4.0. Seterusnya, bab ini menerangkan secara terperinci tentang
kajian yang terdahulu seperti menerangkan bagaimana pembelajaran itu
dijalankan dan dilaksanakan. Kesimpulannya, berdasarkan hasil kajian yang
terdahulu pengkaji ingin membuat penambahbaikan kajian tersebut dengan
membangunkan sistem wifi yang boleh berfungsi untuk memadam penulisan di
papan putih secara automatik sebagai permulaan untuk memahami konsep IR
4.0.

16
BAB 3

METODOLOGI/REKA BENTUK

3.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, membincangkan secara keseluruhan tentang proses


penghasilan Reka Bentuk dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan
Bantuan Wifi yang bermula dari carta alir sehingga elemen kelestarian yang
diterapkan dalam projek ini. Tujuan menyediakan rangka kerja atau carta alir
adalah untuk memastikan segala perlaksanaan projek akan lebih teratur dan
sistematik agar dapat membantu penghasilan kerja tanpa sebarang masalah dan
kerugian. Lakaran projek juga telah diletakkan dalam bab ini bagi memberi
gambaran jelas tentang reka bentuk yang ingin dibangunkan. Setelah mendapat
lakaran projek yang sesuai, proses pembinaan reka bentuk dan pemasangan
komponen dijalankan. Sepanjang proses tersebut berlaku, pengkaji sentiasa
memastikan setiap barangan keperluan yang digunakan dalam penghasilan Reka
Bentuk dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan Bantuan Wifi dapat
berfungsi dengan baik.

3.2 CARTA ALIR

Berdasarkan carta alir pada Rajah 3.1 di bawah, menerangkan proses


pembangunan Reka Bentuk Dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan
Bantuan Wifi iaitu menerangkan masalah yang sedia ada, mengumpul data dan
maklumat, membuat kajian data, penghasilan projek, pengujian keberkesanan dan
respon. Semua proses yang terlibat mestilah dilakukan dengan teliti bagi
memudahkan perlaksanaan projek tersebut mengikut urutan yang telah dibuat
supaya ia dapat menjadi panduan dalam memulakan projek dari bahan komponen
hingga menjadi sebuah projek yang dapat beroperasi dengan efisien.

17
Rajah 3.1 : Carta Alir Proses Penghasilan Reka Bentuk Dan
Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan
Bantuan Wifi.

18
3.3 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan proses yang menunjukkan reka bentuk yang
berkaitan dengan sistem wifi.

i. Litar disambungkan pada palam sambungan.

ii. Seterusnya, Node mode mesti disambungkan ke Node MCU V3

iii. Kemudian, ia disambungkan ke relay module dan motor bagi


mengaktifkan sistem utama.

iv. Pemprograman di Node mode sedang diaktifkan maka input akan dihantar
ke Node MCU V3 dan seterusnya ke relay module dan motor manakala
terus ke rangka papan putih.

v. Akhir sekali, akan mendapat arahan di telefon pintar untuk memulakan


pembersihan papan putih.

3.4 RAJAH BLOK

Rekabentuk Dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan Bantuan Wifi
ini dihasilkan untuk menjadi salah satu model sistem pemadam papan putih yang
boleh memberi manfaat kepada pengguna dengan lebih berkesan berbanding sistem
sedia ada. Projek ini amat sesuai diaplikasikan di semua institusi pendidikan
sebagai salah satu alternatif untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga
kerja serta menjimatkan masa. Rajah 3.2 menunjukkan Rajah Blok bagi
Rekabentuk Dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan Bantuan Wifi.
Rajah blok ini dibina untuk memperlihatkan sistem ini berfungsi secara mendalam
apabila pengaturcaraan dibuat. Ia digunakan sebagai medium rujukan, supaya
proses ini dapat memperoleh pemahaman umum.

19
Rajah 3.2 Rajah Blok bagi Reka Bentuk Dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih
Dengan Bantuan Wifi.

3.5 REKA BENTUK LITAR

Rajah 3.3 menunjukkan sebagai litar simulasi yang dilukis menggunakan


perisian Proteus. Litar simulasi ini dilukis dengan merujuk kepada sambungan asas
setiap komponen seperti relay, limit switch, Node MCU V3, motor dan banyak lagi.
Sambungan antara komponen - komponen ini digabungkan untuk membentuk litar
mengikut fungsi yang dikehendaki. Penggunaan perisian ini boleh membantu untuk
menguji litar yang dilukis dapat berfungsi seperti yang sepatutnya atau tidak.

Rajah 3.3 Litar Simulasi

20
3.6 LUKISAN KEJURUTERAAN

Lakaran bagi Reka Bentuk Dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan
Bantuan Wifi yang ingin dibangunkan dalam projek ini.

Rajah 3.4 : Lakaran Rekabentuk Dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih
Dengan Bantuan Wifi.

21
3.7 ELEMEN KELESTARIAN

Elemen kelestarian yang diaplikasikan dalam projek ini adalah seperti


dalam jadual 3.1 dibawah.

Jadual 3.1 : Elemen Kelestarian


SEKTOR APLIKASI HUBUNGKAIT
KELESTARIAN KELESTARIAN
DENGAN
PROJEK
Sektor Sistem wifi Sistem wifi yang
ICT berfungsi untuk
memadam
penulisan di papan
putih secara
automatik di mana
telefon pintar sahaja
yang boleh
mengawalnya.
Sektor Arus Terus Smart Whiteboard
Tenaga Cleaner With Wifi
Application
menggunakan
konsep arus terus
untuk memulakan
pemadaman papan
putih.
Sektor Struktur papan Struktur papan putih
Industri putih yang digunakan
adalah keluli
terpakai.

22
3.8 RUMUSAN

Rumusan yang dapat diperoleh daripada bab ini adalah menerangkan proses
penghasilan Reka Bentuk Dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan
Bantuan Wifi, reka bentuk kajian, rajah blok dan lakaran projek sepanjang projek
ini dibangunkan. Dengan adanya kajian seperti ini, ia dapat memudahkan lagi
pelaksanaan kerja yang lebih teratur dan sistematik agar dapat membantu
penghasilan kerja tanpa sebarang masalah dan kerugian. Reka Bentuk Dan
Pengujian Sistem Pemadam Putih Dengan Bantuan Wifi ini menggunakan
komponen NodeMcu ESP8266 bagi tujuan pengaturcaraan. Melalui projek ini,
terdapat banyak kemahiran yang diperlukan terutamanya dari sudut pengekodan.

23
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini akan menerangkan tentang permasalahan yang berlaku semasa
kajian dilaksanakan dan cara untuk mengatasi permasalahan tersebut. Seterusnya,
dalam bab ini juga menghuraikan tentang analisis data terhadap keputusan kajian
yang diperoleh daripada ujian pemasangan agar dapat menghasilkan rumusan. serta
menerangkan tentang cara - cara penggunaan Sistem Pemadam Papan Putih
Dengan Bantuan Wifi dengan lebih lanjut agar ia dapat menjadi panduan dalam
operasi pemadaman papan putih dengan lebih efisien. Bab ini tidak boleh
dilaksanakan sekiranya projek akhir tidak selesai kerana ia perlu menjalani proses
pengujian bagi mencapai objektif yang dinyatakan dan membuktikan projek ini
dapat berfungsi dengan baik atau tidak.

4.2 HASIL DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan yang akan dibincangkan adalah sistem wifi yang menggunakan
aplikasi blynk di telefon pintar jenis android.

i. Daripada lukisan litar, sistem wifi yang dibangunkan daripada tiga


komponen utama iaitu Node MCU V3, motor dan relay telah berjaya dipasang
pada papan putih yang digunakan serta telah berjaya diuji bagi mendapat analisis
data tersebut. Rajah 4.1 menunjukkan aplikasi blynk di dalam telefon pintar jenis
android yang sudah diatur cara.

24
Rajah 4.1 : Aplikasi Blynk Di Dalam Telefon Pintar Jenis Android Yang
Sudah Diatur Cara.

ii. Jadual 4.1 menunjukkan analisis ujian yang dilakukan terhadap jarak
pengesanan isyarat antara sistem wifi kepada Node MCU V3 dan motor. Hasil
ujian yang dilakukan, pengesanan isyarat dapat dikesan tidak melebihi daripada
20 meter sahaja.

Jadual 4.1 : Pengujian Terhadap Jarak Pengesanan Isyarat Antara Sistem Wifi
Kepada Node MCU V3 Dan Motor.

Jarak pengesanan isyarat antara


sistem wifi kepada Node MCU V3 Keputusan analisis ujian
dan motor.

5 meter respon

10 meter respon

15 meter respon

20 meter respon

> 20 meter tiada respon

25
iii. Jadual 4.2 menunjukkan perbezaan masa pemadaman diantara
pemadaman menggunakan alat kawalan jauh dan pemadaman menggunakan
sistem wifi.

Jadual 4.2 Perbezaan Masa Pemadaman Antara Pemadaman Alat Kawalan


Jauh Dan Sistem Wifi.

Jenis Pemadaman Masa yang Diambil

Alat Kawalan Jauh Pemadaman pertama = 19 saat


Pemadaman kedua = 21 saat

Purata kelajuan = 19 + 21
2
= 20 saat

Sistem Wifi Pemadaman pertama = 9 saat


Pemadaman kedua = 21 saat

Purata kelajuan = 9 + 21
2
= 15 saat

26
iv. Rajah 4.2 menunjukkan sistem wifi yang menggunakan aplikasi blynk
di telefon pintar jenis android yang disambungkan pada pemadam papan putih.

Rajah 4.2 Sistem Wifi Disambungkan Pada Pemadam Papan Putih.

4.3 KELEBIHAN PRODUK YANG DIBANGUNKAN

Berikut merupakan kelebihan produk yang dibangunkan :


i. Masa yang diperlukan bagi penggunaan pemadam Reka Bentuk dan
Pengujian Sistem Pemadaman Papan Putih Dengan Bantuan Wifi ini
lebih singkat.
ii. Masalah habuk pada papan putih dapat dikurangkan jika menggunakan
pemadam automatik ini.
iii. Tenaga manusia menjadi jimat apabila menggunakan
pemadam automatik ini.

27
4.4 MANUAL PENGGUNAAN

Di dalam manual penggunaan akan menerangkan cara penggunaan bagi Reka


Bentuk Dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan Bantuan Wifi.

i. Memasang palam penyesuai ke songket.


ii. Menghidupkan hotspot di dalam telefon pintar jenis android.
iii. Pastikan aplikasi Blynk sudah dimuat turun di dalam telefon pintar dan
sudah diaktifkan.
iv. Pastikan semua sambungan sudah dihidupkan menunggu isyarat
daripada aplikasi Blynk.
v. Tekan butang ‘ON’ pada paparan aplikasi blynk yang terdapat di
telefon pintar.
vi. Pemadam papan putih mengambil masa selama sembilan hingga
sepuluh saat untuk bergerak.
vii. Pemadam papan putih akan turun ke bawah dan berhenti seketika
apabila roda bersentuhan dengan limit switch selama tiga saat.
viii. Pemadam papan putih akan naik ke atas semula dan berhenti terus
apabila bersentuhan dengan limit switch.

4.5 ALGORITMA PRODUK YANG DIBANGUNKAN

Algoritma sistem permulaan pemadam papan putih berasaskan sistem wifi :

i. MULA.
ii. Membuka hotspot peribadi di dalam telefon pintar.
iii. Buka aplikasi blynk untuk mengawal pergerakan pemadam putih.
iv. Jika aplikasi blynk yang digunakan sudah diprogram, pemadam papan
putih akan bergerak ke atas dan ke bawah.

28
4.6 ANALISA PROTOTAIP

Rajah 4.3 menunjukkan analisa prototaip bagi sistem wifi terhadap pergerakan
pemadam papan putih.

Rajah 4.3 : Analisa Prototaip Bagi Sistem Wifi Terhadap Pergerakan Pemadam
Papan Putih.

29
4.7 KOS KESELURUHAN

Jadual 4.3 menunjukkan kos pemasangan Smart Whiteboard Cleaner With Wifi
Application. Kos keseluruhan pemasangan tersebut adalah sebanyak RM 805.10.

Jadual 4.3 Kos Pemasangan Smart Whiteboard Cleaner With Wifi Application.
NO PERKARA HARGA (RM) KUANTITI
1 Whiteboard 29.00 1
2 Node MCU 16.50 1
3 Motor DC 56.00 2
4 Relay 5.90 1
5 Span 2.00 2
6 Jumper Wire 3.70 1
KOMPONEN 7 Limit Switch 1.50 2
8 Pulley 24.00 2
9 Adaptor 10.00 1
10 Belting 15.00 2
11 Skru 0.50 6
12 Keluli 60.00 1
13 Roller 30.00 2
14 Kayu 20.00 1
KOS UPAH 1 Kos pemasangan ( RM 30/JAM) 150.00 5 Jam
KOS PENGANGKUTAN 1 Kereta (RM15/HARI) 30.00 2 Hari
KOS KESELURUHAN RM585.10
HARGA JUALAN RM 585.10 X 30% keuntungan RM760.63

4.8 RUMUSAN

Secara keseluruhan dalam bab ini, masa yang diambil untuk proses pemadaman
papan putih adalah salah satu faktor penting yang mesti diambil kira. Keputusan yang
diperolehi menunjukkan bahawa duster manual mengambil masa yang lebih lama
berbanding Smart Whiteboard Cleaner With Wifi Application. Selain itu, terdapat lebih
banyak kelebihan dengan menggunakan Smart Whiteboard Cleaner With Wifi
Application kerana ia hanya gunakan sistem wifi dan disambungkan ke dalam aplikasi
Blynk untuk mengawal pergerakan pemadam papan pu

30
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 KESIMPULAN

Melalui kajian yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa Reka Bentuk dan
Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan Bantuan Wifi ini adalah sangat baik
dalam usaha mengatasi masalah pemadaman semasa proses pengajaran dan
pembelajaran serta dapat memberi manfaat kepada masyarakat terutama sekali pihak
pengajar dan pelajar. Sistem ini boleh digunakan di institusi pengajian tinggi, sekolah
mahupun di tempat - tempat yang menggunakan papan putih. Seterusnya, kajian ini
telah berjaya mencapai objektif dan telah menjawab kesemua persoalan kajian yang
dibangkitkan dalam kajian yang dijalankan. Selain daripada itu, keseluruhan sistem
telah direka bentuk dengan ciri-ciri inovatif seperti penggunaan aplikasi blynk yang
dapat mengurangkan tenaga manusia dan menjadikan pengajaran lebih efisien dan
efektif. Papan putih ini boleh menjadi salah satu faktor peningkatan minat pelajar untuk
belajar dengan pelbagai jenis teknologi bersesuaian dengan permulaan untuk
memahami konsep IR 4.0. Pemadam papan putih automatik ini akan memberikan
pembersihan yang berkesan selepas dua atau tiga kali sapuan pada keseluruhan
permukaan papan putih. Tambahan pula, pembinaan pemadam papan putih automatik
ini terdiri daripada NodeMCU yang sangat biasa dalam dunia pengaturcaraan dan sistem
juga boleh dikembangkan lagi mengikut kemahuan sendiri.

31
5.2 CADANGAN

Cadangan penambahbaikan buat masa yang akan datang adalah membuat


pengubahsuaian dari segi reka bentuk pemadam papan putih tersebut agar pemadaman
papan putih akan menjadi lebih bersih dengan sekali sapuan sahaja. Cadangan
seterusnya, penambahbaikan terhadap bunyi Motor DC kerana ia mungkin akan
mengganggu proses pembelajaran atau mengganggu sesetengah individu yang
mungkin sensitif dengan bunyi yang bising. Selain itu, cadangan penambahbaikan bagi
jarak pengesanan isyarat antara sistem wifi kepada Node MCU V3 dan motor di mana
sistem wifi perlu disambungkan pada jarak yang lebih jauh lagi. Tambahan lagi,
menambahkan lagi sambungan wifi daripada telefon pintar di mana daripada kajian
sekarang ini hanya satu telefon pintar sahaja yang boleh disambungkan ke pemadam
papan putih. Akhir sekali, cadangan yang boleh diberikan adalah membuat
pengubahsuaian bagi kekemasan wayar - wayar yang terdapat di belakang papan putih.

5.3 LIMITASI

Dalam kajian selalunya akan berhadapan dengan limitasi dan tidak terkecuali
juga dalam kajian ini turut berhadapan dengan limitasi. Limitasi utama dalam kajian ini
adalah permasalahan dalam membuat pengaturcaraan iaitu kesalahan dalam no pin.
Oleh itu, pergerakkan pemadam papan putih terjejas disebabkan oleh kesalahan
tersebut. Namun begitu, permasalahan dalam membuat pengaturcaraan ini dapat diatasi
sebelum membuat pengujian pada pergerakkan pemadam papan putih.

Disamping itu, masalah lain yang dihadapi oleh pengkaji adalah masalah dari
segi penyambungan rangkaian sistem wifi ke pemadam papan putih. Masalah ini
dihadapi disebabkan oleh gangguan internet daripada telefon pintar semasa membuat
pengujian terhadap Reka Bentuk dan Pengujian Sistem Pemadam Papan Putih Dengan
Bantuan Wifi. Justeru, masalah penyambungan rangkaian sistem wifi ini dapat diatasi
sehinggalah pengkaji membuat pengujian.

32
RUJUKAN

Abd Aziz, M. I., Zainuddin, M. H., Mohamed Sukor, N. M. A., & Mohd Zain,
M. F. (2018). Automatic whiteboard cleaner.

Alias, S. B. (2020). Design and development of smart whiteboard cleaner in


classroom application. Southeast Asian Journal of Technology and Science, 1(1), 8-
11. Gormish, M., Erol, B., Van Olst, D. G., Li, T., & Mariotti, A. (2011, February).

Akhter, S., Saha, A., Koushik, M. R. P., Asaduzzaman, M., Shorna, R. I., &
Ahmed, M. M. Automatic Whiteboard Cleaner Using Microcontroller Based Rack
and Pinion Mechanism.

Gangurde, G. (2016). Design and Development of Board Cleaning


System. International Journal of Research and Scientific Innovation (IJRSI) ISSN,
2321-2705.

Gormish, M., Erol, B., Van Olst, D. G., Li, T., & Mariotti, A. (2011, February).
Whiteboard sharing: capture, process, and print or email. In Imaging and Printing in
a Web 2.0 World II (Vol. 7879, p. 78790D). International Society for Optics and
Photonics.

Ghazali N, Sultan P, Mu'adzam Shah A, Kuan O, Politeknik Z, Ramli . (2021).


Design And Development Of Automatic Whiteboard Eraser For Effective Cleaning
Mechanism using Internet Of Things (IOT)

Houpt, T., Polasek, T., Huang, K., & Luo, R. (2019). Automated Whiteboard
Eraser.

Hussin, Z. B. (2014). Aplikasi Pendekatan Grounded Theory Dan Pengekodan


(Coding). In Social Sciences Postgraduate International Seminar (Vol. 3).

33
Sharmila C, Ramya M, Sarnya S. (2019). IJARCCE Automatic Chalk Board
Cleaner and Energy Harvesting for Smart Class Rooms. International Journal of
Advanced Research in Computer and Communication Engineering.

Uddin, M. M., Akanda, N., & Kibria, M. G. (2017). An Integrated Cleaning


Approach of Automatic White Board

34
LAMPIRAN D : Lukisan Dan Reka Bentuk

35
LAMPIRAN F : Carta Gantt Dan Kos

36
Kos keseluruhan

NO PERKARA HARGA (RM) KUANTITI


1 Whiteboard 29.00 1
2 Node MCU 16.50 1
3 Motor DC 56.00 2
4 Relay 5.90 1
5 Span 2.00 2
6 Jumper Wire 3.70 1
KOMPONEN 7 Limit Switch 1.50 2
8 Pulley 24.00 2
9 Adaptor 10.00 1
10 Belting 15.00 2
11 Skru 0.50 6
12 Keluli 60.00 1
13 Roller 30.00 2
14 Kayu 20.00 1
KOS UPAH 1 Kos pemasangan ( RM 30/JAM) 150.00 5 Jam
KOS PENGANGKUTAN 1 Kereta (RM15/HARI) 30.00 2 Hari
KOS KESELURUHAN RM585.10
HARGA JUALAN RM 585.10 X 30% keuntungan RM760.63

37
LAMPIRAN G : Senarai Komponen Hasil Projek

NAMA HURAIAN GAMBAR


KOMPONEN

WiFi singkatan kepada Wireless


Sistem Wifi
Fidelity sama seperti WLAN
yang berasal dari 'Wireless Local
Area Network' yang berfungsi
sama seperti lain-lain peranti
tanpa wayar yang menggunakan
frekuensi radio untuk menghantar
isyarat antara peranti. Frekuensi
radio yang digunakan adalah
untuk menghantar dan menerima
data dalam julat Gigahertz.
NodeMCU ialah platform sumber
NodeMcu terbuka berdasarkan ESP8266
ESP8266 yang boleh menyambungkan
objek dan membenarkan
pemindahan data menggunakan
protokol Wi-Fi. Di samping itu,
dengan menyediakan beberapa
ciri paling penting
mikropengawal seperti GPIO,
PWM, ADC, dan lain-lain, ia
boleh menyelesaikan banyak
keperluan projek.

38
Relay Module Papan relay module yang
mempunyai 5v dan 8 channel. Ini
adalah papan pemancaran
bersama dengan relay yang sudah
siap diaktifkan, 3 terminal skru
untuk setiap relay (NO, NC,
COM) dan terminal skru untuk
isyarat kawalan dari
mikrokontroler seperti Arduino.
Setiap isyarat kawalan opto-
isolated, dilindungi. Ia juga
dilengkapi dengan penunjuk LED
pengaktifan bagi setiap geganti
dan mudah digunakan kerana
sesuai untuk pemula dan tentu saja
pelajar juga.

Motor arus searah atau DC adalah


Motor 12 v jenis motor yang paling biasa.
Motor DC biasanya hanya
mempunyai dua petunjuk iaitu
positif dan negatif. Motor akan
berputar sekiranya kedua – dua
plumbum bersambung terus ke
bateri dan motor akan berputar ke
arah yang bertentangan jika
petunjuk ditukarkan. Papan
L298N termasuk pengatur 5V
dapat digunakan untuk memberi
tenaga kepada Arduino

39
Span Span adalah sejenis alat atau
perkakas untuk membersih segala
kotoran kerana permukaannya
yang lembut menyebabkan ia
mudah mencapai pada kawasan
yang sukar dibersihkan serta
mampu menyerap air atau cecair
lain dengan baik. Dalam kajian
ini, span digunakan dalam proses
pembersihan kerana sifatnya yang
mudah menanggalkan kotoran
dan ringan. Oleh itu, span boleh
diletakkan pada rod penyokong
yang akan bergerak ke atas dan ke
bawah apabila menerima arahan
daripada sistem utama iaitu
telefon pintar.

V-slot Sejenis profil aluminium aloi

Anodized yang menyokong pergerakan

Aluminum linear. Ia digunakan sebagai

Profile landasan untuk roda dan belting

Extrusion bergerak dari atas ke bawah.

Linear Rail

Digunakan pada breadboard atau


Kabel jamper
alat prototyping agar lebih
memudahkan untuk
penyambungan dawai logam yang
menghubungkan dua titik yang
diperlukan dari papan litar (PCB).

40
Satu alat peranti
Limit Switch
elektromekanikal yang
dikendalikan oleh daya fizikal
yang jika objek dikenakan. Suis
had digunakan untuk mengesan
kehadiran atau ketiadaan objek.
Suis ini pada asalnya digunakan
untuk mentakrifkan had
perjalanan objek, dan akibatnya,
ia dinamakan Limit Switch.

Papan Putih adalah satu inovasi


Papan putih
baru dalam teknologi papan tulis.
Permukaan sekeping papan
dilapik dengan satu lapisan
enamel putih yang menjadikan
permukaannya dapat ditulis
dengan menggunakan pen berisi
dakwat khas yang mudah
dipadam.

Digunakan sebagai penggerak


Roda
motor dc yang disambungkan
bersama belting dimana ia akan
bergerak ke atas dan ke bawah
apabila motor DC menerima input
daripada Node MCU V3.

41
Memindahkan putaran dari satu
Pulleys and
Belting aci ke aci yang lain. Pada asasnya,
takal ialah gear tanpa gigi yang
bergantung kepada daya geseran
belting, rantai, tali atau kabel
untuk memindahkannya.

42
#define BLYNK_PRINT Serial
#include <ESP8266WiFi.h>
#include <BlynkSimpleEsp8266.h>

char auth[] = "Msy2S8QucLUcezzc-0n2BTTMfPux3MjE";


char ssid[] = "vivo Y33s";
char pass[] = "iffahrahsid";

int state = 0;
int relay1 = D1;
int relay2 = D2;
int limit1 = D5;
int limit2 = D6;

BLYNK_WRITE(V1)
{
int Button = param.asInt(); // Get value as integer... or...
if (Button == 1) {
state = 1;
}
}

void setup(){
Serial.begin(9600);
Blynk.begin(auth, ssid, pass);
pinMode(limit1, INPUT_PULLUP);
pinMode(limit2, INPUT_PULLUP);
pinMode(relay1, OUTPUT);
pinMode(relay2, OUTPUT);
digitalWrite(relay1, HIGH);
digitalWrite(relay2, HIGH);
}

void loop(){
Blynk.run();
if(state == 1 && digitalRead(limit1) == HIGH){
digitalWrite(relay1, LOW);
digitalWrite(relay2, HIGH);
}else if(state == 1 && digitalRead(limit1) == LOW){
state = 2;
digitalWrite(relay1, HIGH);
digitalWrite(relay2, HIGH);
delay(2000);
}else if(state == 2 && digitalRead(limit2) == HIGH){
digitalWrite(relay1, HIGH);
digitalWrite(relay2, LOW);
}else if(state == 2 && digitalRead(limit2) == LOW){
state = 0;

43
digitalWrite(relay1, HIGH);
digitalWrite(relay2, HIGH);
}
}

44

Anda mungkin juga menyukai