KBS Siri 1 2022

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 11

SEK. KEB.

HAJI HASAN,

CHANGKAT PETAI,

35400 TAPAH ROAD, PERAK.

KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT

SIRI I

2022

1
1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini dibuat bagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Kem
Bestari Solat untuk murid tahun 1, 2 3, 4, 5 dan 6 sekolah ini.

2.0 TAKRIF

Kem Bestari Solat diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat


menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini
perlu dilaksanakan dan dimasukkan dalam takwim sekolah serta dijalankan
sebanyak dua kali setahun di luar jadual waktu persekolahan. Program ini telah
diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memantapkan amalan
dan penghayatan ilmu pengetahuan murid-murid sekolah rendah yang perlu
dibimbing untuk menjana modal insan yang cemerlang untuk kehidupan di dunia
dan di akhirat. Oleh itu, kerjasama semua pihak diperlukan bagi merealisasikan
program yang dirancang ini berjalan dengan jayanya. Kejayaan program ini
menunjukkan komitmen semua pihak bagi menjayakan agenda agama, bangsa
dan negara.

3.0 OBJEKTIF
Tahun 1
 Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
 Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi perlakuan.
 Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar
 Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah dengan sempurna.
Tahun 2
 Murid dapat membezakan anggota rukun dan sunat wuduk.
 Murid dapat menghafaz doa selepas wuduk dengan sempurna.
 Murid dapat berwuduk dengan sempurna.

2
 Murid dapat menghafaz doa Iftitah dengan sempurna.
 Murid dapat menghafaz Surah Al Fatihah dengan betul dan lancar bacaan
dalam solat.
 Murid dapat membaca dan menghafaz Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.
 Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

Tahun 3
 Murid dapat melafazkan niat solat berjemaah dengan betul dan lancar.
 Murid dapat melafazkan bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir dengan betul dan
lancar.
 Murid dapat membaca dan menghafal Surah Al-Masad, An-Nasr, Al-Kafirun dan
Al-Kauthar dengan betul dan lancar.
 Murid dapat melafazkan bacaan Qunut dengan betul dan lancar.
 Murid dapat menyatakan perkara yang membatalkan wuduk dan solat.
 Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dengan sempurna.

Tahun 4
 Murid dapat mengetahui syarat wajib dan syarat sah solat.
 Murid dapat melafazkan niat solat berjemaah.
 Murid dapat melakukan cara solat berjemaah dengan sempurna.
 Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat
berjemaah.
 Murid dapat membezakan antara makmum muafiq dan masbuq.
 Murid dapat melakukan perlakuan makmum muafiq dan masbuq.

Tahun 5
 Murid dapat mengetahui dan melakukan cara tayammum dengan sempurna.
 Murid dapat melaungkan azan dan melafazkan iqamat dengan betul.
 Murid dapat menjawab azan dan iqamat dengan betul.

3
 Murid dapat membaca dan menghafaz doa selepas azan dan iqamat dengan
betul.
 Murid dapat mengetahui cara solat Jumaat dengan betul.

Tahun 6
 Murid dapat mengetahui cara melakukan solat jenazah dengan sempurna.
 Murid dapat mengetahui dan melakukan solat sunat Aidil Fitri dengan sempurna.
 Murid dapat mengetahui dan melakukan solat sunat Aidil Adha dengan
sempurna.

4.0 MATLAMAT

 Memastikan semua murid tahun1, 2, 3, 4, 5 dan 6 menunaikan solat


dengan sempurna.
 Memupuk sikap bekerjasama, berdisiplin dan berkualiti dalam bidang
akademik dan juga sahsiah diri yang terpuji.
 Memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya ilmu
agama untuk melakukan ibadah harian dengan sempurna.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 yang beragama Islam dan bersekolah di


Sekolah Kebangsaan Haji Hasan, Changkat Petai, 35400 Tapah Road, Perak.

6.0 TARIKH DAN MASA

Tahun Satu, Dua, Tiga, Empat, Lima dan Enam Tahun 2022.

4
Bil Kem Tarikh Dan Hari Masa

KBS Siri I 13 Ogos 2022 (Sabtu) 7.30 pagi –


12.00 tengah hari

7.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Haji Hasan, Changkat Petai, 35400 Tapah Road, Perak.

8.0 ANJURAN
Kem Bestari Solat ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam Sekolah
Kebangsaan Haji Hasan, Changkat Petai, 35400 Tapah Road, Perak.

9.0 KEWANGAN

Peruntukan kewangan daripada Derma Murid

10.0 STRUKTUR ORGANISASI


Sila lihat Lampiran A

11.0 TENTATIF PROGRAM


Sila lihat Lampiran B

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila lihat Lampiran C

5
13.0 PENUTUP

Kem Bestari Solat ini adalah sebahagian program Panitia Pendidikan Islam yang
diwajibkan kepada murid-murid Tahun Satu, Dua, Tiga, Empat, Lima dan Enam.
Pelaksanaan elemen Bestari Solat meningkatkan lagi kefahaman dan
penguasaan murid untuk menunaikan solat sebagai satu tuntutan dalam syariat
Islam. Kerjasama dan hubungan erat pihak sekolah dengan ibu bapa sangat
penting untuk memastikan objektif pelaksanaan kem ini tercapai.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………. ……………………….
(AIDA SALWA BINTI ATAN) (MOHD HADAFI BIN OTHMAN )
Setiausaha KBS, PK Kokurikulum,
SK Haji Hasan SK Haji Hasan

Disahkan oleh,

……………………….
(MAT RADZI BIN JUSOH)
Guru Besar,
SK Haji Hasan

6
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PELAKSANA
KEM BESTARI SOLAT
SIRI I 2022

PENASIHAT
En. Mat Radzi bin Jusoh

PENGERUSI
En. Mohd Hadafi bin Othman

NAIB PENGERUSI
En. Mohd Zalani bin Mohd Nor
Puan Siti Zainon binti Mohd Hanafiah

SETIAUSAHA
Puan Aida Salwa bt. Atan

BENDAHARI
Puan Siti Fatimah Wati bt. Hj. Ahmad

PENDAFTARAN
Guru Kelas setiap Kelas

AJK MAKANAN
Cik Jaya Mary a/p Asirvatham
En. Durairaj A/L Ehambron

FOTOGRAFI
Pn. Nurzalikha binti Zukri

7
DOKUMENTASI
Puan Aida Salwa bt. Atan

8
FASILITATOR

KUMPULAN FASILITATOR
Tahun 1  Puan Aida Salwa binti Atan
 Puan Noorma binti Ahmad
 Puan Hanifati binti Hasbollah
 Puan Nurzalikha binti Zukri
Tahun 2  Cik Rabiatul Adawiyah binti Saad
 Puan Nik Nuor Hasniza bt. Nik Par
 Puan Jamaliah bt. Kasim
 En. Muhammad Faisal bin Razali
Tahun 3  Puan Nur Fahimah bt. Sulaiman
 Puan Fasikhah bt. Ahmad Jakhisi
 Puan Noriah bt. Md Nor
 En. Muhammad Fitri bin Ab Rahman
Tahun 4  Puan Azizah binti Ismail
 Pn. Badi-ah binti Mat Taib
 En. Mohammad Yusri bin Zakaria
 Puan Rozilina binti Ramli
Tahun 5  Puan Pazilatul Azian binti Muhammad
 Puan Hawariah bt. Yahya
 Puan Noor Hazwani binti Zainal Abidin
 Cik Afizayanti bimti Gudang
Tahun 6
 Puan Siti Fatimah Wati bt. Hj. Ahmad
 En. Muhammad Nizamuddin Hilmi bin Hamsan
 Nur Atiqah binti Azahar
 Puan Natrah binti Ahmad

9
LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi Pendaftaran


7.50 pagi Pembahagian Kumpulan
8.00 pagi Penerangan/ Teori
9.00 pagi LDK 1 dan Penilaian
9.40 -10.00 REHAT TAHAP 1
pagi
10.00- REHAT TAHAP 2
10.30 pagi
10.30 pagi LDK 2 dan Penilaian
11.30 pagi Amali Solat Berjemaah dan Penilaian
12.30 Bersurai
tengah hari

10
LAMPIRAN C

SK HAJI HASAN, CHANGKAT PETAI


ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS
TAHUN 2022
PROGRAM : KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

BIL. PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN (RM)

RM2.30 X 256
1. MAKANAN DAN MINUMAN
MURID

JUMLAH RM 588.80

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………….… …………………………..

(SITI FATIMAH WATI BT. HJ. AHMAD) (En. MAT RADZI BIN JUSOH)
Bendahari KBS I, Guru Besar,
S.K. Haji Hasan. S.K. Haji Hasan.

11

Anda mungkin juga menyukai