Teks Ucapan Perasmian Maulidul Rasul

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-24

SMK SEGAMBUT JAYA


TAHUN 2022@ 17.10.2022

TEKS UCAPAN PERASMI


Tuan Syed Zakaria bin S Hassan, Pengetua SMK Segambut Jaya,
Kuala Lumpur.

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih  Pengacara Majlis.

Yang Berusaha

Yang Berusaha Encik Haniffah bin Awang, Penolong Kanan


Pentadbiran.

Yang Berusaha Encik Ahmad Farazila bin Abdul Ghani, Penolong


Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang Berusaha Encik Muhammad Hilmi bin Nawang, Penolong


Kanan Kokurikulum.

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, serta murid-murid


yang diraikan sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


1. Terlebih dahulu saya ingin panjatkan kesyukuran ke hadrat
Ilahi kerana dengan rahmat, inayah dan nikmat kurniaan-Nya,
maka dapat kita berhimpun bersempena Majlis Pelancaran
Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Segambut Jaya
Tahun 1444 hijrah, bersamaan 2022 Masehi.

2. Saya juga merakamkan sekalung penghargaan dan terima


kasih kepada pihak Panitia Pendidikan Islam atas penganjuran
majlis ini yang semestinya menuntut komitmen padu dan
pengorbanan semua pihak bagi memastikan kelancarannya.
Tahniah dan syabas diucapkan.

Para guru dan anak- anak yang dikasihi sekalian,

3. Alhamdulillah, Selawat dan salam ke atas junjungan besar


Nabi Muhammad SAW serta seluruh keluarga dan para
sahabat Baginda.

4. Rabiul-awal yang kunjung tiba sekali lagi merupakan bulan


kelahiran kekasih Allah SWT yang diutus untuk membawa
seribu kerahmatan kepada manusia.

5. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat ke-107, yang


bermaksud: “Tidak kami utuskan kamu yaani Muhammad,
melainkan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam.”

6. Hakikatnya, Baginda adalah merupakan ciptaan yang paling


sempurna dan mulia. Baginda meneduh jiwa di kala gusar,
menerangi hati yang penuh kebatilan dan membawa sinar
cahaya dalam seribu kegelapan.
Anak- anak yang dikasihi dan dirahmati allah sekalian,
7. Rantaian mutiara sejarah menzahirkan bagaimana Islam yang
dibawa oleh Rasulullah SAW bukanlah hanya berkonsepkan
teologi dan spiritual semata-mata. Baginda memandu kita
dalam pelbagai aspek kehidupan yang turut merangkumi
konsep pentadbiran, politik, ekonomi, keselamatan dan
keadilan.

8. Sehubungan itu, setiap tahun pihak sekolah


mengadakan Majlis Sambutan Maulidul Rasul untuk
memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW dengan mengadakan pelbagai acara
dengan harapan murid-murid dapat memperingati
perjuangan Rasulullah SAW ini.

9. Kita sebagai umat Islam hendaklah menjadikan


Rasulullah SAW sebagai Uswah Hasah dalam kehidupan
kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Allah SWT
berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah
SAW itu contoh ikutan yang baik”

Murid-murid SEJAYA yang dikasihi sekalian,


10. Rasulullah SAW telah menjadi contoh kepada kehidupan
sebenar seorang muslim. Sifat-sifat kenabian, iaitu Siddiq,
Amanah, Tabligh dan Fatanah perlu menjadi contoh dan
teladan kepada seluruh umat Islam.

11. Pada sambutan Maulidur Rasul kali ini marilah kita bersama-
sama melihat bagaimanakah sifat dan keperibadian Rasulullah
SAW boleh memberi kekuatan kepada kita untuk memperbaik
diri bagi menyahut cabaran pendidikan pada alaf baru.

12. Kita perlu mengembalikan penghormatan dunia terhadap umat


Islam dengan menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi.
Sehubungan itu, kita perlu menjadi seorang yang intelek serta
menjadi sumber rujukan kepada semua cabang ilmu seperti
yang pernah umat Islam lakukan pada satu ketika dahulu.

Murid-murid SEJAYA yang dikasihi sekalian,


13. Sebagai seorang pelajar, murid-murid perlu sentiasa amanah
dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar,
tuntutlah ilmu dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab
untuk mencari keredaan Allah SWT.

14. Hal yang demikian kerana murid - muridlah yang bakal


mengangkat martabat bangsa di mata dunia pada masa
hadapan.
15. Pada sambutan Maulidur Rasul kali ini marilah kita sama-sama
menginsafi diri serta merenung untuk memperbaik diri untuk
menjadi umah yang terbaik.
Para guru dan anak- anak yang dikasihi sekalian,

16. Saya sekali lagi mengambil  kesempatan ini untuk


mengucapkan tahniah kepada semua warga SMK Segambut
Jaya terutama guru-guru Pendidikan Islam yang bertungkus-
lumus untuk menjayakan Majlis ini.

17. Dengan lafaz “bismillahirrahmanirrahim”, saya dengan ini


merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK
Segambut Jaya Tahun 2022 Masehi.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiuawal 1444H

Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan


kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan
Sunnah Rasulullah SAW

Sekian, terima kasih.

Siti Rasidah binti Mohd Hakim


Sambutan Maulidul Rasil Tahun 2022

Anda mungkin juga menyukai