Teks Pengacara Majlis PTM Slot 6

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

MASA CUE ANN

8.25 pagi Kehadiran siswi Diminta semua siswi guru bersedia kerana slot akan
bermula sebentar lagi. Sementara itu, siswi guru
diingatkan untuk mengisi kehadiran di Google Classroom.

Siswi guru yang tidak mempunyai sebarang kekangan


untuk membuka kamera sepanjang slot berjalan.

Siswi guru juga dinasihatkan untuk memastikan mic


ditutup bagi memastikan kelancaran sepanjang majlis.

8.30 pagi Buka majlis Bismillahirrahmanirrahim,


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Tidak dijolok sarang penyengat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama menadah


tangan membuka slot ini dengan Ummul Kitab, Al-Fatihah.

***

Amin, amin, amin, Ya Rabbal Alamin.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana


dengan limpah kurnia dan keizinanNya dapat sama-sama
kita berkumpul pada pagi ini dalam Program Transformasi
Minda IPGK Perempuan Melayu, Melaka.

Jemput Hadirin Sekalian,

Pada hari ini, kita akan teruskan program dengan slot


keenam di bawah topik segmen 3: Pemikiran Kritis dan
Inovatif. Oleh itu, majlis mempersilakan Dr Shahrir Affandi
Bin Daud, Pensyarah Jabatan Penyelidikan & Inovasi
IPGPKM bagi menyampaikan taklimat berkaitan Pemikiran
Kritis dan Inovatif.

Majlis mempersilakan.

***
Terima kasih diucapkan kepada Dr Shahrir Affandi Bin
Daud atas perkongsian sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat mengenai Budaya


Kerja Kelas Pertama Pengurusan Pelanggan yang akan
disampaikan oleh Pn. Hajah Halimah binti Jantan, Ketua
Unit Data, Rekod dan Alumni IPGPKM.

Majlis mempersilakan.

***
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hajah Halimah binti
Jantan atas perkongsian sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat yang bertajuk


Mengutamakan Masyarakat yang akan disampaikan oleh
Dr Site Hadijah binti Harun, Pensyarah Jabatan Ilmu
Pendidikan IPGKPM.

Majlis mempersilakan.

***
Terima kasih diucapkan kepada Dr Site Hadijah binti
Harun atas perkongsian sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat mengenai


Keterampilan Diri yang akan disampaikan oleh Dr Norida
binti Berhan, Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPGKPM.

Majlis mempersilakan.

***
Terima kasih diucapkan kepada Dr Norida binti Berhan
atas perkongsian sebentar tadi.

12.30 tengah Majlis bersurai Baiklah, dengan berakhirnya taklimat sebentar tadi, maka
hari berakhirlah slot keenam bagi Program Transformasi Minda
pada hari ini. Terima kasih atas kerjasama semua bagi
menjayakan slot ini. Program akan diteruskan dengan
Pembelajaran Kendiri Tugasan Pertama sebentar lagi dan
siswi guru diminta untuk kekal dalam talian Google Meet.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai