Doa 41 Tahun Semsas

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 4

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Sempena Sambutan 41 Tahun Perasmian Penubuhan SM Sains Sultan


Haji Ahmad Shah, dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini
memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau
sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg
Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada
hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar
kami menjadi guru yang amanah menjalankan tanggungjawab mendidik,
agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak
kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci
hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah
kami dari syaitan yang dilaknati.

Ya Allah
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg
membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat
setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2
utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui..
Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….


Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt
beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami
terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat,
kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami
ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira,
Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn
keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya
Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk
melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp
mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm
diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke
syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh
ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn
keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan
mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka
hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm
kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa
kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan
guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam
barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula
giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg
baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah, Rahmatilah semua para guru yang telah banyak berkorban masa,
tenaga dan khidmat tidak terhingga dalam menyampaikan ilmu kepada
anak-anak ini dengan bersungguh-sungguh.

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami
dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan
bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur,
fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..


Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah
mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg
bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d
klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka,
dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji
dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat
beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd
ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah
mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya
Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…


Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu
kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp
golongan yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah
urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan,
Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk
selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala
kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami
dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg
tenang….

Ya Allah Ya Azim,
Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal
kepadaMu, berikanlah kejayaan kepada semua anak-anak didik kami
khususnya Tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan
percubaan PT3 dan SPM nanti, tenangkan hati mereka, lapangkan dada
mereka, luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka, dan janganlah
Engkau jadikan mereka tergolong dalam golongan yang menggunakan
ilmu untuk merosakkan agama Mu Ya Allah.
Ya Allah Jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika
menjawab soalan peperiksaan nanti. Dorongkanlah hati mereka untuk
menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan peperiksaan.

Ya Allah Ya Bariul Musawwir,


Sekali lagi kami hamba Mu yang lemah hina dan dina ini memohon seribu
rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan yang
Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka
kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua yang kami
kerjakan.
Ya Allah, Ya Wasi’
Berikanlah keputusan yang cemerlang untuk sekolah kami dalam semua
peperiksaan khususnya PT3 dan SPM pada tahun ini. Makbulkanlah
permintaan kami agar dapat mencapai sasaran yang kami inginkan.
Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka
jalan untuk kami menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri
kepada Mu. Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah,
cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,


Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat
kepada diri dan agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan
ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.

Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid


Kami merintih kepada Mu, perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon
kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu
kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu
kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan doa doa kami Ya Allah……..

.‫ِ َربﱢ ْاﻟ َﻌﺎﻟَ ِﻤ ْﯿ َﻦ‬-ِ ‫ش ْاﻟ َﻌ ِﻈﯿ ِْﻢ ْاﻟ َﺤ ْﻤ ُﺪ‬ِ ْ‫ﺎن ﷲِ َربﱡ ْاﻟ َﻌﺮ‬ َ ‫ﻻَ إِﻟَﮫَ إِﻻﱠ ﷲُ ْاﻟ َﺤﻠِ ْﯿ ُﻢ ْاﻟ َﻜ ِﺮ ْﯾ ُﻢ ُﺳ ْﺒ َﺤ‬
‫ﻚ َو ْاﻟ َﻐﻨِ ْﯿ َﻤﺔَ ِﻣ ْﻦ ُﻛﻞﱢ ﺑِﺮﱟ َواﻟ ﱠﺴﻼَ َﻣﺔَ ِﻣ ْﻦ ُﻛﻞﱢ إِ ْﺛ ٍﻢ‬ َ ِ‫ﻚ َو َﻋ َﺰاﺋِ َﻢ َﻣ ْﻐﻔِ َﺮﺗ‬ َ ِ‫ت َرﺣْ َﻤﺘ‬ َ ُ‫اَﺳْﺄَﻟ‬
ِ ‫ﻚ ُﻣ ْﻮ ِﺟﺒَﺎ‬
‫ﻀ ْﯿﺘَﮭَﺎ ﯾَﺎ‬ َ َ‫ﺿﺎ إِﻻﱠ ﻗ‬
َ ‫ﻚ ِر‬ َ َ‫ﻻَﺗَ َﺪ ْع ﻟَﻨَﺎ َذ ْﻧﺒًﺎ إِﻻﱠ َﻏﻔَﺮْ ﺗَﮫُ َوﻻَ ھَ ًّﻤﺎ إِﻻﱠ ﻓَﺮﱠﺟْ ﺘَﮫُ َوﻻَ َﺣﺎ َﺟﺔً ِھ َﻰ ﻟ‬
ِ ‫أَرْ َﺣ َﻢ اﻟﺮ‬
‫ﱠاﺣ ِﻤﯿ َْﻦ‬
‫ﺻﻠﱠﻰ ﷲ َﻋﻠ َﻰ َﺳﯿﱢ ِﺪﻧَﺎ‬ َ ‫اب اﻟﻨﱠﺎِر َو‬ َ ‫َرﺑﱠﻨَﺎ أَﺗِﻨَﺎ ﻓِﻰ اﻟ ﱡﺪﻧﯿَﺎ َﺣ َﺴﻨﺔً َوﻓِﻰ اﻷَ ِﺧ َﺮ ِة َﺣ َﺴﻨَﺔً َوﻗِﻨَﺎ َﻋ َﺬ‬
‫ﻮن َو َﺳﻼَ ٌم َﻋﻠَﻰ‬ َ ُ‫ﺼﻔ‬ِ َ‫ﻚ َربﱢ اﻟ ِﻌ ﱠﺰ ِة َﻋ ﱠﻤﺎ ﯾ‬ َ ‫ﺎن َرﺑﱢ‬
َ ‫ﯿﻦ ﺳُﺒ َﺤ‬ َ ‫ﺻﺤﺒِ ِﮫ أَﺟ َﻤ ِﻌ‬ َ ‫ُﻣ َﺤ ﱠﻤ ٍﺪ َو َﻋﻠَﻰ اَﻟِ ِﮫ َو‬
.‫ﯿﻦ‬ َ ‫ِ َربﱢ اﻟ َﻌﻠَ ِﻤ‬-ِ ‫ﯿﻦ َواﻟ َﺤﻤ ُﺪ‬ َ ِ‫اﻟﻤ ُﺮ َﺳﻠ‬

Anda mungkin juga menyukai